Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 15, 2011

KENAPA NAMA BAPAK DIA LAIN? IC SALAH TULIS KAH?

Najwa Mahiaddin Lali Kejayaan Dikaitkan Dengan Status Keluarga
Najwa Mahiaddin.
KUALA LUMPUR: Penyanyi berbakat besar, Najwa Mahiaddin menjelaskan tidak kisah jika kemenangannya di Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011) dipertikai hanya kerana dia anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najwa berkata, dia sudah lali dengan pelbagai cakap-cakap yang sering mengaitkan kejayaan dikecapinya kerana status keluarganya lebih-lebih lagi sejak muncul dengan album pertama Innocent Soul pada Mac lalu.
"Saya sudah ditahap tidak lagi mempedulikan apa yang sesetengah orang ingin kata mengenai saya kerana apa yang penting sokongan keluarga kepada saya tidak berbelah bahagi," ujarnya ketika ditemui pada sidang media selepas AIM2011 di sini, Sabtu.
Dalam pada itu, Najwa berkata, dia mendapat ucapan tahniah daripada kedua ibu bapanya pada kemenangannya dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
"Ibu bapa saya gembira dengan kemenangan ini dan sempat mengucapkan tahniah kepada saya," katanya.
Sementara itu, Najwa berkata, disebalik kata-kata kurang enak mengenai dirinya, dia mahu terus fokus dalam bidang pelajaran dan muzik yang amat dicintainya.
Jelasnya, dia mahu terus mencipta lagu dan lirik dan tidak akan membiarkan anasir negatif menganggu tumpuannya terutamanya dalam pelajaran.
"Saya masih ada baki setahun lagi untuk menghabiskan pelajaran di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS)dan itu tumpuan saya kini selain terus menghasilkan muzik untuk peminat," katanya.

Monday, November 14, 2011

BERITA PELIK DARI BERNAMA. SAPA RASMIKAN PR1MA?

Terkilan tidak mampu miliki rumah PR1MA
Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 14, 2011
KUALA LUMPUR - Khairul Adha Azman begitu teruja apabila mendapat tahu Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) akan dilaksanakan sesuai untuk golongan sepertinya.

Namun apabila diberitahu harga setiap unitnya adalah antara RM150,000 hingga RM300,000, keterujaannya bertukar suram.

Bagi pegawai bank berusia 29 tahun ini, harga sedemikian masih di luar kemampuannya.

"Pada saya harga yang ditawarkan masih terlalu tinggi, kerana jika dicongak kembali, kos ini tidak termasuk kos penyelenggaraan bangunan," katanya yang sudah berkahwin tetapi menyewa di Petaling Jaya.

Bagi dirinya, jenis hartanah yang wajar dibangunkan bagi kediaman bernilai tidak kurang dari RM150,000 ialah rumah teres, biarpun kecil tetapi selesa terutama bagi mereka yang telah berkeluarga.
    
"Kita masih banyak tanah terbiar yang boleh dibina rumah teres," tambahnya.

Kerani syarikat swasta, Mohd Najib Shokri, 28, juga tidak mampu memiliki rumah tersebut.

"Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan bagi membina lebih banyak rumah teres berbanding pangsapuri," katanya yang kini menyewa di kawasan rumah pangsa yang padat di Jalan San Peng di sini.

Bagi penjawat awam Mohd Iqbal Ikhwandy, 25, beliau mahu kerajaan mengkaji keperluan dan kemampuan rakyat untuk memiliki rumah PR1MA memandangkan kos sara hidup seperti di Kuala Lumpur yang tinggi.

Seorang pegawai agensi kerajaan, Mohd Fiqqrie Yahaya, 26, mencadangkan syarat memiliki rumah itu dilonggarkan seperti mengecualikan bayaran deposit dan mengurangkan ansuran bulanan kepada mereka yang berpendapatan rendah.
    
“Walaupun saya dan isteri sudah menggabungkan gaji kami, namun ia masih tidak mencukupi dan sekaligus tidak melayakkan kami untuk membeli rumah PR1MA, katanya yang menetap di Kuala Selangor.

Di samping itu, peniaga Asyuat Din, 33 dan isterinya pekerja swasta, Zurin Tahir, 31, mahu syarat pemilikan rumah PR1MA diperketatkan agar mereka yang benar-benar layak sahaja dibenarkan memilikinya.

Sementara itu ejen perumahan swasta, Fazuli Ismail, 32, berkata publisiti mengenai pemilikan rumah tersebut masih tidak meluas.

"Walaupun bekerja sebagai ejen perumahan, namun saya dan rakan-rakan saya pun tidak tahu bagaimana hendak memohon rumah ini.

"Bila ditanya kepada ejen yang mengendalikan projek ini, mereka menjawab rumahnya telah penuh ditempah. Jadi bagaimana kita nak tahu lokasi rumah dan cara untuk menempahnya," katanya yang masih menyewa di Gombak.

USTAZ MOHD HAKIM - KELAKAR GAK BAPAK BOB LOKMAN

"Saya kira, Mohd Hakim tidak patut ditahan kerana dia bersyarah mengenai agama dan jika difikirkan, ia sama seperti orang tabligh menyebarkan agama, tetapi tabligh tidak pula ditahan."

Bapa saran Bob tukar nama
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 14, 2011
Lokman Ahmad
KOTA BHARU - Bapa kepada pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman, Lokman Ahmad, 73, sehingga kini belum mengetahui perkembangan terbaru anaknya itu.

Beliau berkata, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, pernah dihubunginya ketika berita penahanan anaknya itu dihebahkan menerusi media, namun belum sempat berbual dengannya.

“Mengikut media, Bob ditahan tetapi sudah dibebaskan. Saya kira, Mohd Hakim tidak patut ditahan kerana dia bersyarah mengenai agama dan jika difikirkan, ia sama seperti orang tabligh menyebarkan agama, tetapi tabligh tidak pula ditahan.

“Mungkin nama Bob itu perlu ditukar kepada Ustaz Mohd Hakim kerana saya rasa, itulah nama serasi memandangkan dia mempu­nyai latar belakang pengajian agama,” katanya, semalam.

Beliau berkata, nama ‘Ustaz Mohd Hakim’ dicadang­kan berdasarkan Bob ketika bersekolah di Maahad Hami­diah Kajang pernah menjadi juara syarahan dan merupakan cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali.

Menurutnya, penahanan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dirasakan tidak adil kerana anak lelakinya memberi syarahan agama dalam masjid, bukan berbuat perkara tidak sopan.

“Sepatutnya, jabatan agama tangkap mereka yang melakukan perkara tidak sopan seperti mengadakan majlis tarian, seks serta menyanyi, bukan orang beri ceramah agama,” katanya.

Oktober lalu, Jais menahan Bob Lokman, setelah didapati memberi ceramah tanpa tauliah di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Cerita Dolu Dolu