Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 13, 2010

Misteri makhluk aneh di tasik Rusia


Akan ku tunggu MONSTER QUEST  buat siasatan.

Misteri makhluk 
aneh di tasik Rusia


SEORANG lelaki menunjukkan lokasi tempat seorang mangsa mati di Tasik Chany, Rusia manakala gambar dalam bulatan menunjukkan raksasa Loch Ness di Scotland.


TASIK CHANY, Rusia - Nelayan-nelayan di Rusia kini meminta pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung kewujudan satu makhluk aneh mirip raksasa Loch Ness di Scotland, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut beberapa penduduk tempatan, makhluk aneh itu membaham pemancing dan nelayan di tasik berkenaan. Kematian terbaru melibatkan seorang lelaki berumur 59 tahun pada minggu lalu. Seorang lelaki Vladimir Golishev memberitahu, rakannya itu pada mulanya menarik dengan kuat pancingnya yang seperti dimakan seekor haiwan besar. "Dia (si mangsa) menarik pancing dengan kuat sehingga bot terbalik. Saya kemudian menanggalkan pakaian saya dan berenang ke daratan," katanya. Menurutnya, si mangsa menarik tubuh rakannya ke dasar tasik dan mayatanya tidak pernah ditemui. Beberapa penduduk tempatan yang pernah melihat makhluk aneh itu berkata, ia seperti raksasa Loch Ness di Scotland yang mempunyai leher panjang. - Agensi

No comments:

Cerita Dolu Dolu