Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 10, 2006

Pengangguran di Malaysia

Bercakap mengenai pengangguran di Malaysia meberi makna yang amat luas. Sebagai HR sebuah syarikat swasta, sebenarnya amat mengejutkan apabila mendapati memang terdapat ramai yang 'desperate' untuk mendapat kerja.
Saya telah melaksanakan tanggungjawab untuk mencari pekerja - operator pengilangan dan dengan kekosongan yang hanya sebanyak 20 kekosongan, permintaan untuk memenuhi kekosongan tersebut mencecah kepada 300 orang. Apakah kerana nama syarikat menjadi punca? Mungkin juga.
ANALISA
Analisa data pemohon, saya dapati terdapat beberapa perkara yang menjadi punca 'serbuan' pemintaan kerja tersebut.
1 - Ramai yang bekerja kontrak, 1~2 tahun dan bukan pekerja tetap. Seperti kita sedia maklum, pekerja kontrak jarang yang mendapat faedah seperti pekerja tetap seperti bonus atau kenaikan gaji. Mereka juga boleh diberhentikan bila-bila masa sahaja.
2 - Graduan. Saya terkejut apabila graduan memohon jawatan operator. Bila di tanya, lebih baik dari tiada kerja langsung. Mungkin ianya berkaitan dengan kursus yang mereka ambil. Lambakan graduan dalam bidang tertentu seperti IT atau Management tidak setara dengan kekosongan yang ada.
3 - Syarikat berpindah, penurunan pengeluaran, pengurangan pekerja atau syarikat tutup. Ramai juga pemohon yang mencari kerja kerana tempat kerja mereka telah tiada kerja lebihmasa. Dengan gaji pokok sebanyak RM500~ RM600. Selepas di tolak potongan wajib, tanpa overtime, mereka menghadapi kesukaran. VSS terutama dipihak syarikat elektrik dan elektronik menyebabkan lambakan pekerja.
4 - Pekerja asing diutamakan. Ada pekerja yang berhenti kerja atau mencari kerja baru kerana syarikat mereka bekerja mengutamakan pekerja asing. Samada dari segi kenaikan mahupun kerja lebih masa.
PEKERJA ASING
Masalah pekerja asing adalah duri dalam daging kepada pekerja tempatan. Banyak syarikat mengambil pekerja asing. Apakah punca sebenarnya? Pekerja tempatan pemalas? Pekerja tempatan tidak mahu bekerja?
Saya suka menurunkan beberapa contoh :
1 - Jiran saya diberhentikan kerja kerana 'membawa' pekerja tempatan untuk mendapat kerja di syarikat yang memerlukan pekerja. Maksud 'membawa' di sini adalah dia mewar-warkan kekosongan yang ada di syarikat tersebut. Adalah menjadi kewajiban pihak syarikat mewar-warkan kekosongan kepada rakyat tempatan dahulu sebelum ianya boleh diisi oleh pekerja asing. Ada cerita disebalik cerita, pihak yang bertanggungjawab dalam syarikat tersebut telah dijanjikan sesuatu untuk mengambil pekerja asing melalui agensi yang merupakan rakannya juga.
2 - Syarikat yang mewar-warkan kekosongan kerja tetapi apabila di telefon, telah memberi alasan yang amat logik. Jika lelaki menelefon, dikatakan memerlukan pekerja wanita dan begitu juga sebaliknya.
3 - Tiada membuat sebarang pemberitahuan mengenai kekosongan jawatan. Bagaimana ianya diluluskan diluar bidang saya.
4 - Menganaktirikan pekerja tempatan. Contohnya, pekerja tempatan dilarang melakukan kerja lebih masa.
5 - Penipuan pembayaran gaji. Maksud disini adalah penipuan dalam bentuk pengiraan dan tidak mengambil kira pengiraan wajib seperti cuti tahunan. Memasukkan bayaran tempat tinggal dalam gaji pekerja (untuk pekerja asing) dan berbagai cara lagi. Syarikat 'berjimat' melalui unsur penipuan tersebut.
Menurut analisa saya, jika pekerja asing diambil dan dibayar menurut hak seperti yang diwartakan dalam akta pekerja asing, sebenarnya, kos pekerja tersebut lebih tinggi dari pekerja tempatan. Ada pekerja dari negara-negara tertentu meletakkan gaji minima bulanan seperti Vietnam atau Myanmar pada kadar RM700~750 sebulan. Pekerja tempatan hanya dibayar RM500 sahaja.
PUNCA DAN INISIATIF
Syarikat seharusnya mengambil inisiatif untuk memastikan pekerja boleh bekerja lama dalam sesuatu syarikat. Syarikat yang mengutamakan 'Human Development' - Pembangunan Manusia tentulah memerlukan pekerja yang bukan sahaja berdaya saing tetapi pekerja yang bergerak dan meningkat seiring dengan syarikat.
Antara alasan yang diberikan oleh majikan adalah pekerja asing lebih tinggi daya ketahanannya. Benarkah begitu? Saya pernah menguruskan pekerja asing dan saya pernah juga perlu 'menghambat' mereka pergi kerja kerana pelbagai alasan yang diberi. Ada majikan yang tidak membuat potongan EPF atau SOCSO - tiada pembayaran, kerja lebih masa di'curi' dari pekerja. Pekerja asing dengan 'kekurangan' mereka dari segi bahasa dan pengetahuan tentang Akta Pekerja, telah dan mudah dieksploitasi oleh majikan. Pekerja tempatan masih mempunyai jalan untuk melaporkan ketidak-adilan majikan kepada pihak berwajib.
Pemandu MD saya sekarang merupakan bekas pekerja sebuah syarikat tempatan yang mengendalikan kereta sewa. Apabila syarikat kami menyewa kereta termasuk pemandu, selain kos sewa kenderaan, bayaran pemandu serta kos lebih masa dituntut dari penyewa. Pemandu rupanya tidak pernah mendapat bayaran lebih masa tersebut selain gaji pokok. Potongan EPF serta SOCSO juga tiada. Sebagai HR, saya menasihatkannya melapor kepada pihak yang berkenaan.
Benar, pekerja tempatan memberi masalah kepada majikan. Tidak tahan panas, tidak tahan kerja berat dsbnya pernah menjadi alasan. Kekerapan menukar kerja kerana tawaran gaji yang lebih tinggi (mungkin RM50~RM100) tetapi saya perhatikan ianya kerap berlaku dalam pertengahan 90an dan bukan selepas tahun 2000. Pekerja sekarang saya perhatikan lebih tulus, sabar dan cuba mempertahankan kerja mereka. Sikap majikan lebih menjadi alasan mereka untuk menukar kerja bukan pendapatan semata-mata
Pekerja yang pernah saya ambil bekerja dalam syarikat sebelum ini masih bekerja dengan majikan yang sama - bermakna telah bekerja lebih dari 5 tahun. Mana lebih baik? Pekerja tempatan yang boleh bekerja berterusan selama puluhan tahun atau pekerja asing yang perlu ditukar setiap 3 tahun?
Akhir kata - saya nasihatkan kepada anda supaya jika sudah bekerja, mungkin ada masanya anda merasa tidak senang, gaji anda rendah atau berbagai alasan lagi tetapi ingatkan juga bahawa diluar sana ramai yang tiada kerja.

Cerita Dolu Dolu