Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 09, 2010

SELAMA NI TAK DAPAT PUN DAPAT.... TAHNIAH SELANGOR

Pegawai perkhidmatan awam Selangor dapat bantuan RM500, elaun RM800 untuk ketua kampung

Wednesday, 08 December 2010 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM,8 Dis – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan Selangor akan memberikan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada semua pegawai perkhidmatan awam dari Gred 1 hinga 54.
Beliau yang berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan, Shah Alam selepas mesyuarat Exco negeri petang tadi menambah bantuan tersebut akan dibayar dalam bulan ini juga.
“Bantuan khas kewangan sejumlah RM500 akan diberi pada bulan ini kepada pegawai perkhidmatan awam Gred 1 hingga 54 yang masih berkhidmat pada 15 Oktober, 2010,” jelas beliau.
Tambah beliau, bantuan kewangan ini akan diberikan bukan sahaja kepada pegawai tetap, tetapi juga untuk pegawai sementara, pegawai sambilan, guru sandaran, pegawai yang bercuti separuh gaji, para pemandu, pegawai kontrak yang putus kontrak sehari sebelum disambung, dan pegawai perkhidmatan awam yang mengambil cuti tanpa gaji.
Dalam pada itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakop Sapari mengumumkan elaun Ketua Kampung juga akan dinaikkan mulai tahun hadapan’
“Saya ingin umumkan berita baik kepada semua Ketua Kampung di negeri Selangor seramai 368 orang di mana mulai tahun hadapan bermula Januari 2011, elaun Ketua Mampung dinaikkan ke RM800,” jelas beliau.
Katanya lagi, langkah ini selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk menaikkan taraf Ketua Kampung atas kesungguhan mereka selama ini dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.
Yaakop seterusnya berkata beliau berharap dengan pertambahan elaun ini dapat menambahkan lagi komitmen para Ketua Kampung dalam memastikan dasar kerajaan disampaikan kepada rakyat serta mengukuhkan lagi kedudukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

No comments:

Cerita Dolu Dolu