Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 28, 2007

SEPANJANG MINGGU

Salam untuk semua. Sudah lama tidak up-date blog. Keadaan yang agak sibuk semenjak dari Syawal lagi.

Sudah bermulanya cuti persekolahan maka anak-anak seperti selalu bertanyakan hendak kemana? Semenjak ibunya berada dalam keadaan kurang sihat (setelah keguguran tempohari - sigh) agak sukar untuk menjadualkan perjalanan jauh. Pada hari minggu kami pergi ke SACC di mana terdapat Ring Without Ice (In-line skating). Bayaran masuk termasuk kos kasut adalah RM10 pada hari Sabtu dan Ahad. Harith yang pada mulanya tak nak main (malu agaknya) apabila di paksa baru hendak join. Walaupun baru pertama kali ketiga-tiganya bermain in-line skating ini tapi agak pantas juga mereka dapat memahirkan diri. Dalam pada mulanya tak nak main, Harith mengesyorkan kami datang kembali mengambil mereka pada 4:30 petang. Ha? Nak main berapa jam? dari pukul 10:30 tu. . . . Teringat semasa bermain skating di Seibu Yuuenchi dengan awek pada hujung tahun 1980 an. Samalah macam anak-anak ni, lebam-lebam lah tangan dan punggung. . . . Opps! Jangan salah faham. Dulu awek, sekarang teman bobok. . . .

Jadual asal pada minggu lepas adalah pergi kerumah Yayasan Amal di Chow Kit. Di sebabkan keadaan jalan yang sesak akibat roadblock (Perhimpunan HINDRAF di Jalan Ampang) kami telah membatalkan perancangan tersebut. Mungkin pada masa akan datang kami akan pergi.

Hari Ahad seperti biasa pergi berbelanja ke pasar di Seksyen 6. Semasa membeli barangan kering, adalah seorang makcik ni dok tanya rega bawang merah. Bila pekedai tu cakap rega sekilo komen makcik ni membuat saya tergelak. "Huh? Harga barang melambung-lambung naik. Kalau gaji melambung-lambung naik takpelah jugak!" Hmmm. Benar jugak tu. Semalam saya bercadang hendak membeli tepung (tepung berprotein tinggi?). Rasanya baru awal bulan November saya membeli pada harga RM1.75 sepeket. Semalam harga sudah jadi RM2.70 sepeket - kensel!. Kenaikan harga ini saya faham memang tidak boleh di elakkan sebenarnya. Harga pasaran gandum dunia yang semakin meningkat. Saya di fahamkan dari harga USD 200 se tan telah meningkat ke USD 700 setan. Harga minyak masak dah memang melambung-lambung semenjak dunia sibuk dengan bio-fuel. Susu kotak yang bulan lepas saya beli di bawah RM3.00, paling murah pun berharga RM3.50. Susu Dutch Lady yang dulu saya beli sekotak RM2.99 telah menjadi RM4.20 - ni harga di TESCO ni.

Dalam keadaan harga tol yang akan meningkat pada tahun depan serta harga minyak yang di jangka meningkat, apakah kesudahan permasaalahan ini? Bagaimana dengan kos penghantaran barangan? Apakah tidak akan ada impak terhadap harga barangan? Sudah tentu ianya pasti. Dalam keadaan kenaikan harga barang yang tinggi (ada yang lebih 20%) ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak mengembirakan - gaji tak naik, kilang-kilang di tutup, penggangguran berterusan apakah impak nya terhadap negara khususnya dan bagaimanakah keadaan anak-anak di masa akan datang?

Masih ramai yang memohon kerja tapi tidak dapat saya penuhi. Ada yang sudah berpengalaman kerja berbelas tahun. Ada yang mempunyai sijil. Sedangkan saya cuma perlukan operator. Takkan nak beri gaji operator sedangkan permintaan lebih tinggi lagi? Lainlah kalau ada had gaji minima, bolehlah nak bercerita.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana dengan kelulusan Universiti tahun ini sedangkan yang beberapa tahun lepas sudah graduate pun ada yang tidak kerja lagi.

Semoga bertemu kembali, wassalam.

Cerita Dolu Dolu