Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, August 02, 2010

KHIR TOYO TAHU BEZAKAN WANG RAKYAT.

KORANG PERCAYA KE KHIR TOYO YANG CAKAP MACAM NI? KAH KAH KAH
"DAP harus ingat, wang yang disalah guna itu bukan milik parti mereka tapi sebenarnya wang rakyat, jadi ia melibatkan kepentingan rakyat.
Khir Toyo: DAP Patut Buat Laporan Pada SPRM Kes Tee Boon Hock
Jika Kerajaan Negeri Benar-benar Serius Sebagai Sebuah Kerajaan Yang Anti-Rasuah
"DAP harus ingat, wang yang disalah guna itu bukan milik parti mereka tapi sebenarnya wang rakyat, jadi ia melibatkan kepentingan rakyat.
"Jangan ingat bila mereka pecat Tee, mereka boleh lindungi pihak-pihak tertentu. Mereka perlu bawa perkara ini kepada SPRM... biarkan SPRM siasat penyalahgunaan yang wujud," katanya kepada mStar Online di sini pada Isnin.
Sabtu lalu, DAP Selangor mengambil keputusan memecat Tee selepas didapati menyalahgunakan kepala surat milik pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor, Ronnie Liu bagi mendapatkan kontrak bernilai RM1 juta untuk kroni dan seorang ahli keluarganya.
Tee, yang kini menjadi ahli MPK bagi penggal kedua, bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Dia yang pernah menjadi pembantu khas kepada Liu menafikan berbuat demikian sepanjang mewakili Liu di kawasannya. Tee menjadi pembantu khas kepada Liu bermula Mac 2008 hingga 18 November 2009.
Selain itu Mohamad Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangot turut menggesa polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam memusnahkan bukti sokongan berhubung perkara berkenaan.
Katanya, beliau yakin bukti berhubung penyalahgunaan kepala surat milik pejabat Liu telah dihapuskan bagi mengelakkan tindakan pihak berkuasa.
"Memusnahkan bahan bukti adalah salah di sisi undang-undang, jadi polis perlu siasat mungkin ada dalang yang terlibat dalam kes ini," katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu