Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 17, 2010

MINYAK NAIK, GULA NAIK, BARANG NAIK

TIADA LANGSUNGKAH JALAN PENYELESAIAN?
Sesiapa pun marah apabila semalam tetiba rakyat digemparkan dengan kenaikan harga barang penting iaitu petrol, diesel dan gula. Kenaikan tersebut mungkin minima tetapi rentetan dari kenaikan tersebut bagaimana? tak sampai 24 jam F&N telah memaklumkan mungkin terpaksa menaikkan harga susu pekat tin walhal entah mamat tak bernama kata kenaikan harga gula memberi impak sebanyak RM 0.0115 sahaja setiap gelas? Tu ikut harga gula, ni susu pekat nak naik apa pulak kesannya? Impak kenaikan harga gas bagaimana pula? Tukang hantar susu dan gula kena up juga. Kita tunggu kesan berangkai dari kenaikan harga diesel walaupun cuma RM 0.05 sahaja. Masa Pak Lah naikkan minyak gila-gila (60%) dulu pun sama - harga barang naik tapi sedarkah bahawa syarikat penghantaran mendapat subsidi jika memohon kepada LPKP dengan harga asal sebelum kenaikan? Sekarang tak pastilah sebab LPKP kat mana?
Ni belum masuk kes GST lagi yang dijangkakan dikenakan sebanyak 4%. Makenisma bagaimana tu kena maklumkan secara mudah kerana rentetan kenaikan barang - domino effect - tetap akan berlaku. Contohnya GST akan menyebabkan(?) Cukai Jualan (10%) dan cukai Perkhidmatan (5%) dimansuhkan. Semalam kami sekeluarga makan di kedai dan bila bayar ada kos tambahan selain Government Tax (5%) ada Service Charges 10%. Bagaimana dengan tindakan kepada syarikat yang mengenakan Service Charges ini?.
Bayangkan pula senario begini. Pada PRU ke-13, Pakatan Rakyat merampas Putrajaya. Apakah PR mampu (GERENTI) dapat menurunkan harga barangan keperluan? Dengan bermacam-macam cerita ngeri - sana-sini nak bangkrap, sana-sini ada kebocoran, masalah ketirisan kewangan. Bayangkan Cukai Pintu yang tinggi di Selangor yang dipersetujui oleh kerajaan terdahulu untuk dinaikkan dan apabila berkuatkuasa pun sukar kerajaan Pakatan Rakyat nak turunkan. Bayangkan BN kalah dan apa berlaku kepada BALKIS juga berlaku pada banyak GLC. Apa yang mampu Pakatan Rakyat buat serta merta. Belum lagi sabotaj jika ada.
Bayangkan juga semua tiada masalah tetapi keadaan ekonomi dunia seperti kenaikan harga minyak dunia melampau menyebabkan tiada pilihan terpaksa dinaikkan juga harga minyak. Mampukah ianya dipertahankan? Masalah ekonomi dunia jika menurut sejarah mempunyai kitaran rodanya sendiri. Dengan keuntungan Petronas yang dah menyusut bermakna harga minyak akan naik lagi pada masa depan dan mungkin masa tersebut masa Pakatan Rakyat memegang tampuk kuasa. Apakah jaminan harga barang TAK mungkin naik lagi sedangkan harga barangan akan mendapat impaknya bergantung kepada pengeluaran dan permintaan. Kita ketepikan masalah seperti isu -isu PKFZ yang tak selesai, kes-kes tender - direct nego dan sebagainya.
Apa yang mengecewakan dalam kes kenaikan baru-baru ini dan dibenci ramai sebenarnya adalah cara. Sedangkan Parlimen bersidang sehingga 15 Julai 2010 tetapi tiada dibincangkan langsung fasal ini. Kenapa tidak boleh dibincang dan dapatkan mandat dari MP yang ada? Tentangan? Biasalah. . . .  Benda baik dan betul pun ditentang (tengok contoh YB BN nak dilantik jadi pengerusi PAC Selangor). 
Bayangkan senario sebegini : Kerajaan membincangkan di Parlimen dan mendapat cadangan dari MP kemudian memaklumkan tarikh bila bakal berlaku kenaikan - contohnya 6 bulan dari tarikh Parlimen luluskan. Akan berlaku banyak masalah lain seperti kes sorok barang atau seludup yang mana perlukan pemantauan yang cekap tetapi sekurang-kurangnya rakyat lebih bersedia. Seperti juga GST - bila akan dilaksanakan? Menteri-menteri ni kalau cakap : Tengah bincanglah, Tak jadilah dan pelbagai lagi. Kenapa tidak maklumkan tarikh bila akan bermula GST - Nak buat stail terkejut juga?
Cara ini samalah seperti tarikh Pilihanraya yang disorok "TAK TAHU LAGI" dan tiba-tiba BOOOMMM. . . . . Esok Dewan dibubarkan.
Kerajaan harus berubah sikap dengan lebih professional. Berbincang dan beri maklumat yang betul asas kenaikan tersebut serta kemanakah (jika melibatkan pengurangan subsidi) wang tersebut akan digunakan. Ramai masih ingat Pak Lah kurangkan subsidi melibatkan 1 Billion dan dikatakan untuk prasarana pengangkutan awam tetapi tiada maklumat terperinci kemana wang tersebut telah atau akan dibelanjakan. Jika semua perkara tersebut diambil kira dan dibincangkan DAN rakyat tiada pilihan saya rasa pengurangan subsidi atau kenaikan harga barang masih boleh diterima. Penjimatan kali ini sebanyak RM750 Juta? Untuk kemana? Jangan tetiba buat bayar Duit Raya Peneroka Felda seperti yang dijanjikan sudahlah.
Apabila dibuat secara serang hendap, pihak berwajib dan juga balaci-balaci mulalah memberi perbandingan bodoh bahawa Malaysia masih murah jika dibandingkan dengan sana dan sini. Tiada pula dibuat perbandingan secara keseluruhan seperti pendapatan per kapita, harga barangan lain, kos-kos (contohnya lebuhraya tiada tol, perkhidmatan Perubatan percuma dan sebagainya.). Adakah alasan tersebut boleh diterima oleh rakyat marhaen yang kenaikan tahunan pun entah ada entah tiada, gaji masih dibawah paras kemiskinan. 
Contoh mudah Petrol Malaysia masih lagi murah dari Thailand - apakah jika Thailand lebih murah, rakyat Malaysia akan berduyun-duyun ke Thailand untuk isi minyak?

Saya beri contoh kenaikan elaun untuk speaker baru-baru ini.
* Kenaikan RM1,000 bagi elaun bulanan perumahan - dari RM3,000 untuk RM4,000.
* Elaun tahunan selenggaraan rumah sebanyak RM10,000.
* Pinjaman perumahan dinaikkan dari RM480,000 kepada RM720,000.
* Bayaran RM5,000 untuk pindah rumah.
* Kenaikan bayaran elaun orang gaji dari RM2,000 kepada RM2,500 

   atau diganti dengan menyediakan 4 orang gaji
* Kenaikan dari RM2,000 kepada RM3,000 untuk membeli telefon bimbit serta aksesorinya 

   bagi setiap tiga tahun
* Kadar maksimum yang boleh dituntut bagi bayaran telefon rasmi dinaikkan dua kali ganda - 
   dari RM500 kepada RM1,000
* Elaun 'baju sejuk' dinaikkan tiga kali ganda - dari RM2,000 kepada RM6,000
* Kadar bayaran bagi pakaian upacara rasmi dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500 bagi setiap tiga tahun.
* Kos penginapan harian dinaikkan dari RM600 kepada RM2,000 untuk cuti tahunan di luar negeri.

Ambil YANG PALING MUDAH - ORANG GAJI pun dibayar. Rakyat biasa? Kalau katalah suami isteri bekerja, gaji RM3,000 dan anak 3 orang dan kecil lagi nak hantar ke TASKA sorang kena bayar RM300 = RM900 untuk 3 orang jadi lebih baik ambil orang gaji dengan gaji RM500 - jimat RM400 tetapi pendapatan dah susut RM500 (Tinggal RM2,500). Kos makan naik ke tidak tu isu lain. Adakah speaker ini merasai kesukaran yang dirasai oleh rakyat marhaen seperti contoh diatas? - jawablah dengan ikhlas.
Apa yang penting adalah perubahan sikap dan cara. Ketelusan seperti yang cuba ditunjukkan oleh Kerajaan Selangor diharap digunapakai secara positif oleh Kerajaan persekutuan pada masa akan datang. Jangan salahkan rakyat apabila BN semakin dibenci rakyat. Hentikanlah politiking melampau yang merugikan rakyat marhaen. 
Yang Berhormat mempunyai majikannya iaitu rakyat - yang mengambilnya bekerja (Melalui Peti Undi).
Wang kutipan cukai samada dari individu mahu pun syarikat adalah HAK NEGARA dan bukan HAK PARTI. Kerajaan memerintah adalah pemegang amanah untuk menguruskannya dan semua rakyat berhak. Kerajaan Persekutuan bukan membuat jasa tetapi melaksanakan tanggungjawab - dua perkara yang berbeza. 

Jika ANDA tidak faham biar saya beri contoh begini
Sebuah syarikat melantik seorang akauntan A untuk menguruskan wang dan kewangan syarikat. Apakah layak akauntan A itu mengatakan (mungkin setelah bekerja agak lama) bahawa wang di dalam syarikat itu haknya dan orang lain tidak layak menguruskannya? Jika akauntan B masuk kedalam syarikat tersebut, akauntan B itu tidak mungkin dapat membuat apa-apa sebab dia tiada wang untuk diuruskan? Walhal wang tersebut adalah hak syarikat?

Samalah dengan komen yang agak menyedihkan bahkan dari Menteri apabila mengatakan Pembangkang tak mampu membuat apapun jika memerintah kerana pembangkang tiada wang untuk melaksanakan pembangunan.
ANDA - YB YB dari BN yang berkata begitu ibarat akauntan A tadi. Anda sebenarnya menjatuhkan tahap kecerdikan anda ke longkang.

SUMBER- SUMBER maklumat:


Friday, July 16, 2010

DULU KINI DAN SELAMANYA

Pegawai Daerah nafi wujud kegiatan curi pasir

Pegawai Daerah ni buat malu Ismail Kijo jer lah.....

Pegawai Daerah nafi wujud kegiatan curi pasir 


HULU SELANGOR – Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan menafikan mengenai dakwaan wujudnya kegiatan mencuri pasir di daerah itu.  Beliau sebaliknya menegaskan semua aktiviti mengorek dan mengeluarkan pasir itu mempunyai permit sah.  Menurutnya, kelulusan daripada Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) juga diterima untuk aktiviti di kawasan rizab JPS. 

“Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, lokasi yang didakwa menjadi tempat mencuri pasir sebenarnya sedang dipantau pihak berkuasa dan tidak berlaku kegiatan haram. Permit dikeluarkan kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) dan mereka melantik kontraktor untuk melaksanakan aktiviti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. 

Nor Hisham berkata, aktiviti pengambilan dan pengeluaran pasir di Sungai Selangor sepanjang 10 kilometer telah mendapat kebenaran Pejabat Daerah dan Tanah hulu Selangor (PDHS) dan permit dikeluarkan kepada KSSB. 

Menurutnya, tiga lokasi terlibat seperti Kuala Kali di Mukim Batang Kali, SKC Rasa bersebelahan Ladang Rasa dan SKC Kampung Timah, Mukim Hulu Yam.  Katanya, permit berkenaan sah selama tiga bulan bermula 3 Jun 2010 hingga 31 Ogos depan dan tertakluk kepada Seksyen 72 Kanun Tanah Negara.  Jelasnya, permit itu meluluskan kerja pengambilan pasir dengan kuantiti maksimum 2,500 meter padu yang setiap satu meter padu perlu dibayar royalti RM3.

MACAM GAMPANG



Harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina (RM6.60).Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.90 juga adalah jauh lebih murah dari Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46). Kalau harga petrol Thailand lagi murah kita semua akan berduyun pergi ke Thailand isi minyak?
Harga Teh Tarik Hanya Naik 1.25 Sen?
KUALA LUMPUR: Harga bagi teh tarik - minuman paling popular di Malaysia, sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga gula sebanyak 25 sen.
Harga baru teh tarik itu mengambil kira kesan pengurangan subsidi minyak dan pelarasan harga semasa iaitu RM1.0155.
"Ini adalah anggaran sahaja - perubahan harga mungkin berbeza berdasarkan faktor lain," kata kenyataan mengenai rasionalisasi subsidi Jabatan Perdana Menteri.
Kenyataan itu berkata kesan pengurangan subsidi terhadap teh tarik ialah RM0.0030, manakala untuk barangan lain ia lebih rendah, seperti RM0.0024 untuk sekeping roti canai, RM0.0060 untuk beras, RM0.0630 untuk daging dan RM0.0105 untuk mi goreng.
Kerajaan hari Khamis mengumumkan subsidi untuk petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat berkuatkuasa esok.
Subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter dan LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram. Ini bermakna harga bagi petrol RON 95 ialah RM1.85 seliter manakala LPG akan dijual pada harga RM1.85 sekilogram.
Untuk gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.
Kenyataan itu turut memberi perbandingan harga minyak di rantau ini yang menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina (RM6.60).
Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.90 juga adalah jauh lebih murah dari Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46).
Harga gula yang murah di Malaysia itu telah menyumbang kepada peningkatan masalah penyeludupan. Pihak berkuasa merampas lebih 200 metrik tan gula dalam 109 tangkapan berhubung kes penyeludupan pada 2009, dan pada 2008, dianggarkan RM628 juta minyak diesel subsidi untuk nelayan, dinikmati rakyat asing. - BERNAMA

BRAVO! BRAVO! SYABAS!

Esok pi kedai gerenti GULA MELEMPAH RUAH> Bukan Shapie Pedal ke kata TAKKAN naik masa kecoh-kecoh gossip kata rega minyak akan naik dalam Ogos? Tapi kenapa malam ni? Opps lupa.... malam Jumaat... patutlah BARANG kena naik.... 
Harga Minyak Naik 5 Sen Mulai Esok
PETALING JAYA: Kerajaan pada Khamis mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa esok.
Ia adalah selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini, subsidi bagi RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Ini bermakna petrol RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.
"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.
"Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram," katanya.

Thursday, July 15, 2010

Aku dah agak dah.


Apa saja lah mesti nak dipolitikkan... ke takut dengan Khir Toyo?


ADUN Umno Tolak Usul Lantikan Sebagai Pengerusi PAC

SHAH ALAM, 15 Julai — Adun BN dari Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias menolak usul yang membolehkan beliau dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atas alasan pelantikan itu bermotifkan politik.
Usul itu dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membolehkan pelantikan itu dibuat secara rasmi.
Kerajaan negeri Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Kini jawatan pengerusi PAC di Parlimen dan DUN diketuai oleh wakil kelab penyokong kerajaan manakala pembangkang pula berkhidmat sebagai anggotanya.

ISMAIL KIJO BANTAH? HANTAR MEMORANDUM?

Aku tak pernah guna bahasa kesat tapi Ismail Kijo bantah isu pasir? - PUNDEK!!!! 

Hoi ! Tu kat Lembah Jaya segala lombong, segala tanah apa dah jadi? Tu kat hujung Jalan 9A tu apa kesahnya pulak? Sign board yang ko pacak tu nko ingat cantik sangat ke kat sebelah bukit yang dah tinggal tanah merah tu? Rumah semua ada tembok sebab takut banjir semua  lombong ditutup apasal ko tak pikir? Sekarang ko risau konon pasal pencuri pasir ke pasal dah tak masuk? Poodah! ! ! Kalau si Musa Gila ada kat SUK tu ko agak dia buat apa? Tahun lepas dia dah ludah ko kan?

Penyokong pakatan rakyat cuba halang penyerahan memorandum

15/07/2010 2:17pm
SHAH ALAM - Kira-kira 400 orang diketuai Exco Pemuda Malaysia, Lokman Nor Abdam hari ini berarak menuju ke bangunan SUK bagi menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan negeri berhubung isu pengurusan pasir di Selangor.
Mereka yang berkumpul di masjid negeri berarak sejauh 200 meter menuju ke bangunan SUK sambil membawa sepanduk kira-kira pukul 11.15 pagi.
Bagaimanapun berlaku kekecohan apabila penyokong pakatan rakyat yang menunggu di dalam pagar cuba menimbulkan provokasi kepada kumpulan yang menghantar memorandum dan menyebabkan mereka saling melontar kata-kata kesat.
Bagaimanapun suasana kecoh berjaya dikawal pihak polis dan memorandum akhirnya diserahkan oleh Datuk Ismail Kijo kepada Setiausaha Eksekutif Menteri Besar, Azman Abidin pada kira-kira pukul 11.30 pagi. - Utusan

MCA SELANGOR AKUI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT


Selangor MCA concedes Pakatan govt has done well


By FMT Staff
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat has brought about effective changes in the last two years compared to when the state was under Barisan Nasional rule, said the Selangor MCA.
State MCA chief Kow Cheong Wei said although both groups had differing political ideology, it conceded that Pakatan has brought about some positive changes.
He cited the establishment of the Select Committee on Competency, Accountability and Transparency (Selcat) and Public Accounting Commission (PAC) as two such examples.
“I have also noticed that the Dewan (state assembly) sittings hours have been stretched to allow all assemblymen an opportunity to complete their individual motions.
“Issues that are not too heavy are shortened and this effectively saves time. The new system also encourage the newcomers (new YBs) to voice their views,” said Kow.
He also lauded Selangor’s latest decision to appoint a BN assemblyman to head its Public Accounting Committee (PAC).
“The appointment of Sungai Burung assemblyman Mohd Shamsuddin Lias also fulfils state MCA's aspirations to avoid jealousy, revenge and selfish pursuits.
“Selangor MCA fully supports a healthy political climate. Even if we have differing political ideology we are committed to ensuring quality of life for the rakyat,” he said.
Language skills need improvement
Kow also advised MCA youths aspiring for political life to first increase their proficiency in Bahasa Malaysia.
He said fluency in the language was extremely important when measuring the credibility of a leader and his political career, especially during debates in the state assembly.
“There is a group of politicians who now are struggling with the language during debates. Poor command of the language is also a setback when interacting with the rakyat.
"How do we counter or defend our stand on issues in the state assembly if we are not fluent in Bahasa Malaysia?" asked Kow.
“If there is a desire to immerse yourself in political life, then fluency in Bahasa Malaysia is a must,” he said after meeting with the Selangor state speaker Teng Chang Kim yesterday.
Citing Teng as a example, Kow said Teng’s fluency in Bahasa Malaysia made him a credible proponent of views and arguments especially when handling state assembly sittings.

TAHNIAH YB SHAMSUDIN


Sejarah Tercipta, Pakatan Rakyat Selangor Cadang BN Jadi Pengerusi PAC

Usul yang dinanti-nantikan untuk melantik melantik wakil rakyat pembangkang dari BN sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri, dibentang di DUN Selangor hari ini.

Usul untuk melantik Shamsudin Mohd Lias (BN-Sungai Burong) sebagai pengerusi baru PAC Selangor dianggap sebagai satu sejarah.

Di negara-negara maju yang mengamal demokrasi untuk melantik wakil rakyat pembangkang mengetuai jawatankuasa yang serupa dengannya, tetapi Parlimen yang dikuasai BN, sehingga ini, enggan berbuat demikian.

Ketika membentangkan usul tersebut, Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail berkata inisiatif yang diambil kerajaan negeri itu menunjukkan komitmennya dalam menegakkan prinsip-prinsip kecekapan, pertanggungjawaban dan ketelusan.

Beliau menyifatkannya sebagai satu saat bersejarah apabila kerajaan negeri bersedia membuka jalan untuk semak dan imbang.

Rodziah kata pelantikan Shamsudin, jika diluluskan oleh Dewan, akan mempromosikan budaya politik yang sihat dalam pentadbiran.

Pengalaman Shamsudin dalam bidang audit dan semasa berkhidmat sebagai pegawai daerah, menjadikannya sebagai calon yang sesuai untuk menerajui PAC, tambahnya.

Ini, tegas Rodziah, menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan negeri Selangor untuk berdepan dengan banyak isu-isu seperti pelombongan (haram) pasir. 

—KENYATAAN MEDIA DS ANWAR IBRAHIM

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
14 Julai 2010, Parlimen Malaysia
Pimpinan Umno, melalui lidah rasminya Utusan Malaysia telah memintal fitnah jahat demi menggambarkan saya sebagai seorang yang terdesak dan sanggup menjadi talibarut CIA. Laporan akhbar bertarikh 11hb Julai 2010 telah memuatkan laporan yang bertajuk “Penulis Blog AS Dedah Anwar Alat CIA” dan juga memintal pembohongan kononnya saya membuat bayaran kepada Cable News Network(CNN) untuk muncul di ruangan Connect The World. Dengan hanya berasaskan tulisan blog Elaine Supkis (kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan memulakan satu kempen yang berakarkan kebencian.
Walaubagaimanapun pada 13hb Julai 2010, Cable News Network (CNN) telah menafikan bahawa saya membuat sebarang bayaran kepada organisasi media tersebut untuk muncul di ruangan Connect The World. Penafian ini sekaligus membuktikan tuduhan yang dilemparkan pimpinan Umno-Bn terhadap saya melalui akhbar Utusan Malaysia merupakan satu fitnah yang jahat dan dangkal. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Tindakan Utusan merupakan satu kecurangan yang nyata dari amalan kewartawanan yang bermaruah dan bebas.
Kita sedar fitnah ini direkayasa khusus untuk merosakkan reputasi saya sebagai Ketua Pembangkang serta bercita-cita menggugat keutuhan muafakat Pakatan Rakyat. Pastinya cita-cita jahat mereka hanya akan tinggal sebagai satu angan-angan kosong semata. Serangan fitnah bertali arus yang ditujukan kepada saya ini bukanlah suatu yang baru. Sebelum ini saya telah dituduh sebagai agen Cina, agen India, agen Kadazan, agen Iban dan kini, mengulangi skrip lama yang usianya menjangkau satu dekad, pembohongan kononnya saya tali barut CIA kembali didendangkan.
Ternyata ianya tidak mengejutkan. Apa yang mengejutkan ialah kegagalan pimpinan Umno-Bn untuk menyedari bahawa rakyat sudahpun mual dengan fitnah sebegini. Apatah lagi sepanjang pentadbiran Dato’ Sri Najib, rakyat disajikan dengan khabar yang muluk muluk kononnya Umno-Bn berhasrat mahu melaksanakan perubahan. Namun semua itu tidak mungkin berlaku di bawah pemerintahan Umno-Bn. Setiap kali pimpinan Umno-Bn terdesak mereka akan menggunakan taktik kekerasan seperti melumpuhkan kebebasan media serta memintal fitnah jahat terhadap lawan yang berupaya menewaskan mereka. Kita memberi amaran kepada pimpinan Umno-Bn untuk bersedia dihukum pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Rakyat akan membuat pilihan tepat demi memilih permuafakatan Pakatan Rakyat untuk memimpin Perubahan.
ANWAR IBRAHIM

Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skandal Scorpene Habisan


Ini bukan lagi masalah peribadi tetapi masalah negara kerana ianya melibatkan Perdana Menteri Malaysia. Tindakan pro aktif harus diambil oleh KERAJAAN MALAYSIA agar nama Perdana Menteri dapat dibersihkan secepat mungkin. Kalau setakat keluar kat Utusan takde maknanya..... somebody? anybody?
Oleh Dzulkarnain Taib
SHAH ALAM 15 Julai - Roh Altantuya Shaariibuu mungkin kembali tenang apabila pihak pendakwaraya Perancis yang menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam di Paris semalam berjanji akan menegakkan keadilan bagi model Mongolia yang mati dibunuh secara kejam pada 2006 itu.
Pihak pendakwaraya Perancis juga berikrar akan membongkar habisan semua dakwaan penyelewengan dan rasuah dalam urus niaga pembelian kapal selam Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia 
Dalam emel yang dihantar kepada Suara Keadilan malam tadi  melalui peguam  Americk Sidhu, Bala berkata beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis dan peguam Perancis berhubung skandal rasuah Scorpene serta mendedahkan hubung kait Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda serta model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam urus niaga pembelian dua kapal selam buatan syarikat konglomerat DCN milik kerajaan Perancis.
Bala disoalsiasat berseorangan selama tiga jam bermula pukul 2.00 petang waktu Paris bertempat di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris  oleh penyiasat Perancis, M Ryckewaert. Peguam Manjeet Singh tidak dibenarkan bersama Bala ketika anak guamnya ditemubual pendakwaraya Perancis.
Bala memberitahu Suara Keadilan melalui emel malam tadi pihak pendakwaraya Perancis amat berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai hubungan beliau dengan Altantuya dan Abdul Razak.
"Saya telah menerangkan segala butiran mengenai pembunuhan Altantuya. Saya merujuk mereka kepada akuan bersumpah saya yang pertama dan juga temubual saya di Singapura. Saya juga menerangkan kepada mereka identiti dua anggota polis dan siapa pegawai atasan mereka yang berkait dengan kehilangan Altantuya serta apa hubungan mereka dengan Abdul Razak dan Najib.
"Peguam Perancis juga menyelidiki hubungan Abdul Razak dengan Najib serta maklumat yang diberikan kepada saya oleh Abdul Razak bagaimana Najib telah menghantar SMS kepadanya ketika beliau ditabgkap, atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya," terang Bala dalam emel beliau.
Beliau juga ditanya mengenai Perimekar Sdn Bhd dari segi pemilikan syarikat dan hubungannya dengan Abdul Razak dan isterinya.
Bala juga telah menerangkan mengenai tiga pembayaran sebanyak AS$5,000 setiap satu kepada Altantuya oleh Abdul Razak termasuk bayaran denda lewat AS$1,000.
"Saya jelaskan mengenai apartmen yang dibeli oleh Abdul Razak untuk Altantuya serta bayaran AS$500,000 yang dituntut oleh beliau. Juga saya terangkan pembabitan Altantuya dalam rundingan serta pengakuan dan pengesahan Abdul Razak bahawa beliau akan membayar wang tersebut kepada Altantuya.
"Mereka bertanya kepada saya mengenai identiti dua individu warga Perancis yang terlibat dalam urusan Scorpene dan samada saya mempunyai maklumat berhubung pembayaran daripada pihak Perancis kepada Perimekar. Ini kerana maklumat yang diberitahu Altantuya kepada saya ialah pembayaran AS$500,000 kepada beliau itu adalah di atas kejayaan urus niaga Scorpene.  
"Mereka juga ingin tahu mengenai sepupu Altantuya, Amy yang mengetahui berkenaan majlis makan malam di mana Najib dan Abdul Razak hadir bersama Altantuya," jelas beliau lagi.
"Saya juga ditanya mengenai identiti dua individu bernama Major Rahim dan Abdul Rahim Saad," kata Bala lagi. 
Disamping itu Bala juga menerangkan mengenai peranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berpakat dengan usahawan perniagaan permaidani bernama Deepak Jaikishan yang menyebabkan beliau terpaksa lari dari Malaysia.
Beliau juga memberi rentetan peristiwa dan pembabitan adik Najib, Datuk Nazim dalam akuan bersumpah kedua Bala dan bagaimana beliau diseludup keluar dari Malaysia dan diarah berada di luar negara sehingga Najib menjadi Perdana Menteri.
"Saya diminta memberi butiran mengenai apa yang berlaku di sebuah gerai di Rawang di mana Deepak, adiknya Dinesh dan ASP Suresh bertemu dengan saya.
Bala berkata beliau juga bertemu dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang bertindak bagi pihak badan has asasi Malaysia, Suaram.

Sesiapa yang ditangkap menceroboh kubur akan “dilarang untuk hidup”.

Kubur Michael Jackson Diceroboh
Tanah perkuburan Forest Lawn di Glendale, California. - Foto AFP
LOS ANGELES: Peminat bintang pop dunia Michael Jackson dilaporkan telah menceroboh masuk kubur penyanyi itu sehingga membuatkan kubur tersebut mengalami kerosakan.
Portal hiburan TMZ.Com pada Selasa melaporkan penceroboh meninggalkan beberapa mesej di tanah perkuburan Forest Lawn yang terletak di pinggir bandar raya ini.
Antara mesej yang diselitkan termasuk di celah-celah semak kubur itu ialah “rindu anda” dan “menyimpan mimpi anda hidup”.
Pegawai yang menjaga kubur itu cukup marah dengan perbuatan tersebut .
Seorang peminat Michael Jackson meletakkan sekuntum bunga di depan potret Raja Pop iti di Tokyo Tower, Tokyo pada 27 Jun 2010. - Foto AFP
“Kegiatan seperti ini adalah contoh kenapa penguatkuasaan dan larangan begitu ketat di sebuah makam agung dilakukan,” kata jurucakap itu.
Walaupun tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis tetapi jurucakap tersebut berkata sesiapa yang ditangkap menceroboh kubur akan “dilarang untuk hidup”.
Peminat Michael Jackson seluruh dunia menyambut ulang tahun pertama kematiannya pada bulan lalu melakukan majlis menyalakan lilin dan beberapa aktiviti lain untuk memperingati kehilangannya.
Dianggarkan lebih 5,000 kuntum bunga di letakkan di kawasan perkuburan tersebut.
Penyanyi itu meninggal dunia pada 25 Jun tahun lalu ketika berusia 50 tahun. Kematiannya dipercayai berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan di sebuah rumah sewanya di sini.
Bagaimanapun doktor peribadi penyanyi itu, Dr. Conrad Murray dituduh dengan sengaja menyebabkan kematian Jackson. Dia bagaimanapun menyangkal tuduhan itu. - AFP

Wednesday, July 14, 2010

TERKENANG SEMASA DULU

Gambar diambil pada tahun  1986 berhampiran sebuah tasik yang namnya pun tak ingat. Berlibur dengan rakan kelas. Nama dorang ni pun aku tak ingat dah... sedih gak kecuali yang No 2 dari kiri tu FUJISAWA.

Aku memang paling lemah tang ingat muka orang dan nama orang nih. Tu yang kengkadang orang tegur aku blurrr..... sorry lah kalau ada sesapa yang terkena macam tu. Sekarang lagilah, mata dah out habis

Macam macam Sekarang Nih


Urut badan guna payu dara

PELACUR yang menggunakan payu dara untuk urutan badan ke badan ditahan di Kepong semalam.

KUALA LUMPUR - Khidmat mengurut badan ke badan nampaknya terus menjadi trend terkini premis urut untuk menarik lebih ramai pelanggan mendapatkan khidmat pelacur warga asing. Semalam, polis membongkar kegiatan itu di sebuah pusat refleksologi yang beroperasi secara haram di Taman Sungai Besi di sini apabila menahan dua wanita China, dua rakyat Mynmar dan seorang Indonesia berusia di antara 22 dan 37 tahun.
Mereka disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran di samping bergelumang dengan aktiviti mengurut secara batin dan badan ke badan menggunakan payu dara. Turut ditahan ialah seorang bapa ayam berusia 36 tahun yang bertanggungjawab melacurkan wanita-wanita tersebut. Modus operandi mereka ialah setiap pelacur akan menggoda pelanggan supaya mengambil pakej urutan batin dan jika bersetuju, mereka akan melakukan aksi yang lebih ghairah iaitu mengurut badan ke badan menggunakan payu dara dengan bayaran serendah RM80.

Cerita Dolu Dolu