Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 15, 2005

Ramadhan dan Kurma


Ramadhan bakal menjelang tiba dan dijangka kita akan berpuasa pada 5 Oktober 2005. Selamat menyambut Ramadhan untuk semua.

Apabila bercerita pasal Ramadhan, kita selalunya akan teringat juga kurma. Kenapa kita digalakkan makan kurma? Adakah kerana ia sekadar sunnah?

Fakta mengenai kurma

Nama saintifik : Phoenix dactylifera
Oleh kerana sejarah penuaian kurma agak lama maka tiada bukti sejarah untuk mengesahkan tempat asal kurma tetapi dikatakan berasal dari oasis di padang pasir utara Afrika dan mungkin juga dari Baratdaya Asia. Saiz pokok sederhana dengan ketinggian antara 15~25m dan berpelepah dengan daun yang tajam seperti duri (apa dah jadi pokok kurma madinah yang aku tanam tu ye? hari tu dah mencecah 7 kaki tingginya. . . )
Buah kurma berbentuk oval dan bersaiz antara 3~7 cm panjang, berwarna kuning-cokelat. Terdapat tiga jenis kurma iaitu lembut, separa-kering dan kering. Jenis kurma ini ditentukan oleh paras dan kandungan glukos, fruktos dan sukros. Buah kurma disenyawakan melalui angin.
Tahukah kita bahawa kurma terdiri dari 4 jenis yang dituai dan dikenali diseluruh negeri Arab sebagai kimri (mengkal), khalal (saiz lengkap, rangup), rutab (masak, lembut) dan tamar (masak, kering)?

Bagi setiap 100 gram kurma segar mengandungi vitamin C dan Tenaga 230kcal (960kJ). Kurma kering pula mengandungi 3 gram fibre dan Tenaga 270kcal (1130kJ). Lain-lain fakta mengenai kurma :

Karbohidrat : 73.51g
Fiber (jumlah keseluruhan) 7.5g
Potassium, K 652mg
Zat besi, Kalsium, Magnesium, Phosphorus, Zinc, Sodium, Selenium, Thiamin, Riboflavin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Folic Acid, Vitamin A, Vitamin E, Amino Acid.

Negara pengeluar utama kurma adalah Mesir, Iran, Arab Saudi, UAE, Pakistan, Algeria, Sudan, Oman dan Libya. Iraq juga merupakan pengeluar utama kurma sebelum perang. Pengeluaran kurma dunia pada tahun 2004 adalah sebanyak 6.7 ton (FOA).

Antara jenis kurma yang popular adalah Aabel, Rahim Abid, Amer Hajj, Barkawi, Barh, Hayany, Medjool, Halawy, Mishriq, Sayer, Thoory dan Zahidi.

Kenapa kurma sesuai untuk Ramadhan?

Fibre : Seorang dewasa berumur 50 ke bawah digalakkan mengambil 38g (lelaki) dan 25g (wanita) sehari dan bagi yang berumur lebih dari 50 tahun pada kadar 30g dan 21g. 5 biji kurma sehari bagi lelaki dan 4 biji kurma sehari sudah cukup untuk memenuhi keperluan tersebut.
Potassium yang diperlukan oleh badan untuk mengawal keseimbangan cecair dan elektrolit dalam sel badan serta bertindak sebagai pemangkin untuk mengeluarkan tenaga dari protin, lemak dan kabohidrat semasa proses metabolisma. Seorang dewasa memerlukan 2,000 mg potassium sehari (bersamaan dengan 3~4 biji kurma). Potassium dari pemakanan normal membekalkan anggaran 200~300 mg potassium.

Kandungan glukos, sukros dan fruktos di dalam kurma membantu mempercepatkan pengambilan semula gula dalam darah yang telah berkurangan.

Semoga kita dapat menafaat dari informasi ini.

Fakta dari internet

Monday, September 12, 2005

Jadual Minggu Ini 18-09-2005

Especially untuk kengkawan yang jauh macam Chalok, kalau ada rezeki, aku pergi nanti aku up-date kat sini beserta gambar-gambar yang dapat aku ambil.
Pengumuman ini dibuat bagi pihak rakan kita, Saudara Nor Hishamuddin Nordin.

Sdr Hishamuddin akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada hari Ahad, 18 September 2005 ini. Majlis jamuan makan akan diadakan di kediaman keluarga Sdr Hishamuddin. Butir2 lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: Ahad, 18 September 2005
Masa: 12:30 tgh - 4:00 ptg
Alamat:

Sdr Hishamuddin mewakilkan saya untuk menjemput semua warga SASNET serta keluarga utk hadir majils jamuan yg tersebut di atas bersempena hari yg bersejarah untuk beliau.

Sunday, September 11, 2005

Kenduri Kesyukuran Surau Al-Husna


11 September 2005 Surau Al-Husna mengadakan kenduri kesyukuran atas daya usaha penduduk mengadakan gotong royong untuk surau. Banyak lagi gambar dengan klik gambar.

Aktiviti Sabtu 10/09/2005


GOTONG ROYONG SURAU AL-HUSNA
Surau Al-Husna Seksyen 20 menyambung aktiviti gotong-royong membuat tandas dan stor. Gotong royong bermula dari 09:00. Sukarelawan agak kurang hari ini (sampai nasi lemak berlebih-lebih lah pulak) mungkin kerana ada yang bekerja (seperti bank) dan juga remaja yang perlu mengganti waktu persekolahan akibat jerebu tempohari.
Tumpuan diberi pada kabin yang telah ditarik minggu lepas untuk tugas menambak dan menyimen. Kemudian kerja diteruskan ke tapak asas untuk tandas. Tanah yang telah dikorek oleh bulldozer sehari sebelumnya memudahkan kerja menambak kabin. Kerja akan disambung lagi pada 11.09.2005 untuk kerja mengecat kabin dan asas tandas. Pada sebelah malam 11.09.2005 majlis kesyukuran akan di adakan. Untuk gambar-gambar gotong royong boleh di lihat dengan klik gambar.
KENDURI KESYUKURAN
Ini tiada kena-mengena dengan kenduri di surau. Pada sebelah petang, selepas selesai membeli belah ke pasar tani seksyen 19, kami sekeluarga bergerak ke Kg. Subang untuk pergi ke kenduri kesyukuran dan harijadi rakan sekerja mama. Jalan baru Highway Guthrie memudahkan perjalanan dan kami sampai dalam masa 20 minit. Itupun sebab cari jalan/rumah rakan tersebut. Semasa kami tiba rupanya doa selamat dah selesai. . . tinggal makan aje lah. Terima kasih kepada tuan rumah. Kami pulang sejam selepas itu. . .
Arghhh. . . kena gi kerja lah besok, hari ni tak sempat ooo. . . .

Cerita Dolu Dolu