Kerajaan umum struktur cukai baru
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Kerajaan mengumumkan struktur cukai baru bagi kenderaan motor merangkumi penurunan duti import dan eksais berkuat kuasa esok.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, langkah itu akan meliberalisasikan lagi sektor automotif negara dengan menurunkan duti import dan eksais bagi negara dari ASEAN dan lain-lain negara.
Intipati struktur cukai baru bagi kenderaan bermotor berkuat kuasa mulai 20 Oktober 2005 yang diumumkan oleh kerajaan hari ini.
Sumber seterusnya
Nampak gayanya tahun depan harga kereta akan turun macam durian runtuh lah. Cuma musykil satu perkara berkaitan penyusunan semula duti import dan duti eksais. Kena tanya rakan yang lebih pakar fasal duti-duti ni sementelah saya meniggalkan bidang import-eksport ni sudah agak lama jadi agak konpius lah sikit.
``Formula bagi duti eksais ke atas kenderaan CBU diubah berdasarkan prinsip cukai atas cukai,'' kata Kementerian Kewangan.
Sebelum ini, duti eksais ke atas kenderaan CBU adalah berdasarkan nilai ke atas Kos, Insurans dan Fret (CIF).
Di bawah formula cukai atas cukai itu, nilai duti eksais akan berdasarkan kepada nilai CIF termasuk duti import. - Bernama
Jika saya buat perkiraan secara kasar:
Jika harga kereta CIF 10,000 maka duti import menurut kiraan lama pada kadar 20% akan menjadikan kereta tersebut 12,000 (Duti Import 2,000) dan Duti Eksais 90% bersamaan 9,000 maka harga kesekuruhan kereta tersebut adalah 21,000 menurut harga pengimport.
Disebabkan cukai telah di turunkan untuk Duti Impost dari 20% ke 15% dan Duti Eksais dari 90% ke 80% maka harga pengimport akan menjadi 11,500 + 8,000 = 19,500.00 penurunan sebanyak 1,500.00. Hmm not bad... cuma apabila memahami istilah duti eksais bertukar kepada cukai atas cukai (dulu atas CIF) maka harga menjadi harga + duti import = 11,500 di tambah duti eksais cukai atas cukai menjadi 20,700.00 maka perbedzaan harga menjadi amat minima atau hampir tiada langsung.
Fakta yang menarik untuk di teliti.
Agak mengecewakan apabila duti eksais untuk MPV pula meningkat sedangkan MPV merupakan kenderaan yang amat populor sekali dikalangan rakyat Malaysia. Apakah ini tindakan untuk melindungi Proton yang mengeluarkan kenderaan penumpang? Saya kurang pasti kerana MPV (untuk pempang melebihi 5 orang) seperti Avanza atau Innova bahkan Nazaria amat populor hingga terpaksa menunggu hampir setahun untuk mendapatkannya.
Perlukah kita beralih arah?