Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 14, 2012

PENING NAJIB - ADA ORANG BOCOR LOBANG?


Patutnya Jamil keluar kenyataan ' Saya akan nasihatkan Perdana Menteri agar tidak mengadakan PRU-13 pada musim haji supaya tidak menafikan hak rakyat Malaysia yang hendak mengundi' Ini dia pulak yang terlompat-lompat nak tunjuk warak/tegur kepentingan rukun Islam kelima kononya - piiiiirah. Jangan yang tak dapat mengundi ramai-ramai pi berdoa kat Kaabah supaya Allah hancurkan pemimpin zalim ini sudah laa.... (zalim la kalau menafikan hak pengundi kerana mengundi untuk menegakkan syiar Islam itu WAJIB. Jika disebabkan tak dapat mengundi kalah apatah lagi jika nama jemaah haji pulak diguna oleh pengundi hantu - bukan boleh percaya puak-puak toghut nih)
Anggap Isu Haji Sebagai Ibadah - Jamil Khir
KUALA LUMPUR: Para jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini diminta untuk melihat isu haji sebagai satu ibadah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, amalan mulia itu tidak seharusnya dicampuri dengan urusan politik seperti yang dibangkitkan parti pembangkang baru-baru ini.
"Janganlah ibadah haji iaitu rukun Islam kelima dicampuri dengan urusan politik demi kepentingan pihak-pihak tertentu," katanya pada sidang media selepas sesi lawatan ke Tabung Haji di sini, Rabu.
Jamil Khir berkata, Tabung Haji boleh mempertimbangkan keputusan jemaah haji yang ingin membatalkan pendaftaran mereka pada tahun ini tetapi dengan meneliti alasan yang diberikan.
"Jika jemaah sakit, saudara mara terdekat meninggal atau anak-anak menghadapi ujian sehingga memaksa mereka menarik diri, kita akan pertimbangkan mereka untuk menunaikan haji pada tahun depan.
"Namun, jika mereka tangguhkan ibadah haji kerana pilihan raya umum, mungkin belum tentu dua atau tiga tahun lagi mereka akan dipilih. Ia bergantung dengan kuota yang diberikan Arab Saudi," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan jemaah yang terpilih supaya tidak terpengaruh dengan permainan politik pembangkang dan pergi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
"Selok-eloknya fikirlah baik-baik mengenai perkara ini. Lihatlah ia sebagai satu ibadah, tidak lebih daripada itu," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta semua ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum akan datang supaya menangguhkan ibadah haji.
Tuan Ibrahim yang dipetik Selangorku.com bertarikh 5 Jun lalu sebagai berkata, PAS menjangkakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada musim haji iaitu selepas bulan Ramadan antara September hingga Oktober.
Sementara itu, Jamil Khir berkata, Tabung Haji kini berada di peringkat akhir dalam proses penyusunan penerbangan dan penempatan jemaah haji.
"Walau apa pun berlaku, ibadah haji akan tetap berjalan seperti biasa," katanya.
Beliau berkata, penerbangan pertama yang membawa jemaah haji akan berlepas pada 17 September ini manakala penerbangan terakhir kembali ke tanah air adalah pada 30 November.
Ketika ditanya mengenai kuota haji Malaysia yang diberikan Arab Saudi susulan perhimpunan Bersih 3.0 di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Mekah pada 26 April lalu, Jamil Khir berkata, jumlah sebenar akan diketahui secara rasmi pada bulan Ramadan akan datang

Wednesday, June 13, 2012

PTPTN : MENTERI DAH SALAH JOLOK SARANG TEBUAN


MB Selangor: Kita sedia beri pendidikan percuma
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Jun 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi gambaran awal bahawa usaha melaksanakan pendidikan percuma di negeri ini mampu dilakukan di Universiti Selangor (Unisel), dalam masa terdekat.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan cadangan menggunakan peruntukkan RM30 juta daripada penjualan tanah miliknya untuk membantu pentadbiran Unisel.

"Saya akan buat beberapa pengumuman berhubung perkembangan Unisel setelah mengadakan mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah tidak lama lagi.

"Dalam pertemuan itu, kita akan diberi penerangan dari segi jumlah pelajar dan status pentadbiran universiti," katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Air Selangor 2012, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengesahkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkenaan cadangan menggunakan wang RM30 juta itu untuk merintis program pendidikan percuma di Selangor.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengambil keputusan mencairkan aset Unisel sebagai langkah membantu pelajar yang dibekukan dari menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Unisel dijangka akan mengapungkan tanah miliknya seluas 200 hektar untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran bagi meneruskan pengajian di universiti tersebut.

Walau bagaimanapun, pembekuan pinjaman PTPTN itu telah ditarik balik 8 Jun lalu, setelah timbul pelbagai reaksi bantahan dari pelbagai pihak terhadap tindakan pembekuan tersebut.


Tuesday, June 12, 2012

MAKA BERFATWAH LA DR MASHITOH


Walau tidak dinyatakan SOHIH ianya menghentam Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Daripada Anas R.A berkata sabda Rasulullah SAW "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq (orang alim yang jahat)

SELAGI DR Mashitah tak tarik balik kenyataannya  berkaitan hukum hudud, takyah cerita fasal pendakwah yang lain kerana telah nyata sesat yang nyata. Boleh percaya orang macam itukah? Belum hal-hal yang mengelirukan orang awam seperti hal dibolehkan melacur kerana darurat atau tak jatuh talaq jika takde niat (walaupun ucapan sarih). Semua kenyataannya sendiri takleh pakai. K-POP? ha ha ha. . . . . .

Bertauliah elak sindrom keliru

DR MASHITAH IBRAHIM
8 Jun 2012

Hari ini, ramai orang yang dipanggil ustaz, ustazah, tok guru atau tuan guru. Ada yang memang layak diberi gelaran itu, ada juga yang jenis instant. Gelaran ini besar maknanya dari segi peranan dan tanggungjawab yang datang bersamanya.

Kalangan penceramah juga bukan semua adalah pendakwah, begitu juga sebaliknya. Seorang pendakwah berkredibiliti adalah berpengetahuan, berpengalaman dan diiktiraf kebolehannya pihak berkuasa agama. Mengikut Dr Yusof al-Qardawi, matlamat berdakwah adalah membawa manusia kepada Islam, dalam melaksanakan ketetapan dan taat ALLAH SWT di muka bumi dan mengajak kepada kebajikan dan kebaikan. Oleh itu, seseorang pendakwah mestilah ilmuwan agama, cekap dan bertauliah.

Hakikatnya dalam masyarakat hari ini, wujud pendakwah meragukan dari segi latar belakang dan ilmu mereka. Andainya selebriti berkongsi pengalaman kerana mahu mendalami agama atau didorong penghijrahan diri, ini dibolehkan. Namun tidak bermakna mereka sebagai pendakwah berwibawa.

Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru. Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan. (NI DIA HENTAM DIRI DIA SENDIRI KE?)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Agaknya apa akan jadi pada akhir zaman apabila wanita mula bangkit memberontak, anak muda sudah hilang akhlak dan kamu pula rasa tidak perlu lagi untuk berjihad.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku akhir zaman begini? Nabi berkata: “Ya, akan berlaku.

Lagi dahsyat akan berlaku.” Sahabat bertanya. “Apakah ada lagi yang lebih dahsyat daripada suasana wanita memberontak, anak remaja sudah hilang akhlak dan umat Islam tidak berminat lagi untuk berjuang?” Nabi berkata, “Orang sudah tidak peduli lagi soal dakwah. Orang sudah tidak mengambil kira lagi untuk mengajak kepada kebaikan atau mencegah kepada kemungkaran.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah mungkin keadaan ini akan berlaku?” Nabi SAW menjawab: “Yang lebih dahsyat lagi akan berlaku dari itu.’ Sahabat bertanya: “Apa yang lebih dahsyat?” Kata Nabi: “Apabila ada pendakwah yang keliru, tidak tahu membezakan mana yang baik, mana yang buruk. yang mungkar nampaknya makruf dan makruf seperti mungkar.”

Sahabat terkejut dan bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku keadaan begitu?” “Ya, lebih buruk akan berlaku” kata Rasulullah, “apabila yang buruk disuruh, yang makruf dilarang, “ Apa mungkin berlaku, ya Rasulullah begini? Kata Nabi SAW: “Inilah satu keadaan dugaan besar untuk umat Islam sehingga orang yang baik pun akan menjadi keliru.” Agama Islam dasarnya ilmu kefahaman dan keyakinan terhadapnya dibina daripada wahyu. Bukan boleh cakap sembarangan atau guna akal semata-mata.

Perlu ada kepakaran dalam mentafsir al- Quran, hadis dan falsafah hukum. Bukan sekadar memetik ayat tertentu untuk kepentingan tertentu. Ceramah agama bukan tempat mengumpat dan mengaibkan saudara seagama. Untuk memartabatkan profesion berdakwah, seseorang pendakwah mestilah berkredibiliti.

Di Malaysia, syarat untuk mengajar agama dan berdakwah mestilah memiliki tauliah. Inilah asas keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat sebuah panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, yang mengikat kepada semua mahkamah di negara ini, termasuk Mahkamah Syariah.

Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang Islam mengajar tanpa tauliah. Jika bersabit kesalahan, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah adalah sah dan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Monday, June 11, 2012

BERSIHKAH DAFTAR PEMILIH SPR?

SEMAKAN PEMILIH DIBAWAH DIBUAT PADA HARI INI 11 JUN 2012



MAAF TIADA DALAM KAMUS MEREKA


'Kenyataan Pengerusi PTPTN penuh emosi'
WARTAWAN SINAR HARIAN
11 Jun 2012
SHAH ALAM – Kenyataan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Ismail Mohamed Said berhubung isu penarikan semula pembekuan kemudahan pinjaman terhadap penuntut Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) didakwa dibuat dengan emosi dan kurang bijak.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin mendakwa, kenyataan Ismail yang menyatakan pinjaman itu ditarik balik kerana tahu kononnya Kerajaan Negeri tidak mampu memberi bantuan kewangan, menunjukkan beliau membenarkan dirinya diperangkap pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN).

“Selepas menurut perintah, beliau pula terpaksa menarik semula keputusan tersebut dan membuat kenyataan mendakwa kononnya Kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar. Kerajaan Negeri kesal dengan kenyataan tersebut,” katanya.

Faekah berkata, selaku penjawat awam, mereka sepatutnya mempunyai integriti dalam memastikan kepentingan rakyat (pelajar) diutamakan dan tidak membenarkan pentadbiran di perbadanan itu ditadbir oleh ahli politik.

“Penjawat awam selaku golongan profesional perlu berani menyatakan pandangan termasuklah mengingatkan mereka yang tidak faham akan prinsip doktrin pengasingan kuasa di antara badan eksekutif dan legislatif,” katanya.

Dalam pada itu, Faekah turut menggesa menteri terlibat agar berhenti ‘memperkudakan’ pegawai kerajaan kerana tindakan itu hanya akan merendahkan martabat penjawat awam di mata masyarakat.

“Mereka harus berani mengambil tanggungjawab atas kesilapan yang telah dilakukan dan perlu meminta maaf kepada semua pelajar di Malaysia.

“Mereka sepatutnya menjadi negarawan yang berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik. Hanya dengan itu barulah mereka akan mendapat penghormatan daripada rakyat,” katanya.

Cerita Dolu Dolu