Percutian sekolah yang bermula sejak dari 18 November tidak memberikan banyak impak kepada kami sekeluarga. Maid aku balik bercuti dan kembali dari bercuti pada 25 November 2006, so weekend sibuk kemas rumah ajerlah. Akhirnya setelah hampir sebulan, destinasi di pilih untuk percutian pada minggu lepas. Kesibukan di tempat kerja menyebabkan cuti pun tak dapat nak ambik. Harapkan cuti hujung minggu aje lah.
Isnin 11 Disember, sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor 'Daulat Tuanku !' kami sekeluarga pergi bercuti ringkas. Ringkas bermakna, tempat yang dekat dan boleh balik hari. Dengan keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu, percutian panjang sukar di rencanakan. Kami pergi ke Zoo Negara. Akhir pergi ke sana pada tahun 2000 (Hari Raya ke tiga kot?). Setelah sekian lama dan menariknya, jadual telah di tetapkan tetapi terdapat artikel kurang ceria di dalam akhbar KOSMO seminggu sebelumnya berkenaan Zoo Negara yang di katakan tidak terjaga - binatang dah tiada, aquarium yang kosong dsbnya. Agak mengurangkan keceriaan ke sana.
Gambar lain di Zoo Negara - klik gambar
Kami tiba pada jam 10:00 dan bermula dari melihat laluan ke sebelah kiri - zirafah, gajah dsbnya. Keseluruhan lawatan mengambil masa 4 jam sahaja. Jarak yang dekat dari rumah. Keluasan Zoo Negara yang tidak terlalu besar memberi lawatan secara santai.
Banyak benda yang jika di lihat dari lawatan terdahulu memberi kesan. KFC dah tiada lagi di ZOO tetapi ada Marrybrown. Restoran KFC dah jadi tempat burung. Penguin - tinggal beberapa ekor dan kolam penguin tengah repair. Aquarium? banyak sedang baik pulih.... aku tak nampak piranha dah..... dan yang tak pasti Ular Sawa yang pernah di tangkap berhampiran Yow Chuan Plaza pada tahun 70an dahulu (masa tu panjang dia 22 kaki - kejar budak petik pucuk paku) tapi tak pasti ada lagi ke tak sebab macam takde aje.....
Bagaimanapun pelawat agak ramai apabila menjelang tengahari dan Zoo Negara tetap menjadi tarikan kepada keluarga untuk melawat. Tidak sempat menonton pertunjukan binatang yang berlangsung pada 11:00 dan 15:00 sebab jauh dari tempat pertunjukan. Mungkin lain kali lah.