Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 08, 2009

HARI KOMUNITI SURAU AL HUSNA - BABAK KEDUA

12:12 - Acara sambut belon baru berlangsung melibatkan kaum ibu.
12:18 - Upacara penyampaian hadiah oleh Ust Takiyuddin bagi acara permainan dan sukan dan cabutan bertuah oleh Quantum.

12:30 Pendaftaran cabutan bertuah di tutup. Cabutan Bertuah akan di adakan pada 13:00

Sedang berlangsung juga acara sambut belon kanak-kanak.

12:40 Acara FUTSAL remaja akan berlangsung sebentar lagi.

12:41 Cabutan bertuah sedang berlangsung.



Acara akan di sambung malam ini

FORUM EHWAL ISLAM.

TAMAT SESI PAGI

HARI KELUARGA KOMUNITI SURAU AL HUSNA SEKSYEN 20


07:45 - Persiapan di mulakan. Pendaftaran. Majlis seharusnya di rasmikan oleh YB Rodziah tapi tidak dapat hadir. Di wakili oleh Ahli Majlis, En Haris.

08:15 - Bacaan doa oleh Ust. Takiyuddin, Pengerusi Surau Al Husna

08:30 - Senamrobik sedang berlangsung. Lagu hindustan dah pulak.


Wakil YB Batu 3 En. Naim dan Ahli Majlis En. Haris bersama-sama USt Takiyuddin bersenamrobik

08:45 - Pendaftaran penduduk - MASIH DI JALANKAN.
09:00 - Ucapan perasmian oleh Wakil YB.
09:20 - Penyampaian sumbangan kepada wakil YB dan Ahli Majlis oleh Ust Takiyuddin
09:25 - Pendaftaran aktiviti permainan untuk kanak-kanak serta acara melukis.
09:55 - Pertandingan lari dalam guni akan bermula sebentar lagi.
10:00 - Lari dalam guni sedang berlangsung. Pertandingan mewarna akan berlangsung sebentar lagi.
10:30 - Pertandingan bawa bola pingpong dalam sudu sedang berjalan. Acara makan epal gantung akan berjalan sebentar lagi.
Acara PINATA akan di jalankan di Anjung Surau - WHAT THE HELL IS PINATA - DONKEY, SHREK. Acara mewarna di jalankan di tempat yang sama.
11:30 - Acara tarik tali sedang dijalankan. Antara Jalan dan Otai lawan Org Muda
11:30 - Acara Bola Jaring sedang berjalan
11:49 - Acara menari apa ni?
12:00 - Puppet Show oleh Perbadanan Perpustakaan Shah Alam.


GERAI -GERAI JUALAN JUGA ADA.
Minum MILO percuma. Tajaan NESTLE.

Malam akan di adakan FORUM EHWAL ISLAM

Akan disambung selepas waktu rehat tengahari

Wednesday, August 05, 2009

Cuba baca ini dan ini

Tak habis habis nak war war ke seluruh dunia walhal boleh bincang baik-baik. Apa ke jadah korang fikir ntah?

Tuesday, August 04, 2009

ISSUE RONNIE LIU ARAH MBSA PULANG BALIK ARAK

Saya membaca dengan penuh tertarik isu rampasan bir MBSA di kedai serbaneka Shah Alam Seksyen 8. Pelbagai komen juga telah dikeluarkan. Tapi tiada siapa pun yang jelaskan kenapa Ronnie menganggap MBSA salah.

Saya rasa Ronnie mungkin menyamakan HARD LIQUOR = MINUMAN KERAS. Dan kalau di kategorikan sebegitu, Bir memanglah bukan Hard Liquor. Saya rasa penerangan yang jelas boleh di berikan untuk menyelesaikan masalah ini. Apasal mau ribut-ribut? Janganlah PR pun sama naik ngan MSM yang mencari jalan menghentam PR. Kalau ikut hukum Islam memanglah bir pun haram, perundangan macamana?

MBSA takleh amik tindakan ke pada kilang Calsberg dan Guinness Stout yang membuat minuman tu?

ENTAH LAH..... AKU TAK TAU. Tapi kalau setakat nak hentam Ronnie aje pada aku memang tak kena.

INI PULAK aku rasa patut segerakan. Tapi kenapa nak guna statement MINUMAN KERAS. Kenapa tak terus gunakan perkataan ARAK atau kalau takut kureng canggih guna ajelah KHAMAR ke....

Monday, August 03, 2009

SURAU AL HUSNA


GAMBAR LAKARAN ARKITEK SURAU YANG BAKAL DI DIRIKAN

Surau Al Husna sudah mendapat kelulusan dari MBSA untuk di bangunkan bangunan kekal. Masih kekurangan dana. Kepada yang berminat boleh menderma seperti yang tertera di blog Surau Al Husna Seksyen 20, Shah Alam atau ke akaun BIMB (Bank Islam -Surau Al Husna - 12-038-01-009453-6)

Sayang Malaysia Negara Polis

DI AMBIL DARI BLOG ZAID IBRAHIM

Sayang Malaysia Negara Polis
Posted August 1, 2009 by myzaidibrahim
Categories: 1

Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.

Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.

SELANJUTNYA

Cerita Dolu Dolu