Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 05, 2010

BUKTI BN MEMANG GILA KUASA.


Wak Khir kata : "Mereka memberi kami kuasa tapi tidak memberi kekuatan. Tidak ada bezanya sekiranya hanya ada dua wakil BN."

Masa BN pegang Selangor kao buat apa? Teng tu kalau boleh kao gantung supaya tinggal BN aje dalam dewan. 2008 target kao aper? SIFAR PEMBANGKANG? Dok cerita Pakatan asyik berpolitiklah, ni Dewan untuk membela rakyat, dah bagi kekuatan (bukan sebagai pembangkang semata-mata) lagi nak dolak-dalik - nampak sangat siapa sebenarnya main politik dan bukan membela rakyat. Ke takut kalau PAC siasat isu pasir, nama-nama 'Pelombong Pasir Pencen' keluar dan Pengerusi dah tak pasti nak buat apa?

Ubah Fikiran, BN Terima Tawaran Pengerusi PAC Selangor

Barisan Nasional (BN) Selangor berubah fikiran, kini bersetuju dengan tawaran Pakatan Rakyat (PR) untuk jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) negeri itu. Walaupun sebelum ini mereka menolak jawatan itu, bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo dalam wawancara terkini dengan FMT berkata, "BN melihat perkara ini dengan fikiran terbuka tetapi dengan beberapa syarat." Sidang Dewan Undangan Negeri, melantik Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) pada hari terakhir untuk menerajui PAC tetapi beliau dan rakan-rakan dalam BN menolak pelantikan itu. Menyifatkan langkah ini sebagai dorongan politik, Shamsuddin berkata, beliau menolak pelantikan itu kerana beliau ingin mempertahankan integriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN. Tetapi sekarang, Khir sebagai ketua pembangkang BN dalam dewan dilihat telah berubah nadanya walaupun mengambil sikap berhati-hati. "Kami mempunyai dua pilihan.  Pertama, apa yang kami boleh lakukan ialah Shamsudin boleh menolak jawatan itu.  Kedua, beliau boleh mencuba. "Jika beliau tidak mendapat kerjasama yang baik daripada ahli-ahli PAC yang lain dari kerajaan negeri maka beliau harus melepaskan jawatan itu," katanya. BN berada dalam keadaan serba salah sejak pelantikan itu dibuat kerana mereka dianggap menghina dewan jika menolak pelantikan itu. "Jika kami menolak pelantikan itu, dewan boleh mengambil tindakan terhadap Shamsudin dan beliau boleh digantung, saya kira, tidak kurang dari enam bulan. "Tapi memaksa seseorang untuk menerima jawatan adalah sesuatu yang lucu," beliau menambah, bagaimanapun BN belum lagi membuat keputusan tentang hal itu. 
Khir, yang pada mulanya menyokong pelantikan itu ketika bermesyuarat dengan Speaker Teng Chang Kim telah menukar fikiran apabila beliau diberitahu "sebab yang sebenar" dibelakang pelantikan itu. Menurut beliau, Teng tidak menjelaskan secara terperinci tentang pelantikan itu termasuk komponen Jawatankuasa, hingga menyebabkan beliau meluluskannya. Beliau hanya diberitahu oleh rakannya mengenai keputusan dewan melantik hanya dua Adun BN berbanding tujuh Adun dari kerajaan negeri. "Saya tahu Teng menyatakan saya menyokong langkah ini apabila saya diberi tahu tentang pelantikan ini.  Tapi beliau tidak menyebut apa-apa tentang komponen ahli-ahli pada ketika itu. "Jadi apabila saya berbincang dengan rakan-rakan BN, mereka kesemuanya menentang cadangan itu dan menganggapnya sebagai "politik berisiko tinggi," kata Khir, menambah beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Teng. Tapi beliau (Teng) berkata, ini merupakan amalan Komanwel. Selepas saya periksa hanya England mempratikkannya dan malahan mereka mempunyai tujuh pembangkang dan sembilan dari kerajaan dalam Jawatankuasa itu dan pembangkang sebagai ketua," katanya. Khir juga mengambil kesempatan untuk mengutuk kerajaan negeri kerana "berlakon secara pelik" dalam proses pelantikan. "Ini sesuatu yang melucukan, seolah-olah mereka mempermainkan kami.  Kami (dalam BN) tidak boleh membuat kata putus (kerana kami tidak mempunyai majoriti) dan tidak boleh memeriksa secara adil. "Jika mereka betul-betul hendak memberi kuasa kepada pengerusi, maka mereka harus memberi kami majoriti," katanya. Beliau mengibaratkan langkah ini sebagai "kami diberi senapang tapi tidak ada peluru" atau "kami diberi meriam tanpa bahan peletupnya." "Mereka memberi kami kuasa tapi tidak memberi kekuatan. Tidak ada bezanya sekiranya hanya ada dua wakil BN." tambahnya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu