Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 19, 2005

Imam Al-Mahdi

Dibawah diturunkan beberapa perkara berkaitan kemunculan Imam Al-Mahdi

Dari Ummu Salmah(RA) Rasulullah(SAW) bersabda:

"Setelah kematian khalifah akan terdapat pertikaian di antara manusia. Pada masa itu penduduk Madinah akan keluar (meninggalkan Madinah) menuju ke Mekah. Sementara itu di Mekah, beberapa orang akan menghampiri beliau (Al-Mahdi) dan memaksa beliau berbait di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim. Sesudah itu akan hadir segerombolan askar yang besar dari Syria untuk menyerang beliau tetapi apabila tiba di Baida (tempat antara Madinah dan Mekah) mereka akan di telan oleh bumi.
Berturut dari itu, Abdaals dari Syam bersama lebih ramai manusia dari Iraq akan hadir untuk berbait kepada beliau. Akan hadir juga seorang bangsa Quraish dari keturunan Bani Kalb menghantar askar untuk menyerang beliau tetapi hanya akan dikalahkan dengan ketentuan Allah. Askar tersebut (yang kalah) adalah dari Bani Kalb. Dan tidak ia mendapat keuntungan dari Bani Kalb. Dia (Imam Mahdi) akan membahagi-bahagikan harta rampasan perang yang banyak. Beliau akan memimpin manusia menurut sunnahKu dan Islam akan tersebar ke serata pelusuk dunia dalam tempoh pemerintahannya. Beliau akan hidup selama tujuh tahun (dari tempoh beliau di baitkan). Setelah beliau wafat jenazahnya akan disembahyangkan oleh ramai muslimin. "
(Riwayat Abu Dawood)
Kematian khalifah dari kenyataan diatas ada penulis mengatakan kemungkitan kemangkatan Raja Arab Saudi. Pertelingkahan berlaku kerana saudara mara raja berebut untuk menjadi pemerintah. Ada buku yang mengatakan Raja tersebut adalah Raja Fahd. Berkaitan dengan bangsa Quraish dari Bani Kalb tersebut adalah yang dikenali sebagai Sufyani atau bergelar dari Siddam. Ada juga yang mengatakan dia adalah turunan Bani Umayyah dari Abu Sufyan. Siddam yang dimaksudkan berkemungkinan anak kepada Saddam.
Apakah Al Mahdi semakin hampir kemunculannya?
Selain dari itu, menurut dalil dari hadith yang sahih, disepakati oleh alim ulama dan diterima pakai secara meluas, Al Mahdi diriwayatkan seperti berikut :
1. Dari keturunan Rasulullah (SAW) ianya dari salasilah Saidatina Fatimah (RA)
2. Berdahi luas dan berhidung mancung
3. Keujudan pada satu malam.
4. Timbul apabila Qiamat akan tiba.
5. Mempunyai nama seperti nama Rasulullah (SAW) - Muhammad bin Abdullah
6. Mengelakkan diri dari manusia yang hendak membait beliau dari Madina dan menuju ke Mekah.
7. Dibait dan mendapat bantuan penduduk Iraq.
8. Mendukungi / mengetuai peperangan
9. Memerintah tanah arab menurut sunnah selama tujuh tahun.
10. Menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di atas dunia.
11. Beliau akan menghapus penindasan dan kekejaman
12. Mengimamkan solat di Mekah dan Nabi Isa Al-Masih akan turut menjadi imam.
13. Al-Mahdi bukannya Nabi Isa.

Dalil dari hadith tetapi tidak disepakati oleh alim ulama. Kesahihan hadith tersebut adalah diragukan.
1. Dari salasilah keturunan Rasulullah (SAW), sebelah Saidina Hussain (RA) anak kepada Saidatina Fatimah (RA)
2. Muncul di akhir zaman
3. Muncul ketika dunia dipenuhi dengan penindasan dan kekejaman dimana umat islam amat tersiksa.
4. Muncul ketika gempabumi kerap berlaku diserata dunia dan bumi menghijau (ditanah Arab).
5. Beliau akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan.
6. Menyebar persaudaraan islam, kesaksamaan dan kezuhudan bertambah bagi umat islam.
7. Memerintah umat muslimin menurut hadith diantara tujuh ke sembilan tahun.
8. Cara hidup dan tindakan beliau menpunyai kualiti seperti Rasulullah (SAW)

Pendapat dari individu adalah meragukan dan tidak sahih. Bagaimana pun pendapat tersebut meletakkan Al-Mahdi seperti berikut:
1. Tidak akan muncul sehingga umat Islam berpecah belah dan keji mengeji antara satu sama lain. (tiada rasa persaudaraan sesama Muslim)
2. Muncul semasa penindasan dan kekejaman berleluasa dan tiada umat islam terkecuali darinya.
3. Suara dari langit memberitahu kemunculan beliau
4. Dunia akan beliau penuhi dengan keadilan dan kesaksamaan.
5. Akan mengimamkan solat dan diikuti oleh sekian banyak muslimin dan juga Nabi Isa (AS).

Dalil palsu dan ditolak oleh ulama berkurun-kurun.
"Imam Mahdi akan muncul apabila muncul dua tanda di langit yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Tanda tersebut adalah terjadinya gerhana bulan pada malam pertama bulan Ramadan dan gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadan yang sama."
Ini diriwayatkan oleh Amr bin Shamer dari Jabir dari Muhammad bin Ali. Tiada perawi lain untuk mengesahkan diatas dan ulama berkesimpulan ianya kata kata dari Muhammad bin Ali bukan hadith dari Rasulullah.
Wallahua'lam

Wednesday, May 18, 2005

Remember ! !

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَـتاً وَهُمْ نَآئِمُونَ - أَوَ أَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَن يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ
(Did the people of the towns then feel secure against the coming of Our punishment by night while they were asleep Or, did the people of the towns then feel secure against the coming of Our punishment in the forenoon while they were playing)[Surah Al-A'raf :97-98]

Cerita Dolu Dolu