Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, January 14, 2011

RENUNG RENUNGKAN

l-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan di antaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. 

Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Di kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Semasa kecil aruah atuk saya yang berkhidmat sebagai siak/bilal di Masjid Batu 4 Batak Rabit akan memanjat menara masjid untuk melaungkan azan selepas memukul kentung. Zaman di mana kemudahan PA belum ujud. Harus kita ketahui kenapa masjid mempunyai menara yang tinggi. Zaman berubah, menara dipasang speaker dan dikuatkan hingga sesetengahnya mengganggu bacaan imam surau/masjid berdekatan. Ada juga yang memasang bacaan Al-Quran melalui kaset atau CD dan mengganggu mereka yang beriktikaf di masjid atau sedang solat sunat.

Bayangkan bilal masjid Negeri Shah Alam panjat menara nak melaungkan azan. Lepas seminggu mau luruh kepala lutut.

Thursday, January 13, 2011

AKU SETUJU MB SELANGOR TAK HARUS HIPOKRIT. baca entry sebelum ini


MB Selangor hipokrit nafi Adun BN dana, kata Khir Toyo

January 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 Jan — Dr Mohd Khir Toyo mendakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bersikap hipokrit kerana hanya memperuntukkan dana pembangunan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat.

Semalam, Khalid mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi setiap Adun Pakatan Rakyat untuk mengadakan projek di bahagian masing-masing, tetapi tidak kepada pembangkang negeri — Barisan Nasional (BN) memandangkan kerajaan pusat juga mendiskriminasikan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Dana itu diperuntukkan di sebalik cakap-cakap bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun ini.
“Khalid Ibrahim cakap tidak serupa bikin,” kata Dr Khir (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Pakatan Rakyat bertindak di peringkat pusat meminta agar peruntukan diberikan kepada ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat,” kata beliau.
Sehubungan itu kata beliau, jika Pakatan Rakyat merasakan tidak adil mereka sewajarnya mengagihkan peruntukan kepada barisan pembangkang negeri.
Bekas menteri besar itu berkata, BN mempertahankan pendirian dengan tidak meminta agar turut diberikan peruntukan kepada wakil rakyat-wakil rakyat pembangkang.
“Menjadi dasar BN tidak memberikan peruntukan kepada parti pembangkang. Jadi, saya tidak meminta peruntukan daripada kerajaan negeri,” kata Adun Sungai Panjang ini.
Ahli Parlimen Johor Baru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad juga membidas Khalid atas menteri besar itu melakukan perkara yang sama selepas selama ini menyalahkan BN.
“Saya ingat mereka kata apa yang kerajaan BN lakukan sebelum ini salah. Jadi mengapa mereka ikut kita? Anda kena membetulkan kesilapan dengan tidak mengulanginya; tetapi anda membetulkan yang salah dengan melakukan yang sama,” katanya.
Justeru kata beliau, BN bertindak betul apabila mengeluarkan pembangkang persekutuan itu daripada peruntukan bagi projek-projek bahagian.
“Mereka tidak menyokong strategi-strategi perdana menteri. Malah mereka mengundi menentang bajet. Jika mereka tidak sokong, macam mana mereka dapat peruntukan?” kata Shahrir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga menyifatkan tindakan Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, menyokong amalan BN tidak menyalurkan dana kepada ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
“Bagi saya, apa yang dilakukan oleh Khalid mengesahkan bahawa tindakan kami selama ini memang betul, apabila perdana menteri menyalurkan wang kepada ahli-ahli Parlimen BN sahaja untuk membangunkan negara,” katanya lagi.
Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong pula menyifatkan Khalid sebagai tidak konsisten.
“Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, cari alasan kukuh untuk menjustifikasikan tindakan anda,” kata beliau lagi.
Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor manakala baki dipegang oleh BN.

50% PUSAT HIBURAN DI SUBANG BAKAL TUTUP? BAGUS LA.

MPSJ Larang Umat Islam Bekerja Di Tempat Jual Arak
13/01/2011   Share 





SUBANG 13 JAN : Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi, lapor portal Malaysiakini.


Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.


Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.


Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.


Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Isdlam.


Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.


“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.


Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.


“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?


“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini,” katanya.

KHUSRIN BOLEH DIPERCAYAI SEBAGAI SUK? TANYA HASSAN ALI

Khir Toyo Pulang Gelaran Sebab Sudah Tahu Awal ?
13/01/2011   

SHAH ALAM 13 JAN : Tindakan Dr Khir Toyo memulangkan darjah kebesaran Selangor yang membawa gelaran Dato' Seri bukan disebabkan hormat tetapi beliau sebenarnya telah mengetahui pihak Istana akan menarik balik gelaran tersebut kata Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.
Rafizi menerusi laman 'twitter'nya menulis 'Alkisah Khir Toyo pulangkan darjah kebesaran, dengar khabar sebab Istana sudah putus untuk tarik balik, tapi Datuk Khusrin Munawi maklumkan awal kepada Khir Toyo'.
Tindakan awal Khusrin ujar Rafizi mungkin sebagai ehsan kepada Khir dengan maklumkan awal-awal untuk menjaga air mukanya.
"Taat betul Khusrin kepada bekas Menteri Besar," tulisnya lagi.
Semalam, menerusi laman blognya, Khir berkata beliau telah telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS).
"Surat tersebut dibuat berikutan kejadian saya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa.
'Pemulangan semula pingat ini bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung," tambahnya.
"Hari ini Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut," kata Dr Khir yang turut melepaskan jawatan ketua pembangkang DUN Selangor baru-baru ini.
Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini. 

KHALID IBRAHIM HARUS LEBIH BERJIWA BESAR

Saya kurang setuju kerana kita sudah fahami perangai pihak BN. Apakah dengan menunggu akan membolehkan MP mendapat peruntukan - I doubt - tetapi dengan memberi peruntukan kepada ADUN BN di Selangor mempunyai strategi serampang dua mata. 
1. Kerajaan negeri boleh memantau penggunaan peruntukan tersebut dan mengenalpasti ADUN yang haloba.
2. Menunjukkan PR tidak mengambil sikap sama seperti BN apabila memerintah.


Jika MB masih menggunakan sikap tunggu dan lihat dahulu apa beza jika PU-13 nanti untuk beri kepada PR memerintah. Peruntukan terhalang juga kepada ADUN BN pula. Ntah ntah Royalti pada negeri yang diperintah BN pula ditukar kepada wang ehsan? Sama aje la ahli politik ni. . . . 


MB SEHARUSNYA memberi peruntukan tersebut samarata -n senang cerita - pegang telor dorang ni dulu. . . he he he dan dapat juga mengenali dalang yang bersubahat di pejabat daerah.


Peruntukan RM1 juta kepada ADUN Selangor
12/01/2011   Share 





SHAH ALAM 12 JAN: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu bagi membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan termasuk jalanraya dan sistem perparitan.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di sini lewat petang tadi.

Bercakap kepada media, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.

Justeru katanya lagi, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.

"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," katanya.

Dalam pada itu, ditanya samada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata rujukan akan tertumpu kepada kerajaan persekutuan.

"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," jelas beliau lagi.

Wednesday, January 12, 2011

INI BUKAN DARI BERNAMA. TAHNIAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Korea Selatan akui Selangor mesra pelabur - SINAR HARIAN



SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kunjungan hormat rombongan perniagaan dari Korea Selatan yang diketuai Duta Besar Korea Ke Malaysia, Lee Yong-joon, semalam. 



Dalam pertemuan hampir sejam tersebut, Menteri Besar dan rombongan perniagaan itu mengadakan perbincangan termasuk peluang-peluang baru yang disediakan kerajaan Selangor kepada pelabur. 



Abdul Khalid memaklumkan Kerajaan Selangor sedang menjalankan projek pembersihan dan pemuliharaan Sungai Klang yang menjadi antara projek yang dimasukkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor. 



“Kerajaan Selangor menggalakkan dan mengalu-alukan pelaburan bidang teknologi hijau yang semakin popular di seluruh dunia. Ia juga sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana teknologi LED lebih mesra alam sekitar,” katanya. 



Beliau berkata, Pusat Pelaburan terbaru, Selangor Science Park 2 yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Cyberjaya menyediakan tapak untuk pembinaan kira-kira 10,000 unit rumah yang mesra teknologi hijau. 



Katanya, sebagai tanda sokongan kepada penggunaan teknologi hijau, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Selangor akan bertukar kepada penggunaan lampu jimat tenaga dan mesra alam secara berperingkat, mulai tahun ini. 



Sementara itu, Presiden Samsung Malaysia, Datuk Lee Sang Bai berkata, beberapa syarikat Korea Selatan telah menyatakan minat bekerjasama dengan Kerajaan Selangor menjalankan projek pembersihan dan pemuliharaan Sungai Klang. 



Lee yang juga Presiden Dewan Perdagangan Korea-Malaysia turut mengakui Selangor lebih kompetitif dan mesra pelabur berbanding negeri lain kerana dilengkapi jaringan pengangkutan moden, kemudahan infrastruktur yang canggih serta tenaga kerja mahir yang ramai.

TAK PASAL PASAL JAWI TERBABIT. Lelaki - pakai coli? tak boleh ke?

Lelaki bercoli mati jatuh kondominium


12/01/2011 5:27pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Taman Datuk Senu, Sentul di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Mohd. Shanizam Aman yang merupakan bekas pemandu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mati di tempat kejadian dipercayai akibat terjatuh dari tingkat yang tinggi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt. Zainuddin Ahmad berkata, dia dipercayai bukan penduduk di kondominium terbabit dan tujuannya ke kondominium itu sedang disiasat.
"Setakat ini kami belum dapat memastikan dari tingkat berapa mangsa terjatuh dan punca utama kematian mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan mencuri,” katanya.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Difahamkan ketika mayatnya ditemui, lelaki itu memakai seluar jeans bersama pakaian dalam wanita serta tidak berbaju. - Bernama

GUA TABIK RESPECT SAMA KHIR TOYO. Tunggu Ling Liong Sik pulak.

Khir Toyo Pulangkan Gelaran 'Datuk Seri'
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor iaitu Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Beliau berkata pemulangan gelaran berkenaan bagi menghormati darjah kebesaran itu serta mengelakkan ia terpalit dengan keaiban berikutan kes tuduhan salah guna kuasa di mahkamah.
"Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung," katanya menerusi blognya www.drkhir.com pada Rabu.
Menurut Mohamad Khir, beliau menghantar surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pertengahan Disember lalu menyatakan hasrat untuk memulangkan darjah kebesaran itu.
"Hari ini Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut.
"Justeru mulai hari ini semua media dan dan penganjur program hendaklah menggugurkan gelaran 'Datuk Seri' dari pangkal nama saya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir Toyo sahaja," katanya.
Mohamad Khir didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini.

HASSAN ALI BARU BALIK CUTI KE? LAMA TAK NAMPAK?

Hassan Ali Nasihat Shuhaimi Mohon Maaf
GOMBAK: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei supaya tampil mengemukakan permohonan maaf kepada semua pihak berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor menerusi blognya baru-baru ini.
Hasan berkata, beliau akan menemui Shuhaimi dan menasihatkannya agar memohon maaf kepada pihak Istana Selangor bagi meleraikan kemelut yang berlaku.
"Saya akan jumpa Shuhaimi dan memberi nasihat kepadanya agar memohon maaf," katanya pada sidang media di Pusat Khidmatnya di sini, Rabu.
Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor 'beraja di mata, bersultan di hati' dalam blognya pada 30 Disember lepas.
Setiausaha sulit Sultan Sharafuddin Idris Shah Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan pada 4 Januari lepas, berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.
Kenyataan Shuhaimi itu boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci baginda.
Shuhaimi bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan bersedia menghadap Sultan Selangor untuk memohon maaf.
Sementara itu, mengulas mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan diadakan pada 24 Januari ini yang antara lainnya dijangka untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Hasan berkata, PAS menyokong mengenai tindakan tersebut.
Jelasnya isu sebenar yang perlu dilihat ialah bukannya membabitkan soal individu iaitu kontroversi perlantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, sebaliknya mengenai isu kesamaran undang-undang yang ada.
"Ia bukan soal perlantikan Datuk Mohammed Khusrin, tapi kita cuba untuk membebaskan kesamaran yang wujud dalam proses perlaksanaan sesuatu undang-undang itu," katanya.

NI TAKLEH PASANG KAT SEKOLAH NI..... BEBUDAK ASYIK NAK KENCING

Permainan video air kencing di Tokyo


KONSOL mengukur tekanan air kencing terletak di atas mangkuk tandas yang akan diletakkan di dalam tandas empat buah stesen tren di Tokyo, Jepun.


TOKYO - Satu permainan video ganjil akan diletakkan di dalam tandas di lima buah stesen tren di Tokyo, Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.
Permainan itu akan menguji air kencing si lelaki bagi mengetahui kelajuan dan kepanasannya menerusi sensor di bawah mangkuk tandas.
Alat permainan itu akan memberi keuntungan kepada penciptanya, syarikat Sega kerana iklan komersial akan disiarkan pada konsol sebelum permainan bermula.
Permainan itu dicipta dengan tujuan untuk menjadikan tandas sebagai suatu tempat yang menarik. - Agensi

TAKDE PULAK GAMBAR KAIN RENTANG YANG DIKATAKAN.

Kalau ye pun. Takkan siapalah buat kerja bodoh menjatuhkan diri sendiri. Kalau ada logo parti berasingan pun dah kelakar apatah lagi dah sememangnya tak pernash dibuat dek orang kecuali yang bangang. Takpo lah. Kang aku nak jalan-jalan kot jumpa aku pi amik gambar

Kain rentang hina raja

Khairul Anuar Ahmad Zainudin (tengah) bersama P. Saravenan (kiri) dan Mat Irwan Mat Ismail (kanan) menunjukkan laporan polis menafikan pihak mereka mengantung kain rentang menghasut orang ramai membenci institusi beraja di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 11 Jan. - Para penduduk di sini terkejut dengan tindakan pihak tertentu menggantungkan kain rentang menghina dan menghasut rakyat agar membenci institusi beraja di negeri ini.
Kain rentang yang turut tertera lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP dengan salah satunya memaparkan gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei digantung di sekitar kawasan Shah Alam.
Utusan Malaysia mendapati dua kain rentang sedemikian dilihat tergantung di kawasan Seksyen 11 di sini kira-kira pukul 8 pagi ini.
Bagaimanapun, kain rentang itu didapati telah diturunkan oleh anggota parti terbabit dengan kerjasama kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lama kemudian.
Satu kain rentang digantung dilihat tertera gambar Shuhaimi yang tertera dengan ungkapan;
"Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor,".
Selain itu, satu lagi kain rentang digantung tertera ungkapan berbunyi; "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah" selain tertera logo parti Pas, DAP dan PKR serta Biro Penerangan PKR Selangor.
Kedua-dua ungkapan itu dipercayai dipetik daripada laman blog ADUN tersebut dalam kritikan dan penentangannya terhadap pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang telah diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus ketika dihubungi menyifatkan tindakan menggantung kain rentang itu sebagai keterlaluan kerana ia seolah-olah mengajak rakyat untuk tidak menghormati institusi beraja di negeri ini.
Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan kain rentang itu digantung susulan rasa tidak puas hati terhadap perkenan Sultan Selangor melantik Mohammed Khusrin sebagai SUK sebelum ini.
''Sultan Selangor menerusi titahnya pada 6 Januari menyatakan pelantikan Mohammed Khusrin dibuat mengikut peraturan serta Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.
''Malah Sultan Selangor turut menyatakan bahawa baginda tidak menyebelahi mana-mana pihak atau parti politik dalam menjalankan tugasnya selaku ketua negeri termasuk pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK.
"Jadi kenapa perlu ada tindakan menggantung kain rentang seperti ini? Ini satu tindakan yang sudah cukup melampau dan tindakan tegas harus dikenakan ke atas mereka yang terbabit," katanya.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dari Pas dalam sidang akhbarnya di sini menafikan pihaknya menggantung kain rentang yang didakwa menolak campur tangan Sultan Selangor dalam pentadbiran negeri.
Menurut Khalid, beliau menafikan kain rentang berkenaan termasuk yang turut digantung di Seksyen 9 dan 13 dikeluarkan oleh Pas, PKR dan DAP negeri ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainudin dan Ketua AMK Puchong, P. Saravenan dan Ketua AMK Klang, Mat Irwan Mat Ismail membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berhubung perkara itu kira-kira pukul 2 petang ini.
Mereka mendakwa tidak pernah mengeluarkan arahan mencetak dan menggantungkan kain rentang tersebut sebelum ia dikesan awal pagi ini.

Tuesday, January 11, 2011

230 JUTA LESAP? FUHH... BANYAKNYA....

Tsu Koon Perlu Jawab Soalan 'Cepumas'
11/01/2011   Share 



GEORGETOWN 11 JAN : Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon perlu menjawab dua soalan 'cepumas' sebelum mempertikaikan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng, lapor portal Harakahdaily.

Baru-baru ini, Tsu Koon tiba-tiba bersuara ingin membuat kejutan pada bulan Mac nanti untuk mendedahkan sesuatu agar rakyat tidak lagi mempercayai kerajaan yang wujud sekarang sebaliknya memberikan kepercayaan kembali kepada Barisan Nasional (BN) memerintah.

“Kerajaan Berjiwa Rakyat bukan sahaja berjaya mengamalkan dasar yang lebih telus sehingga dipuji oleh Badan Antarabangsa Anti Rasuah Terulung di dunia dan Ketua Audit Negara bahkan berjaya menengahkan beberapa pembaharuan yang selama ini tidak terfikir oleh BN.

"Kawan baik saya nak kejutkan apa lagi. Kita bukan buat salah pada rakyat kita buat yang terbaik. Apa kita nak takut," kata Guan Eng.

Katanya, yang perlu bimbang dan takut bekas ketua menteri itu ialah kerana di era pemerintahan BN dua kejadian yang sukar dilupakan iaitu kehilangan wang Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM230 juta yang sehingga kini tiada kesan.

“Bila dapat menguasai Pulau Pinang, MPSP hampir bankrap tambahan pula lesapnya wang RM230 juta yang boleh digunakan untuk pembangunan kawasan dan kegunaan rakyat.

“Satu lagi yang harus beliau (Tsu Koon) jawab ialah berkaitan skandal tanah Tan Hak Ju di Bukit Mertajam yang menyaksikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa membayar RM40 juta kepada mahkamah.

"Setakat ini Kerajaan Negeri telah membayar RM15 juta kepada mahkamah dan ada lagi bakinya yang banyak.  Ia amat merugikan wang rakyat yang dapat digunakan untuk pembangunan rakyat dan kebajikan rakyat," tegas beliau.

Penjelasan itu, katanya sudah memadai untuk Tsu Koon bimbang kerana semua isu berkenaan berpunca daripada pentadbiran BN yang lebih ketara melakukan penyelewengan.

Lim juga tahu, BN akan menggunakan taktik ugutan, wang ringgit dan media untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

"Semua taktik BN kita boleh baca. Itulah yang dirisaukan oleh BN," katanya.

AWAT LA BUAT LAGU NI...... penghinaan kepada penjawat awam sebenar


Isa buat ugutan bodoh pada kakitangan Felda
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat.
Ugutan itu disampaikan dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney semalam.
Menurut pemangku ketua DPPWP, Herman Samsudeen, majoriti kakitangan Felda yang hadir, berbisik sesama sendiri mengutuk kesombongan Isa yang mahu menunjukan kuasa itu sementara mereka yang menyokong BN pun naik meluat dengan beliau.
Baginya,ugutan terbuka itu menggambarkan betapa terdesaknya Barisan Nasional untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada Barisan Nasional menjelang PRU-13.
“Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan Kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begitu kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan.
Hakikatnya, kata beliau Isa tidak boleh sesuka hati memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan.
Tambahnya, hak setiap kakitangan Felda untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang disukainya dalam pilihanraya adalah hak yang dijamin Perlembagaan.
“Adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda, dan beliau boleh diheret ke mahkamah selepas itu,” ujarnya lagi.
Dalam pertemuan itu, Isa dilaporkan turut mengakui bahawa BN kini kehilangan majoriti sokongan kalangan generasi ketiga Felda yang kini lebih menyokong perjuangan Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman.
Herman menambah, beberapa pegawai kanan Felda Holdings juga telah melaporkan bahawa pejabat-pejabat utama Felda telah dimasuki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes-kes yang dibongkar oleh Anak baru-baru ini.
Katanya, kemenangan peneroka Felda Kemahang Tiga dan Felda Sungai Koyan dalam saman mereka tahun lepas juga turut memberikan tekanan kepada BN yang akhirnya menggantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor yang dianggap terlalu lemah dengan Isa yang baru sahaja kembali menjadi Adun Bagan Pinang.
Sehubungan itu, DPPWP mengesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.
“Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.
“Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?” katanya.
Justeru, DPPWP menggesa agar warga Felda meningkatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka sama ada golongan peneroka atau pengurusan Felda di Jalan Gurney dapat terus dibela dan organisasi Felda dapat dibersihkan dari pemimpin yang korup dan suka mengugut.
“Jika BN kalah dalam PRU-13 dengan sokongan kakitangan Felda, Isa pasti akan dihumban keluar dari Pejabat Pengerusi Felda.
Jadi, sebelum itu semua berlaku, lebih baik dia letak jawatan hari ini dan meminta maaf kepada semua warga Felda atas ugutan bodoh yang dilakukannya itu,” ujarnya.

MACAM TAK BIASA - PI CARI MAJALAH DI PASARAN

Bukan kata sokong atau menggalakkan tapi ianya bersifat peribadi dan disebar dengan kebenaran ke? Berbikini ditempat yang sepatutnya (dipantai) kenapa pelik? Sepatutnya yang menjadi berita lebih besar yang berkemban tapi bukan dibilik air atau di pantai. 

Fasha kesal berbikini




KUALA LUMPUR – Pelakon popular Fasha Sandha melahirkan rasa kesal atas perbuatannya memakai bikini sehingga gambar dia berpakaian begitu ketika bercuti di pantai Tanjung Benoa, Bali, Indonesia pada 30 Disember lalu tersebar di Internet.
“Ya, memang benar ini gambar saya yang memakai bikini dan kain pario berwarna hijau,” katanya menerusi laman sosial Facebook peminatnya, WE LOVE FASHA SANDHA.
Dalam laman web itu, turut disiarkan satu lagi foto seksi Fasha bersama seorang rakannya yang tidak dapat dipastikan identitinya.
Menurut Fasha, 27, gambar-gambar dia berbikini bersama tiga rakan wanitanya itu telah dimuat naik oleh sahabatnya yang hanya dikenali sebagai Syazwani dalam laman Facebook ketika bercuti di Bali baru-baru ini.

Monday, January 10, 2011

Aku tiada dalam ribuan ini (Macam suratkhabar lainnya juga)

Ribuan hadiri solat hajat anjuran Pakatan Rakyat  - SINAR HARIAN


SHAH ALAM - Ribuan rakyat hadir pada majlis solat hajat dan pidato perdana anjuran Pas Pusat di Stadium Tertutup Malawati, di sini, semalam. 

Program yang bermula pada jam 7.00 malam dimulakan dengan sembahyang maghrib diikuti dengan solat isyak dan seterusnya solat hajat. 

Selesai solat maghrib, tazkirah diadakan selepas solat hajat yang disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din. 

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Presiden Pas, DatukSeri Abdul Haji Awang; Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali; Naib Presiden PKR, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor; Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled Ibrahim. 

Bagaimanapun, Musyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik tidak dapat menyertai solat hajat dan tiba jam 9.20 malam dengan berkerusi roda disambut ribuan penyokong dengan laungan takbir. 

Manakala pidato perdana pula diadakan selepas solat isyak oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR). 

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT dalam menghadapi serangan daripada musuh tertutamanya dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13(PRU-13). 

Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, tujuan program ini diadakan untuk memohon kehadrat Allah SWT supaya dapat menyelamatkan negara daripada kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab ketika menguruskan negara.

Cerita Dolu Dolu