Kita selalu dengar pihak Pakatan Rakyat dan khususnya #BERSIH menuntut daftar pengundi dibersihkan kerana terdapat nama-nama pengundi yang meragukan. Adalah biasa kita mendengar kenyataan tersebut tetapi kita tentu musykil adakah ini cakap-cakap politik atau kenyataan sebenar? Pulang ke rumah bonda pada minggu lepas menceritakan segala-galanya. Walaupun penyelaras DUN pernah bercerita kepada saya, ada rumah di kampung mempunyai 15 orang pengundi didaftarkan padahal rumah tersebut cuma ada 3 penghuni /pengundi sahaja.
Di bawah ini saya kopipes 2 surat dari BN Selangor kepada pengundi. Tentu ramai sudah terima surat seperti ini. Dua penama yang tertera saya sendiri pun tak tahu siapa mereka. Takkan lah saya tak tahu siapa yang tinggal di rumah bonda sendiri? Maka sangat logiklah BN amat yakin akan dapat merampas Selangor dari PR. Jika penama ini adalah nama mereka yang telah meninggal dunia dan ;'diguna semula' satu isu yang lain tetapi jika ianya nama-nama penerima IC segera? Ianya adalah bukti/contoh negara dijual kepada warga asing demi kuasa - Treachery of High Order.
Sebagai bekas pengurus Sumber Manusia saya nampak kegusaran dan masalah yang bakal timbul pada masa akan datang. Sudah cukuplah monopoli perniagaan kecil-kecilan yang 'membungkuskan' kedai runcit anak tempatan. Masa akan datang, generasi muda sekarang akan bersaing untuk pekerjaan pula dengan mereka TANPA sebarang halangan dan kemudahan setara, tidak seperti sekarang dimana pekerja asing memerlukan kelulusan KDN, tiada kemudahan selain yang disediakan oleh pihak agensi atau ejen.
Bonda bertanya kepada saya hal ini dan jawapan saya mudah. . . "Hanya pihak yang berotoriti sahaja yang dapat melakukan kerja busuk sebegini, bukannya orang biasa"