Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 01, 2005

HAYATI KEMERDEKAAN

Update : 2/9/2005 - Kerajaan Malaysia akan menempatkan sementara rakyat/pelarian dari Thailand atas dasar perikemanusiaan. Baguslah. Takkan nak biar mereka di sembelih.
Saya petik dari Harakahdaily. Hayatilah kemerdekaan dan bukan sahaja kemerdekaan dari penjajah tetapi juga kemerdekaan sebenar. . . merdeka dari di jajah minda dan rohani.
KOTA BHARU, 1 Sept (Hrkh) – Kerajaan Kelantan hari ini menyerah kepada kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu warga Thailand yang datang bagi mencari perlindungan di negeri ini. Sumber Pejabat Menteri Besar berkata, isu tersebut terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat kerana ia membabitkan hubungan dua negara berjiran.
“Sebarang pendirian mengenai isu tersebut hendaklah dirujuk kepada Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Media tempatan hari ini melaporkan seramai 131 penduduk Islam yang berumur antara 65 dan bawah enam tahun dari Selatan Thailand melarikan diri ke negeri ini melalui Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang.
Ketua Polis Kelantan, SAC 1, Zulkifli Abdullah dalam kenyataan media petang semalam berkata, seramai 69 dipercayai warga Thailand berkumpul di Masjid Pengkalan Kubur dan 62 lagi di Masjid Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang kira-kira jam 8.30 malam, 30 Ogos lalu.
Ekoran itu, pihak polis menempatkan mereka di dua tempat berasingan iaitu di Balai Polis Pengkalan Kubur dan Balai Polis Pasir Mas. Bagaimanapun difahamkan malam tadi mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Tanah Merah.
Sementara itu di TUMPAT, penduduk di Pengkalan Kubur ketika ditemui petang semalam memberitahu warga Thailand mulai datang ke Pengkalan Kubur pada petang 30 Ogos lalu.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pada awalnya beliau tidak menyedari kehadiran warga Thailand untuk menumpang sementara di Masjid Al Huda Mukim Ketil, Pengkalan Kubur kerana menyangka sebagai jemaah biasa.
“Bagaimanapun selepas selesai solat Isya’ mereka masih tidak pulang dan saya menanyakan mereka datang dari mana. Selepas itulah baru diketahui mereka datang dari seberang dan mahu mendapat perlindungan di sini.
“Ekoran itu, ada penduduk tempatan membawa makanan kerana bersimpati terhadap nasib yang mereka alami. Penduduk juga memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kehadiran warga terbabit,” katanya.
Menurutnya warga dari negara jiran itu menceritakan mereka terlalu takut untuk terus tinggal di kampung kerana mendakwa pihak tentera Thailand sedang menjalankan operasi menangkap penduduk.
Kata beliau, pelbagai cerita diluahkan warga berkenaan dan sanggup menyeberangi Sungai Tak Bai dengan bot kecil bagi mencari perlindungan.
“Ada yang membawa sedikit pakaian dan dimasukkan ke dalam guni dan terus melarikan diri melalui sungai bagi mencari perlindungan di negara ini. Ada juga membawa anak-anak kecil bersama.
“Malah ada yang melarikan diri sehelai sepinggang kerana takut dengan situasi yang berlaku di Selatan Thailand sekarang,” katanya.
Seorang warga Thailand yang berasal dari Setul, Narathiwat memberitahu beliau dan rakan-rakan terpaksa melarikan diri bagi menyelamatkan diri daripada tentera Thailand.
Katanya, beliau tiba di Pengkalan Kubur pada petang Selasa selepas merasakan tidak selamat lagi berada di kampung sendiri sekarang. Beliau mendakwa pihak tentera Thailand sedang mengadakan operasi menangkap penduduk yang dikaitkan dengan pengganas.
“Di sebuah kampung berdekatan bulan ini sahaja seramai tujuh penduduk muslim ditahan dan keadaan mereka sekarang tidak diketahui hidup atau mati. Penduduk syak mereka tidak akan pulang lagi,” katanya.
Warga Thailand yang agak berumur turut meluahkan sanggup mati di Malaysia daripada dihantar pulang ke negara asal sekiranya keadaan sekarang dibiarkan berterusan.
Semasa ditemui kumpulan warga Thailand terbabit memberitahu ada di antaranya berasal dari Tak Bai, Sungai Padi, Ramit, Chanek dan Bechah Herong. Ada juga kanak-kanak dan wanita bersama dengan kumpulan tersebut. Sebahagian besar mereka adalah golongan pemuda dan kelihatan seperti pelajar pondok agama.
Mereka berterima kasih di atas bantuan makanan yang diberi penduduk tempatan sepanjang berada di Pengkalan Kubur. Selepas berada di masjid mereka ditempatkan sementara di surau Balai Polis Pengkalan Kubur.
Sehingga sekarang lebih 860 orang terbunuh sejak peristiwa kekejaman tentera Thailand ke atas penunjuk perasaan berlaku di Tak Bai pada Ramadhan tahun lepas.
Semoga negara kita dilindungi dari anasir yang boleh menimbulkan kekacauan dari dalam mahu pun luar negara.

No comments:

Cerita Dolu Dolu