Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 06, 2010

PDRM Cadang Kadar Kompaun Saman Ekor Lebih Rendah


Diskaun! diskaun! Bila kete aku boleh renew road tax camni.... he he he.....


Cadangan No Pendaftaran tu memang bagus kalau cara perlaksanaannya tiada keraguan. Di Jepun kalau tak silap No plate kenderaan kena endorse oleh Majlis Perbandaran - selain sebelum kebenaran beli kereta kena ada kebenaran letak kereta juga (No Parking Lot - No Car). Rasanya jika hendak laksanakan, mana-mana pembuat Plate No dibolehkan tetapi hendaklah mendapat penegesahan dari JPJ sebelum boleh dipasang - ini untuk kenderaan baru rasanya tentu lebih baik. Masalahnya Plate nombor guna PPE (Plastik) seperti yang banyak dihasilkan sekarang perlu dimansuhkan dan cuma penggunaan plate metal sahaja dibenarkan dengan tulisan embroided - timbul. Mungkin kod kelulusan JPJ boleh diletakkan dibahagian bawah. 
Ni contoh plate di Jepun.
No plate merujuk daerah dikeluarkan, klas kenderaan (500) Lain-lain adalah warna plate serta warna tulisan contohnya macam teksi Malaysia juga Putih Tulisan Hitam. Kalau contohnya background kuning tulisan merah - kereta sewa. Tentu mudah membuat pengecaman.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan cadangan agar kerajaan menetapkan kadar kompaun saman ekor yang mampu dibayar pesalah trafik berikutan pelbagai rungutan di kalangan orang ramai berhubung kadar saman itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, bagaimanapun, setiap kadar saman bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.
"Saya telah kemukakan cadangan di peringkat tertinggi agar saman yang dikeluarkan selepas ini mampu dibayar oleh pesalah trafik.
"Kemungkinan saman itu akan dikurangkan, namun ia bergantung kepada jenis kesalahan trafik. Perkara ini juga masih di peringkat kajian dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM 2010 di Bukit Aman di sini, Khmais.
Beliau berkata kadar kompaun saman itu juga akan diselaraskan antara dua agensi, iaitu PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Musa berkata antara cadangan lain yang dikemukakan ialah melanjutkan tempoh pembayaran saman serta mengkhususkan badan pengeluar nombor pendaftaran untuk setiap kenderaan.
"Dalam cadangan itu juga, kita minta agar tempoh pembayaran saman dipanjangkan. Maknanya, kalau sekarang pesalah trafik diberi tempoh dua minggu bagi melangsaikan saman, kita panjangkan tempoh itu untuk memudahkan mereka.
"Pengeluaran nombor pendaftaran kenderaan juga perlu diberi pada satu pihak sahaja...kalau JPJ yang diberi kuasa, maka JPJ yang berhak keluarkan, bukan kedai-kedai (kereta) seperti sekarang. Ini yang menyebabkan banyak nombor (pendaftaran) palsu yang keluar," katanya.
Mengulas mengenai saman ekor yang sepatutnya dihentikan pula, Musa berkata polis hanya mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan.
"Saman ini hanya peringatan. Kalau tiada undang-undang seperti ini, orang kata polis tak jalankan tugas, dan jika masyarakat patuh pada undang-undang, tak adalah kena saman," katanya. -BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu