Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, July 18, 2010

KECOH FASAL MELAYU AKAN HILANG KUASA


Betul ke Melayu akan hilang kuasa atau UMNO yang akan hilang kuasa?

Kenapa surat khabar tak keluarkan fakta dibawah ini?

PRU11  -  BN 198 kerusi, BA 21 kerusi, MP Melayu 123
PRU12  -  BN 140 kerusi, PR 81 kerusi, MP Melayu 130 

*Kerusi MELAYU PRU 12 =  UMNO - 77 PAS & PKR 53 (Sekarang UMNO 77 PR 48 KODOKS 5)
Berapa kerusi MELAYU yang kalah kepada bukan Melayu seperti PRK Hulu Selangor baru-baru ini Dato Zaid tu bukan Melayu? Kamalnathan tu Melayu?

BUKTI MELAYU TAK AKAN HILANG KUASA, MELAYU UMNO HILANG KUASA - MUNGKIN.
Jika anda takut MELAYU HILANG KUASA - Pastikan PAS menang kerana PAS akan letak calon di kerusi Melayu, PKR dan DAP kerusi campuran dan sebab itulah PAS paling sedikit menang kerusi sebab MELAYU selalu ditipu. . . . 

Bila Hampir Pilihanraya, Propaganda Nasib Bangsa Melayu Ditiup

Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini bahawa Melayu bakal hilang kuasa dalam PRU-13, hanya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis.
Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata media milikan kerajaan kerap menimbulkan persoalan mengenai nasib bangsa Melayu seolah-olah masyarakat Melayu tidak matang, belum cukup arif dan buta politik.
“Inilah yang BN mainkan tiap-tiap kali pilihanraya dan musim itulah permainan yang mereka mainkan cuba takut-takutkan dan berbalik kepada isu perkauman. Bagi saya itu perkara biasa,umum rakyat dah tahu dah bagaimana nasib orang melayu selama Barisan Nasional memerintah  50 tahun," kata Nik Nazmi.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mufti Perak Dr Harussani Zakaria yang mendakwa kedegilan Parti Islam Malaysia bersatu dengan Umno akan memberi kesan buruk kepada masa hadapan bangsa Melayu.
Harussani berkata kedegilan itu adalah sifat yang keji, dan akan membawa kepada kehancuran rakyat. Beliau juga mendakwa pemimpin Pas menemui beliau meminta pandangan untuk menyatukan kedua-dua parti itu.
Pas bagaimanapun menafikan pihaknya menghantar wakil bertemu Mufti Perak agar mengaturkan perbicangan bersama Umno untuk menyatupadukan Islam dan Melayu.
“PAS tidak pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Tan Sri Harussani sama ada rasmi ataupun tidak rasmi saya menghadiri banyak mesyuarat peringkat pusat setahu saya tiada perbincangan untuk menghantar wakil jumpa beliau," kata Ketua Penerangan PAS Pusat,Idris Ahmad.

1 comment:

muhammadazharalias said...

Kalau Umno ditolak rakyat dalam PRU ke 13 nanti hilangkah kuasa politik Melayu? Saya rasa tidak, kerana realitinya Umno berentap dengan calon dari PAS dan kalangan calon Melayu dari PKR setiap kali pilihanraya termasuklah nanti PRU ke 13.

Kalah Umno menang PAS @ menang calon Melayu PKR oleh itu macam mana kuasa politik Melayu boleh hilang?

Kerana risiko kehilangan kuasa Umno lah maka barangkali didendangkan lagu perpaduan Melayu ini. Mengapa semasa PAS kalah teruk dalam PRU 2004 atau beberapa PRU sebelum ini tidak didendangkan lagu ini?

Kesimpulannya lantaran itulah PAS dan saya yakin ramai umat Melayu tidak berapa terhibur dengan dendangan lagu ini. Bukannya sombong bukannya jual mahal tetapi ianya tidak relevan dan ianya dilihat penuh tipu-muslihat.

P/S : DAH ADA TANDA BAHAWA REGIM UMNO AKAN TERKUBUR..AMIN

Cerita Dolu Dolu