Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 28, 2012

BOM DARI RAFIZI LAGI

Berkait Dengan Nama Mahathir Lagi!
Itulah sebabnya Mahathir sentiasa di dalam keadaan yang gundah gulana...

Dakwaan “Master Account” Oleh Dato’ Murad Khalid Merujuk Kepada Pegangan Harta Beliau Sendiri
on JUNE 27, 2012 ·

Ekoran dari permainan Umno/Barisan Nasional menimbulkan kembali dakwaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun untuk menyimpan saham dan hartanah, saya telah mengambil inisiatif sendiri meneliti semua fakta dan dakwaan yang dibuat terhadap beliau.
Atas nama kebenaran dan keinginan untuk membongkar perkara sebenar, saya telah menyelidik perkara ini secara peribadi.
Dakwaan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga mencecah nilai RM3 bilion ini timbul dari perakuan bersumpah (statutory declaration) yang dibuat oleh Dato’ Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara di antara tahun 1994 dan 1999.
Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Oleh yang demikian, saya berpendapat untuk mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak, saya tidak ada pilihan lain kecuali menyiasat latar belakang Dato’ Murad Khalid sendiri.
Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan pun harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Hasil siasatan saya mengenai latar belakang Dato’ Murad Khalid menimbulkan dakwaan-dakwaan berikut:
1. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, seawal tahun 1991 beliau menerima habuan dalam bentuk pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan dari pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara Malaysia;
2. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, insuran kediaman beliau bagi perlindungan berjumlah RM3.1 juta dibayar oleh pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara;
3. Bahawa melalui satu syarikat bernama Kenworth Sendirian Berhad yang berhubung kait dengan beliau, Dato’ Murad Khalid mempunyai kepentingan dan mendapat manfaat dari 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo; dan
4. Pelbagai salah laku lain yang akan dibongkarkan dari satu masa ke satu masa kelak.
Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Dato’ Murad Khalid mengenai kewujudan “master account” yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri.
Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasi oleh musuh-musuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau.
Saya menasihatkan Dato’ Murad Khalid supaya kembali ke pangkal jalan dan memperbetulkan keadaan dengan berterus terang. Saya juga perlu memaklumkan kepada Dato’ Murad Khalid bahawa saya mempunyai salinan surat asal beliau kepada Tun Mahathir Mohamad yang membawa pelbagai implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno.
Sebelum perkara ini berlarutan, saya menasihatkan Dato’ Murad Khalid tampil ke hadapan meminta maaf seperti mana yang pernah beliau lakukan secara peribadi kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sudah sampai masanya fitnah selama 13 tahun ini dihentikan supaya rakyat Malaysia boleh maju menumpukan isu-isu negara dan rakyat yang membina.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
27 JUN 2012

Tuesday, June 26, 2012

AL-KISAH ORANG MAKAN CILI.


Khatib: 'Saya doa jatuhkan pemimpin zalim'
SITI AZILA ALIAS
26 Jun 2012
BUKIT MERTAJAM - Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah.

Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan.

Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah.

“Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati?

“Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya).

Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun,” katanya.

Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'.

Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab. 
 

Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan. (Jangan hairan jika ianya akan dikeluarkan oleh mana-mana blogger yang 'kebal')

Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang.

Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam.


DSAI JAWAB MAHATHIR ISU ARAB SPRING


Anwar: Mahathir masih dibayangi kisah silam
NURUL AINI MOHAMED ALI
26 Jun 2012
anwar ibrahim
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dibayangi kisah silam kerana memberi kenyataan usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini.

Menurut Anwar, Dr Mahathir jelas tidak dapat menerima kejatuhan Hosni Mubarak sedangkan era bekas Presiden Mesir itu jelas menunjukkan kebangkitan rakyat.

"Bagi saya, Mahathir tidak dapat menerima hakikat kehilangan Mubarak sebagai pemimpin," ujar beliau ditemui selepas Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil malam tadi.

"Kita dapat melihat kebangkitan rakyat melalui Perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari, ini cara rakyat suarakan pendapat secara aman," kata beliau.

Tambah beliau, tidak perlu menyamakan cara kejatuhan bekas pemimpin Mesir itu kerana rakyat mampu bertindak relevan dan semakin bijak menilai sesuatu isu.

"Jangan khianati rakyat kerana rakyat mampu menjadi saksi dalam segala kemelut yang melanda negara ini," tegas beliau.

Dalam satu kenyataan semalam, Dr Mahathir berkata, usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah.

Dr Mahathir berkata, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

"Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

"Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya.

MAHATHIR SUDAH MULA MERACAU.


Mahathir: Tidak perlu guling kerajaan ala 'Arab Spring'

25 Jun 2012
Mahathir: Tidak perlu guling kerajaan ala 'Arab Spring'


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Bicara Bersama Negarawan hari ini. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.



 "Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.



 "Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya ketika menjawab soalan pada Majlis  Bicara Bersama Negarawan bertajuk 'Komitmen Graduan Pemangkin Kemajuan Negara', di Auditorium Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Fuad Tan Sri Hassan dan Dekan Fakulti Perubatan yang juga Pengarah Pusat Perubatan UKM Prof Datuk Dr Raymond Azman Ali.



Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, 'Arab Spring' mendedahkan pemerintah negara tidak demoratik, memerintah secara autokratik hingga menyebabkan rakyat menjatuhkan kerajaan.
"Kita di sini ingin 'Arab Spring' tapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?
"Kita buat perbandingan dengan negara Arab yang agak berlainan dengan Malaysia, justeru tidak perlu untuk kita bertindak di luar undang-undang untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.
Dr Mahathir berkata seharusnya rakyat sedar, usaha menjatuhkan kerajaan adalah agenda pihak yang tidak yakin akan kemampuan untuk memenangi pilihan raya.



"Saya faham perasaan mereka yang tidak dapat menjadi kerajaan, mereka berfikir jika bertindak secara 'Arab Spring' dapat menjatuhkan kerajaan tanpa bergantung kepada proses pilihan raya," katanya.
Beliau turut menasihatkan rakyat bahawa penilaian menggunakan akal fikiran yang waras perlu sebelum melakukan sesuatu tindakan.
Sementara itu, mengulas isu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PKR, Selangor, Dr Mahathir berkata, PKR Selangor sebenarnya dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan.



 "Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya orang Umno, dan memilih parti lawan kerana kecewa tidak mendapat sesuatu, dia masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kerana kecewa.
"Dia ada sedikit kebolehan tentang pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana dia bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa," katanya.



Beliau berkata pergolakan tersebut sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan PKR Selangor, namun meminta Barisan Nasional (BN) untuk tidak terlalu gembira dengan situasi tersebut.



"Sedikit sebanyak pergolakan yang berlaku akan menjejaskan PKR, namun BN perlu terus berusaha mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya nanti, tak usaha pun tak boleh, dan jangan harap orang lemah saja untuk menang," katanya. - Bernama

Monday, June 25, 2012

BN PUN TAK TAHAN DENGAN HYENA


Pemimpin BN mahu PRU, letih karenah ahli perniagaan dan persatuan

Oleh Jahabar Sadiq

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Letih dan penat dengan ugutan berterusan daripada kumpulan tertentu, pemimpin Barisan Nasional (BN) yang kini berhadapan ancaman daripada pelbagai pihak termasuk ahli perniagaan, kesatuan, dan pemimpin atasan, mereka tidak lagi mahu menunggu pilihan raya umum ditunda lebih lama.
Sumber berkata kepada The Malaysian Insider, konsensus antara menteri dan pemimpin BN mahukan pilihan raya lebih awal berbanding diadakan pada penghujung tahun.
Alasannya: pengundi mengetahui bahawa pilihan raya kali ini amat sukar untuk Umno/BN, jadi menteri berada di bawah tekanan untuk memberikan kontrak, lesen, kebenaran, permit AP, dan banyak lagi.
Jika menteri dilihat enggan melaksanakan permintaan pemimpin berpengaruh dan kumpulan tertentu, sumber menjelaskan mereka mungkin akan kehilangan sokongan dan tewas kepada Pakatan Rakyat (PR) yang berhasrat menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang selepas kejayaan mereka pada 2008.
"Lagi cepat lagi bagus. Pemimpin BN menjangkakan Jun atau Julai, namun berdasarkan situasi sekarang pilihan raya berkemungkinan selepas pembentangan Bajet, dan akan memberikan lebih tekanan kepada mereka," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Pembentangan Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) tidak memberikan sebarang tanda bila pilihan raya akan dilakukan, namun berkata berkemungkinan pada musim Haji pada 26 Oktober.

Menteri-menteri daripada BN merasakan jika pilihan raya akan dilaksanakan dalam masa terdekat, kerajaan masih akan tetap menang, namun bukan dua per tiga majoriti dewan, sebaliknya lebih baik daripada ketika zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi pada 2008.
"Menunggu sehingga hujung tahun mempunyai risiko yang besar dan melembabkan ekonomi, sekaligus mencetuskan kebimbangan berlakunya lebih banyak perbalahan merebut kerusi dan kuasa di samping "ancaman dan tuntutan" daripada broker kuasa dan kesatuan," kata sumber lain.
Beliau menjelaskan, tiada mana-mana pihak dalam BN, sama ada menteri, atau pakar strategi, percaya pilihan raya akan berlalu, walaupun Najib berkata mereka mampu menawan dua per tiga majoriti dan memenangi kesemua negeri termasuk Kuala Lumpur.
BN tewas empat kerusi – Kedah, Pulai Pinang, Perak dan Selangor – serta gagal menawan Kelantan in 2008. Mereka berjaya menawan kembali Perak pada Februari 2009 selepas beberapa pemimpin PR keluar parti, dan memberikan majoriti kepada BN.
The Malaysian Insider difahamkan, pemimpin BN mengakui agak sukar menawan kerusi di bandar terutamanya di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Penggunaan kekerasan yang keterlaluan dalam perhimpunan Bersih turut mengurangkan sokongan kepada BN.
Turut terdapatnya kebimbangan terhadap kedudukan Menteri Besar di Johor, Kedah dan Perlis. Umno berharap agar mereka akan berjaya menawan semula Kedah dengan timbalan menteri Datuk Mukhriz Mahathir menjadi pilihan utama untuk calon menteri besar walaupun beliau tidak memegang jawatan di peringkat negeri, dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah berada di posisi tersebut sejak 1995.
"Banyak yang berebut kerusi menteri besar dan ia amat memeningkan Najib," kata sumber, dan menambah, senarai calom menteri besar telah pun diserahkan.
Pilihan raya harus dilakukan sebelum April depan, ataupun Parlimen akan dibubarkan secara automatik, dan pilihan raya perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari.
Mereka yang rapat dengan Najib berkata perdana menteri itu amat berhati-hati agar mereka beroleh kemenangan dan tidak berkongsi kekalahan seperti Abdullah pada 2008.
Ramai yang menyalahkan Abdullah atas kekalahan mengejut tersebut terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Najib sedang berusaha untuk memastikan sokongan kembali semula kepada kerajaannya, yang memerintah sejak Merdeka dengan nama Perikatan.
“Najib berkata pilihan raya adalah umpama perang dan perlu bersedia untuk berperang. Pilihan raya tidak dipanggil menunjukkan mereka masih lagi belum bersedia," kata pakar strategi BN kepada The Malaysian Insider.
Beliau menjelaskan dengan populariti Najib kekal pada 65 peratus, dalam kaji selidik Merdeka Centre, kerajaan tidak sepopular beliau apabila hanya memperolehi 46 peratus penerimaan berdasarkan kaji selidik selepas Bersih pada 28 April. Hasil kaji selidik itu bagaimanapun tidak menunjukkan hasil penerimaan terhadap Umno, namun, difahamkan ia berada di tahap lebih rendah.
Seorang pemimpin BN menjelaskan, semasa Dr Mahathir menjadi tidak popular selepas memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim in 1998, Umno dan BN tetap diterima dan menerima undi dan membentuk kerajaan dengan kuasa dua per tiga majoriti, walaupun tewas Terengganu.
Beliau menjelaskan, pada masa Abdullah menerima 71 peratus penerimaan pengundi dan mengadakan pilihan raya pada 2008, beliau tetap tewas kuasa majoriti dan empat negeri.
Sekitar 12 juta layak mengundi pada pilihan raya kali ini, peningkatan berbanding sembilan juta pada 2008. Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekitar 40 peratus daripada jumlah itu adalah pengundi muda.

Cerita Dolu Dolu