Semalam since Selangor cuti ganti Hari Keputraan Sultan Selangor, pergi ke Summit USJ, GSC untuk menonton Narnia. Mula plan nak pergi JJ, Bandar Baru Klang tapi disyorkan oleh jiran ke Summit.
Cerita ini diadaptasi dari novel oleh C.S Lewis dan diarah oleh Adam Adamson (Pengarah Shrek)
Cerita yang bermula dari kisah 4 orang adik beradik yang di pisahkan dari ibu mereka akibat perang dan ditempatkan di rumah seorang Professor. Lucy, yang bongsu semasa bermain sorok-sorok telah masuk ke dalam The Wardrobe dan termasuk ke Narnia dan bertemu Mr. Tumnus (orang kambing). Narnia yang telah disumpah oleh ahli sihir menjadi beku, rupanya melalui ramalan memang menunggu kehadiran The Sons of Adam dan Daughters of Eve.... ni lah bebudak tu involved. Semasa bermain kriket, tingkap pecah dan ke empat-empat mereka lari dan menyorok dalam wardrobe dan masuk ke Narnia. Sebelum itu, Lucy dan diikuti secara rahsia oleh Edmund telah masuk kali kedua tapi Edmund membohongi abang dan kakaknya dan berkata Lucy berkhayal. Edmund masa itu telah bertemu dengan The Witch yang 'menjemput' adik beradiknya ke istana. Semasa mereka berempat di Narnia, Lucy membawa mereka ke rumah Mr. Tumnus tetapi rumah dah pecah dan rupanya dia telah ditangkap.
Semasa inilah Mr.Beaver nampak mereka dan membawa mereka ke tempat Mr.Beaver dan menceritakan kisah sebenar dan Aslan sedang mengumpulkan tentera untuk menentang The Witch. Semasa bercerita, Edmund secara senyap telah keluar pergi ke istana dan dia telah di kurung. Mr.Beaver telah membantu mereka melarikan diri untuk bertemu Aslan yang telah berkumpul bersama askar-askarnya. Seterusnya kena lihat wayang lah.
Cerita ini mengingatkan kepada Lord of The Ring dengan tempat dan persekitaran yang hampir serupa... pengambaran di buat di new Zealand.
Narnia telah mula ditayang pada 8 Disember, sehari awal dari tayangan di USA. Pada saya, ia harus di tonton di pawagam terutama semasa scene peperangan antara Aslan dan The Witch.
Ada part saya miss - sebab tengah ralit tengok tetiba ' Papa! Tak tahan nak kencing!' Dah lah jauh kena pusing nak gi toilet.... adalah 5 minit miss.... ceh!!!'
Kenapa cerita ini ditayang masa ini? Kerana terdapat beberapa scene yang berkait dengan Krismas seperti Narnia telah tidak menyambut Krismas selama 100 tahun akibat sumpahan serta Santa (?) yang membawa hadiah dan memberi pedang, panah dan healer kepada 3 beradik itu.
Ketepikan isu-isu logik kerana cerita ini memang amat sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.
Ketepikan isu-isu logik kerana cerita ini memang amat sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.
Untuk review filem ini sila klik di sini