Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 12, 2005

World, world Juga, Akhirat Jangan Lupa. .

Sebahagian dari petikan khutbah jumaat yang dihadiri tadi di Masjid Seksyen 18. Semoga memberi manafaat kepada semua.
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Peristiwa penting
Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Amalan di Bulan Rejab
Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.
Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.
Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi.

Tuesday, August 09, 2005

Shah Alam dilanda Jerebu


gambar 1 - dibelakang pokok tersebut sepatutnya nampak Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Plaza Peransang dan Menara MRCB.
gambar 2 - agak berbalam untuk melihat SIRIM.

Sebelum aku letak lebih detail pasal jerebu di Shah Alam, aku masukkan gambar yang diambil pada jam 15:15 09/08/2005 dari pejabat. APA PUN TAK NAMPAK!!!. Telefon Jabatan Kesihatan untuk mendapat maklumat tidak berhasil. Aku akan up date lagi.
Dibawah aku petik berita dari Reuters tapi rasanya berita tu berita semalam lah kan?
KUALA LUMPUR (Reuters) - Smoke from forest fires in Indonesia shrouded parts of neighbouring Malaysia, including the capital on Monday, reducing visibility to less than a kilometer.
Officials said the haze, which started last week, could persist for at least another week if it did not rain due to dry weather made worse by monsoon winds.
The Department of Environment has identified eight areas, including Kuala Lumpur, as having "unhealthy" air quality, and advised the public to reduce outdoor activities.
"The slow dissipation of the haze and smoke particles due to slow air movement is causing the haze to persist," it said in a statement.
Officials blamed the haze on hundreds of fire "hot spots" in Indonesia's Riau province and northern Sumatra.
The haze is less severe than the thick blanket of forest-fire smoke that descended on the region in 1997 and 1998 and cost an estimated $9 billion in damage to farming, tourism and transport.
Kalau reuters ambil dari tempat yang sama hari ini bagaimana gambar tu agaknya ye?
Updated info :

No wonderlah. . . . semalam situasi amat teruk sekali. Dalam perjalanan ke tempat meeting nampak jalan pun dalam 500m aje. Meeting pun decided kalau lebih 400API maka kena close down. Dalam pada itu kagum jugak dengan kawan yang dalam jerebu sempat mencilok untuk melakukan 5 par dan 1 birdie. . . . ish ish ish. Jangan sakit sudahlah ye?

Satu pandangan : adalah perlu untuk memastikan data terkini pekerja di up-date kerana kalau kerajaan declarer darurat, ada yang datang kerja sebab tak diberitahu ataupun tak datang kerja sebab ingat tak kerja - alasan jerebu tapi tempat kerja below 300 API.

Ahmed Deedat Yang Ku Ketahui

Aku tak pernah dapat bertemu secara terus dengan Ahmed Deedat ni tapi dia merupakan inspirasi melalui buku-buku penulisannya. Mungkin masa tu aku masih bersekolah jadi agak terhad, ialah sekolah asrama lagi, kat U lagi. Aku tak ingat tajuk buku-buku dia yang aku baca tapi banyaklah juga. Pengetahuan beliau yang luas dalam Islam tidak dinafikan tetapi kekuatan beliau dalam berhujah dengan pihak kristian untuk menangkis kelemahan/kesilapan ajaran kristian amat mengkagumkan.
Contoh-contoh buku tulisan beliau adalah :
Is The Bible God's Word?
Crucufixion or Cruci-Fiction
Muhammed (PBUH) The Natural Successor TO Christ (PBUH)
What The Bible Says About Muhammad (PBUH) The Prophet Of Islam.
Amaran yang boleh aku beri adalah kepada yang berminat untuk membaca buku tersebut mestilah dengan asas agama yang kukuh kerana buku tersebut ditujukan kepada kristian untuk pemahaman dan pandangan terhadap kristian dari perspektif Islam, pandangan Islam terhadap Nabi Isa dan Musa, pandangan Islam terhadap kristian dsbnya.
Beliau pernah datang ke Malaysia pada tahun 80an tak silap aku. Lahir di India pada tahun 1918 dan berhijrah mengikut bapanya ke Afrika Selatan dimana disitulah dia mula melangkah hingga dikenali keseluruh dunia Islam khasnya dan seluruh dunia amnya.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau dan atas apa yang telah beliau lakukan.

AHMED DEEDAT KEMBALI KERAHMATULLAH


Sumber di petik dari IPCI (Islamic Propagation Centre International)
Ahmed Deedat mula aku kenali dari bahan bacaan semasa masih bersekolah dimana kekaguman yang tidak dapat disangkal atas inisiatif beliau memberi penerangan berkenaan Islam dan pedebatan beliau dengan pihak kristian dalam menegakkan Islam. Alfatihah. . . .
Icon of the Muslim World Ustaad Sheikh Ahmed Deedat has passed away

A message on behalf of Trustees, Director and Staff of IPCI
Early this morning, 8 August 2005 / 2 Rajab 1426, Sheikh Ahmed Hoosen Deedat passed on to meet his Creator. This was after succumbing to a severe stroke that left him paralysed for more than nine years.Throughout this period, he gracefully persevered under the most difficult personal conditions; however, not forgetting his task as a daee (Islamic worker) and an ambassador of Islam, he continued to inspire, educate, challenge and inform people about the universal message of Islam.It is on this solemn occasion of his demise that we salute the courageous spirit and phenomenal work of this world-renowned personality, a hero of the Muslim World, nay, a true hero of believers all around the globe!
Brief Biography of Sheikh DeedatSheikh Ahmed Hoosen Deedat was Born on the 01 July 1918 in the Surat district of India in 1918. His father emigrated to South Africa in 1927 with him. Ahmed Deedat was a very bright student and excelled in school. Lack of finance interrupted his schooling and at an early age of 16 he took on the first of many jobs in retailing and short assistant.
After reading a book called Izharul Haq – The Truth revealed, a book about a debate with Christian Missionaries in the then British India, Sheikh Deedat was spurred on in the direction of Dawah – Islamic Missionary Activity to halt the tide of the then Christian onslaught against Islam.Over the next four decades, he immersed himself into a host of activities. Conducting Bible classes, lectures and debates the world over. He established the first Islamic Seminary in Southern Africa to train propagators at Assalaam educational Institute - Braemar.
He is the founder of the largest Islamic Dawah Organization in the world, the Islamic Propagation Center International and became its president.
He has published more than 20 books and distributed millions of copies of FREE literature and pamphlets the world over. Many of Sheikh Deedat’s publications have been translated into the many different languages of the world : Russian, Urdu, Arabic, Bengali, Bangladeshi, French, Amharic, Chinese, Japanese, Mayalam, Indonesian,, Zulu , Afrikaans, Dutch, Norwegian amongst others. He delivered thousands of lectures all over the world, crossing all the continents and successfully engaging some of the biggest names in Christian evangelists in public debates. Sheikh Deedat’s debates and lectures are available all over the world in the various languages in Video and DVD format.
His career in the field of Comparative Religion took him across all five continents and dialogue with the heads of the Protestant world in America and the late Pope John Paul.So fearless was his stand in defending the truth that Sheikh Deedat was refused entry into France and Nigeria on the pretext that‘he would cause a civil unrest’.Sheikh Deedat also received a personal phone call at the IPCI from former President Nelson Mandela who was in Saudi Arabia at the time, congratulating Deedat for his international icon status in the Muslim World.
He was awarded the prestigious King Faisal Award in 1986 for his sterling services to Islam in the field of Propagation.
May Almighty Allah bless his soul, accept his efforts for the cause of da’wah and grant gracious patience to his loved ones during this trying time.
His funeral will leave his house 49 Trevenen Road, Lotusville Verulam at 5 pm. Proceeding to the Wick Street Musjid and after Magrib Salah / Prayer , he will be laid to rest in the Verulam Muslim Cemetery.
photo courtesy of arabnews

Cerita Dolu Dolu