Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, July 12, 2010

Wujudkan safari lindungi spesis terancam, kata Ibrahim Ali


Alhamdulillah. MP bersikap sebagai MP. Teringat Discovery Channel menceritakan kisah spesis katak dunia semakin susut akibat maslah pemanasan global - air kurang (tiada takungan air untuk katak membiak), hutan terhapus maka katak yang bertelur hanya dicelah daun-daun yang memerangkap hujan juga mati. Alhamdulillah spesis katak sudah bertambah biak atas keperihatinan semua termasuk MP.

July 12, 2010
KUALA LUMPUR, 12 Julai – Seorang Ahli Parlimen Bebas mencadangkan kerajaan supaya mewujudkan taman haiwan berkonsepkan safari atau membina lebih banyak zoo di setiap negeri bagi melindungi haiwan yang kini menghadapi risiko kepupusan.
Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas) berkata selain bertujuan melindungi, cadangan itu dilihat mampu menarik jumlah kedatangan pelancong ke negara ini.
Beliau berpendapat ancaman kepada habitat hidupan liar berpunca daripada aktiviti pembalakan haram dengan penggondolan hutan serta projek pembangunan perumahan.
“Cara yang paling mudah untuk pelihara hidupan liar ialah seperti di Afrika iaitu mempunyai kawasan seperti safari. Kita kena pastikan kawasan mana sesuai dijadikan taman haiwan yang sekaligus dapat tarik (kedatangan) pelancong.
“Kita ada kawasan luas seperti Sabah dan Sarawak, malah di Semenanjung pun ada tempatnya atau kita boleh tentukan setiap negeri mempunyai zoo masing-masing kerana tidak semua negeri di Malaysia ini ada zoo,” katanya membahaskan Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Ibrahim tidak menolak faktor bahawa pengurusan zoo di negara ini masih belum baik selain bilangan spesis haiwan yang ada tidak setanding dengan negara-negara luar termasuk Singapura.
“Zoo negara kita kalau dibandingkan dengan negara lain yang tidak ada hutan dan binatang contohnya Singapura pun jauh lebih baik,” katanya.
Ibrahim turut bertanya mengenai status perpindahan Zoo Negara memandangkan sebelum ini ada cadangan supaya ia dipindahkan ke lokasi lain memandangkang lokasinya kini tidak lagi sesuai kerana berhampiran kawasan perumahan.
“Konsep sebuah zoo ialah memastikan binatangnya dapat merasai dan hidup dalam persekitaran sebenar habitatnya. Dengan cara ini, kita dapat tarik kedatangan pelancong.”
Pandangan serupa turut disuarakan Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mencadangkan supaya diwujudkan muzium sejarah alam yang boleh digunakan untuk tujuan kajian dan penyelidikan hidupan liar.
“Rang undang-undang ini dibentangkan kena pada masanya kerana sudah sampai masanya kita ada undang-undang untuk melindungi hidupan liar ini demi kepentingan generasi akan datang,” katanya.
Terdahulu, persidangan Dewan Rakyat hari ini turut meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010.
Persidangan dewan bersambung esok. – Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu