Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, September 03, 2005

Gotong Royong Surau Al Husna


Pada 3hb September 2005 Surau Al-Husna Seksyen 20 dengan kerjasama ahli kariah seksyen 20 telah mengadakan aktiviti berikut:
Program Kitar Semula - kutipan untuk surau.
Gotong royong - membuat jambatan, stor dan tandas
Pertandingan lukisan untuk kanak-kanak dan teka tutup botol
Gotong-royong ini diadakan untuk persiapan menyambut Ramadan.
Gambar-gambar selanjutnya boleh dilihat disini.
Sila klik GAMBAR

Friday, September 02, 2005

MEMPERINGATI SEJARAH - 27 OGOS


Tanggal 27 Ogos 1883 tercatat sejarah kemusnahan alam oleh letupan Krakatoa bersamaan dengan kekuatan letupan 21,000 bom nuklear yang menghasilkan tsunami setinggi 40 meter, mengakibatkan kematian serta-merta keatas hampir 36,000 orang serta menggelapkan Jakarta. Bunyi letupan tersebut merupakan letupan terkuat pernah di dengar oleh dunia dimana bunyi letupan tersebut mengelilingi bumi sebanyak lima kali. Ianya merupakan kemusnahan alam pertama yang direkodkan dengan terperinci terutama orang Belanda yang berada di Indonesia pada masa itu. Kemusnahan tersebut melenyapkan langsung 1/10 dari Pulau / Krakatoa tersebut.
Pada Ogos 1930, di kawasan yang sama muncul pulau baru di Selat Sunda dan pulau ini dikenali sebagai Anak Krakatoa. Anak Krakatoa merupakan gunung berapi aktif yang mempunyai rekod letupan seperti berikut:
2001, 2000, 1999, 1997, 1996, 1994-95, 1992-93, 1988, 1981, 1980, 1979, 1978, 1975, 1972-73, ?1969, 1965?, 1959-63, 1958-59, 1955, 1953, 1952, 1950, 1949, 1946-47, 1946, 1945, 1944, 1943, 1942, 1941, 1938-40, 1937, 1936, 1935, 1932-34, 1931-32, 1927-30.
Letupan tersebut meningkatkan lagi ketinggian Anak Krakatoa dan kini mencapai hampir 3,000 meter (menyamai ketinggian Krakatoa). Volkanologist sedang melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terutama kelikatan lava kerana ianya mempengaruhi letupan yang bakal berlaku. Di jangkakan Anak Krakatoa bakal menandingi Krakatoa dari segi kekuatan letupan tetapi pergerakan Piroklastiknya akan menyebabkan tsunami yang bakal memusnahkan dan mengancam lebih banyak nyawa dan mungkin menyamai tsunami 2004.
Dengan gempabumi yang semakin kerap di kawasan sekitar terutama selepas gempabumi yang menyebabkan tsunami Disember 2004, gelinciran bumi mungkin memudahkan aliran lava ke gunung berapi dan sekali gus menyebabkan ia terhambur keluar.
Kekuatan letupan Krakatoa dapat di dengar oleh nenek tiri saya. Apakah saya juga akan mendengar letupan Anak Krakatoa? Apakah letupan Anak Krakatoa bakal menjadi 'suara kuat dari langit' yang di kaitkan dengan kemunculan Al-Mahdi dan Dajjal?

Thursday, September 01, 2005

HAYATI KEMERDEKAAN

Update : 2/9/2005 - Kerajaan Malaysia akan menempatkan sementara rakyat/pelarian dari Thailand atas dasar perikemanusiaan. Baguslah. Takkan nak biar mereka di sembelih.
Saya petik dari Harakahdaily. Hayatilah kemerdekaan dan bukan sahaja kemerdekaan dari penjajah tetapi juga kemerdekaan sebenar. . . merdeka dari di jajah minda dan rohani.
KOTA BHARU, 1 Sept (Hrkh) – Kerajaan Kelantan hari ini menyerah kepada kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu warga Thailand yang datang bagi mencari perlindungan di negeri ini. Sumber Pejabat Menteri Besar berkata, isu tersebut terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat kerana ia membabitkan hubungan dua negara berjiran.
“Sebarang pendirian mengenai isu tersebut hendaklah dirujuk kepada Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Media tempatan hari ini melaporkan seramai 131 penduduk Islam yang berumur antara 65 dan bawah enam tahun dari Selatan Thailand melarikan diri ke negeri ini melalui Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang.
Ketua Polis Kelantan, SAC 1, Zulkifli Abdullah dalam kenyataan media petang semalam berkata, seramai 69 dipercayai warga Thailand berkumpul di Masjid Pengkalan Kubur dan 62 lagi di Masjid Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang kira-kira jam 8.30 malam, 30 Ogos lalu.
Ekoran itu, pihak polis menempatkan mereka di dua tempat berasingan iaitu di Balai Polis Pengkalan Kubur dan Balai Polis Pasir Mas. Bagaimanapun difahamkan malam tadi mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Tanah Merah.
Sementara itu di TUMPAT, penduduk di Pengkalan Kubur ketika ditemui petang semalam memberitahu warga Thailand mulai datang ke Pengkalan Kubur pada petang 30 Ogos lalu.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pada awalnya beliau tidak menyedari kehadiran warga Thailand untuk menumpang sementara di Masjid Al Huda Mukim Ketil, Pengkalan Kubur kerana menyangka sebagai jemaah biasa.
“Bagaimanapun selepas selesai solat Isya’ mereka masih tidak pulang dan saya menanyakan mereka datang dari mana. Selepas itulah baru diketahui mereka datang dari seberang dan mahu mendapat perlindungan di sini.
“Ekoran itu, ada penduduk tempatan membawa makanan kerana bersimpati terhadap nasib yang mereka alami. Penduduk juga memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kehadiran warga terbabit,” katanya.
Menurutnya warga dari negara jiran itu menceritakan mereka terlalu takut untuk terus tinggal di kampung kerana mendakwa pihak tentera Thailand sedang menjalankan operasi menangkap penduduk.
Kata beliau, pelbagai cerita diluahkan warga berkenaan dan sanggup menyeberangi Sungai Tak Bai dengan bot kecil bagi mencari perlindungan.
“Ada yang membawa sedikit pakaian dan dimasukkan ke dalam guni dan terus melarikan diri melalui sungai bagi mencari perlindungan di negara ini. Ada juga membawa anak-anak kecil bersama.
“Malah ada yang melarikan diri sehelai sepinggang kerana takut dengan situasi yang berlaku di Selatan Thailand sekarang,” katanya.
Seorang warga Thailand yang berasal dari Setul, Narathiwat memberitahu beliau dan rakan-rakan terpaksa melarikan diri bagi menyelamatkan diri daripada tentera Thailand.
Katanya, beliau tiba di Pengkalan Kubur pada petang Selasa selepas merasakan tidak selamat lagi berada di kampung sendiri sekarang. Beliau mendakwa pihak tentera Thailand sedang mengadakan operasi menangkap penduduk yang dikaitkan dengan pengganas.
“Di sebuah kampung berdekatan bulan ini sahaja seramai tujuh penduduk muslim ditahan dan keadaan mereka sekarang tidak diketahui hidup atau mati. Penduduk syak mereka tidak akan pulang lagi,” katanya.
Warga Thailand yang agak berumur turut meluahkan sanggup mati di Malaysia daripada dihantar pulang ke negara asal sekiranya keadaan sekarang dibiarkan berterusan.
Semasa ditemui kumpulan warga Thailand terbabit memberitahu ada di antaranya berasal dari Tak Bai, Sungai Padi, Ramit, Chanek dan Bechah Herong. Ada juga kanak-kanak dan wanita bersama dengan kumpulan tersebut. Sebahagian besar mereka adalah golongan pemuda dan kelihatan seperti pelajar pondok agama.
Mereka berterima kasih di atas bantuan makanan yang diberi penduduk tempatan sepanjang berada di Pengkalan Kubur. Selepas berada di masjid mereka ditempatkan sementara di surau Balai Polis Pengkalan Kubur.
Sehingga sekarang lebih 860 orang terbunuh sejak peristiwa kekejaman tentera Thailand ke atas penunjuk perasaan berlaku di Tak Bai pada Ramadhan tahun lepas.
Semoga negara kita dilindungi dari anasir yang boleh menimbulkan kekacauan dari dalam mahu pun luar negara.

BUKU BUKU YANG KU RINDUI NAK BACA BALIK

本気 1巻~40巻 作者:立原あゆみ
City Hunter 1巻~40巻 作者: 北条 司
Dragon Ball 1巻~42巻 作者:鳥山 明

SAMBUTAN MERDEKA 31 OGOS 2005


Aku mulakan dengan sambutan 31 Ogos 2005 dengan bangun pagi mandi dan solat subuh. Lepas tu lepak-lepak sambil tengok tv lepas bagi kura-kura makan. Ikan kat akuarium pun nampak okay je. . . Awal lagi, tengok news NHK dulu pasal taufan yang melanda Okinawa. Takde lah serius sangat. Yen menurun ke USD1= JPY111.35.
Bermula di Astro Ria menonton perarakan di Dataran Putrajaya. Walaupun Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran kenapa diorang tak nak buat di Dataran Merdeka ye? Sejarahnya, memorinya yang tentu lebih sesuai dan paling utama, rakyat marhaen ni senang lah sikit nak pergi. Ada bas, ada LRT. Kalau Putrajaya tu, kos tinggi sikit nak pergi belum termasuk kos makan yang YA RABBI. . . Merdeka untuk elitis sahaja kah? Perarakan habis pukul 11:00 tapi sambung sikit lagi kat RTM1 sampai pukul 11:30. DUM! dan tiupan angin kencang serta hujan yang amat lah lebat. Tutup TV. Rehat-rehat sambil org rumah sibuk masak kek chocolate moist. Internet pagi okay, masuk tengahari langsung, asyik hanging je server. Ye lah dial-up. Nak masuk broadband usage aku kat rumah sebulan RM20.00 pun dah tinggi dah. EDGE okay ke tengah dok pikir nih. Nantilah tanya kawan aku Tn. Haji R kat DIGI tu....
Oo? Hujan dah berhenti, pergi ke Giant Seksyen 18 sebab nak beli baju melayu sekolah anak dan barang-barang nak masak petang ni. Sambil mendengar lagu dari CD Mawi World di radio kereta yang baru di pasang.
Balik rumah dah dekat pukul 2. Makan tengahari dulu, ayam rendang dan sayur bayam. Anak-anak dah makan dulu dah. Lapar katanya. Solat Zohor dan buka ASTRO Ria balik. Ada ulangan Konsert Akhir AF3. Layan kejap.
Pukul 4, siap siap untuk pergi rumah adik ipar sebab ada birthday party. Sampai rumah adik ipar, Mawi dah nak habis nyanyi 'Aduh Saliha'. Tunggu adik ipar lagi sorang datang sambil maid tengah prepare untuk buat spagetti. Org rumah tengok baby kat atas. Maid aku tertinggal rendang ropanya. Ingat nak bagi adik ipar yang dalam pantang tu.
Adik ipar yang sorang lagi sampai dan letak lah barang-barang lepas tu start le topik-topik untuk mula berborak tapi main topics - Mawi di konsert merdeka sampai lah cerita dalam Mingguan Perdana pasal tunang Mawi. "Ooiii !!! kek tu cair kang!!" Alamak baru diorang ni teringat hari ni harijadi lah. Penangan Mawi. . . Keluarkan kek ada dua nama - satu Tajul Ariff 5 tahun, 31/8 dan nama mak mertua yang lahir pada Ogos juga. Ramai ye lahir Ogos dalam family. Baby yang baru tu, 12 Ogos. . . "Mawi pun bulan Ogos" kata adik ipar. Hek eleh. . .
Lepak lagi sambil tengok Discovery Channel pasal Karakatoa. Teringat mbah tiri bercerita pasal letupan Karakatoa masa umurnya 10 tahun. Mbah aku pun dah aruah pada umur 118 kata aruah bapa aku. Aku kat oversea masa tu. Betullah. Letupan terhebat sehingga 5 hari masih terdengar di seluruh dunia. Anak Karakatoa sedang mengumpul ketinggian dan mungkin jika meletup memenuhi ciri Karakatoa dan masa nya mungkin tak lama lagi?
Balik ke rumah pada pukul 9:30 malam. Penat idak tapi kenyang nyer lah. . .
Tinggal 5 hari sebelum peperiksaan UPSR....

Wednesday, August 31, 2005

MENJELANG MERDEKA KE 48

SAMBUTAN MERDEKA
Jiran saya telah mengadakan BBQ Makan Merdeka. Seronok jugalah join untuk memeriahkan suasana sambil merapatkan hubungan silaturrahim.

AMBANG MERDEKA DI TV
Erti kemerdekaan. RTM1 dengan lintas langsung ke seluruh negara dan wawancara dengan Menteri Besar memeningkan kepala sikitlah nak tenguk tetapi menarik terdengar pendapat Erti Kemerdekaan dari MB Dato Nik Aziz. 'Merdeka bukan sahaja bermakna merdeka/melepaskan diri dari satu bangsa kesatu bangsa seperti Malaysia dari British ke Melayu atau Indonesia dari Belanda ke Indonesia. Zaman Rasulullah SAW juga merdeka dari bangsa Arab ke bangsa Arab, dari Abu Jahal/Abu Lahab kepadda Rasulullah. Kesimpulannya merdeka bukan bererti sekadar luaran tetapi juga merdeka spiritual.' Apakah kita sudah merdeka dalam erti kata sebenar?

NTV7 dengan agenda dalam MNN menemuramah rakyat tentang erti kemerdekaan. Adalah sorang remaja kot mengatakan kita merdeka kerana kita boleh menyatakan pendapat kita tanpa halangan / sekatan. Ia ke? lain-lain komen tu tak catch-up sebab tengah dinner. Ada juga interview erti kemerdekaan dgn budak adik-beradik kot. Adiknya dalam lingkungan 6 tahun mengatakan seronok sebab dapat jalan-jalan, hihihi (sambil sorok muka), kakaknya dalam lingkungan 8 tahun kot padanya erti kemerdekaan dapat jalan-jalan, pergi Dataran Merdeka, tengok Mawi....ha ha ha

MAWI DAN MERDEKA
Mawi sajalah yang 'bertempur' menjelang merdeka ke 48 ni. Bermula dengan konsert di KLCC, mula dengan Aduh Saliha paa jam 21:45 kot yang jelas menunjukkan kepenatannya. Suara yang serak dan pecah di hujung. Kemudian lagu Seroja beserta dengan Zahid dan Bob (as back-up). Low tone Mawi memang jelas. Kekuatan suara Mawi jelas terserlah pada aku. NEXT! ke Dataran Merdeka pulak pada jam 11:00 lebih kurang dimulai dengan Seroja (aku miss this part separuh) dan di ikuti oleh Aduh Saliha. Lebih bertenaga dan voice control yang lebih lunak. Oooo... di KLCC tu save sikit kot. Ye lah di Dataran depan PM dan Menteri.
Menjelang detik 12:00 aku still stuck kat RTM1 tapi tak nampak lak Mawi walau nampak sifu. What!? Dia berada di sebelah Rosyam Noor di KLCC balik.
Kesimpulannya pada aku, tahun ini adalah Merdeka ke 48 dengan Mawi. That's it... diorang ni tak nampak ke budak tu dah exhausted sangat dah. Cahaya muka dia pudar, mata no more sparkle dan nyanyi pun macam kena paksa. Tapi Seroja tetap sedap gak.

LAIN-LAIN
Sedih sikit sebab Shah Alam takde bungapi pun? Bunyi dentum dentam tapi tak nampak apa pun. Maybe Sunway agaknya.... kitorang jiran-jiran terjenguk-jenguk jugak le...takde pun?
Radio kat kereta rosak terpaksa pergi Brothers tukar baru. Tukar yang ada CD boleh dengar CD terbaru yang di beli... hu hu..

Monday, August 29, 2005

Ayah Pin?? Sekadar Jenaka

#1

A : Aku dengar Ayah Pin dah ditemui.

B : Ye ke?

A : Ya, dia melarikan diri ke Batu Caves.

B : Bila tu?

A : Semalam. Tapi dia dah tukar nama.

B : Tukar nama?

A : Dia tukar nama kepada Ayappan.

B : @#!$&*

#2

A : Aku dengar kata radio dah banned lagu Ayah Pin

B : Lagu Ayah Pin kena banned? Bila pulak radio pasang lagu Ayah Pin?

A : Tu. . . Lagu Langit Ketujuh Sharifah Zarina tu.

B : Arrgghhhh!!!

Cerita Dolu Dolu