Tapi aku setuju kena hentikan dan kajian EIA SEHARUSNYA dilaksanakn untuk aktiviti korek pasir ini CUMA bayangkan apabila dikorek lagi dalam orang-orang Khir (BN) yang rupanya terlibat......
DENGKIL - Kerajaan negeri Selangor digesa menghentikan sebarang aktiviti mengorek pasir di tanah miliknya kerana ia dikhuatiri akan menjejaskan alam sekitar serta struktur tanah pada masa depan.
Ketua pembangkang di Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, Selangor bakal menjadi 'negeri berlubang' jika aktiviti melombong pasir di tanah milik kerajaan negeri tidak dihentikan segera.
"Saya dapat tahu ada tanah milik kerajaan negeri dikorek sesuka hati sehingga meninggalkan lubang dan kolam besar.
"Terdapat pasir dikorek hingga 26.6 meter dalam. Ini boleh memberi implikasi buruk kepada pembangunan negeri pada masa depan, terutama untuk aktiviti perumahan baru dan kawasan pertanian," katanya ketika melakukan tinjauan di lokasi mengorek pasir di Kampung Bukit Changgang dekat sini semalam.
Untuk menimbus kembali lombong pasir itu, kata beliau, ia memerlukan kos yang lebih tinggi daripada aktiviti mengorek pasir.
Dr. Mohamad Khir berkata, kerajaan negeri terdahulu (Barisan Nasional) hanya membenarkan aktiviti perlombongan pasir di tanah persendirian, selain perlu mendapatkan kelulusan daripada 12 jabatan berkaitan bagi tujuan itu.
No comments:
Post a Comment