Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 22, 2009

PROGRAM RAMADAN SURAU AL-HUSNA

Seperti biasa, tahun ini juga 2 orang Imam Tahfiz akan mengepalai solat tarawikh di Surau Al Husna. Imam Tahfiz dari TAHFIZ DARUL RIYADH, Rantau Panjang, Kelantan.

Aktiviti aktiviti lain adalah :

1 - Program berbuka puasa.
2 - Majlis berbuka puasa rasmi Surau Al-Husna (meeting semalam mencadangkan 10 Sept.
3 - Jamuan Moreh menurut jalan - start Isnin.
4 - Tadarus Al-Quran - Dewasa dan remaja/kanak-kanak (target 26 Ramadan khatam)
5 - Tambahan - Bubur Lambuk untuk penduduk (6 Sept 2009)
6 - Sumbangan Ramadhan/Aidil Fitri.

dan banyak lagi.

SUMBANGAN PEMBANGUNAN SURAU MASIH BERLANGSUNG, SILA LAYARI BLOG SURAU AL-HUSNA UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1430H



SEMOGA TAHUN INI IBADAH RAMADAN KITA DI TERIMA ALLAH.
SALAM RAMADAN 1430H UNTUK SEMUA

Sunday, August 16, 2009

H1N1: 3 lagi kematian direkodkan

PETALING JAYA: Sebanyak tiga lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kini mencecah 59 kes.
Sebanyak 209 jangkitan baru direkodkan melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, hari ini.
Katanya, mangsa pertama adalah seorang lelaki menghidap obesiti berusia 22 tahun yang meninggal dunia disebabkan virus radang paru-paru.
Mangsa kedua adalah seorang lelaki berusia 29 tahun yang menghidap penyakit injap jantung.
Mangsa ketiga adalah seorang wanita berusia 44 tahun yang pernah menghidap asma dan meninggal dunia disebabkan radang paru-paru.
Dr Ismail berkata, mereka yang mempunyai simptom influenza sederhana masih mengunjungi pusat membeli-belah, melancong, bekerja, pergi ke sekolah dan mengambil pengangkutan awam.
"Kementerian mendapati kebanyakan mereka tidak memakai topeng muka sementara mereka yang memakai topeng muka adalah mereka yang sihat," katanya.
Beliau meminta sesiapa yang mempunyai simptom influenza supaya tinggal di rumah sehingga pulih.

Semalam kami bawa Fayedh ke PPUM (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) sebab dia dah dua hari berturut demam melebihi 38 darjah selsius. Alhamdullillah cuma viral fever ajer kata doktor. Punya lah ramai manusia.... (tu pun sebab Fayedh masuk kat Padeatric okay sikit.) Sampai dan daftar jam 13:00.... doktor panggil untuk rawatan pada jam 16:00 dan result darah pada jam 18:30. Masuk air satu bag dan dah boleh balik TETAPI kalu demam berlarutan kena pegi balik. Hari ni nampaknya demam dah kurang.

NASIHAT : KALAU ANDA SYAKI H1N1 DAN NAK PERGI KE PPUM, TERUS PERGI KE BAHAGIAN TRAUMA UNTUK SARINGAN. JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA.
Nota : Berapa orangkah pesakit yang ada semalam ada H1N1? at least ada 2 orang di syaki sebab ada tanda pnumomea.

Cerita Dolu Dolu