Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 19, 2012

KALAU TAKDE ANGIN POKOK DIGOYANG BERUK?

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri
Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.

Wednesday, January 18, 2012

MARI BELAJAR FASAL ZAKAT - APA ITU ASNAF?

CUMA 30% SAHAJA DAPAT BR1M, LAIN DAPAT MAKAN FREE KOT?

BR1M: Pengunjung program Muhyiddin kecewa

Harakahdaily,18 Jan 2012
SEMPORNA, 18 Jan: Hampir 10,000 pengunjung kecewa dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dijanjikan tidak ditepati oleh kerajaan negeri.

Yang Dipertua PAS Semporna, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar) mendakwa, hampir sebahagian daripada pengunjung yang hadir ke Program Pemimpin Bersama Rakyat di pekan ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang dalam perasaan yang kecewa setelah berpanas dan bersesak-sesak bagi mendapatkan bantuan BR1M tersebut.
“Mereka datang dari seluruh daerah Semporna ini bagi mendapatkan BR1M yang telah dijanjikan kerajaan.
“Namun, mereka agak kecewa kerana hanya sekitar 3,000 sahaja yang menerima bantuan tersebut,” katanya.
Menurutnya, kerajaan perlu berperanan secara serius dan adil dalam pemberian bantuan kepada rakyat.
“Apabila janji sudah dibuat, maka peranan perlu secara serius dan adil,” katanya.
Program pemberian BR1M yang diadakan sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Padang Pekan Semporna kelmarin turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah turut menempelak Muhyiddin kononnya BR1M tersebut tidak ada kaitan dengan politik.
“Cakap tak ada main-main politik. Tapi, ucapan-ucapannya jelas bermotifkan politik bagi meraih undi.
“Ini duit, duit rakyat yang bayar cukai. Bukan duit Umno BN. Kenapa perlu mengatakan Umno yang bagi?” ujarnya.
Sehubungan itu, Julpikar menyeru rakyat Sabah untuk mengajar pemimpin-pemimpin Umno BN yang ‘besar kepala’ dengan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

TAHNIAH DR AHMAD YUNUS HAIRI

Dr Yunus jaga Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan

Harakahdaily,18 Jan 2012
SHAH ALAM, 18 Jan:Kerajaan negeri Selangor membuat penyusunan semula portfolio Exconya berikutan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

(Gambar: Khalid bersama Dr Ahmad Yunus dan Dr Rani dalam sidang media hari ini)

Melalui perubahan ini, Dr Yunus akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas yang dipegang Hasan Ali sebelum ini.

Melalui penukaran ini juga, Menteri Besar mengumumkan Adun Meru, Dr. Abdul Rani Othman akan memegang jawatan Pengerusi Skimsel manakala seorang lagi Adun PAS, Dr. Shafie Abu Bakar (Bangi) akan memegang jawatan Pengerusi PADAT.

Dr Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco menggantikan Hasan Ali di depan Tuanku Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan hari ini.

Beliau kemudiannya menyertai mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri.

Wang zakat sudah tidak selamat: Jamil Khir dan Umno tidak lagi takut pada Tuhan

Written by  Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle
Wang zakat adalah untuk keperluan mereka yang miskin tetapi ada segelintir umat Islam Melayu fikir ini boleh digunakan untuk membayar yuran guaman peguam yang mahal.
Sekiranya kita bertanya dikalangan Pakcik dan Makcik atau pelajar-pelajar sekolah menengah sekalipun, mereka juga tahu bahawa wang zakat tidak boleh sama sekali digunakan untuk tujuan ini.
Apabila Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi berkata bahawa wang zakat boleh digunakan untuk membayar yuran guaman Jamil Khir Baharom, umat Islam dan masyarakat Melayu terkejut dan hairan. Mereka terus menuduh mufti tersebut tunduk kepada ahli politik dan mengutuknya dengan keras-sememangnya dia layak menerima kutukan-kutukan itu.
Siapa nak hormat Mufti Malaysia sekarang?
Mufti yang berilmu itu mungkin mempunyai pendapatnya sendiri tetapi perkara yang berat sebegini harus dibicarakan oleh golongan agama yang berilmu dahulu dan diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengelakkan kekeliruan dan memburukkan imej Islam dan semua mufti di Malaysia.
Kenapa Wan Zahidi memberi komen itu dengan sendirinya? Kenapa dia sibuk menjadi ‘lone ranger’? hanya satu sahaja kemungkinan iaitu dia digunakan oleh UMNO. Jamil adalah Menteri Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri- seorang yang berkuasa dalam melantik atau menggugurkan seseorang dari jawatannya.
Ada diantara musuh Wan menuduhnya menjadi sebahagian daripada skandal itu. Dia telah gagal menunjukkan hikmah dan kepimpinannya seperti yang perlu ada pada setiap mufti. Apabila terdapat banyak kekeliruan berkenaan Islam di Malaysia termasuk juga agama lain, dia sepatutnya bertindak dengan lebih bijak dan berhati-hati.
Adakah kerana dia mahukan focus lebih kepada dirinya kerana cemburukan Mufti Perak,
yang paling disegani Harussani atau Mufti Perlis, Dr Juanda ataupun pilihan ramai, bekas Mufti Perlis
, Dr Asri. Mungkinkah Wan telah pun dipengaruhi oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan mahu meraih reputasi sebagai lain dari yang lain. Sesungguhnya, hanya Wan sahaja yang tahu apakah motif sebenarnya disebalik komen tersebut. Jadi, dia harus menerima akibatnya.
Minta maaf dan letak jawatan
Mufti Wan perlu membuat penjelasan tentang isu tersebut dan jika dia mendapati dirinya bersalah, dia harus minta maaf dan yang paling afdal baginya adalah meletak jawatan walaupun baginya ia adalah sesuatu yang amat berat, namun itu adalah kesilapannya sendiri. Dia harus bertanggungjawab dengan bermaruah dan menerima akauntabiliti itu. Mata penganut agama lain sedang memerhatikannya dan orang Islam tidak patut membiarkan agama dipermainkan oleh mereka yang hanya mahu cari makan sahaja.
Ya, ia memang nampak kasar. Tapi, tiada cara lain untuk menterjemahkan kelakuan Wan itu, cari makan sahaja.
Ini adalah kebiasaan di dalam UMNO, menggunakan agama untuk agenda sendiri. Pada 6 Januari yang lalu, UMNO sekali lagi menggunakan Khutbah Jumaat untuk memberitahu orang Islam bahawa apa jua bentuk demonstrasi jalanan yang mengugat keamanan, keharmonian dan keselamatan Negara adalah haram- tidak dibenarkan dalam Islam dan berdosa.
Tapi khutbah itu tidak pula memberitahu bahawa UMNO lah yang boleh menentukan apa yang boleh menggugat keamanan, keharmonian dan keselamatan Negara. Khutbah UMNO itu juga lupa menyentuh tentang korupsi, salahlaku pemimpin termasuk salah guna wang zakat, membazirkan wang rakyat, mencuri hak rakyat termasuk pembunuhan Altantuya dimana dua pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah dihukum gantung dan ini bukanlah khabar angin sahaja- semuanya perbuatan salah dan berdosa.
Memupuk kebencian antara Islam dan agama lain
UMNO bukan sahaja menggunakan Islam dan orang Islam untuk maksud politik dan mencari lebih wang tetapi menggunakan orang Kristian dan agama Kristian itu sendiri untuk memburukkan imej Gereja. Ia telah menuduh orang Kristian menyesatkan orang Islam dan menggunakan kabajikan untuk memancing orang Islam. Ini adalah supaya orang Islam akan menyokong UMNO dalam usahanya memusnahkan ‘ancaman’ orang kafir ini. Jahat? Ya, dan lebih dari itu, berdosa besar.
Perkara yang sama juga berlaku ke atas orang Hindu. Dengan UMNO memprovokasi mereka dengan memusnahkan kuil mereka dan mengheret kepala lembu di jalanan semata-mata untuk menghina komuniti itu. Provokasi ini juga akan mencetuskan ketegangan di antara orang Hindu dan Islam.
Sebelum bermulanya tahun baru, beberapa kepala babi dijumpai diluar kawasan sebuah masjid. Empat orang telah ditahan berikutan kejadian itu tetapi Johor- kerusi panas PRU ke 13-sedang hebat merancang satu lagi ketegangan antara orang Melayu dan Cina yang dijangka akan mengundi Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua pembangkang Anwar Ibrahim.
Penyalahgunaan yang keterlaluan
Ya, UMNI telah menjadi begitu hina sekali akibat keterdesakan. Seperti yang dinyatakan oleh Anwar, UMNO sudah tidak takut pada tuhan. Tidak pernah dalam sejarah, agama disalahgunakan ketahap ini hanya untuk memastikan sesebuah parti politik masih berkuasa.
UMNO tidak hanya menggunakan agama dengan serndirinya, mereka menggunakan untuk merancang strategi kotor untuk menarik perhatian dan memenangi sokongan dengan apa jua cara. Seperti yang telah ditunjukkan dalam isu zakat Jamil Khir- UMNO tidak lagi takutkan Tuhan.
Mufti, Mufti apa dah jadi?
Kata-katamu mengguris kalbu
Kata orang Melayu sudah “celaru”
Nak salahkan siapa jika bukan dirimu?
Bukan salahku jadi tak usah nak tunding jari,
kau dipetik, dilapor jadilah begini
Usaha kau sia-sia, memang dah pasti
Satu penghinaan buat mereka sakit hati
Dengan terburu-buru
kau sokong kerja PPZ yang memang tak patut
Sebelum ini berdiam diri dan saiz pun kecut
Namun kau bisa berfikir, tenang dan bijak.
Seperti mana seorang imam sepatutnya bertindak
Kepada hukuman, kerakusan orang berkuasa
kau nak kena jawab dengan Yang Maha Esa
Berbuat baiklah pada orang Malaysia, tak kira Kristian, Islam dan Yahudi
Kepada semua kau mesti hormati
Sama ada orang berada, datuk atau datin
Untuk orang biasa kau pun mesti prihatin.
Mungkin kepalamu didalam UMNO atau berada di alam nyata?
Menghirup teh sambil berkata ‘ya’?
Atau sedang berbincang nasib masyarakat yang merintih?
Walau apa pun, daku harap kau tak pilih bulu
Kerna bukankah itu ynag sepatutnya buatmu?
Ku tahu berat tugasmu, banyak perjuangan kecil yang tak bisa ku nampak
Dan kau sentiasa ada dihati umat, walau di mata engkau memang tak nampak
Harapan kami, teman kami, dan paling utama sahabat kami.
Bisakah kau beri keputusan bijak dan adil nanti.
Jika keadilan ditegakkan, jadi semuanya bisa beres kan?
Dan bicaramu, integritimu tidak bahan jolokan.
Mufti, Mufti di manakah dirimu sebenarnya?
Malaysia Chronicle

Monday, January 16, 2012

TINDAKAN POLIS BETUL.

Mungkin ada yang menganggap ianya gurauan budak budak nakal tetapi apabila melibatkan aviation tiada gurauan yang akan diambil serius selain bom. Cuba anda tulis anda nak bawa bom bila anda nak naik flight ke PP petang ini. Anda automatik patut ditahan untuk siasatan dan boleh didenda atau penjara walaupun tiada bukti anda ada membawa sebarang bahan letupan atau seumpamanya - period!

Pelajar Ditahan Ugut Letup Helikoter PM
GEORGE TOWN: Seorang pelajar universiti berusia 24 tahun ditahan untuk disoal siasat selepas mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan untuk meletakkan bom dalam helikopter yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebooknya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pelajar terbabit dibawa ke ibu pejabat polis daerah di Jalan Patani untuk soal siasat pada pukul 1.30 petang, Ahad.
"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Pelajar tersebut ditahan di kampusnya di Nibong Tebal.
"Kes itu masih dalam siasatan lanjut. Kami akan mengumumkan jika terdapat sebarang perkembangan," katanya ketika dihubungi, Ahad.
Satu laporan polis dibuat di balai polis Jelutong terhadap kenyataan dalam sebuah blog yang memaparkan profil Facebook pelajar itu.
Dalam status terbaru dalam profil Facebook itu menyatakan, Najib akan turun ke kampus...mari bom helikopter tersebut...'.

Cerita Dolu Dolu