Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, June 29, 2009

Pemandu peroleh lesen kenderaan automatik hanya dibenar pandu kenderaan automatik

Pemandu peroleh lesen kenderaan automatik hanya dibenar pandu kenderaan automatik
Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Pemandu-pemandu baru memperoleh lesen dengan bergantung pada kenderaan automatik hanya akan dibenarkan memandu kenderaan yang berfungsi menggunakan sistem automatik pada masa depan.

"Jika seseorang itu memandu menggunakan kenderaan manual, mereka boleh memandu kenderaan yang menggunakan sistem manual dan automatik.

"Bagaimanapun jika hendak memperoleh lesen menggunakan kenderaan automatik, mereka hanya boleh memandu kenderaan automatik," kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Beliau menjawab soalan Norah Abdul Rahman (BN–Tanjong Manis) di Dewan Rakyat hari ini.Kata Lau, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang dalam proses mengkaji semula struktur kurikulum memandu yang sedia ada.

"Bagi tujuan pelaksanaan kenderaan automatik sebagai kenderaan ujian memandu, JPJ sedang membuat pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 bagi membolehkan calon menggunakan kenderaan automatik untuk ujian memandu dan menetapkan kelas khas lesen memandu penggunaan kenderaan automatik," katanya.

Ketika mengemukakan soalan tambahan, Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (PAS–Titiwangsa) berpendapat bahawa penggunaan kenderaan automatik semasa ujian memandu akan menghilangkan kemahiran asas pemanduan.

"Adakah kerajaan menjalankan kajian sebelum melaksanakan dasar tersebut?" katanya.

Lau menjawab bahawa sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada JPJ, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan dan persatuan sekolah-sekolah memandu sedang menjalankan kajian berkenaan.

SAYA RASA INI CADANGAN YANG BAIK. TAK PASTI KESOHEHANNYA TAPI KALAU TAK SILAP KAT JEPUN MEMANG ADA LESEN MACAM TU. RASANYA RAMAI YANG SUKAR MEMANDU KERETA MANUAL SELEPAS SEKIAN LAMA MEMANDU KERETA AUTO. BUKAN SEMESTINYA YANG BARU DAPAT LESEN SAHAJA

Cerita Dolu Dolu