Kenapa ianya menjadi berita / isu yang sangat besar? Sedangkan banyak lagi kedai makanan yang lebih mahal lagi tapi kenapa tak menjadi isu? Selagi ada permintaan dan ada tawaran apa masalah sebenarnya? Murahkah makanan dan minuman di Kopitiam? Bahkan berbedakah jika dibanding dengan harga di Food Court pasaraya besar? Kalau harga teh tariknya naik 20 sen masih murah jika dibandingkan dengan Kopitiam yang purata berharga RM2.00 ~ RM2.50 segelas (kengkadang kecil aje). Kalau rasa mahal takyah pergi, masak sendiri - susah sangatkah sehingga perlu menjadi berita 'besar'?
Makanan mamak naik harga
KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.
Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.
Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.