1998 SUKOM apa jadi dengan belanjawan SUKOM? Tahun 1998 tahun ekonomi dunia meredum. 2022, 3 tahun selepas Malaysia dikatakan akan bengkrap. 1998 ekonomi merudum pun kena jugak buat SUKOM tu sebab dah terpilih. Kalau 2022 terpilih tapi negara dah bangkrap? Kalau Shabery serius, keluarkanlah laporan SUKOM dulu baru rakyat boleh pikir nak setuju ke idak. Belum kira bolasepak Malaysia kat mana lagi. . . . Berjaya dan Ascot boleh bayarkan kot..... dengan syarat.
PUTRAJAYA - Malaysia dan Indonesia bersedia untuk menawar diri menjadi tuan rumah bersama kejohanan bola sepak Piala Dunia pada masa akan datang. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang mustahil dan kedua-dua negara akan berusaha ke arah itu.
Sambil mengalu-alukan idea tersebut beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan menerusi satu jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan, masing-masing di kementeriannya dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia (MENPORA).
"Idea (tuan rumah bersama) ini patut dikembangkan dan disemai bagi penganjuran kejohanan-kejohanan besar pada satu masa nanti kerana dalam konteks jarak perjalanan bukan lagi satu isu yang besar.
"Tidak mustahil diadakan bukan saja Piala Dunia tetapi apa-apa (kejohanan) yang sesuai dan boleh difikirkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr Ardi Malaranggeng di sini, semalam.
Dr. Ardi berada di negara ini sempena program titian muhibah yang berlangsung selama dua hari, bermula semalam.
Sebelum ini, hasrat Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, gagal setelah pencalonannya ditolak oleh badan induk bola sepak dunia, FIFA. FIFA, akan mengumumkan negara yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 pada 10 Disember ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment