Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, April 29, 2011

FIKIR-FIKIRKAN. BERSIMPATI DENGAN KELUARGA ALLAHYARHAM

Jika dilihat kepada kronologi dibawah terutama #4 dan #5, apakah yang akan berlaku agaknya jika kenderaan mangsa dapat dipintas oleh kereta yang digesel serta motosikal yang terjatuh tersebut/ Apakah tujuan sebenar motosikal itu mengejar kenderaan mangsa? Menuntut gantirugi? Atau menuntut 'bela'? Lebih gusar memikirkan jika mangsa tidak bertembung dengan polis apakah akan berlaku? Dipukul dan dikeronyokkah dia? 

Kenapa saya menyatakan ini kerana saya memerhatikan sendiri anak-anak jiran bukan lagi menunggang motor bahkanmemandu kereta walhal masih bersekolah. Ada yang ditingkatan 4 bahkan ada yang masih ditingkatan 2. Adakah ahli keluarga mereka tidak tahu atau mereka ini memandu kereta tersebut secara curi-curi? Bahkan tidak kerana ibubapa merekalah yang mengajar memandu. Mereka dengan berani memandu diwaktu siang untuk mengambil adik pulang dari sekolah. Ada yang balik lewat malam kerana keluar ke kedai mamak (memang kena boikot kedai mamak nih!) menonton EPL. Ada juga yang dengan bangga bercerita pergi ke Up-Town yang kita ketahui sesak dan dibuka pada waktu malam dan dinihari.

Jika berlaku pergeseran kenderaan seperti kes Aminurasyid, apakah tindakan yang akan diambil oleh mereka yang digesel terutamanya belia-belia yang berdarah panas, pada waktu malam pula. Adakah kita baru hendak sedar apabila anak-anak dah terbungkang dalam longkang dikeronyok oleh entah siapa? Kita sedia maklum mereka tidak mempunyai lesen akan bersikap lebih panik jika berlaku sebarang situasi berisiko seperti kemalangan. Bagaimana pula jika mereka terlanggar anak-anak jiran. Apakah kita hendak mengatakan ianya takdir? Ajal sudah sampai? Dan ianya selesai sebegitu?

Kenyataan saya ini bukan untuk menidakkan kekhilafan yang telah dilakukan oleh polis yang menembak Allahyarham adik Aminulrasyid bahkan untuk mengingatkan sesama kita agar tidak membiarkan anak-anak yang belum layak mempunyai lesen kereta dibiarkan memandu kereta. Begitulah terkejutnya apabila sebuah kereta Unser terjun ke longkang akibat kegagalan mengambil selekoh dengan betul. Tempat berlaku kemalangan adalah dikawasan kejiranan dan biasanya ramai budak-budak duduk dilongkang tersebut semasa menunggu untuk bermain bola. Pemandu yang terbabas tersebut adalah pelajar Tingkatan 3/4. Bayangkan jika melibatkan nyawa, siapakah harus dipersalahkan? Pemandu/pelajar tersebut atau keluarga yang membiarkan dia memandu kenderaan tersebut?

Lebih-lebih lagi anak saya sendiri baru sahaja mendapat lesen memandunya pada bulan Februari dan saya masih ikut dia memandu dan memperbetulkan sebarang kecuaian semasa memandu agar dia benar-benar faham kepentingan memandu dengan selamat. Bukan bermakna ada lesen sudah boleh memandu dengan bebas. Apatah lagi dengan kenderaan sekarang kebanyakannya AUTO lebih mudah untyuk dikendalikan berbanding MANUAL. FIKIR-FIKIRKAN


Setahun sudah berlalu, keluarga masih ratapi ketiadaan Aminulrasyid

April 29, 2011
Kronologi detik-detik kejadian Aminulrasyid Amzah terbunuh dalam tembakan anggota pihak polis pada 26 April 2010. Setahun sudah berlalu, keluarga masih ratapi ketiadaan Aminulrasyid
KUALA LUMPUR, 29 April — Awal minggu ini genap setahun kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah, remaja mati dalam kejadian tembakan anggota polis, namun sehingga hari ini keluarga remaja berusia 16 tahun ini masih meratapi pemergiannya yang disifatkan sebagai “terlalu awal.”
Bercakap kepada The Malaysian Insider, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad mengakui dia masih lagi teringat dan terbayang sikap manja anak bongsunya itu.
“Rutin harian saya sama seperti dulu tapi arwah (Aminulrasyid) tetap masih dalam ingatan saya... nak pejamkan mata saya teringatkan dia, nak buat kerja pun saya teringatkan dia, walau sesaat pun saya sentiasa teringat akan dia... apa yang dia buat saya masih lagi terbayang, saya tidak boleh lupa langsung.
“Arwah tidak sakit tapi tiba-tiba sahaja dia tiada, kalau saya keluar rumah dan terpandang tempat kejadian, hanya Allah sahaja tahu macam mana perasaan saya, saya tidak tahu macam mana nak gambarkan kesedihan yang saya alami ini... kesedihan yang saya dan keluarga tanggung selama setahun ini,” katanya.
Aminulrasyid, mati terkena tembakan polis di Seksyen 11, Shah Alam ketika cuba melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda.
“Saya boleh rasa bagaimana takutnya dia untuk sampai ke rumah, sampai hari ini kawannya yang turut berada dalam kereta itu masih lagi trauma.
“Anak saya bukan budak jahat, dia hanya pergi menonton siaran langsung bola sepak sahaja, jangan nak kata anak saya penjenayah... saya kenal siapa anak saya dan saya tak boleh terima bila ada orang kata anak saya penjenayah, mereka yang cakap macam itu memang buta hati dan tiada perasaan langsung.
“Kalau ikutkan hati saya memang tidak boleh terima kematian dia yang terlalu cepat tapi benda dah berlaku saya kena terima ketentuan Allah tapi sampai sekarang saya tetap tidak boleh terima orang kata anak saya penjenayah,” kata Norsiah, 61.
Kata Norsiah, sehingga hari ini dia masih terasa Aminulrasyid berada di sampingnya.
“Saya masih lagi terbayang-bayang kelakuan, gelagat dam semua perangai dia... kalau saya lihat budak sekolah lalu depan rumah saya dah rasa semacam, saya seolah-olah nampak anak saya.
“Kalau saya lalu tepi padang saya nampak Aminulrasyid ada bersama kawan-kawan dia bermain bola sepak, kalau saya rindukan dia saya akan ke padang untuk lihat kawan-kawan dia,” katanya.
Dalam perbualan ringkas itu, Norsiah masih menimbulkan beberapa kemusykilan berhubung kematian Aminulrasyid.
“Saya tak boleh terima orang kata anak saya penjenayah, itu zalim namanya... janganlah tembak orang sesuka hati, adakah itu hukuman yang anak saya patut terima? Kalau anak sendiri yang kena macam mana? Apa yang akan dia rasa?” katanya.
Tegas Norsiah, walaupun keluarganya dituduh “keluarga penjenayah” namun dia akan tetap memastikan kematian anaknya itu terbela.
“Orang ingat saya boleh dengar sahaja apa yang mereka cakap pasal keluarga saya... pasal anak saya, saya nak tegaskan kami bukan dari keluarga penjenayah dan anak saya bukan penjenayah seperti mana yang polis kata tahun lalu.
“Mentang-mentang anak saya sudah tiada, macam-macam mereka kata pasal dia... sedap mulut cakap anak saya penjenayah, anak saya berumur 14 tahun (ketika kejadian), apa jenayah yang dia boleh buat? Saya tak hairan apa orang nak kata tapi saya akan pastikan kematian anak saya terbela, siapa yang bersalah akan bertanggungjawab... kalau tidak di dunia Allah akan balas di akhirat nanti,” katanya.
Ekoran daripada kejadian itu, seorang pegawai polis telah didakwa di mahkamah kerana menembak mati Aminulrasyid.
Koperal Jenain Subi, menghadapi tuduhan menyebabkan kematian terhadap Aminulrasyid, di antara 1.10 pagi hingga 2 pagi di Jalan tarian 11/2, pada 26 April, 2010 mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalah boleh dipenjara sehingga 30 tahun.
Perbicaraan kes itu masih berjalan.
Menceritakan kenangan bersama Aminulrasyid, Norsiah berkata anaknya itu akan sentiasa menemaninya di rumah.
“Dulu kalau dia anak rumah ini meriah, dia akan ketawa, gembirakan saya tapi sekarang tiada lagi gelak tawa dia... sekarang di rumah saya ditemani anak dan cucu.
“Biasa dulu pergi ke mana-mana mesti dengan Aminulrasyid, pergi pasar malam dengan dia, kalau bulan Ramadan kami akan solat terawih bersama di surau yang berdekatan tapi semua itu hanya tinggal kenangan bagi kami sekeluarga,” katanya.
“Malah saya masih menyimpan pakaian Aminulrasyid sebagai kenangan...mudaha-mudahan dia di tempatkan syurga,” tambah Norsiah.

Tuesday, April 26, 2011

HARAM KERJAKAN HAJI KE UST ZAMIHAN?


Atau kenyataan Imam tersebut akan memanaskan telinga pihak berkepentingan nasionalis?

Imam Besar Masjidil Haram bawa Wahabi ke Malaysia, syaki pegawai Jakim

April 26, 2011
KUALA LUMPUR, 26 April — Seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia minggu lalu, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”
Zamihan Mat Zin, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.
Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar “Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah” bertemakan “Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai.”
Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara.
“Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.
“Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima,” kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.
Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.
Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.
Sebaliknya Zamihan mengakui ada “membangkitkan” nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.
Tegas beliau, amalan dan ajaran yang dibawa Sheikh Abdul Rahman bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah dan ia bertentangan dengan amalan umat Islam.
“Sebab itu (ajaran Sheikh Abdul Rahman) bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah, sebaliknya ia merupakan metodologi sebahagian amalan al-Hanabilah al-Mujassimah dan metodologi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang kita amalkan di Malaysia.
“Memandangkan metodologi ini dipopularkan ajaran Wahabi dan ulama bangkit menentangnya, maka metodologi ini tidak perlu disebarkan kepada umat Islam dalam apa jua pendekatan kerana ia bukan metodologi yang benar yang diwarisi dari Rasulullah,” katanya.
Kata Zamihan, beliau menentang keras tindakan Sheikh Abdul Rahman yang cuba mewujudkan suasana tidak senang di kalangan umat Islam dengan membawa fahaman yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah.
“Jika ia (amalan Wahabi) mahu dipraktikkan di Arab Saudi terpulanglah, tapi kita di Malaysia mengamalkan metodologi Ahli Sunah Waljamaah yang jelas iaitu berpegang dengan prinsip akidah yang dirintis dari Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari bermazhab Shafie dan berpandukan metodologi tasawuf dari kalangan ulama sufi yang muktabar.
“Imam Besar Masjidil Haram ini juga pernah membuat (mencetuskan) kontroversi apabila mengemukakan pandangan bahawa orang Islam dilarang menziarai makam Nabi, malah saya ada bukti lain yang menunjukkan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi.
“Malah dalam seminar yang dihadiri beliau pada Sabtu dan Ahad lalu juga, hampir keseluruhan jurucakap dan tetamu yang hadir mengamalkan metodologi Wahabi, tapi gunakan nama lain daripada diketahui dan ini mengelirukan umat Islam,” katanya.
Justeru, kata beliau, pihak berkuasa terutamanya polis dan jabatan agama Islam harus menyiasat perkara tersebut agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Selain itu, Zamihan juga mempersoalkan bagaimana penceramah-penceramah dari luar negara dibenarkan untuk bercakap soal agama tanpa permit.
“Kedatangan Imam Besar Masjidil Haram ini kalau untuk kegiatan umat Islam tiada masalah tapi kalau nak bawa metodologi ia tidak wajar . . . tindakan ini akan mengelirukan umat Islam dan wajar pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.
“Kalau nak masuk Singapura pun kena ada permit tapi bila orang luar berucap pasal agama dan nak bawa metologi Wahabi tidak perlukan permitkah? Sheikh Abdul Rahman datang dengan tujuan untuk semai fahaman Wahabi dan ini tidak wajar,” katanya yang turut menjadi perhatian ekoran satu seminar di Singapura awal tahun lalu.
Pada Jumaat lalu Sheikh Abdul Rahman menggesa umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunah demi memastikan mereka kekal bersatu padu. 
Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian.
“Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah mengenai pentingnya berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam),” katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan.
Khutbah beliau bertajuk “Perpaduan Islam dan Cabaran Semasa” diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Datuk Mahamud Abdul. 

Monday, April 25, 2011

SIMPATI KEPADA KJ. SAPA BAGI MAKLUMAT PADANYA?

RM100 kepada warga emas PP mula diberi dari 23 April 2011 untuk sesi 2011. Kita ketepikan isu UMNO PP kutip wang tahun 2010 kononnya sebab wang judi tapi entah hilang ditengah jalan agaknya. Semalam juga saya dok follow twitter antara KJ dan CM LGE. 

Ianya bermula paling best apabila KJ menyatakan LGE merasuah penduduk/pengundi. 

LGE balas - BN beri masa Pilihanraya bukan rasuah pengundi? PP bagi tiap-tiap tahun rasuah?


KJ mengubah cerita fasal BN beri RM300 kepada warga emas tak heboh pun tapi PP beri RM100 sahaja.

Huh? RM300? Tak pernah pulak dengar JKM ke? atau ahli UMNO sahaja ke? Dan berduyun-duyun twitter dari rakyat kepada LGE memaklumkan ibubapa mereka yang warga emas TIDAK PERNAH dapat pun RM300 sebelum ini. Bila? dimana?

Saya amat bersimpati dengan KJ. Adakah dia telah diberi maklumat salah oleh orang bawahannya? atau sekadar buat cerita? Jika begitulah sikap beliau sahlah memang sepatutnya PM Najib tidak memilihnya sebagai Menteri mahupun Timbalan Menteri dalam Kabinet KERANA main hentam tanpa menyelidiki fakta terlebih dahulu. Pak mertuanya di PP jadi kalau nak dapat maklumat dari dasar sepatutnya amat mudah. KJ oh KJ..... Sapalah yang pakat gelakkan dia dibelakang agaknya? Nasib baiklah kenyataan tu tak dimasukkan dimana-mana akhbar perdana.

Warga emas serbu Maybank lagi...ada yang bertambah meroyan lagi....!!!


PULAU PINANG, 24 April: Maybank terpilih seluruh Pulau Pinang diserbu lagi bukan kerana mahu mencuri sebaliknya warga emas pergi mendapatkan RM100 pemberian penghargaan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mulai 23 April - 20 Mei 2011 akan datang.



Sejak awal pagi boleh dikatakan warga emas dan wakil yang dibenarkan dengan tandatangan Adun atau penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) menunggu kerana masing-masing tidak mahu ketinggalan mendapatkan saguhati dari kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap peningkatan semua aspek yang dikecapi setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pentabdiran.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri turut meninjau ke beberapa lokasi Maybank sejak awal pagi untuk bertemu dengan golongan berkenaan di samping mendampingi masyarakat yang ada.

Antara lokasi lawatan Lim pagi tadi ialah Maybank Cawangan Kampung Bahru, Air Itam,  Maybank Cawangan Glugor, Maybank Cawangan Sungai Pinang, Maybank Cawangan Butterworth, Maybank Islamik Bagan Luar, Maybank Cawangan Jalan Ong Yi How, Maybank Cawangan Bukit Mertajam, Perda, Maybank Sungai Dua di Desa Murni dan Maybank Cawangan Nibung Tebak keesokanya.



Kelmarin Lim dalam sidang medianya memberitahu sampai hari ini kerajaan negeri belum menerima nama warga emas yang memulangkan wang RM100 sepertimana yang digemburkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) tahun lalu.



Bukan sahaja wang malahan tidak ada sepucuk surat pembatalan penganugerahan wang tersebut daripada mana-mana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) kononnya mereka tidak rela diperalatan apabila menerima wang perjudian.



Sehingga Sabtu lepas seramai 114,668 telah mendaftarkan diri di bawah program berkenaan.



Selain memberikan wang RM100 setahun kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas waris warga emas juga telah memperolehi RM1,000 sebagai wang pengurusan jenazah sekiranya terdapat warga emas meninggal, yang mendaftar meninggal dunia.

HARAMKAN PARTI PEMBANGKANG JADI SIAPA PUN TAK UNDI

Henti Salahkan Pengundi Sokong Pembangkang - Saifuddin Abdullah 
23/04/2011






SHAH ALAM 23 APRIL : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menyeru rakan-rakannya dalam BN supaya berhenti melabel penyokong pembangkang sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih.
Saifuddin yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata BN sebaliknya mesti menghormati hak pengundi.
“Dengan segala hormatnya, saya minta rakan-rakan di BN jangan menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak undi kita sebagai tidak tahu bersyukur.
“Dalam demokrasi, kita mesti hormat hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang disukai mereka. Nanti kita nak jumpa merka lagi dalam pilihan raya akan datang.
“Kalau mereka tempelak kita, apa macam?” soalnya dalam satu kenyataan.


Cerita Dolu Dolu