Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 13, 2010

KESIAN NOH NGAN KHIR, UMNO SELANGOR PUN TAK NAK...


Umno Selangor mahu Najib kekal pengerusi negeri

November 12, 2010
SHAH ALAM, 12 Nov – Badan Perhubungan Umno Selangor menyatakan  pendirian sebulat suara meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal mengetuai Badan Perhubungan Umno negeri ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata keputusan itu dibuat setelah kesemua 22 ketua bahagian Umno negeri tersebut bersetuju dengan keputusan tersebut dalam mesyuarat pada Rabu lepas.
Kesemua ketua Umno bahagian negeri itu merasakan bahawa kepimpinan Najib (gambar)yang juga Presiden Umno amat diperlukan dalam usaha meningkatkan lagi sokongan serta kepercayaan rakyat terhadap parti itu, katanya.
Beliau berkata malah Selangor merupakan sebuah negeri yang disifatkan sebagai ‘jantung’ kepada pertumbuhan negara ini lebih-lebih lagi dalam usaha merampas semula negeri itu daripada pembangkang.
“Maka, kita merasakan adalah wajar Datuk Seri Najib terus memainkan  peranannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya.
“Ketika ini Selangor berada di tangan pembangkang. Untuk memperkuatkan lagi keyakinan serta sokongan rakyat terhadap parti, kita merasakan adalah sesuai agar beliau terus kekal mengetuai Umno negeri ini,” katanya ketika di hubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang menyatakan isu perubahan kepimpinan Umno di negeri-negeri tertentu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno 26 November ini.
Difahamkan, perubahan itu mungkin akan turut melibatkan kepimpinan Umno di beberapa negeri antaranya ialah Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu serta Selangor.
Perubahan kepimpinan Umno negeri itu susulan daripada pengumuman Najib  ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2010 yang menyatakan akan melakukan perubahan dalam kepimpinan Umno di peringkat tertentu dalam usaha mempersiapkan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Pengumuman perubahan itu dikatakan bagi memenuhi hasrat perwakilan yang  meminta Pengerusi Perhubungan Umno negeri khususnya di negeri-negeri yang kini bukan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), diterajui  pemimpin tempatan.
Ketika ini, Pengerusi Perhubungan Umno Selangor disandang oleh Najib,  Wilayah Persekutuan dipegang oleh Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pulau Pinang (Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Terengganu (Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dan Kedah oleh Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga Ketua Umno Bahagian Selayang turut menyatakan bahawa Badan Perhubungan Umno Selangor turut sebulat suara bersetuju untuk membawa keputusan Umno negeri itu ke mesyuarat Majlis Tertinggi pada 26 November ini. – Bernama

KESIAN RAKYAT SABAH DEPOSIT BN TAPI ADA YANG TAK ADA AIR BERSIH

Masalah air di Kelantan selesai dalam tiga tahun jika BN perintah: Awang Adek


BACHOK - Jika kerajaan Pas Kelantan memerlukan 17 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu, Barisan Nasional hari ini berjanji untuk mengatasinya hanya dalam tempoh tiga tahun atau selewat-lewatnya satu penggal pemerintahannya.

Ketika membuat janji itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pengumuman kerajaan Kelantan yang rakyat negeri itu akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya dalam tempoh 17 tahun lagi adalah bukti kegagalan Pas memerintah negeri itu.

"Saya sangat kesal dan terkejut apabila mengetahui rakyat Kelantan perlu menunggu 17 tahun lagi untuk mendapat bekalan air bersih ini. Masalah ini boleh diatasi kalau rakyat bagi kepercayaan kepada BN (untuk perintah Kelantan).

"Kita akan dapat selesai hanya dalam tempoh dua atau tiga tahun sahaja atau paling lewatnya satu penggal (pemerintahan). Terserah kepada rakyat Kelantan nak tunggu 17 tahun lagi atau hanya tiga tahun, dan ini satu jaminan (kepada rakyat Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut ketibaan pemain bola sepak Kelantan dan perarakan Piala Malaysia di Dataran Perahu di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dan ketua jurulatih pasukan Kelantan B. Sathianathan serta lebih 5,000 penyokong. Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 30 Okt lepas.


Awang Adek berkata, jika rakyat Kelantan perlu menunggu sehingga 2027 untuk mendapat bekalan air bersih, itu menunjukkan pemimpin Pas Kelantan tidak mampu mentadbir, dan negeri itu akan terus ketinggalan pada masa depan.

"Yang sedih perkara seperti ini dikaitkan dengan Islam (sedangkan) yang sepatutnya kemajuanlah yang kita boleh kaitkan, kerana ia tuntutan agama dan bukannya perkara yang hanya boleh memburukkan imej Islam. Saya rasa rakyat Kelantan akan sedar mengenai perkara ini," katanya.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang berakhir semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Mej (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, liputan air bersih yang sepenuhnya bakal dinikmati rakyat Kelantan selewat-lewatnya pada 2027.

Md Anizam dilaporkan berkata, sehingga tempoh itu kerajaan negeri melalui Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd akan menaik taraf secara berperingkat infrastruktur bekalan air bersih ke seluruh negeri.-BERNAMA

Friday, November 12, 2010

SAIZ TSUNAMI DI SUMATRA BLN LEPAS DILUAR JANGKAAN?

Sumatra quake spawned unusually large tsunami
Japanese researchers say the earthquake that struck off Indonesia's Sumatra Island last month generated disproportionately large tsunamis.

The waves caused by the magnitude-7.7 quake hit the Mentawai Islands, leaving at least 448 people dead.

A team led by Professor Kenji Satake of University of Tokyo's Earthquake Research Institute carried out an onsite survey earlier this month.

The survey found the waves that hit the island's coast reached as high as 5 meters, although many residents felt the quake itself was not so large.

The researchers concluded that the October 25th temblor was a "tsunami quake," a type that spawns disproportionately large waves.

They attribute the high death toll to the fact that many of the residents thought there would be no tsunami and didn't evacuate.

Professor Satake says the study shows that people in coastal areas need to flee to higher ground regardless of the intensity of a quake.

DULU SELALU GAK DENGAR : REGA MINYAK TAK AKAN NAIK

Harga RON95 Kekal Demi Keselesaan Rakyat - Awang Adek
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein hari ini membayangkan harga minyak RON95 tidak akan dinaikkan sehingga satu tempoh tertentu supaya rakyat berasa selesa dengan harga semasa.
"Rakyat perlu merasa selesa dengan harga minyak RON95 yang mungkin tidak akan dinaikkan sehingga pada satu masa (tertentu)," katanya ketika menggulung perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, Khamis.
Awang Adek berkata rakyat sebaliknya perlu menerima kenyataan harga minyak RON97 yang dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM2.15 seliter baru-baru ini adalah tidak menentu kerana ia akan mengikut harga pasaran dunia.
"Buat masa ini, dalam penyelarasan harga minyak baru-baru ini, kenaikan hanya kepada RON97 dan bukan RON95.
"Rakyat sepatutnya dapat menerima bahawa harga RON97 berdasarkan pasaran dan kita mungkin tidak perlu buat satu jangka masa mengenai harganya," katanya.
Awang Adek turut mengulas mengenai subsidi petrol dan gas cecair berikutan beberapa Anggota Parlimen membangkitkan mengenai peruntukan subsidi lebih besar pada 2011 berbanding 2010.
Menurutnya anggaran subsidi untuk 2011 dibuat berdasarkan kepada anggaran minyak dan gas dunia yang dijangka lebih tinggi pada 2011 berbanding 2010.
Awang Adek berkata sekiranya subsidi masih berkekalan pada tahap semasa, ia akan membabitkan peningkatan peruntukan.
"Usaha penyelarasan subsidi berterusan dan tiada titik tamat. Contohnya keputusan membebaskan harga RON97, yang baru-baru ini sekali lagi mengalami kenaikan harga. Ia adalah sebahagian daripada usaha menyelaraskan subsidi tetapi keperluan kepada subsidi untuk 2011 masih kekal," katanya.
Dalam pada itu, Awang Adek memaklumkan setakat ini hanya 1.9 peratus pengguna kad kredit tidak menjelaskan bayaran.
Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang mencelah penggulungan itu berkata meskipun hanya satu peratus yang gagal menjelaskan pinjaman, ia adalah antara faktor masyarakat di negara ini termasuk golongan muda muflis.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya golongan muda yang baru bekerja menggunakan kad debit berbanding kad kredit supaya mereka dapat menguruskan perbelanjaan masing-masing dengan baik.
Awang Adek berkata sesetengah masyarakat tidak boleh menggunakan kad debit kerana mereka ingin membeli keperluan yang melebihi daripada wang yang dimiliki.
"Kad kredit ini digunakan untuk memudahkan masyarakat supaya tidak perlu membawa wang tunai. Tetapi mereka perlu menggunakannya mengikut kemampuan," katanya.

TAHNIAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR, MCA TAKYAH NAK JADI HERO LA...

Ahli Majlis Perbandaran Klang Dipecat
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mengesahkan akan memecat Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Hamidah Mat Som yang terlibat dengan kontroversi surat sokongan untuk perniagaan syarikat milik suaminya.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu memberitahu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), surat pemecatan Hamidah telah disediakan dan masih menunggu untuk ditanda tangan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Liu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Yap Ee Wah (BN-Sg Pelek) mengenai kekecohan surat sokongan sejak beberapa bulan lalu.
"Keputusan untuk memecat Hamidah dibuat ketika mesyuarat Exco," katanya, Khamis.
Hamidah yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, telah didakwa mengeluarkan sekurang-kurangnya empat surat sokongan bagi membantu syarikat milik suaminya mendapat beberapa kontrak dari MPK.
Kes itu mula mendapat tumpuan apabila Ketua Bahagian MCA Kapar Song Kee Chai membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor (SPRM) terhadap Hamidah pada 12 Ogos lalu.

Thursday, November 11, 2010

ADUH MALUNYA. . . .


DAP mahu UMNO nyata pendirian terhadap MCA 


KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke meminta UMNO menyatakan pendirian mereka terhadap parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA yang didakwa sedang berusaha mendapatkan pegangan saham ke atas firma perjudian Tanjong PLC. 

Ahli Parlimen Rasah itu berkata, UMNO perlu bertindak sedemikian kerana parti itu bermati-matian menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan wang judi untuk memberi bantuan orang miskin. 

Menurutnya, UMNO perlu memberi pendirian yang konsisten dalam isu judi walaupun terhadap parti komponen BN. 

“Mereka begitu beria-ia membangkitkan isu di Pulau Pinang kononnya ada sumbangan daripada kelab lumba di Pulau Pinang bagi kepada kerajaan negeri. 

“Kita bagi kepada orang miskin dan mereka kata ini wang haram dan kita tidak menghormati orang Islam dan sebagainya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, semalam. 

Loke turut mempersoalkan rancangan badan pelaburan MCA, Huaren Holdings Sdn Bhd untuk mendapatkan firma perjudian ke atas syarikat perjudian ketiga terbesar di Malaysia itu selepas Berjaya Sports Toto dan Magnum. 

“Pertama sekali, adakah benar mereka merancang untuk berbuat demikian? Jika betul, di mana autoriti moral MCA? Adakah MCA entiti perniagaan atau sebuah parti politik?” katanya. 

Beliau turut mempersoalkan tindakan MCA yang hanya berdiam diri dengan rancangan Kementerian Kewangan sebelum ini yang bercadang meluluskan lesen judi sukan di negara ini. 

“Adakah kerana mereka menyokong rancangan itu kerana mereka juga ada perancangan untuk melabur dalam perniagaan perjudian?" katanya. 

Menurutnya, terdapat konflik kepentingan apabila MCA diwakili oleh seorang Timbalan Menteri Kewangan yang keputusannya memberi impak kepada industri perjudian. 

“MCA masih sebahagian daripada kerajaan. Meskipun mereka tidak berkuasa, tetapi mereka tetap sebahagian daripada kerajaan dan ini mungkin menyebabkan konflik kepentingan," katanya. 

Loke berkata, sekiranya MCA meneruskan hasratnya terbabit dengan industri perjudian, DAP akan terus memanjangkan isu itu.

KALAU LEPAS KAT BN... SELUAR DALAM PUN DORANG CAP DACING


Banjir: Kedah bantu sampai pakaian dalam
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 11 Nov: Dr. Hayati Othman (PAS-Pendang) menjelaskan, kerajaan negeri Kedah bukan sahaja menyediakan dapur gas, bantuan makan, malah juga keperluan-keperluan lain termasuk pakaian dalam kepada mangsa banjir negeri itu.

Beliau berkata demikian sebagai menambah celahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 di Dewan Rakyat pagi ini.

"Kita bukan sahaja bagi gas, benda-benda lain pun kita bagi, tuala wanita, kain batik, seluar dalam, baju dalam pun kita bagi.

"Saya terlupa nak bawa hari ini," katanya.

Mencelah sekali lagi, Mahfuz berkata, "nanti kita bawa kat menteri sekeping".

Kedua-dua mereka membangkit perkara itu bagi menjawab tuduhan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa kerajaan PAS Kedah lepas tangan dan lambat bertindak membantu mangsa banjir.

Mahfuz sewaktu mencelah sebelum itu berkata, tindakan Muhyiddin dan Shahrizat itu bukan sahaja menghina kerajaan negeri Kedah, malah juga kakitangan awam negeri itu.

Katanya, pemimpin Umno di peringkat pusat seolah-olah langsung tidak menghargai kakitangan awam yang bertungkus lumus menyampaikan bantuan yang disalur kerajaan negeri.

"Kita ucap terima kasih kerana tuduhan itu menyebabkan kemarahan kakitangan kerajaan negeri Kedah kepada Umno BN.

"Mereka pagi, malam berendam air bah tetapi dinafikan pimpinan Umno pusat," katanya.

Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jelasnya hanya membantu mangsa banjir tidak lebih dari beras, sardin dan telur, namun tidak menyediakan dapur gas untuk memasak.
(Gambar: Ketua kampung Pakatan Rakyat, Saudara Leman (berbaju hitam berkain pelikat) bersama Pemuda PAS Kampung Belukar, Changloon, membantu angkatan tentera dari kem 305 bukit kayu hitam menurunkan bot untuk membantu mangsa banjir di kampung mereka pada malam pertama baniir besar menyerang Kedah. Foto Azlan Jan)
Kerajaan negeri bagaimanapun bertindak segera menyediakan kemudahan tersebut bagi memudahkan mangsa yang dipindahkan.

"Masalah dia, dapur tak bagi. Saya tak tahu la kerajaan masih fikir orang kampung masak pakai kayu api.

"Sedangkan kerajaan negeri sedia dapur gas" katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Bagi Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), tindakan mengatakan kerajaan Kedah lepas tangan adalah keterlaluan.

"Kita masih ingat, banjir di Johor 2006. Kita bantu sana dua fasa, kita tak pernah pun mengeluarkan perkataan kata kerajaan BN Johor tak ambik tahu. Tak pernah begitu.

"Kami bukan nak mintak puji sangat kerajaan Kedah, kita cuma mahu keadilan diberikan, jangan sampai kata lepas tangan," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam memaklumkan kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM2 juta membantu mangsa banjir.

KALAU BUKAN PR GELAK BESAR DAH PATRICK LIM (PATRICK BADAWI)

MPPP Tidak Kenakan Syarat Tertentu Kepada Pemaju
GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tidak mengenakan syarat tertentu kepada pemaju yang ingin membangunkan sesuatu kawasan termasuk menyediakan gantian unit setinggan di dalam kelulusan Pelan Kebenaran Merancang.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow, bagaimanapun, berkata MPPP ada memohon kepada pemaju mengenai kaedah sesuai menyelesaikan masalah setinggan di kawasan yang akan dibangunkan kerana ia merupakan tanggungjawab pihak pemaju.
"Kaedah penyelesaian sama ada gantian unit rumah setinggan atau melalui bayaran pampasan, ia adalah mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Khamis.
Sebagai contoh, katanya, bagi kes Tanjung Tokong, pihak pemaju iaitu UDA Holdings menyelesaikan masalah penduduk di kawasan berkenaan melalui kaedah berpindah sementara ke rumah panjang dan menyewa di tempat lain.
"Bagaimanapun MPPP tiada maklumat mengenai perjanjian di antara penduduk tempatan dengan pihak UDA untuk penempatan semula penduduk terbabit ke atas projek yang dicadangkan," katanya.
Selain itu, katanya, MPPP masih mempertimbangkan permohonan merancang oleh Tetuan Penang Turf Club untuk mendirikan 17 unit rumah banglo tiga tingkat di tanah Turf Club.
"Bagi cadangan pemajuan 'Penang Global City Center' oleh Abad Naluri Sdn Bhd pula telah ditolak oleh MPPP pada 6 Ogos 2008 dan setakat ini tiada permohonan baru yang dikemukakan di atas tapak pemajuan itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Chow berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan menggunakan nama-nama tokoh pemimpin pakatan pembangkang untuk nama jalan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan tokoh veteran itu dalam perjuangan politik.
"Kerajaan akan pertimbangkan sekiranya ada permohonan secara bertulis, bagi jalan sedia ada dalam negeri, sebarang permohonan untuk tukar nama perlu melalui Jawatankuasa Negeri Nama Geografi dan nama untuk jalan di kawasan perumahan baru ditentukan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya. - BERNAMA

Putrajaya bukan ‘harta’ milik parti politik, biar rakyat putuskan


Oleh Boo Su-Lyn dan Dzulfikar Mashoor

November 11, 2010
PETALING JAYA, 11 Nov — Pertubuhan bukan kerajaan pilihan raya adil, Bersih 2.0 mengingatkan parti-parti politik agar tidak mendakwa Putrajaya adalah milik mereka ketika mempersiapkan jentera bagi menghadapi saingan pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun depan.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seringkali menggunakan tema “Menuju Ke Putrajaya” dalam ceramah dan kempen manakala dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri dan Presiden Umno, mahu Putrajaya dipertahankan walau apa pun terjadi.
“Putrajaya bukan milik mana-mana pihak, tetapi kepunyaan rakyat Malaysia, kita (rakyat) akan menentukan siapa yang layak memiliki Putrajaya,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada majlis pelancaran pergerakan itu di sini malam tadi.
“Kita, rakyat, akan memutuskan siapa yang akan mentadbir Putrajaya,” kata beliau pada majlis dihadiri sekitar 600 orang.
Bersih 2.0 dilancarkan sebagai badan madani, sebagai sebuah badan bebas berbanding 2005 yang digerakkan oleh parti-parti politik.
Pada 2007, Bersih mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibu negara meminta diadakan pilihan raya bebas. Bersih 2.0 diberi nafas baru di sebaliknya gesaan PAS dan Parti Keadilan Rakyat pertengahan tahun ini akan badan itu digerakkan semula bagi menuntut pilihan raya umum ke-13 yang adil.
Ia tidak dipimpin oleh ahli-ahli politik. Kelmarin ia mengadakan pertemuan sulung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan memorandum 11 perkara bagi memperbaiki sistem pilihan raya negara agar telus dan adil.
Menurut Ambiga, sistem demokrasi yang adil dan bersih akan mendorong rakyat memilih pemimpin impian mereka masing-masing.
Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam berkata, kerajaan dan SPR sepatutnya menerima 11 tuntutan Bersih 2.0 iaitu pembersihan sepenuhnya daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal elak pengundian berganda dan penyelewengan undi, reformasi proses pengundian, kebebasan pada semua parti untuk mengakses media, memanjangkan tempoh berkempen minimum 21 hari, pendaftaran automatik serta umur turun mengundi diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun dan proses kewangan pilihan raya diurus dengan telus.
“Semua parti mesti memberi perhatian dan angkat cadangan-cadangan ini, kalau SPR masih tidak mendengar dan meletakkan cadangan ini di belakang, kita tahu ke mana kami harus pergi (dan) apa yang kami wajar buat,” katanya.

KALAU LA OBAMA DATANG DAN BERI SALAM.... HMM...

Presiden AS pandai berbahasa Indonesia 


JAKARTA - Presiden Amerika S:yarikat (AS), Barack Obama disambut seperti seorang selebriti di salah sebuah universiti terkemuka di Indonesia, di mana beliau membuatkan hadirin terpegun apabila ucapannya dipenuhi dengan bahasa Indonesia. 



Ucapan terakhir itu adalah sebagai penutup lawatan penuh nostalgia Presiden AS itu ke Indonesia, iaitu negara dengan populasi umat Islam terbesar dunia di mana beliau menghabiskan masa selama empat tahun semasa zaman kanak-kanaknya. 



Obama menerima tepukan gemuruh apabila memulakan ucapannya dengan kata-kata “Assalamualaikum. Salam sejahtera” yang diucap tanpa sebarang kesalahan sebutan. 



Hampir 6,000 pelajar, pekerja dan pegawai universiti memenuhi dewan utama Universiti Gadjah Mada bagi mendengar ucapan Obama dan bersorak gembira setiap kali Presiden AS itu bercakap dalam bahasa Indonesia. 



“Pulang kampung, nih,” katanya, menyebabkan kesemua yang hadir ketawa besar dan memberikan tepukan gemuruh kepada beliau.



Obama turut mengucapkan kata-kata 'Indonesia adalah sebahagian daripada saya'. 



Obama meninggalkan Indonesia pagi semalam, iaitu kurang 24 jam selepas beliau tiba untuk lawatan rasminya di Jakarta, kelmarin.


MERAPI, ANAK KARAKATOA, KINI BULUSAN PULA......


Gunung berapi Bulusan meletus dua kali

Petani sedang menuai padi di kaki gunung berapi Bulusan di wilayah Sorsogon, tengah Filipina. Gunung itu telah mengeluarkan dua kali letusan dan pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran tahap satu kepada penerbangan dan penduduk yang tinggal di sekitar gunung tersebut. - REUTERS


MANILA 10 Nov. - Pihak berkuasa Filipina hari ini mengeluarkan amaran penerbangan dan peringatan kepada penduduk yang tinggal berhampiran terhadap kemungkinan letusan gunung berapi Bulusan, yang ketika ini sedang aktif mengeluarkan debu.
Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina berkata, gunung berapi Bulusan telah mengeluarkan dua letusan dan menghamburkan abu setinggi 1.565 meter semalam, menyebabkan masyarakat sekitarnya bermandikan debu.
Pihak berkuasa penerbangan perlu menasihati juruterbang bagi mengelak melakukan penerbangan berhampiran puncak gunung berapi itu, yang sedang mengeluarkan debu dan serpihan volkanik akibat letusan, yang boleh menimbulkan bahaya," katanya.
Gunung berapi Bulusan 250 kilometer di tenggara ibu negara Manila di pulau utama Luzon, adalah salah satu daripada 23 gunung berapi aktif di Filipina.
Penduduk yang tinggal berhampiran sungai dan lembah-lembah di daerah itu diberi amaran bahawa banjir lumpur debu gunung berapi tersebut boleh tercetus jika berlaku hujan lebat.
Kerajaan masih tidak mengeluarkan perintah pemindahan, namun berkata 75,000 penduduk bandar berhampiran iaitu Irosin dan Juban menghadapi risiko sekiranya gunung tersebut terus meletus.
Gunung berapi Bulusan telah meletus sebanyak 16 kali dalam sejarahnya dan kali terakhir ia meletus ialah pada 2006. Kini, ia sekali lagi meletus sejak 6 November lalu. - AFP

VIVA EKSEKUTIF? BAIK BUAT VIVA LIMO JER TERUS

Perodua kekal terajui pasaran


SEMUA model Perodua mendapat sambutan hangat termasuk Perodua Alza yang dijual sejak November tahun lalu.


KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengekalkan status selaku pengeluar kereta terlaris di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut dengan angka jualan meningkat 15 peratus kepada 157,200 unit dari Januari hingga Oktober lalu.
Prestasi jualan itu memberikan Perodua penguasaan 31.1 peratus daripada pasaran kenderaan di negara ini yang dianggarkan kesemuanya berjumlah 570,000 buah setahun.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rasyid Salleh (gambar kecil) berkata, syarikat itu kini berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran jualan tahun ini sebanyak 185,000 unit.
“Kejayaan Perodua banyak disumbangkan oleh produk yang menepati cita rasa pengguna seperti faktor reka bentuk, harga, penjimatan bahan api serta nilai jualan semula yang tinggi.
“Buat masa sekarang, Myvi terus menjadi model paling laris dengan jualan antara 6,500 hingga 7,000 unit sebulan, diikuti Viva dan Alza,” kata Aminar ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Hari ini, Perodua akan melancarkan varian terbaru Viva yang ditambah baik, Viva Edisi Eksekutif.
Edisi terbaru Viva, model yang pertama kali dikeluarkan pada 2007, dijangka melonjakkan lagi penguasaan Perodua.
Tempahan untuk model itu sudah dibuka dengan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungan talian khidmat pelanggan Perodua di 1800-88-6600.

NAMA ANAKNYA BASIL ANAK BEGINDA BUKAN BASIL BIN NOOR AZMAN


Bermakna jika benar bapanya berugama Islam tentulah dia mualaf dan mengucap syahadah kurang dari sepuluh tahun.

Cuba tanya dia : pernah dapat duit zakat?
Dia masuk Islam kerana apa? Dijanjikan sesuatu (Janji syurga tak yah ler...)
Kenapa isterinya boleh terbiar tidak berugama Islam?

Kalau fatwa kebangsaan mengatakan jika salah seorang ibu atau bapanya Islam, maka anaknya Islam.... bagaimana anaknya boleh terbiar diasuh dan dibesarkan oleh ibunya?
Apakah status sebenar perkahwinan mereka berdua?

SOHIHNYA ZUL NORDIN CAKAP GUNA KEPALA LUTUT..... DIA NI PEGUAM KE? 

Jakim diarah siasat agama bapa murid bawa sosej babi ke sekolah

November 10, 2010
Basil dirotan oleh seorang guru selepas didapati membawa nasi goreng berlauk sosej babi ke sekolah.
KUALA LUMPUR, 10 Nov — Kerajaan telah mengarahkan bahagian penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata selepas mengenal pasti status Beginda Anak Minda atau Noor Azman Abdullah, siasatan boleh dijalankan terhadap dakwaan anaknya Basil Anak Beginda dirotan guru akibat kejadian itu.
Katanya status agama Beginda perlu disiasat kerana mengikut keputusan muzakarah Fatwa Kebangsaan apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.
“Selepas itu (baru) boleh sampai kepada kesimpulan apa juga keputusan tentang itu boleh tentukan kepada kenapa budak ini dirotan,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Akhbar pada 5 November lepas melaporkan seorang ibu, Angela anak Jabing membuat aduan bersama sayap wanita Parti Keadilan Rakyat kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa anaknya berusia 10 tahun dirotan penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah.
Sehubungan itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak Datin Fatimah Abdullah berkata Jabatan Pelajaran Negeri itu akan meneliti kes berkenaan selain mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah.
Terdahulu, persidangan dewan hari ini hangat apabila Zulkifli Nordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) yang berbahas membangkitkan isu berkenaan dan mempersoal pendirian PAS berhubung perkara terbabit.
Kekecohan itu berlarutan sehingga mengakibatkan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) diarah keluar dewan sehingga Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyambung persidangan dewan pada sebelah petang, kerana berterusan mencelah ketika Zulkifli berbahas, walaupun diarah untuk tidak berbuat demikian beberapa kali.
Dzulkefly berterusan menyalahkan Zulkifli kerana membawa isu itu ke dalam dewan, dan menyatakan ia tidak sesuai dibincangkan berikutan masa yang diperuntukkan kepada Anggota Parlimen untuk berbahas sangat singkat iaitu 10 minit.
Rentetan daripada itu, Zulkifli kemudian membalas dengan bertanya: “Adakah kamu (Dzulkefly) sokong anak seorang Islam bawa babi ke sekolah?”
Pada sebelah petang, Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching) memberitahu pemberita bahawa Basil bukan orang Islam berdasarkan status agama bapanya dalam sijil kelahiran kanak-kanak itu dan sijil perkahwinan ibu bapanya yang dihantar melalui e-mel kepadanya oleh ibu kanak-kanak itu hari ini.
“Menurut sijil itu, bapa kanak-kanak itu, Beginda Anak Minda tidak mempunyai agama manakala ibunya, Angela anak Jabing adalah Kristian. Jadi berdasarkan ini, kanak-kanak itu dibesarkan sebagai seorang penganut Kristian menurut agama ibunya,” katanya.
Katanya persoalan yang berbangkit sekarang ialah kenapa Basil dirotan penolong kanan sekolah itu kerana membawa sosej babi ke sekolah.
Beliau mendakwa bahawa menjadi kebiasaan bagi kedai kopi di Sarawak menjual makanan halal dan tidak halal di tempat yang sama dan bagi orang Islam dan bukan Islam untuk makan di meja yang sama. — Bernama

Wednesday, November 10, 2010

BUKAN PENDUDUK (MANGSA BANJIR) AJE TEPUK DAHI......

Syarikat insurans mula dibanjiri tuntutan
KANGAR - Syarikat insurans mula dibanjiri tuntutan oleh mangsa-mangsa banjir yang membuat pinjaman perumahan Perbendaraan Negara dan di Perlis kira-kira 300 penjawat awam telah membuat tuntutan insurans bencana alam itu.

Etika Insurans dan Takaful cawangan Kangar, satu-satunya panel insurans yang melindungi pinjaman penjawat awam di Perlis menyifatkan jumlah mangsa yang membuat tuntutan itu agak tinggi kerana kejadian banjir besar itu.

Pengurusnya, Umi Kalsom Mat Isa berkata, pihaknya akan membuat penilaian sebelum membuat sebarang keputusan mengenai tuntutan itu.

Menurutnya, syarikat insurans itu hanya mengambil kira kos kerosakan bangunan tetapi tidak membabitkan perabot atau peralatan di dalam kediaman.

"Kami hanya melindungi bangunan dan hanya menilai kerosakan struktur bangunan," katanya kepada Bernama hari ini.


Mengenai jumlah tuntutan terkumpul, Umi Kalsom berkata, ia sebenarnya bergantung kepada penilaian yang akan dibuat oleh pihak syarikat.

Perbendaharaan Malaysia dalam kenyataannya hari ini menasihati mangsa banjir di Kedah dan Perlis yang merupakan penjawat awam yang ada pinjaman perumahan Perbendaharaan supaya mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insuran masing-masing.

Tuntutan meliputi kerosakan struktur bangunan, pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir, tangki air pecah, kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan dalam rumah, perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih.

Mereka juga boleh menuntut pendapatan sewa rumah kerana tiada penyewa dalam tempoh rumah dibaiki atau enam bulan yang mana terdahulu.

Mangsa boleh membuat tuntutan dengan mengisi borang yang ditetapkan bersama dokumen-dokumen yang perlu dilengkapkan bagi prosedur tuntutan.

TERIMA KASIH KHIR TOYO... PETANG TADI SIAP ANNOUNCEMENT LAGI.


PETANG TADI DALAM JAM 17:00 TETIBA 

'PENGUMUMAN! PIHAK KONTRAKTOR MBSA AKAN MENJALANKAN OPERASI MENYEMBUR NYAMUK DIKAWASAN ANDA SEBENTAR LAGI. HARAP MAKLUM.'

Sebelum ni tak perasan lak ada pengumuman tetiba dengar bunyi enjin motor senbur aje.... siap sembur sekeliling (termasuk belakang rumah sekali).. perghhh.... Ni yang aku sayang KHIR TOYO ni....

Nasib baik aku tak pegi KPJ/SMC tengahari tadi ingat nak gi melawat ahli qariah yang menjalani pembedahan.....

Khir Toyo dimasukkan ke hospital, disyaki demam denggi

November 10, 2010
Khir dipercayai mengalami demam denggi. — gambar fail
SHAH ALAM, 10 Nov — Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) di sini pagi tadi kerana disyaki menghidap demam denggi.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar.
Isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik ketika dihubungi berkata beliau yang bimbang dengan keadaan kesihatan suaminya itu terus membawanya ke SMC untuk pemeriksaan lanjut.
“Apabila tiba di hospital, doktor yang melakukan pelbagai pemeriksaan termasuk mengambil sampel darahnya mengesyaki Datuk Seri mungkin mengalami demam denggi.
“Dr Khir kemudian diminta untuk menjalani rawatan lanjut bagi memastikan keadaannya baik dan beliau kini berehat di wad,” kata beliau.
Sementara itu, ketika membahaskan ucapan Belanjawan 2011 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim menanyakan di mana Khir yang tidak hadir untuk mendengar perbahasan.
Adun Sungai Pelek daripada Barisan Nasional (BN) Yap Ee Wah, bangun dan memberitahu dewan bahawa Khir tidak hadir pada hari ini kerana dimasukkan ke hospital disyaki menghidap demam denggi. — Bernama

Cerita Dolu Dolu