Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 05, 2010

LARI ! ! ! TAPI LARI KEMANA? PM ADA KAT MANA DIA NAK JUMPA TU?


Menteri Rela Lari Dari Terima Memorandum Pengguna Jalanraya

Putrajaya, 5 Ogos: Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti-Saman Ekor menggesa Kementerian Pengangkutan membenarkan pengguna jalanraya yang disenarai-hitam oleh Polis Diraja Malaysia kerana gagal melunaskan saman, memperbaharui lesen mereka.
Jabatan Pengangkutan Jalanraya atau JPJ tidak boleh bersekongkol dengan taktik PDRM menyenarai-hitam pengguna jalanraya selepas tiga bulan notis diserahkan, lantas menghalang mangsa dari memperbaharui lesen kenderaan mahupun lesen memandu.
Sejak September 2009, lebih 2.5 juta pemilik kenederaan telah diserahkan notis saman.
Namun ketika pihak jawatankuasa mahu menemui menteri bertanggungjawab, mereka diberi alasan bahawa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha tidak boleh meluangkan masa kerana mempunyai temujanji dengan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak, yang sedang bercuti di luar negara.
Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri memberitahu Dewan Rakyat bahawa strategi ini mampu menakutkan pengguna-pengguna jalanraya ini untuk melangsaikan saman mereka, lantas membantu kerajaan mencapai NKRA mengutip saman-saman tertunggak.
Ketua Trafik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof berkata penyenaraian hitam juga adalah sebagai amaran kepada pemandu-pemandu lain supaya membayar saman-saman mereka.
Ahli Parlimen Datuk Mahfuz Omar berkata Seksyen 53 Pengangkutan Jalan 1987 menetapkan pengguna jalanraya yang disyaki bersalah tidak boleh dihukum sehingga mereka tampil ke mahkamah majistret bagi menjawab pertuduhan.
Lantas, PDRM didakwa melampaui batas kerana menyabitkan kesalahan pada semua pengguna jalanraya yang disyaki melakukan kesalahan. 
Bahkan, Kuasa untuk tidak memperbaharui lesen kenderaan dan memandu sebenarnya dibawah bidang kuasa Pengarah JPJ dan bukan di tangan PDRM, seperti yang termaktub dibawah Seksyen 29(1a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahfuz berkata demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengangkutan di Putrajaya hari ini.
Pihak Jawatankuasa akan menjelajah ke seluruh negara bermula minggu hadapan menemui pengguna jalanraya yang disenarai-hitam tanpa dibicarakan di mahkamah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berjanji untuk meneliti semula taktik ini ekoran bantahan orang-ramai.

No comments:

Cerita Dolu Dolu