Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 07, 2010

TAKDE SAPA LAK NAK DEMO BANTAH LGE NI?


Negara Islam tak progresif: DAP bidas MCA

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.
Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”.
Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi.
“Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia,” katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.
“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya.
Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.
“Pilihannya adalah sama ada kita ikuti jejak atau model Umar Abdul Aziz berhubung mentadbir dengan integriti dan melasanakan urus tadbir yang baik ataupun memilih cara pentadbiran secara kukus besi dan mengamalkan rasuah,” tambahnya.
Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.
Menurut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun.
Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.
Katanya, isu berkenaan sengaja ditimbulkan supaya masyarakat Cina di negara ini boleh berfikir memikirkan sejenak berhubung kerjasama DAP dengan PAS. 
Chua juga mengingatkan masyarakat Cina di Malaysia supaya jangan terlalu optimistik dengan anggapan jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Katanya, ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Friday, August 06, 2010

Umno, PAS ‘bersatu’ bidas Soi Lek pertikai sandarkan agama

HUH? Mana Zulkifli Nordin, Pembela Islam? Lupa lak.... DS Chua tak sebut Konsesus Bebas - "Takde kena-mengena ngan aku...."
Dalam banyak-banyak statement ni paling best : "Umno bukan parti liberal ataupun konservatif, sebaliknya hanya respons kepada kehendak penyokong-penyokong akar umbi." Kalau akar umbi kata tukar perlembagaan UMNO ikut Al-Quran dan Hadith ikut ke? 

August 06, 2010
KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Pemimpin-pemimpin Umno dan PAS ‘bersatu’ dalam membidas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menuduh kedua-dua parti Melayu Islam ini menggunakan agama untuk meraih sokongan orang Melayu sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu mereka memberi Dr Chua amaran bahawa beliau berhadapan dengan risiko mencetuskan reaksi balas daripada kaum Melayu. REAKSI BALAS DIA SATU AJE - BN OUT, CHUA OUT.
“Dr Chua perlu berhenti daripada bertindak macam ini. Beliau mengalih politik kaum kepada politik agama,” kata bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
“Ini sangat bahaya. Mungkin orang mula menyalahkan Islam hanya kerana apa yang beliau berkata... mereka mungkin menyalahkan Islam dan rasuah berleluasa di negara ini kerana agama,” kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor ini.
Dr Khir memberitahu The Malaysian Insider petang ini bahawa kenyataan pemimpin MCA itu boleh mencetuskan suasana tidak senang dalam negara selain menjejaskan “keseimbangan agama” yang telah dibentuk oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kita tidak mahu mula menyalahkan satu sama lain, menuding jari... ini akan membawa pertikaian agama. Ini sesuatu bahaya,” kata Dr Khir dalam reaksi segeranya.
Dalam kenyataan awal, Dr Chua membidas Umno dan PAS kerana menggunakan agama untuk bersaing mendapatkan sokongan orang Melayu.
Malah beliau mendakwa Malaysia juga kini terperangkap sebagai negara “berpendapatan tengah” lebih 10 tahun.
Bekas menteri kesihatan itu berkata persaingan antara kedua-dua parti Melayu Islam itu telah membawa negara ke arah “dasar-dasar yang tidak progresif.”
Dr Chua memberitahu MCA juga mendapati Umno menjadi semakin konservatif sejak kebelakangan ini.
Umno-BN kehilangan kerajaan lima negeri pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.
Justeru, Dr Khir berkata, Presiden MCA itu sepatutnya memfokus terhadap usaha membina semula MCA ekoran prestasi ketika pilihan raya umum lalu.
“Saya berpandangan Dr Chua sudah terlalu terpengaruh dengan kempen memperkecilkan Islam sebagai satu agama. Akhirnya, anda sebenarnya menyebabkan pemimpin Melayu marah dan (wujud) lebih ramai musuh,” kata Dr Khir yang turut menafikan kenyataan Dr Chua bahawa Umno menjadi konservatif sekarang.
“Umno sebuah parti progresif, parti yang terbuka. Di bawah BN, kami membolehkan anggota lain sertai bersama, bertanding, kami memberikan hak kepada kaum-kaum lain, memastikan setiap orang gembira,” katanya.
“Islam dekat dengan Umno, sebahagian daripada kehidupan kami. Anda tidak boleh meminta agar agama dipisahkan daripada parti. Ia sebahagian daripada Umno,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu, Umno merupakan sebuah parti yang mengikut kehendak akar umbinya dan secara berterusan akan menjadi suara orang Melayu.
“... kami mengambil berat agar menjadi nadi orang Melayu, kadangkala mereka mahukan Umno memberi tumpuan terhadap lebih banyak isu agama,” kata ketua Umno bahagian itu.

Khalid Samad Lawat Kilang Carlsberg


Gambar tu kalau dapat kat UTUSAN gerenti kena manipulate tapi bukan sekarang nanti nak PRU-13 nanti. Saya juga ada memberi komen dalam blog YB Ir Khalid tentang cadangan stesen bas Shah Alam di Batu Tiga. Disebabkan seperti yang YB Khalid sendiri rasai, Carlsberg bukan alternatif saya harap cadangan Seksyen 16 (mungkin kawasan perumahan dimana penduduk telahpun dipindahkan ke Seksyen 20 menjadi tapak terminal bas yang baru. Stesen komuter Shah Alam di Seksyen 19 dan Padang Jawa juga tidaklah terlalu jauh (tiada banyak beza dengan stesen bas 17 sekarang ini.)


Jika terlalu jauh akan menjadi alasan kepada pengusaha untuk tidak berpindah atau membantah perpindahan dari Seksyen 17 seperti apa yang berlaku kepada Klang Sentral dimana memakan masa yang lama untuk berpindah dan masih belum sepenuhnya. Sehingga kini masih tiada bas dari Klang Sentral ke Shah Alam dan penumpang perlu ke stesen bas lama di bandar Klang untuk ke Shah Alam. Masalah seperti ini harus dielakkan.

SHAH ALAM, 6 Ogos: Anggota Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad bersama beberapa ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengunjungi kilang arak, Carlsberg jam 3 petang, semalam.
Khalid sendiri menyifatkan ianya satu kunjungan yang luar biasa begitu juga pihak pengurusan kilang arak itu.
Melalui blognya, Khalid menjelaskan, lawatan itu dibuat ekoran pencarian tapak baru terminal Bas Shah Alam dimana beliau telah menerima satu cadangan agar kilang Carlsberg itu dijadikan tapaknya.
Selepas pilihan raya umum lalu, Khalid juga mengejutkan pelbagai pihak apabila mengunjungi sebuah gereja di Shah Alah dan berucap kepada penganut Kristian di gereja itu.
Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg
Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.
Dari segi operasinya, kilang tersebut mempunyai 300 orang pekerja, sebahagian darinya orang Melayu beragama Islam. Sambil itu, 100% dari bahan keperluan utama ia itu ‘Malt’ diimpot dan 50% dari produk keluarannya diekspot. Dewasa ini, pasaran sasaran adalah di luar Negara kerana pasaran Malaysia dianggap tepu.

Felda beri amaran keras

Apa punya turrr. Kalau FELDA memang mempunyai kepakaran dan berkualiti ianya tidak akan tergugat dek kata-kata individu semata-mata. Apa kes kena bertanggungjawab fasal statement individu. Kalau macam tu aku boleh ke kata kerajaan bertanggungjawab keatas aku apabila aku kehilangan kerja sebab kerajaan kata ekonomi Malaysia kukuh, tenaga murah dan sebagainya, syarikat tutup dan pindah ke negara lain jugak?
KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memberi amaran kepada ahli politik yang sengaja menimbulkan isu Felda bankrap baru-baru ini supaya bertanggungjawab sekiranya rakan kongsi dari luar negara tidak menjalinkan kerjasama selepas ini. 

Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata, amaran dikeluarkan itu bagi memperlihatkan ketegasan Felda menangkis tohmahan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai. 

“Dalam hal ini, kita tidak akan berdiam diri malah berusaha memperbetulkan persepsi masyarakat supaya mempercayai Felda sebuah agensi yang mampu memberi perlindungan kepada masyarakat Melayu dalam sektor perladangan dan perniagaan. 

“Saya tidak melihat pengecutan kumpulan Felda seperti diuar-uarkan kerana Felda mengorak langkah menjadi agensi berwibawa,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas pelancaran D’Muara Felda Residence Kuala Terengganu dan Bufet Ramadan 2010 di pekarangan Felda Residence, Kuala Terengganu. 

Sementara itu, Yusof berkata, Felda sedang membina sebuah hotel baru di Tanjung Leman, Mersing, Johor yang menelan belanja RM32 juta dan bakal siap sepenuhnya Disember ini. 

“Pembinaan hotel ini membuktikan kesungguhan Felda menjana pendapatan selain membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya.

RAMADAN BAKAL MENJELANG - RAMADAN BUFFET PUN SAMA JUA

Tentu yang sudah mula berkira-kira untuk membuat perancangan berbuka puasa di Hotel samada dengan keluarga, client atau sendirian berhad.

Sila selidik senarai seperti yang dikeluarkan oleh JAIS sebelum anda bercadang untuk berbuka di Hotel. (Nota : Cristal Crown, Pandamaran dah expired July 2010 tapi mungkin dah renew dah kot.

PDRM Cadang Kadar Kompaun Saman Ekor Lebih Rendah


Diskaun! diskaun! Bila kete aku boleh renew road tax camni.... he he he.....


Cadangan No Pendaftaran tu memang bagus kalau cara perlaksanaannya tiada keraguan. Di Jepun kalau tak silap No plate kenderaan kena endorse oleh Majlis Perbandaran - selain sebelum kebenaran beli kereta kena ada kebenaran letak kereta juga (No Parking Lot - No Car). Rasanya jika hendak laksanakan, mana-mana pembuat Plate No dibolehkan tetapi hendaklah mendapat penegesahan dari JPJ sebelum boleh dipasang - ini untuk kenderaan baru rasanya tentu lebih baik. Masalahnya Plate nombor guna PPE (Plastik) seperti yang banyak dihasilkan sekarang perlu dimansuhkan dan cuma penggunaan plate metal sahaja dibenarkan dengan tulisan embroided - timbul. Mungkin kod kelulusan JPJ boleh diletakkan dibahagian bawah. 
Ni contoh plate di Jepun.
No plate merujuk daerah dikeluarkan, klas kenderaan (500) Lain-lain adalah warna plate serta warna tulisan contohnya macam teksi Malaysia juga Putih Tulisan Hitam. Kalau contohnya background kuning tulisan merah - kereta sewa. Tentu mudah membuat pengecaman.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan cadangan agar kerajaan menetapkan kadar kompaun saman ekor yang mampu dibayar pesalah trafik berikutan pelbagai rungutan di kalangan orang ramai berhubung kadar saman itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, bagaimanapun, setiap kadar saman bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.
"Saya telah kemukakan cadangan di peringkat tertinggi agar saman yang dikeluarkan selepas ini mampu dibayar oleh pesalah trafik.
"Kemungkinan saman itu akan dikurangkan, namun ia bergantung kepada jenis kesalahan trafik. Perkara ini juga masih di peringkat kajian dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM 2010 di Bukit Aman di sini, Khmais.
Beliau berkata kadar kompaun saman itu juga akan diselaraskan antara dua agensi, iaitu PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Musa berkata antara cadangan lain yang dikemukakan ialah melanjutkan tempoh pembayaran saman serta mengkhususkan badan pengeluar nombor pendaftaran untuk setiap kenderaan.
"Dalam cadangan itu juga, kita minta agar tempoh pembayaran saman dipanjangkan. Maknanya, kalau sekarang pesalah trafik diberi tempoh dua minggu bagi melangsaikan saman, kita panjangkan tempoh itu untuk memudahkan mereka.
"Pengeluaran nombor pendaftaran kenderaan juga perlu diberi pada satu pihak sahaja...kalau JPJ yang diberi kuasa, maka JPJ yang berhak keluarkan, bukan kedai-kedai (kereta) seperti sekarang. Ini yang menyebabkan banyak nombor (pendaftaran) palsu yang keluar," katanya.
Mengulas mengenai saman ekor yang sepatutnya dihentikan pula, Musa berkata polis hanya mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan.
"Saman ini hanya peringatan. Kalau tiada undang-undang seperti ini, orang kata polis tak jalankan tugas, dan jika masyarakat patuh pada undang-undang, tak adalah kena saman," katanya. -BERNAMA

MEMANG BN GILA KUASA


Soalan CEPUMAS - agak-agak kalau BN menang PRU-13 Khir Toyo akan jadi MB lagi ke? 

PAC: Pendirian BN Selangor tolak lantikan kekal, kata Khir

August 06, 2010
KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Pendirian Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan ADUN Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Selangor kekal sehingga permintaan ditambah wakil ikatan itu ditunaikan.

Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, BN hanya akan terima tawaran itu sekiranya diberikan kuasa dan majoriti dalam PAC.
“Kita hanya akan terima jika diberikan (kedudukan) majoriti kerana kita tidak mahu seperti patung, tidak mampu buat apa-apa.
“Tidak ada guna jika Shamsudin (ADUN BN) pegang jawatan pengerusi PAC jika tiada kuasa untuk membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Bekas menteri besar Selangor itu menambah pihaknya mahu permintaan itu dipenuhi.
“Kini kita mempunyai dua pilihan, pertama Shamsudin boleh menolak jawatan itu atau yang kedua beliau boleh cuba dulu.
“Jika beliau tidak mendapat kerjasama daripada ahli PAC yang lain dari kerajaan Pakatan Rakyat maka beliau harus melepaskan jawatan itu.
“Ini kerana kita beranggapan bahawa kerajaan negeri tidak serius dalam soal pelantikan ini,” kata Khir (gambar).
Shamsudin tidak dapat dihubungi kerana berada di luar negara.
Beliau sebelum ini menolak usul yang membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi PAC atas alasan ia hanya bermotifkan politik.
Beliau berkata, keputusannya tidak berubah kerana ia berkaitan dengan prinsip dan maruah sebagai wakil rakyat BN.

TAHNIAH - Proton? Perodua? Takkan tak nak support?

Ini baru namanya University. Banyak University Teknologi ternama seperti di Jepun menghasilkan rekacipta sebegini. TAHNIAH UPM. Still kelemahan dari segi penerangan adalah tahap ketahanan bateri 48 jam tersebut waktu 'tidur' atau 'jalan'? Pada kelajuan 90km/jam berapa lama pula bateri itu boleh bertahan? Itu lebih penting but STILL, TAHNIAH lagi sekali dari saya.

UPM reka prototaip kereta elektrik




KUALA LUMPUR – Senario kesesakan tempat letak kereta di Putrajaya telah memberi ilham kepada sekumpulan penyelidik muda Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan sebuah kereta kompak elektrik berteknologi tinggi.
Kereta berkonsepkan futuristik yang dikenali sebagai Putrajaya Cell City Car diharap dapat mengurangkan masalah tempat letak kereta yang semakin kritikal di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.
Menurut Ketua Penyelidiknya, Sazrinie Zainal Abidin, kenderaan elektrik yang mempunyai saiz menyamai kereta jenama Kancil dan kereta Smart keluaran Mercedes Benz itu mempunyai tiga tayar dengan dua tempat duduk dan mampu memecut sehingga 150 kilometer sejam.
“Kami mencipta kenderaan yang serba moden. Selain soal letak kereta, kereta ini mudah dan selesa untuk dipandu dan sememangnya sangat praktikal selain berprestasi untuk dipandu di bandar seperti Putrajaya.
“Kereta ini juga mesra alam kerana tidak bergantung kepada petrol dan diesel. Bateri kereta juga mampu bertahan selama dua hari,” katanya sambil menambah kereta masa depan itu juga sesuai dipandu di kawasan berbukit.



Thursday, August 05, 2010

Pelajar miskin mengadu dipukul

Jika ini benar,amat memalukan. PIBG cerita lain. . . .
#1 : Pukul pelajar buat apa? Kalau mak bapak dia taknak bagi tak kan nak suruh anak ugut mak bapak pulak?
#2 : Tak cukup ke sambutan HARI GURU? Ada program lain pulak - 'CIKGU KUSAYANG?' Ni Cikgu semenjak dapat GREEN LIGHT untuk berpolitik dah jadi macam UMNO lah pulak. . . . Cakap dia aje betul.... macamana anak murid nak hormat guru?.... ni ntah -ntah yang kena pukul anak yatim pun ada, tanggung le kat akhirat....

PENDANG – Hampir 50 pelajar di salah sebuah sekolah di sini, dipukul guru gara-gara tidak mampu menjelaskan bayaran program jamuan amal ‘Malam Cikguku Sayang’ yang akan dianjurkan sekolah itu pada 6 Ogos 2010. 

Sinar Harian dimaklumkan waris kepada pelajar-pelajar itu tidak berpuas hati dengan tindakan pihak sekolah yang memaksa anak-anak mereka menjelaskan bayaran program berkenaan. 

Waris pelajar, Roshita Buyong, 40, berkata, anaknya dipukul di bahagian tangan disebabkan tidak menjelaskan bayaran yang diminta sebanyak RM10 untuk seorang pelajar dan RM12 untuk waris. 

Dia tidak dapat membayar bayaran yang diminta pihak sekolah kerana kurang berkemampuan. 

“Tindakan itu seolah-olah bayaran berkenaan wajib dibayar sedangkan surat yang diberi mengenai program itu tidak tertera apa-apa maklumat sama ada ia perlu dibayar atau tidak. 

“Tindakan memukul pelajar adalah tidak wajar dan amat dikesali,” katanya. 

Sementara itu, seorang waris, Kamsiah Abdul Razak, 36, berkata, dia tidak berpuas hati dengan tindakan terbabit yang dianggap tidak relevan sama sekali. 

“Saya menetap di rumah bantuan Lembaga Wilayah Kedah (Keda) dan bayaran yang diminta agak tinggi. 

“Saya hanya suri rumah manakala suami bekerja sebagai penoreh getah dengan memperoleh sumber pendapatan sebanyak RM450 sebulan bagi menyara tujuh anak dan lima daripadanya masih belajar,” katanya. 

Maznah Osman, 45, berkata, dia kecewa perkara itu dilakukan ketika pelajar sedang menduduki peperiksaan. 

Menurutnya, dia dimaklumkan bahawa anaknya dipukul dua kali. 

“Anak enggan ke sekolah kerana takut dipukul guru lagi menyebabkan saya merasa tertekan setiap kali anak meminta wang yang diminta pihak sekolah. 

“Segelintir pelajar berlari masuk ke dalam hutan kelapa sawit dekat situ disebabkan takut dipukul guru,” katanya. 

Ikutan masalah itu, segelintir waris berjumpa dengan pihak sekolah dan pihak sekolah menafikan bahawa bayaran itu wajib dibayar. 

Seorang lagi waris, Suraya Leman, 38, berkata, ada pelajar yang terpaksa meminjam wang daripada rakan mereka kerana takut dipukul guru. 

“Banyak pelajar yang dipukul guru adalah pelajar keluarga Keda yang tidak berkemampuan dan banyak pelajar yang tidak membawa wang ke sekolah. 

“Pihak sekolah harus bertolak ansur mengenai perkara ini, memandangkan banyak pelajar daripada golongan miskin,” katanya. 

Berikutan masalah itu, Sinar Harian mendapatkan penjelasan daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. 

Katanya, program jamuan amal ini adalah program anjuran PIBG dan tidak diwajibkan kepada semua pelajar dan waris. 

Menurutnya, program ini adalah secara sukarela dan tidak memaksa semua pelajar untuk mengikutinya seperti yang didakwa waris. 

“Saya belum mengetahui kejadian ini seperti yang didakwa dan akan menyiasat perkara berkenaan. 

“Saya akan berjumpa dengan semua waris bagi berbincang mengenai perkara yang dibangkitkan,” katanya.

850 Buruh Binaan Hilang Pekerjaan Gara-gara Pembinaan Hospital Shah Alam Tergendala

KLINIK KESIHATAN DI SEKSYEN 19 nampaknya sudah siap tetapi tak pasti bila akan beroperasi. Harap tiada masalah yang hampir sama timbul pula. Hospital? Lambat lagi la..... sebab selepas ini dah bercadang nak ambil ubat dari Hospital atau Klinik Kesihatan sahaja tapi conditionnya mesti ada rekod dahulu. Tak tahan wooo ubat dah lah mahal, nak harapkan SOCSO tak cukup lah.....
Kementerian  Kerja Raya digesa segera menyelesaikan masalah pembinaan Hospital di Shah Alam yang tergendala sejak tiga bulan lalu.
Seorang pegawai tinggi sebuah syarikat yang terlibat dalam projek itu tetapi enggan dikenali, berkata kira-kira 850 pekerja buruh binaan bagi projek pembinaan sebuah hospital itu terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka ekoran mendakwa tidak dibayar gaji.
Beliau berkata tindakan pekerja buruh itu mendatangkan kesan sampingan kepada pembinaan projek yang terpaksa diberhentikan sementara waktu.
 Ikuti laporan eksklusif ini oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz.
“Sekarang ini saya berada di sekitar lokasi tapak pembinaan Hospital Shah Alam yang kini sudah tergendala pembinaannya selama tiga bulan. Projek pembinaan hospital ini yang kini sudah lama tergendalanya perlu disiapkan pada Jun 2011.
 “Tetapi apa yang menyedihkan kira-kira 850 pekerja buruh binaan hospital ini meninggalkan pekerjaan mereka kerana mendakwa mereka tidak dibayar gaji sejak Mei tahun ini.”
Tinjauan TV Selangor ke lokasi pembinaan hospital ini mendapati tiada seorang pekerja buruh binaan pun yang tinggal untuk menyiapkan projek tersebut.
Dari hari ke hari, pekerja binaan buruh ini  terpaksa berdepan dengan 1001 pertanyaan dan keraguan sejak gaji mereka tidak dibayar.
Keluhan mereka dapat dilihat melalui banting yang dipasang di luar pagar projek berkenaan.
Antara yang tertera pada banting tersebut ialah “SAYA LAPAR! TOLONG BAYAR GAJI SAYA. KALAU TIDAK, SAYA BERSAMA KAWAN-KAWAN AKAN MEMBUAT PENGADUAN KE PEJABAT BURUH ATAU KEDUTAAN.”
Dalam tempoh tiga bulan ini, tiada sebarang tindakan dari pihak bertanggungjawap untuk menyelesaikan masalah yang sekian lama membelit semua pekerja buruh binaan ini.

KAT MALAYSIA PERTENGAHAN RUGI, KAYA UNTUNG


US not to extend tax cuts for the rich: Geithner
The US Treasury Secretary says the government will let tax cuts for wealthy Americans expire as scheduled at the end of the year, but extend the cuts for the middle class.

In his speech in Washington on Wednesday, Timothy Geithner said extending the tax cuts for the top 2 percent of Americans would be a mistake. Geithner explained that such cuts would add significantly to the already massive fiscal deficit.

However, he said extending tax cuts to the middle class would not only help Americans suffering in the wake of the financial crisis, but also lay the foundation for a continued economic recovery.

The tax cuts were introduced by the previous administration of George W. Bush.
Some Democrat and Republican lawmakers are urging that tax cuts for the rich should also be extended, in order to keep personal consumption afloat.

PILIHAN DI LEMBAH KELANG? TUKAR BUAT APA BEGITU?

TUDM Cari Tapak Baru Ganti Pangkalan Sungai Besi
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang mengenal pasti beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan pangkalan baru bagi menggantikan pangkalan sedia ada di Sungai Besi.
Timbalan Panglima TUDM Lt Jen Datuk Shahron Ibrahim berkata TUDM dan Kementerian Pertahanan masih mengkaji lokasi strategik yang bersesuaian sebelum membuat keputusan untuk memindahkan pangkalan Sungai Besi ke lokasi baru.
"Kita telah meninjau beberapa lokasi, namun keputusan belum boleh ditetapkan kerana proses ini memerlukan perancangan dan kajian rapi. Kita masih mencari lokasi yang pastinya mesti strategik dan sesuai sebagai pangkalan logistik," katanya kepada pemberita selepas pada majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang 153 pegawai dan anggota TUDM di Pangkalan Sungai Besi, pada Khamis.
Shahron berkata Pangkalan Sungai Besi tidak akan ditutup tahun ini tetapi lokasi baru itu perlu ditetapkan tahun ini kerana proses membangunkan sebuah pangkalan mengambil masa kira-kira tiga tahun.
Selain itu, proses memindahkan Pusat Operasi Tentera Udara serta inventori dan sistem pertahanan tidak mudah dilaksanakan kerana memerlukan perancangan rapi dan perpindahan secara berperingkat-peringkat, katanya.
Pada Jun lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pangkalan itu yang dahulunya merupakan Lapangan Terbang Sungai Besi akan ditutup bagi memberi laluan kepada projek pembangunan 'Greater KL' seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-10.
Lapangan terbang berusia 54 tahun itu bakal dimajukan dan dibangunkan semula secara bersama melibatkan kerajaan, swasta serta pelabur asing, malah satu perjanjian telah ditandatangani membabitkan kementerian, pemaju iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan pelabur dari Timur Tengah.
Lapangan Terbang Sungai Besi merupakan lapangan terbang pertama di negara ini.
Shahron, yang telah berkhidmat selama 40 tahun dan akan bersara tidak lama lagi, berkata beliau akan menghabiskan baki cutinya dan mengikuti kursus peralihan wajib sebelum sepenuhnya bersara pada 23 Mac tahun depan.
"Saya percaya saya telah buat yang terbaik untuk pasukan dan organisasi. Saya harap ATM termasuk TUDM akan terus cemerlang dan komited serta menjadi institusi yang digeruni," katanya. -BERNAMA

LARI ! ! ! TAPI LARI KEMANA? PM ADA KAT MANA DIA NAK JUMPA TU?


Menteri Rela Lari Dari Terima Memorandum Pengguna Jalanraya

Putrajaya, 5 Ogos: Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti-Saman Ekor menggesa Kementerian Pengangkutan membenarkan pengguna jalanraya yang disenarai-hitam oleh Polis Diraja Malaysia kerana gagal melunaskan saman, memperbaharui lesen mereka.
Jabatan Pengangkutan Jalanraya atau JPJ tidak boleh bersekongkol dengan taktik PDRM menyenarai-hitam pengguna jalanraya selepas tiga bulan notis diserahkan, lantas menghalang mangsa dari memperbaharui lesen kenderaan mahupun lesen memandu.
Sejak September 2009, lebih 2.5 juta pemilik kenederaan telah diserahkan notis saman.
Namun ketika pihak jawatankuasa mahu menemui menteri bertanggungjawab, mereka diberi alasan bahawa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha tidak boleh meluangkan masa kerana mempunyai temujanji dengan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak, yang sedang bercuti di luar negara.
Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri memberitahu Dewan Rakyat bahawa strategi ini mampu menakutkan pengguna-pengguna jalanraya ini untuk melangsaikan saman mereka, lantas membantu kerajaan mencapai NKRA mengutip saman-saman tertunggak.
Ketua Trafik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof berkata penyenaraian hitam juga adalah sebagai amaran kepada pemandu-pemandu lain supaya membayar saman-saman mereka.
Ahli Parlimen Datuk Mahfuz Omar berkata Seksyen 53 Pengangkutan Jalan 1987 menetapkan pengguna jalanraya yang disyaki bersalah tidak boleh dihukum sehingga mereka tampil ke mahkamah majistret bagi menjawab pertuduhan.
Lantas, PDRM didakwa melampaui batas kerana menyabitkan kesalahan pada semua pengguna jalanraya yang disyaki melakukan kesalahan. 
Bahkan, Kuasa untuk tidak memperbaharui lesen kenderaan dan memandu sebenarnya dibawah bidang kuasa Pengarah JPJ dan bukan di tangan PDRM, seperti yang termaktub dibawah Seksyen 29(1a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahfuz berkata demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengangkutan di Putrajaya hari ini.
Pihak Jawatankuasa akan menjelajah ke seluruh negara bermula minggu hadapan menemui pengguna jalanraya yang disenarai-hitam tanpa dibicarakan di mahkamah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berjanji untuk meneliti semula taktik ini ekoran bantahan orang-ramai.

CEH! AKU INGAT DIA CAKAP FASAL SEKOLAH ALAM SHAH

BN mahu rahsiakan kemelut SAS – Yong

gfdhhsfgfOleh Queville To
KOTA KINABALU: Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menolak untuk mengeluarkan Kertas Putih tentang kemelut Saham Amanah Sabah (SAS) menunjukkan Barisan Nasional (BN) mahu ianya dirahsiakan, kata bekas ketua menteri Yong Teck Lee.
"Ini jelas menunjukkan para pemimpin BN terutama para menterinya mempunyai sesuatu yang hendak dirahsiakan," kata Yong, yang juga Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) pada sidang media semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Liew Teck Chan pada sidang DUN di sini hari Selasa lalu.
Yong berkata, SAPP akan mengeluarkan Kertas Putih mengenai SAS pada sidang kedua DUN selepas pilihan raya umum ke 13 nanti, sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan baru.
"Setelah itu nanti, baru kita dapat melihat gambaran sepenuhnya," terang beliau.
Memandangkan kabinet BN dan para menterinya telah menyatakan pendirian mereka dan alasan mereka berhubung isu ini maka ia akan menjadi bahan rujukan untuk pentadbiran negeri pada masa depan apabila menangani isu ini.
Yong juga berkata, beliau sedikit pun tidak terperanjat apabila beliau diserang ketika perdebatan hangat tentang usul ini di antara dua Adun SAPP dan wakil-wakil BN.
"Sebaliknya saya akan merasa terkejut sekiranya tidak ada serangan terhadap saya," kata Yong.

Cerita Dolu Dolu