Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 11, 2010

PENGUNDI SELANGOR, PENANG, KEDAH & KELANTAN - INGAT TU.

Najib berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat. 

Sapa nak contoh? Ismail Sabri kata RON95 TAK AKAN NAIK HARGA TAHUN INI (NOV 2010) - DEC 2010 NAIK - MEMANG MUSIBAH KEPADA RAKYAT DAN MEMANG MUSIBAT PEMIMPIN BEGINI.

MARI KITA IKUT NASIHAT PM

Usah Gadai Masa Depan Negara Kepada Pembangkang - Najib
PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini.
Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.
"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di sini Sabtu.
Najib berkata kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.
"Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kitamenyesal di hari muka," katanya.
Najib berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.
Katanya kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.
Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.
"Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya. - BERNAMA

TAHNIAH SURAU AL-HUSNA - FORUM EHWAL ISLAM BERJAYA.

Program Hal Ehwal Islam oleh Surau Al-Husna telah dapat dijayakan dengan sebaiknya. Alhamdulillah. Kehadiran juga amat memberansangkan mungkin kerana ianya dibuat sehari sebelum Hari keluarga. Tahun lepas mungkin ramai sudah kepenatan pada siangnya terutama bapak-bapak yang sakit pinggang tarik tali. Ha ha ha. Lain-lain gambar, sila klik DISINI



Ahli panel yang membuka minda.

Thursday, December 09, 2010

KALAU JUAL MURAH RASUAH ROPANYA. . . . WAYANG?

SENARIO : Saya membeli sebuah rumah dengan harga RM200,000 semasa saya agak mewah. Oleh kerana keadaan ekonomi tidak berapa baik dan perniagan saya merudum, saya perlukan pusingan modal. Saya tiada pilihan kerana perlukan modal pusingan yang cepat saya menjual rumah saya pada harga RM150,000 kerana ada pembeli yang sanggup membelinya. Adakah saya melakukan rasuah?
Harap kes ini tidak berlegar disitu sahaja dan akhirannya - tiada kes atau sekadar nak membersihkan nama Khir Toyo semata-mata. KESIAN SENATAK EZAM takde can nak amik alih Ketua UMNO Selangor


Khir Toyo Sah Letak Jawatan; AG Perjelas Kenapa Wang Jaminan Tinggi...

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada Rabu mengesahkan perletakan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri dalam sepucuk surat yang difakskan ke pejabat Speaker, Teng Chang Khim.
Surat perletakan jawatan itu dikirimkan ke pejabat Teng pada lebih kurang jam 11.20 pagi tadi. Salinan yang sama dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan perhubungan Ummno Selangor.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan kepada para wartawan bahawa pihak pendakwa raya meletakkan nilai jaminan yang tinggi ke atas Khir kerana beliau adalah seorang yang ada kedudukan dalam masyarakat.
"Beliau adalah seorang yang ada kedudukan dalam masyarakat dan menyandang jawatan yang tinggi dalam institusi sebab itulah pihak pendakwa meletakkan jumlah yang tinggi sebagai wang jaminan dalam kes beliau," kata Gani kepada para wartawan ketika ditemui selepas perbicaraan kes Tun Dr Ling Liong Sik, Rabu.
Ketika Khir didakwa di mahkamah Isnin lalu, pihak pendakwa raya telah memohon mahkamah mengenakan RM1 juta sebagai wang jaminan.
Bagaimanapun setelah mendengar hujah daripada pihak pembelaan, Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan Khir dengan wang jaminan sebanyak RM750,000.
Khir, 45, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sg Panjang telah didakwa membeli dua plot tanah di Seksyen 7 Shah Alam untuk membina sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd pada tahun 2007 pada harga RM3.5 juta iaitu di bawah paras harga pasaran atau semasa sedangkan Ditamas dikatakan telah membeli tanah tersebut pada harga RM6.5 juta pada Disember 2004.
Khir berhadapan dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda jika didapati bersalah.

MULAI DARI LINDA-FAHRIN?

Sein, Nana mangsa ketujuh badi cerai Sehati Berdansa

NANA dan Sien


SHAH ALAM – Glamor menari, rumah tangga tunggang terbalik. Bagaikan terkena badi, satu demi satu rumah tangga pasangan yang pernah menyertai program hiburan realiti, Sehati Berdansa berdepan krisis yang berakhir dengan perceraian.
Terbaru, pasangan juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Sein dan Nana merupakan pasangan ketujuh program realiti Sehati Berdansa yang bercerai setelah rumah tangga mereka dilanda badai.
Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 27, yang merupakan anggota kumpulan Ruffedge melafazkan talak satu pada pukul 2.45 petang semalam selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Nana atau nama penuhnya Noor Diyana Muhammad, 26.
Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin dalam penghakimannya memuji langkah yang dibuat oleh pasangan itu untuk menyelesaikan isu perceraian mereka secara baik.
“Setelah mendengar tuntutan, fakta kes dan keterangan kedua-dua pihak, mahkamah berterima kasih kepada kedua-duanya kerana mengikut peraturan sebagaimana apabila bernikah, begitu juga bila hendak bercerai,” katanya.

KERAJAAN PERSEKUTUAN DAH CUAK ATAU NAK KABURI MATA SAJA?

Memo Air: Buka Mata Rakyat Yang Ditindas SYABAS
08/12/2010   
Share
 



SHAH ALAM 8 DIS: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata Kempen Kembalikan Hak Air kepada Rakyat Selangor minggu lepas berjaya membuka mata rakyat sekaligus menuntut kebenaran dan hak mereka yang selama ini ditindas Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS.
Bercakap di sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini, Khalid memberitahu usaha kerajaan Selangor tidak terhenti di sini sebaliknya akan bekerja lebih keras menangani kekhilafan pemerintahan terdahulu yang mencengkam rakyat.
"Kerajaan Selangor akan bekerja lebih keras lagi supaya tidak lagi dosa penswastaan itu berlaku lagi," katanya.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri tidak akan sesekali membenarkan tarif dan harga air dilakukan secara bertingkat-tingkat seperti apa yang dilakukan oleh Konsesi SYABAS tanpa memikirkan kemampuan rakyat.
"Sebab itu saya bersikap begitu cermat sebelum memorandum ini diserahkan," katanya yang juga ADUN Ijok.
Tarikh 5 Disember lepas menyaksikan Lebih 15,000 berpakaian baju merah hadir pada perhimpunan itu untuk menyampaikan bantahan mengenai kenaikan harga air yang dicadangkan oleh Syabas dengan restu kerajaan persekutuan Umno-Barisan Nasional(BN).
Polis menangkap sekurang-kurangnya 70  orang dan manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia bagi menyuraikan perhimpunan bantah kenaikan harga air anjuran kerajaan negeri.
Walaubagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin lain Pakatan Rakyat Berjaya menyampaikan memorandum itu kepada wakil Istana Negara sebagaimana yang dirancangkan.
Kerajaan Pusat bersetuju membenarkan kerajaan negeri membuat penawaran semula dengan nilai RM6 bilion ke atas empat syarikat konsesi tersebut.
Dalam pada itu,khalid turut memberitahu setakat ini masih tiada lagi sebarang pelaksanaan berkaitan tawaran semula keatas empat syarikat konsesi iaitu SPLASH,SYABAS,ABBAS dan Puncak Niaga.
"Belum tahu lagi, tetapi yang setuju ialah Kerajaan Persekutuan telah menulis surat kepada kami supaya meneruskan penawaran semula untuk membeli ekuiti keempat-empat ekuiti air," katanya.

SELAMA NI TAK DAPAT PUN DAPAT.... TAHNIAH SELANGOR

Pegawai perkhidmatan awam Selangor dapat bantuan RM500, elaun RM800 untuk ketua kampung

Wednesday, 08 December 2010 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM,8 Dis – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan Selangor akan memberikan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada semua pegawai perkhidmatan awam dari Gred 1 hinga 54.
Beliau yang berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan, Shah Alam selepas mesyuarat Exco negeri petang tadi menambah bantuan tersebut akan dibayar dalam bulan ini juga.
“Bantuan khas kewangan sejumlah RM500 akan diberi pada bulan ini kepada pegawai perkhidmatan awam Gred 1 hingga 54 yang masih berkhidmat pada 15 Oktober, 2010,” jelas beliau.
Tambah beliau, bantuan kewangan ini akan diberikan bukan sahaja kepada pegawai tetap, tetapi juga untuk pegawai sementara, pegawai sambilan, guru sandaran, pegawai yang bercuti separuh gaji, para pemandu, pegawai kontrak yang putus kontrak sehari sebelum disambung, dan pegawai perkhidmatan awam yang mengambil cuti tanpa gaji.
Dalam pada itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakop Sapari mengumumkan elaun Ketua Kampung juga akan dinaikkan mulai tahun hadapan’
“Saya ingin umumkan berita baik kepada semua Ketua Kampung di negeri Selangor seramai 368 orang di mana mulai tahun hadapan bermula Januari 2011, elaun Ketua Mampung dinaikkan ke RM800,” jelas beliau.
Katanya lagi, langkah ini selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk menaikkan taraf Ketua Kampung atas kesungguhan mereka selama ini dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.
Yaakop seterusnya berkata beliau berharap dengan pertambahan elaun ini dapat menambahkan lagi komitmen para Ketua Kampung dalam memastikan dasar kerajaan disampaikan kepada rakyat serta mengukuhkan lagi kedudukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Wednesday, December 08, 2010

PERTAMA DI MSIA? ASTRO OASIS KATEGORI APA PLAK? ini pun nak muhong ke?

TV Al-Hijrah Luaskan Medium Dakwah Baru
KUALA LUMPUR: Kehadiran TV Al Hijrah, stesen televisyen berunsurkan nilai Islam yang pertama di Malaysia, akan memperluaskan lagi medium dakwah baru yang selari dengan keperluan masa kini, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pengelola stesen itu.
Stesen itu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa sempena sambutan Maal Hijrah seharusnya membuka lebih peluang kepada karyawan, seniman dan pengiat seni tanah air, kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
"Harapan Jakim, dengan kerjasama semua pihak dan penglibatan aktif para pendakwah dan penggiat seni, stesen ini akan muncul sebagai sebuah stesen penyiaran Islam terulung di rantau ini," katanya.
TV Al Hijrah boleh diikuti di Lembah Klang melalui saluran UHF CH55 frekuensi MHz 743.25, Terengganu UHF CH41 (631.25 MHz), Johor UHF CH40 (623.25 MHz), Sarawak UHF CH37 (599.25 MHz) dan Sabah UHF CH37 (599.25 MHz).
Wan Mohamad berkata perancangan yang baik dalam memanfaatkan stesen itu mampu memberi kesan dakwah yang besar kepada masyarakat global sekaligus membuka persaingan sihat dalam kalangan media di dalam negara dan menjadi contoh di rantau ini.
"Jakim juga berpandangan pengendali stesen-stesen televisyen dan pihak media di negara ini tidak harus memandang ringan terhadap kuasa penonton yang mampu mempengaruhi kerancakan pasaran dunia penyiaran," katanya.
Wan Mohamad berkata sejak akhir-akhir ini, sensitiviti penonton terhadap genre rancangan yang bercanggah dengan nilai-nilai murni dan kepercayaan agama Islam merupakan petanda bahawa penonton di Malaysia bukanlah mudah disogok dengan bahan-bahan yang tidak berfaedah dan melalaikan.
"Oleh yang demikian, pengendali stesen penyiaran dan penerbit-penerbit rancangan tidak boleh menganggap bahawa hanya rancangan dari barat sahaja mempunyai kualiti dan harus menjadi tanda aras dalam pembikinan rancangan," katanya.
Wan Mohamad berkata TV Al Hijrah akan mengetengahkan imej bercirikan Islam dan mampu menjadi penanda aras sebuah stesen televisyen yang unggul di Malaysia dan rantau ini. - BERNAMA

INI BUKAN FENG SHUI LAGI TAPI FENG SUWEY

Banglo di hujung jalan mati bawa nasib malang


INILAH rumah bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir yang terletak di hujung jalan mati di Seksyen 7, Shah Alam.


SHAH ALAM – Apakah ada kaitan sesebuah rumah dengan nasib seseorang?
Dalam kes kedudukan rumah banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang lokasinya terletak di hujung jalan mati, sekurang-kurangnya ada pakar Feng Shui percaya ia boleh menyebabkan nasib malang sehingga dua generasi.

Menurut seorang pakar Feng Shui, Joe Choo, terdapat masalah aliran medan tenaga magnetik di kawasan jalan mati menyebabkan pemilik sesebuah rumah mengalami pemikiran bercelaru dan gagal membuat keputusan yang baik.
“Kedudukan rumah di hujung jalan mati menyebabkan tiada aliran tenaga. Ia ibarat sebuah kenderaan yang hanya boleh membuat pusingan U.
“Ia membawa makna orang yang tinggal di rumah tersebut berada dalam keadaan tidak tentu arah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tuesday, December 07, 2010

SOROTAN TAJUK UTAMA AKHBAR HARI INI - METRO...... KAH KAH KAH

UTUSAN : KHIR DIHADAP KE MAHKAMAH

BERITA HARIAN : PELUANG BERSIHKAN NAMA

KOSMO: KHIR TOYO DIHERET KE MAHKAMAH.

SINAR : SIAPA 16 SAKSI.

HARIAN METRO : KHIR BAYAR WANG JAMIN RM750,000


 Sedikit petikan : “Saya pinjam dari ahli keluarga dan orang lain. RM750,000 adalah satu jumlah yang tinggi, sebab itu ambil tempoh tiga jam untuk menjelaskannya”.


Suruh aku carik 5,000 pun tak tentu boleh dapat dalam masa 3 jam.... kaya-kaya rupanya keluarga Wak Khir ni. . . . .  err. . . .  lain-lain tu siapa?

HABIH LA TEPUNG, BERAS DAN MINYAK KENA SOROK NI.......

Bila Ismail Sabri keluar statement macam ni.... ingat lagi bila dia kata RON95 tak akan naik tahun ni pada 3 Nov? Ni bila takde angin takde ribut kata takde kenaikan ni tanda-tanda nak naik lah agaknya ni. . . . .


Tiada Kenaikan Harga Gandum, Beras Dan Minyak Masak Sekarang.. 


KUALA LUMPUR: Harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail SabriYaakob.

Beliau berkata kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

"Setakat ini, tidak ada perbincangan untuk menaikkan harga gandum, beras dan minyak masak. Tapi kita tidak boleh kata, tidak akan ada kenaikan, bukan jaminan.

"Tapi perkara ini juga akan mengikut keadaan kerana setakat ini, kerajaan menanggung kos yang agak tinggi memandangkan gandum terpaksa diimport," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kedai harga patut 2010 di sini, Isnin.

Mengenai penyelarasan harga gula, petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) baru-baru ini, Ismail Sabri berkata siri perbincangan akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan.

"Kita akan terus berbincang dan akan dijalankan dengan secepat mungkin bagimenangani kenaikan harga barang yang melampau yang boleh membebankan pengguna,"katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak 441 premis daripada 20 kategori telah dipilih untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut merangkumi kategori antaranya barang kulit/kasut/beg, barangan elektrik dan elektronik, barang kraftangan dan antik, batik/songket, kamera dan jam tangan.

Restoran Ukhuwah Rakyat 1Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah khas Kedai Harga Patut yang menyediakan hidangan makanan pada harga RM1.

Ismail Sabri berkata anugerah dan pengiktirafan yang diberi itu boleh ditarik balik sekiranya didapati premis-premis berkenaan gagal mengekalkan prestasi mereka sebagai Kedai Harga Patut.

"Kita akan sentiasa memantau dan sekiranya didapati kedai-kedai itu tidak lagi patuh kriteria yang ditetapkan, kementerian boleh tarik balik dan batalkan sijil itu bila-bila masa.

"Sebab itu, kita menggalakkan peniaga terus kekal dan patuhi kriteria yang dimenangi. Selagi ikut kriteria, plak dan sijil akan kekal di premis mereka," katanya kepada Bernama.

ISU BELI TANAH UNDERVALUE KE BELI RUMAH UNDERVALUE?


PETIKAN :

“Saya membeli rumah saya dengan harga pasaran semasa yang dinilai oleh beberapa penilai hartanah dan melalui pinjaman bank, justeru saya tidak takut untuk ke Mahkamah menjelaskannya,” kata beliau.

Khir Toyo lepaskan jawatan Ketua Pembangkang, mahu kekal Adun

December 06, 2010
KUALA LUMPUR, 6 Dis – Datuk Ser Dr Mohd Khir Toyo yang hari ini didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam memutuskan untuk melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Selangor berkuat kuasa serta-merta.
“Saya akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Selangor berkuat kuasa serta-merta,” kata beliau dalam tulisan blognya petang ini.
Berkenaan jawatan dalam parti, kata Dr Khir (gambar), beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti.
“Jika ia menjadi masalah besar kepada parti, saya rela mengundur diri. Namun sebagai wakil rakyat, saya akan terus berkhidmat walau atas platform mana pun sehingga mahkamah membuat keputusan.”
Beliau juga merupakan Ketua Umno Sungai Besar.
Pagi tadi, Dr Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Dr Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau merupakan Menteri Besar Selangor ke-13, dan memegang jawatan itu dari
Ogos 2000 hingga Februari 2008 dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor.
Dr Khir berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwa raya yang menghadapkannya ke mahkamah kerana ini memberi peluang kepadanya mmenjelaskan isu ini dalam mahkamah dan membersihkan dirinya.
“Ini juga bermakna rumah saya bukanlah berharga RM24 juta seperti yang dituduh oleh pembangkang.
“Saya membeli rumah saya dengan harga pasaran semasa yang dinilai oleh beberapa penilai hartanah dan melalui pinjaman bank, justeru saya tidak takut untuk ke Mahkamah menjelaskannya,” kata beliau.
Kata Dr Khir, apa yang beliau harapkan ialah perbicaraan dilakukan secepat mungkin, bukannya ditangguh-tangguhkan bagi menghalang daripada bergiat dalam politik.

Monday, December 06, 2010

WAK KHIR MUNGKIN BOLEH CUBA INI PULA

Klinik gigi kaki lima kembali aktif

DOKTOR gigi jalanan memberikan perkhidmatannya kepada seorang pelanggan di Jalan Pasar, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Selepas sepi seketika, gelagat beberapa warga China yang menyediakan khidmat menanam gigi palsu di jalanan di Jalan Pasar berhampiran Pasar Pudu di sini, kembali aktif.
Khidmat doktor gigi jalanan itu dilihat kembali aktif sejak empat bulan lalu dengan menjadikan kawasan siar kaki sekitar Jalan Pudu sebagai lokasi untuk mencari rezeki.
Wartawan Kosmo! yang meninjau operasi 'klinik gigi kali lima' itu mendapati, 'doktor-doktor jalanan' terbabit kembali beroperasi seperti biasa selepas terhenti seketika apabila kegiatan haram mereka didedahkan Kosmo! pada 29 Mei lalu.
Berdasarkan risikan daripada beberapa peniaga di kawasan terbabit itu, doktor warga China itu menyediakan perkhidmatan pergigian jalanan tanpa sebarang rasa takut atau bersalah.
Peliknya, 'klinik' doktor gigi jalanan itu tetap mendapat perhatian para pelanggan yang terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing.
Walaupun hanya beroperasi di kaki lima, 'doktor' berkenaan mempunyai penggerudi gigi elektrik untuk menebuk gigi pelanggan yang berlubang sebelum ditampal dengan sejenis serbuk yang dicampur dengan bahan kimia.
Kos rawatan yang dikenakan pula amat murah iaitu di antara RM50 hingga RM100 bagi menampal gigi dan memasang gigi palsu.

DEMI NEGARA DAN KELANSUNGAN BN. TERKORBANLAH WAK KHIR. .

Khir Toyo Dijangka Didakwa Berhubung Pemilikan Dua Tanah Lot Banglo Mewah
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dijangkakan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, atas tuduhan berhubung pemilikan dua tanah lot banglo mewah di Seksyen 7, di sini.
Beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mohd Khir dijangka didakwa bersama Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni atas dakwaan tersebut.
Khir didakwa menerima dua tanah lot tersebut daripada Shamsuddin dengan bayaran RM3.5 juta pada 29 Mei, 2007 sedangkan lot tersebut dibeli oleh Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada 2004.

LEBIH TERPERINCI DISINI

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432H

Pejam celik sudah setahun berlalu. Semoga tahun baru 1432H memberi cahaya kejayaan buat semua muslimin dan muslimat.


Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua.



Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3)

Cerita Dolu Dolu