Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, January 22, 2011

CIS DERHAKA KAMU! ADA SESAPA NAK BUAT DEMO TAK?

Pinda Perlembagaan Negeri: Taktik Kotor Pembangkang Untuk Kekal Kuasai Selangor
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan negeri Selangor mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Isnin ini dilihat sebagai mahu mengekalkan kuasa dan menarik sokongan Melayu, kata beberapa penganalisis politik.
Tindakan itu, kata mereka, turut mencerminkan keadaan terdesak kerajaan negeri dibawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS untuk mengekalkan survival parti masing-masing supaya kekal relevan di negeri tersebut.
Ada di antara mereka pula mempersoalkan keperluan mengadakan persidangan itu memandangkan kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan undi dua pertiga daripada jumlah anggota DUN bagi meluluskan pindaan tersebut.
Mereka berkata PKR-DAP-PAS hanya memiliki 35 daripada 56 kerusi dalam DUN, dan BN 20 kerusi dan satu kerusi milik anggota Bebas, dan untuk mendapat sokongan dua pertiga bagi meluluskan pindaan itu, kerajaan negeri Selangor memerlukan 37 undi.
Mereka mempersoalkan mengenai kemampuan kerajaan negeri itu mendapatkan dua lagi undi bagi melengkapkan keperluan 37 undi bagi meluluskan pindaan tersebut.
Bagi penganalisis-penganalisis politik yang ditemui Bernama, mereka bersependapat kerajaan negeri Selangor sengaja mempolitikkan isu itu kerana tidak mahu mengiktiraf pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi, 54, oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru sehingga membawa kepada isu pindaan undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata: "Walaupun (kerajaan negeri) tahu mereka tidak akan mendapat majoriti dua pertiga, tetapi mereka tetap mahu melakukannya.
"Persoalannya sekarang, apakah sidang DUN itu akan tetap dilakukan juga jika Khusrin tidak dilantik? Apakah yang akan berlaku sekiranya sidang DUN ini tidak mendapat dua pertiga majoriti? Adakah kerajaan negeri sedia menerima hakikat ini?." tanya beliau.
Beliau melihat, jika anggota DUN Barisan Nasional (BN) membuat keputusan yang kolektif adalah mustahil bagi kerajaan negeri Selangor mendapat sokongan dua pertiga jumlah undi yang diperlukan.
Sivamurugan berkata tindakan meminda undang-undang tubuh negeri itu juga dilihat sebagai usaha untuk memerangkap BN yang sebelum ini sering mempertahankan Institusi Raja-Raja.
"Walaupun kata nak kembalikan kuasa Sultan, tapi pada saya sebenarnya ini lebih kepada untuk memberikan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) kuasa. Pindaan ini sekadar untuk membawa usul seolah-olah mereka mempertahankan Intitusi Raja-Raja," dakwanya.
Prof Dr Ahmad Atory Hussein dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) pula berpendapat tindakan kerajaan Selangor mengadakan sidang DUN khas adalah satu "helah politik bagi memerangkap BN yang selama ini mempertahankan Institusi Raja-Raja."
Beliau berkata tidak mustahil kerajaan Selangor akan menggunakan tindakan anggota DUN BN tidak menyokong pindaan itu dengan mendakwa BN tidak mempertahankan Institusi Raja-Raja ekoran tidak menyokong cadangan pindaan itu yang didakwa untuk mengembalikan kuasa Sultan.
Beliau mendakwa tindakan Abdul Khalid mengadakan sidang DUN khas itu hanya satu sandiwara pembangkang untuk "mengheret Institusi Raja-Raja ke kancah politik.""Pada saya, (tindakan Khalid) hanya untuk mengukuhkan kuasa kerajaan negeri di Selangor. Pada saya tak perlu diusik prosedur melantik SUK ini," katanya.
Bagi Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh pula menegaskan isu pelantikan seseorang penjawat awam sepatutnya tidak jadikan bahan politik oleh mana-mana pihak.
Ini adalah kerana seorang penjawat awam perlu menjalankan tanggungjawab tanpa bersifat politik, katanya.
"Pada saya, setiap penjawat awam akan melakukan kerja mereka seperti biasa dan tidak terlibat dalam pergolakan politik," katanya. - BERNAMA

Friday, January 21, 2011

SEMOGA BELIAU DILETAKKAN BERSAMA PARA SHUHADA.

Otak milik pendakwah 


SEBERANG PRAI - Keinginan orang ramai untuk mengetahui pemilik sebenar otak manusia yang ditemui masih elok dalam liang lahad oleh dua penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini sembilan hari lalu akhirnya terjawab.

Selepas lebih seminggu menjalankan siasatan dan kajian sebaik kejadian aneh itu didedahkan pada 13 Januari lalu, otak yang ditemui timbul di permukaan air itu dipercayai milik seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Tok Haji Hassan Acheh.

Beliau datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an untuk berdakwah dan tinggal berdekatan Mas­jid Permatang Tok Labu yang dahulunya adalah sebatang anak sungai yang menjadi laluan utama ketika itu.
Othman Hassan (gambar), 67, yang mengaku piut Allahyarham berkata, selepas bermastautin di sini kira-kira lima tahun, Tok Haji Hassan Acheh berpakat dengan seorang ulama tempatan, Tok Labu untuk membina masjid berdekatan anak sungai itu sebagai kemudahan pengguna berhenti rehat dan bersolat.

“Masjid berkenaan dibina daripada kayu hutan dan menjadi tumpuan pedagang sebelum diubah suai penduduk selepas beberapa tahun kemudian,” katanya.

Othman berkata, Tok Labu diangkat menjadi imam masjid manakala Tok Haji Hassan Acheh membantunya.

“Selepas kematian Tok Labu, beliau dilantik menjadi imam. Penduduk pernah mengesyorkan nama beliau diabadikan pada masjid itu tetapi Tok Haji hassan Acheh menolak," katanya.
Othman berkata, Tok Haji Hassan Acheh juga dikenali sebagai seorang yang rajin membaca al-Quran di samping mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

“Beliau berkahwin dengan penduduk tempatan dan mempunyai tiga anak. Sebelum meninggal dunia sekitar tahun 1940-an beliau dikatakan berwasiat agar dikebumikan bersebelahan masjid kerana ingin ‘melihat’ masjid itu terus diimarahkan sepanjang masa. 
Othman berkata, beliau meminta maaf jika terdapat kesilapan dari segi fakta kerana beliau hanya menceritakan apa yang didengarinya daripada waris yang terdahulu.

SPR SAHKAN MEMANG UJUD PENGUNDI HANTU.

BACA TULISAN WARNA MERAH DIBAWAH. WA KA KA KA. SEBELUM NI MEMANG UJUD LA TAPI DAH DIBERSIHKAN KALI INI. JADI SEBELUM INI TENANG DIWAKILI OLEH BUKAN WAKIL RAKYAT TAPI WAKIL HANTU?


Jangan seret SPR 

LABIS - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengingatkan parti politik agar tidak mengheret SPR dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. 

Beliau berkata, isu-isu seperti pengundi hantu tidak wujud lagi memandangkan SPR sentiasa memastikan daftar pemilih adalah bersih. 

“SPR telah membersihkan nama-nama daftar pengundi di DUN Tenang ini dan tidak timbul tentang permasalahan pengundi hantu atau sebagainya. SPR juga akan memerhati sesiapa yang menyamar pada hari pembuangan undi nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai penguasa SPR di Majlis Daerah Labis di sini, semalam. 

Wan Ahmad berkata isu itu terus dimainkan oleh sesetengah pihak sebagai modal politik mereka semasa kempen pilihan raya. 

Beliau menerangkan, SPR mempunyai jaringan komputer talian terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan boleh mengemaskini daftar pemilih sekiranya terdapat pengundi berdaftar yang meninggal dunia. 

Sementara itu, beliau berkata, hanya 100 pengiring bagi setiap calon yang dibenarkan memasuki kawasan penamaan calon pada 22 Januari nanti di Majlis Daerah Labis. 

Menurutnya, SPR juga akan memastikan semua dalam keadaan terkawal dan menyediakan tempat bagi pengiring pada hari penamaan calon ini nanti. 

"SPR juga telah menubuhkan tiga pasukan yang mana dalam setiap pasukan terdapat empat orang terdiri daripada polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), wakil calon dan penguat kuasa. Mereka ini akan membantu dalam melancarkan lagi segala urusan SPR sepanjang PRK di DUN Tenang ini. 

“Setiap kali PRK, SPR tidak pernah memandang ringan dan sentiasa memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan tenang setelah pelbagai persiapan dilakukan sebelum menjelangnya hari pembuangan undi pada 30 Januari nanti,” katanya. 

Wan Ahmad berkata, SPR juga membenarkan parti yang bertanding membuat ceramah sepanjang lapan hari berkempen dengan syarat mempunyai permit daripada polis terlebih dahulu. Katanya, polis tidak mempunyai sebarang masalah mengeluarkan permit seandainya mereka mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Apa yang penting tidak mengganggu ketenteraman awam dan memohon 48 jam lebih awal,” katanya. 

Beliau berkata, borang yang dikeluarkan bagi penamaan calon telah dijual dan hanya dua parti sahaja yang membeli iaitu Barisan Nasional dan Pas. 

Katanya, sepanjang berkempen, hanya logo parti yang bertanding sahaja boleh dinaikkan dan selain itu tidak dibenarkan.

UMNO SELANGOR DIBELASAH FAEKAH LAGI

‘Derhaka kalau tak sokong pindaan perlembagaan’

K Pragalath
 | January 20, 2011
Derhaka terhadap Sultan Selangor kalau tak undi sokong pindaan perlembagaan, kata Faekah Husin.
KAJANG: Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata Selangor yakin pindaan perlembagaan yang akan dibentang pada 24 Januari ini akan diluluskan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Rakyat bertajuk “Pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) dan Pindaan Perlembagaan” di Dewan Majlis Perbandaran Kajang baru-baru ini didepan 150 hadirin.
“Jika mereka hadir dalam sidang dewan dan tidak mengundi menyokong pindaan tersebut atau jika mereka boikot sidang dewan tersebut bererti mereka derhaka kepada Tuanku Sultan,” kata beliau ketika ditemui FMT.
Ini kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun memberikan perkenan untuk mengadakan sidang dewan tersebut.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Mohd Satim Diman dilaporkan dalam media sebagai berkata akan memboikot sidang dewan tersebut.
Faekah menjelaskan bahawa pindaan perlembagaan akan mengembalikan kuasa raja sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan sebelum tahun 1993.
Sementara itu, beliau menafikan hubungan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor mengalami keretakan dengan mendedahkan ucapan baginda ketika majlis angkat sumpah kesetiaan SUK baru, Mohammed Khusrin Munawi.
Beta dan memanda (Khalid) sangat rapat
Faekah memetik baginda sebagai berkata: “Beta dan memanda (Khalid) sangat rapat. Kita berjumpa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk berbincang dan menasihati.”

Beliau turut memetik Sultan menasihati Khusrin agar bekerjasama dengan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.
“Beta juga berharap Khusrin akan bekerjasama dan melaksanakan polisi kerajaan yang memerintah hari ini.”
Dalam pada itu, Faekah turut mendedahkan usaha Umno-Barisan Nasional yang menganjurkan program untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat derhaka kepada Sultan Selangor.
Walau bagaimanapun, dalam program yang diadakan bulan lepas, Faekah menjelaskan bahawa Umno-BNlah yang telah mencemar dan menghakis institusi kesultanan Melayu dalam tahun 1993.
Sementara itu, dalam isu pelantikan SUK pula, Faekah berkata bahawa pelantikan tersebut menjadi isu bukan kerana calon Khusrin sebaliknya yang dipertikaikan adalah kegagalan dalam mengikut prosedur yang disifatkannya sebagai biadab.

Thursday, January 20, 2011

SATU LAGI KES - SEPUTEH IN THE MAKING. Speaker bakal kalah?

Badrul Hisham Rancang Ke Mahkamah Pertahan Kerusi Pelabuhan Klang
SHAH ALAM: Badrul Hisham Abdullah berkata beliau akan menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan kedudukannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, selepas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytihar kerusi DUN itu sebagai kosong ekoran kegagalan beliau menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.
Badrul Hisham berkata beliau akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau masih lagi wakil rakyat Pelabuhan Klang yang sah.
Beliau yang ditemui selepas perjumpaan dengan wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno/BN Negeri Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini berkata permohonan itu akan difailkan secepat mungkin.
Beliau seterusnya mengesahkan akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin ini, dan menurutnya beliau belum menerima surat rasmi mengenai pengosongan kerusinya daripada pihak Dewan Undangan Negeri.
Semalam Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham kosong kerana kegagalannya menghadiri persidangan Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah, berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan untuk rayuan.
Badrul memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya Umum 2008 dengan majoriti 4,407 undi menewaskan calon BN serta calon bebas, sebelum meninggalkan PKR pada Oktober 2009 untuk menjadi Adun bebas mesra BN pada 2009, dan menyertai Umno pada Mei tahun lepas. - BERNAMA

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAAJI'UN - AL-FATIHAH untuk Allahyarham

ADUN Merlimau Sah Meninggal Dunia Sebentar Tadi
Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.
Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan mengeluarkan kenyataan rasmiberhubung perkara itu malam ini.
Sebelum itu, portal media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.
Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.
Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

TERKINI - ADUN MERLIMAU KOMA BELUM AJAL

Berita terkini menyanggah berita pukul 2:00 memeaklumkan kematian ADUN Merlimau. Beliau dikhabarkan masih koma dan kritikal bukannya meninggal dunia.

Malam ni malam Jumaat jadi ramai-ramai pakat baca yasin dah marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menyembuhkan beliau atau dipermudahkan beliau jika Allah lebih mengasihaninya.

ALFATIHAH - SEMOGA DICUCURI RAHMAT ILAHI - Lupakan Pelabuhan Klang

ADUN Merlimau Meninggal Dunia
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada Khamis di Hospital Pakar Putra, Melaka, akibat serangan jantung.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof.
"Saya dimaklumkan oleh Pengarah SPR Melaka kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
"Dimaklumkan juga Allahyarham meninggal kira-kira pukul 2 petang," katanya kepadamStar Online di sini.
Minggu lalu Mohamad Hidhir telah dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sakit dada.
Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor bakal diadakan pada 30 Januari ini.
Kemungkinan juga pilihan raya kecil DUN Merlimau bakal diadakan serentak dengan satu lagi kerusi DUN iaitu Pelabuhan Klang di Selangor.
Semalam Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang dengan alasan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama enam bulan.
Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya perlu meneliti notis makluman daripada speaker DUN kedua-dua negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Kalau kes ADUN Merlimau, Allahyarham meninggal, jadi pilihan raya kecil mesti diadakan. Namun kita perlu terima notis makluman daripada speaker terlebih dahulu.
"Lain pula kes di Selangor, kita kena teliti dahulu dokumen-dokumen berkaita kerana kerui berkenaan diisytiharkan kosong. SPR juga belum terima notis daripada Speaker Selangor," katanya.

KALAU CAMPUR HUTANG ALONG BERAPA JUMLAH SEBENAR?

Dr Zeti : Hutang Isi Rumah Malaysia Berjumlan RM577 Bilion
Ditulis oleh BERNAMA
20/01/2011   Share 


KUALA LUMPUR 20 JAN : Hutang isi rumah Malaysia yang berjumlah RM577 bilion pada November tahun lepas, masih pada paras berhemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
Beliau berkata hutang isi rumah merupakan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman dan 74 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
"Walaupun ia mungkin kelihatan tinggi, namun satu perkara yang Malaysia ada,yang amat penting bagi institusi perbankan khususnya, ialah sistem maklumat rujukan kredit pusat. 
"Walaupun kita ada baki kad kredit sebanyak RM1 sekalipun, nama kita akan ada dalam sistem ini, jadi semasa melakukan penilaian kredit, institusi perbankan boleh mengetahui obligasi kewangan seseorang peminjam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan satu program pengurusan wang, "Pengurusan Wang Ringgit Anda (Power!)" di sini.
Program itu bertujuan memperkasa individu muda dan peminjam baharu dalam menguruskan kewangan mereka dengan berkesan, yang seterusnya akan menyumbang ke arah menggalakkan perlindungan yang lebih baik bagi pengguna kewangan dan memupuk sektor isi rumah yang lebih berdaya tahan. 
Zeti berkata paras Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) masih rendah, dan NPL dalam sektor perbankan pada keseluruhannya adalah sebanyak dua peratus manakala bagi sektor isi rumah sebanyak 2.3 peratus.
"Pada masa ini, kita percaya peminjaman dalam sektor isi rumah berada pada paras berhemah, tetapi kita tidak mahu menunggu hingga kita ada masalah dan itulah sebabnya kita memperkenal program ini," tegasnya. 
Kata Zeti keutamaan BNM ialah memastikan kedudukan hutang isi rumah beradapada paras berhemah, di samping memantau bank-bank dan memastikan tidak wujud amalan memberikan pinjaman secara berlebihan dan tidak bertanggungjawab.
"Bagi pengguna, kita akan memantau dengan teliti," katanya sambil menambah bahawa maklumat yang diberikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan 60 peratus kes pengguna adalah yang berkaitan dengan masalah hutang isi rumah. 
Sementara itu, program Power! dijangka melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran kewangan amali serta alat membuat keputusan untuk membuat keputusan kewangan yang bijak. 
Ia merangkumi maklumat berguna dan petua untuk menggalakkan pengurusan wang berhemah dan disiplin kewangan.

BUKAN MASALAH YAKIN TETAPI MASALAH MIND-SET. SAPA DERHAKA?


Adun BN akan hadir sidang khas DUN, kata Noh Omar

January 20, 2011
KUALA LUMPUR, 20 Jan — Kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor Isnin ini, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar.

“Kesemua Adun BN juga akan menyertai perbahasan,” kata beliau.
Bagaimanapun sama ada mereka akan bersetuju kepada Artikel 52 ataupun sebaliknya ia bergantung pada keupayaan kerajaan negeri untuk meyakinkan wakil-wakil BN, kata Noh dipetik beberapa akhbar hari ini.
Noh (gambar) yang juga anggota Kabinet pusat memaklumkan pendirian itu semalam menjelang pertemuan mereka hari ini.
Mengikut laporan sebelum ini, kesemua Adun BN negeri akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi menentukan pendirian sama ada mereka akan menyertai sidang khas Dewan Undangan Negeri ataupun sebaliknya minggu depan.
Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, semua Adun BN telah menerima notis menghadiri sidang tersebut yang antara lain bagi melakukan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor berkaitan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan dua lagi jawatan pegawai tertinggi negeri.
“Saya dimaklumkan bahawa Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) telah mengeluarkan pengisytiharan memperkenankan sidang itu diadakan.
“Jadi kita akan berbincang dahulu sama ada hadir pada sidang DUN itu atau tidak, kita akan buat keputusan pada 20 Januari ini,” katanya kelmarin.
Sebelum ini, Umno berkata kesemua Adun BN akan bertindak memboikot sidang khas Dewan Undangan Negeri tersebut kerana menggangap pindaan itu sebenarnya bertujuan mengembalikan kuasa Menteri Besar dan bukannya kuasa sultan dalam membuat pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri.
Semalam, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan kandungan pindaan perlembagaan negeri yang disyorkan - berkaitan kuasa dan proses pelantikan tiga pegawai tertinggi perkhidmatan negeri, yang akan dibahaskan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri kali ini.
Syor pindaan itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan pagi semalam dan menerima perkenan baginda.
Menteri Besar berkata pindaan itu membolehkan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri kembali ke kedudukan asal peruntukan sebelum ia dipinda pada 1993.
“Pindaan yang kita akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
“Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula.”

BERNAMA YANG BERBOHONG RUPANYA.

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera: Debat Diteruskan,

Laporan Bernama Mengelirukan.
...
From: 
Komunikasi KEADILAN 

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa
saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Seri Najib Razak.
Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai
Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan
sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat
mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi
kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap Agensi Berita Nasional (Bernama) agar menarik balik serta
membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA
TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" - ANWAR.

ANWAR IBRAHIM

Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

ANWAR TIPU ATAU BERNAMA TIPU? BACA TAJUK SURAT! !

"Saya Tidak Ajak Perdana Menteri Berdebat, Hanya Berbincang": Anwar
ALOR SETAR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.
Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.
"Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.
Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah, Datuk Dr Siddiq Fadzil.
Anwar berkata, menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.
Katanya, beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.
"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.
Beliau berkata, ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi. - BERNAMA

Wednesday, January 19, 2011

HOSPITAL PUN DI POLITIKKAN KE?

TAWAS : Enggan Kerjasama, Sikap Hospital Kerajaan Dikesali
19/01/2011   Share 



SHAH ALAM 19 JAN : Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier  Jayakumar melahirkan rasa kesal terhadap hospital kerajaan ekoran kengganan memberi kerjasama dengan kerajaan negeri dalam program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). 
Xavier yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor  berkata, dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan negeri membantu rakyat yang memerlukan, tetapi usaha ini dipandang dingin oleh pihak hospital kerajaan kerana enggan memberi kerjasama dan mengedarkan borang pendaftaran TAWAS.
                                                                                                                                                                                                                                             "Pihak hospital tidak membenarkan pihak kami menyimpan borang-borang tersebut disana, jadi perkara ini menyebabkan tidak ramai rakyat tahu dan dapat program TAWAS.

Walaupun pihak hospital kerajaan tidak memberi kerjasama tidak mengapa, tapi kenapa mereka tidak mahu memberi kerjasama, borang ini untuk bantuan rakyat, kita (Pakatan Rakyat) hanya ingin menolong rakyat," katanya.

TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES yang dilancarkan secara rasmi sejak awal pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, 30 Ogos 2008.                    
Kerajaan Negeri Selangor menerusi TAWAS akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya.Menjelang usia 18 tahun, anak-anak selangor yang berdaftar ini, berpeluang menerima RM 1,500 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Xavier yang juga ADUN Sri Andalas berkata, sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor dipergiatkan.
                                                                                                                                                                                                                                      "Jadi kita kena memperhebat program promosi TAWAS dengan lebih luas dan hebat di negeri Selangor,"  katanya.
                                                                                                                                                                                                                                         Xavier berkata demikian ketika merasmikan majlis Penyerahan Rumah Prihatin dan Penyampaian Sumbangan Bencana kepada penduduk Semenyih semalam.
                                                                                                                                                                                                                                             Tambahnya lagi, risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.
Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.  
                                                                                                                                                                                                                                    Jumlah pendaftaran sejak ogos 2008 sehingga ke hari ini ialah 37,285 ahli dengan purata pemohonan setiap bulan ialah 2,000 pemohonan dan tahun ini TAWAS mensasarkan 25,000 lagi pendaftaran.

PRK LAGI? SPR TERIMA TAK? SUK KENA KELUARKAN SURAT TAK?

Speaker Selangor : Kerusi DUN Pelabuhan Klang Diisytihar Kosong
19/01/2011   Share 





SHAH ALAM 19 JAN : Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim mengumumkan bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah kosong setelah ADUN itu tidak hadir ke sidang DUN sejak Julai 2010.
Keputusan itu diumumkan oleh Teng sebentar tadi.
Teng berkata Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) boleh memanggil satu pilihanraya kecil untuk DUN tersebut.
Jika PRK ini dijalankan ia merupakan pilihanraya kecil ke-15 sejak pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lepas. 
Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.


Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.


ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.


Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.


Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.


Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.


Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.


Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.


Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.


Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya. 
-Laporan lanjut bakal menyusul-

Cerita Dolu Dolu