Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 04, 2010

HARAP MAKLUM - TEMPOH TERTENTU ITU SUDAH TAMAT. sebab tu naik la

Pada 12 NOVEMBER 2010 INILAH BERITA YANG KELUAR FASAL HARGA MINYAK RON95
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein hari ini membayangkan harga minyak RON95 tidak akan dinaikkan sehingga satu tempoh tertentu supaya rakyat berasa selesa dengan harga semasa.
"Rakyat perlu merasa selesa dengan harga minyak RON95 yang mungkin tidak akan dinaikkan sehingga pada satu masa (tertentu)," katanya ketika menggulung perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, Khamis.
RON95 Naik 5 Sen Kepada RM1.90 Seliter
PUTRAJAYA: Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter. Harga sebelum ini adalah pada paras RM1.85.
Dalam pada itu harga LPG dan gula akan naik sebanyak 5 sen dan 20 sen sekilo.
Bagaimanapun harga minyak diesel akan kekal pada paras yang ada sekarang iaitu RM1.80 seliter. Harga baru LPG dan gula pula kini berada pada paras RM1.90 dan RM2.10 sekilogram mulai sekarang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, kenaikan harga ini merupakan sebahagian daripada gelombang kedua dalam program rasionalisasi subsidi yang diambil oleh kerajaan.
Harga RON95 dan diesel telah dinaikkan sebanyak 5 sen seliter sementara gula dan LPG dinaikkan 25 sen dan RM10 pada 16 Julai lalu sewaktu pelaksanaan gelombang pertama program rasionalisasi subsidi.
Langkah ini telah menjimatkan kos subsidi kerajaan kepada RM779 juta. Kata Idris, gelombang kedua ini akan membantu mengurangkan kos subsidi kerajaan sehingga RM1.18 bilion.
Idris menambah, penjimatan itu akan membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang lebih dalam membangunkan rangkaian pengangkutan bandar dengan lebih baik, rancangan infrastruktur asas luar bandar serta jalan raya, pendidikan dan program membanteras jenayah.
Beliau menjelaskan, kenaikkan tersebut adalah paling minima.
“Kerajaan berpendapat, langkah tersebut akan dapat diterima dan difahami oleh rakyat,” ujarnya kepada para pemberita dalam taklimat berhubung gelombang kedua program rasionalisasi subsidi di sini, Jumaat.

ADA LAK YANG TURUN DEMO BANTAH USTAZ ASRI KANG. . . . .

Baru balik dari SEMINAR..... kalau ingat diri ini Melayu..... minda akan iktikad diri kita melayu... jadi layu lah selama-lamanya. Fakta menarik ada lebihkurang  22,000 jutawan di Malaysia (bukan Billionair atau Trillionair atau Zillionair) - Millionair sahaja. 70% adalah Melayu dan 30% Cina/India. Benarkah fakta ini? Atau fakta ini telah digelapkan untuk menguatkan Ketuanan Melayu dan bahawa Melayu telah digugat haknya dan kekuatan ekonominya? 

Iktikad ‘Ketuanan Melayu’ Menyanggahi Islam

IKTIKAD ‘KETUANAN MELAYU’ MENYANGGAHI ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Merujuk kepada isu ‘Ketuanan Melayu’ yang dijadikan isu sekarang, maka di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara; 

1. Istilah ‘Ketuanan Melayu’ (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini. 
2. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘melayu’, ia bermaksud orang melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan melayu’. Jika hendak ditakrifkan maka bererti ‘kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia’.
3. Ia berbeza dengan sekadar ungkapan ‘hak keistimewaan melayu’, kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain. Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan.
4. Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.
5. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.
6. Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.
7. Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:
“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
 Ini menafikan ketuanan kaum tertentu.


8. Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

Friday, December 03, 2010

BUKTI ADA MANUSIA LEBIH KEJAM DARI BINATANG

In a zoo in California, a mother tiger gave birth to a rare set of triplet tiger cubs. Unfortunately, due to complications in the pregnancy, the cubs were born prematurely and due to their tiny size, they died shortly after birth.

The mother... tiger after recovering from the delivery suddenly started to decline in health, although physically she was fine. The veterinarians felt that the loss of her litter had caused the tigress to fall into a depression. The doctors decided that if the tigress could surrogate another mother's cubs, perhaps she would improve.


After checking with many other zoos across the country, the depressing news was that there were no tiger cubs of the right age to introduce to the mourning mother. The veterinarians decided to try something that had never been tried in a zoo environment...

The zoo keepers and vets wrapped the piglets in tiger skin and placed the babies around the mother tiger.

HARGA RUMAH DIPENANG MELONJAK SELEPAS 2008?

Harga rumah di P. Pinang paling mahal

S.M. Mohamed Idris diperhatikan Michael Lim Mah Hui menunjukkan carta peratusan peningkatan harga rumah di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 2 Dis. – Harga rumah di negeri ini merupakan yang termahal di negara ini dengan purata seunit mencecah hingga RM540,000 tahun lalu iaitu hampir lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah penduduk Malaysia setahun.
Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr. Michael Lim Mah Hui ketika mendedahkan perkara itu berkata, kajian yang dilakukan pihaknya juga menunjukkan harga rumah di negeri berkenaan turut melebihi purata harga rumah di Kuala Lumpur iaitu RM390,000 seunit.
Menurutnya, trend harga rumah yang terlalu tinggi di negeri itu bukan saja menyebabkan golongan bawahan tidak mampu langsung untuk memiliki rumah, malah golongan pertengahan juga turut mengalami nasib sama.
‘‘Amat jelas sekali harga yang ditawarkan amat jauh daripada jangkauan. Jika golongan pertengahan tidak mampu untuk membeli rumah atau pangsapuri yang dijual, apa lagi golongan bawahan.
‘‘Pada masa ini, penawaran dan permintaan untuk rumah tidak sepadan. Majoriti rakyat Malaysia mahukan rumah yang mampu dimiliki, namun pemaju lebih cenderung membina rumah mahal untuk mengaut keuntungan,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Jalan Masjid Negeri di sini hari ini.
Turut hadir Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris.
Jelas Mah Hui, keadaan itu menyebabkan negara dipenuhi banyak rumah kosong yang dibina pemaju untuk memenuhi permintaan pelabur asing dan spekulator, bukannya untuk rakyat.
Menurutnya, ramai di kalangan pelabur dan spekulator memiliki dua buah rumah atau lebih sama ada dibeli untuk disewakan atau untuk tujuan menaikan harganya bagi aktiviti penjualan supaya mendapat keuntungan.
Katanya, tindakan pemaju memasarkan hartanah itu secara agresif di luar negara memandangkan ia masih murah mengikut standard antarabangsa turut menyebabkan harga rumah di negara ini bertambah tinggi.
‘‘Amat malang bagi rakyat negeri ini khususnya jika Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memandang serius isu ini. Mereka patut memperbanyakkan rumah mampu milik dan mengawal pembinaan rumah mewah terutama di bahagian pulau.
‘‘Jika kerajaan itu benar-benar ingin menjadikan rumah sesuatu yang mampu dimiliki rakyat, sepatutnya kuasa yang mereka ada digunakan untuk mengawal pemaju, sektor perbankan dan spekulator supaya kenaikan harga rumah dapat dikurangkan,” katanya.
Sementara itu S.M. Mohamed berkata, terdapat pelbagai faktor menyebabkan berlaku kenaikan harga rumah termasuk dasar kerajaan membenarkan orang asing membeli bukan sahaja pangsapuri malah hartanah lain.
Jelas beliau, pihak bank turut menyumbang kepada kenaikan harga rumah melalui pelbagai teknik pemasaran yang agresif termasuk melonggarkan standard kredit sehingga 95 peratus pinjaman kepada pembeli.
‘‘Kini tiba masanya kerajaan memulakan dasar perumahan awam yang menyediakan perumahan mampu milik terutama di bandar seperti dilaksanakan Lembaga Perumahan Singapura iaitu kerajaan menjadi pelopor pembinaan rumah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, bagi sektor perumahan swasta, kerajaan perlu memainkan peranan utama dengan mengambil langkah bersesuaian untuk mengawasi harga hartanah berkenaan bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak sihat.

KENAPA NGAN MAMAT KAT BENDERA TU?

Pilihan raya umum boleh jadi awal


NAJIB (kiri) bersalaman dengan para pemimpin kanan partii politik Asia pada ICAPP 2010 di Phnom Penh semalam.


PHNOM PENH - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal berikutan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin pulih.
Perdana Menteri berkata, tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka.
"Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat...biasalah. Keputusan muktamad...bila sampai masanya, boleh jadi cepat, boleh jadi lambat.
"Keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucap utama pada perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di sini semalam.
Ketika berucap pada perhimpunan agung itu mengenai usaha BN mendapatkan balik sokongan rakyat yang terjejas semasa pilihan raya umum 2008, Perdana Menteri berkata, BN perlu menunaikan segala janjinya dan perlu juga dilihat sebagai memenuhi semua keperluan rakyat.

Thursday, December 02, 2010

KES SENSITIF? TAPI LAMA SANGAT DAH NI..... DAH NAK SETAHUN

Polis Masih Siasat Kes Khianat Masjid, Gereja Di Petaling Jaya
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis masih menjalankan siasatan ke atas kejadian penemuan empat kepala babi hutan di kawasan dua masjid di Petaling Jaya pada Januari lepas.
Beliau berkata, kes-kes itu disiasat atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat dan sengaja menimbulkan suasana tidak harmoni.
Dalam kejadian itu, dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron manakala dua bungkusan dengan kandungan sama serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.
Hishammuddin berkata, kes di Masjid Jumhuriyah itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membinasakan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana tempat sembahyang manakala kes di Masjid Al Imam Al Tirmizi disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan atas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang bertanyakan mengenai perkembangan terkini siasatan kes itu yang berlaku dalam kawasan Parlimennya termasuk kejadian serangan bom petrol di tiga gereja di kawasan yang sama.
Menjelaskan kejadian serangan bom petrol di tiga iaitu Gereja Assumption, Jalan Templer, Gereja Life Chapel di Seksyen 17 dan Gereja Good Shepherd Luthern di Jalan Othman juga pada Januari lepas, Hishammuddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu cuba melakukan khianat dengan api atau benda letupan. -BERNAMA

HARAP TAK KENA CHICKEN POX ATAU SAKIT LAIN PULAK

Najib tiba di Phnom Penh untuk lawatan kerja dua hari ke Kemboja
PHNOM PENH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam ini untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke Kemboja.

Ketibaan Najib, yang diiringi oleh isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, disambut oleh Menteri Pelancongan Kemboja Dr Thong Khon di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh. 

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman dan Duta Malaysia ke Kemboja Datuk Pengiran Mohd Hussein Mohd Tahir Nasruddin juga hadir untuk menyambut beliau.

Najib akan menghadiri Perhimpunann Agung Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) ke-6 dan menyampaikan ucaptama di Peace Palace, Pejabat Perdana Menteri Kemboja di sini, esok pagi.

Beliau kemudian akan merasmikan Kompleks Kedutaan Malaysia berharga RM86 juta di sini sebelum mengakhiri lawatannya ke negara ini.

Perdana Menteri dijadual berlepas pulang ke tanah air pada pagi esok.

SOALAN DARI DAP AMAT TEPAT. Polis kena lipatganda usaha.

Seramai 149 Bayi Dibuang Dari 2009 Hingga Ogos Lalu
KUALA LUMPUR: Seramai 149 bayi dibuang oleh ibu bapa mereka dari tahun 2009 sehingga Ogos lalu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie.
Daripada jumlah itu, 83 telah meninggal dunia manakala 66 bayi lagi masih hidup.
“Daripada jumlah tersebut, 59 bayi itu adalah lelaki dan 54 lagi adalah perempuan. Jantina bagi 36 lagi bayi tidak dapat dipastikan memandangkan keadaan mayat yang telah reput,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) di Dewan Rakyat pada Rabu.
Heng yang menjawab soalan tambahan Mohd Jidin berkata, bangsa dan kewarganegaraan bayi-bayi tersebut tidak dapat ditentukan memandangkan warna kulit rakyat Malaysia adalah hampir sama.
Beliau menambah, kementerian mengambil pendekatan kepada konsep untuk cuba membantu ibu muda yang bermasalah, berbanding menghukum mereka.
Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) kemudiannya menyoal apakah pihak kementerian berhasrat untuk menjejaki bapa kepada bayi malang tersebut untuk sama-sama bertanggungjawab terhadap kesalahan itu.
“Pihak polis sedang mengkaji kemungkinan tindakan tersebut,” jawan Heng.
Terdahulu, Heng menyatakan pihaknya menyediakan tempat perlindungan kepada remaja dan wanita yang mengandungkan anak luar nikah supaya mereka bersalin dengan selamat sebagai langkah untuk mencegah masalah pembuangan bayi.
“Institusi yang diberi kebenaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan rumah perlindungan kepada ibu-ibu muda ini,” katanya.
Beliau menambah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga juga menyediakan program seperti kaunseling, bengkel interaktif, program kesedaran dan aktiviti-aktiviti untuk memperkukuhkan nilai kekeluargaan.
“Empat institusi Taman Seri Puteri juga menyediakan rumah perlindungan dan pemulihan kepada remaja berusia bawah 18 tahun yang hamil luar nikah.
“Dua pusat Sinar Kasih diwujudkan untuk remaja bawah 18 tahun yang memerlukan perlindungan segera,” katanya.
Heng menambah, pihak kementerian juga menyediakan 55 institusi kebajikan, 104 pejabat kebajikan sosial daerah dan 55 klinik Nur Sejahtera yang tersedia untuk memberi perlindungan kepada bayi.
Beliau menambah, tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini tidak hanya terletak di tangan kementerian semata-mata.
“Kerjasama daripada agensi kerajaan lain seperti Jabatan Agama, Kementerian Kesihatan dan juga badan bukan kerajaan penting untuk mengatasi masalah ini,” tambahnya.

SURAU DAH 20 TAHUN? NI YANG KATA DOK BELA AGAMA NI?


Surau committee goes to court to stop demolition

E-mailPrint
KUALA LUMPUR: The management committee of a surau here today initiated legal action against the Federal Land Commissioner and Kuala Lumpur City (DBKL) to prevent their officers from demolishing their surau.
Taman Setiawangsa's Surau An-Nur's management committee filed the action through the law firm of Boestamam Ahmad & Co at the High Court (Special Powers and Appelate Division) registry here and named the commissioner as the first defendant and DBKL the second.
The committee wants the surau site to be left alone or an alternative site of the same size (8,000 square feet) to be provided to it.
The committee is also seeking a declaration that any attempt by the two entities to carry out any type of demolishing work at the surau is illegal.
The committee's chairman and also the surau's imam, Mohd Yusof Wazir, who was present during the filing of the court action, told the media that the surau was over 20 years old and catered for a congregation of over 100 people.
- Bernama

Wednesday, December 01, 2010

KALAU AL-QURAN JADI RUJUKAN SAPA NAK UNDI BN LAGI?

Kenapa Umno takut bukan Islam dekati al-Quran
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Sepatutnya pemimpin bukan Islam diberikan galakan supaya mereka bertambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.
Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab (gambar) berpandangan demikian sebagai mengulas sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka.
Namun begitu, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran.
Tambahnya, bermacam alasan diberikan, takut salah tafsir, menghina al-Quran, mencemarkan kesucian al-Quran dan sebagainya.
Baginya, jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada al-Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan.
Malangnya, tambah beliau pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati al-Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran.
“Perangai buruk pemimpin Umno inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, lihat sahaja contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam kerana puncanya Umno sendiri pun meminggirkan Islam.
“Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka,” katanya.
Beliau berpendapat, mungkin Umno terasa tercabar kerana orang bukan Islam merujuk al-Quran tetapi Umno meminggirkan al-Quran atau Umno takut orang bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan PR.
“Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai salah satu rujukan mereka.
“Apa yang penting kita membetulkan mereka jika berlaku kesilapan dan kesalahan,” ujarnya.
Katanya, ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.
Justeru, beliau mengharapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang bukan Islam merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.
Isu itu tercetus semula apabila Adun Hutan Melintang, Perak, S.Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain daripada apa yang sepatutnya.
Bagi Sofi, adalah bukan suatu perkara yang pelik jika Umno tidak suka pemimpin bukan Islam menggunakan ayat al-Quran kerana Umno sendiri selalu meminggirkan al-Quran dalam tindakan seharian mereka.
Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas Umno membelakangkan al-Quran, katanya.

KETUANAN MELAYU = TAHI LEMBU ATAS KEPALA - NAZRI

Ketuanan Melayu: Definisi Nazri Aziz Berbeza Dengan Umno,Perkasa
30/11/2010   Share 



KUALA LUMPUR 30 NOV: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini membawa definisi lain mengenai konsep ketuanan Melayu daripada apa yang diperjuangkan oleh pemimpin Umno dan Perkasa. 

Menurut Nazri konsep itu adalah hanya untuk menzahirkan kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan.

“Ia bukannya tentang orang Melayu, ia mengenai Raja-raja Melayu. Selagi mereka terus masih wujud, kita akan menghormati mereka,” kata beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno. 

Definasi itu sekali gus menyanggah konsep Ketuanan Melayu tajaan Umno yang mengguna pakainya untuk menggubal Dasar Ekonomi Baru(DEB). 

Dasar itu sendiri tidak dipertikaikan namun apa yang ditentang oleh ramai pihak ialah tindakan pemimpin Umno untuk menggunakan dasar berkenaan bagi memberi projek dan konsessi lumayan kepada kroni-kroni Umno.

Pada masa sama sebilangan besar orang Melayu terus merempat dalam kemiskinan dan kemunduran, khususnya di Kelantan, Terengganu, Kedah  dan warga pribumi di Sabah dan Sarawak. 

Nazri dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata ungkapan Ketuanan Melayu biasanya digunakan oleh pemimpin-pemimpin sayap kiri Melayu untuk mendesak hak-hak orang Melayu, dicipta untuk melindungi kedaulatan Raja-raja Melayu pada masa-masa lalu.

Justeru tegas Nazri, “Ketuanan Melayu” sama sekali tidak bermaksud orang Melayu adalah lebih unggul berbanding kaum-kaum lain di negara ini.

Tanpa merujuk kepada pemimpin Umno dan Perkasa, Nazri bagaimanapun mengakui bahawa ungkapan Ketuanan Melayu  seringkali digunakan oleh ahli-ahli politik untuk merujuk kepada kedudukan istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. 

Beliau menyifatkan golongan itu sebagai membawa “tahi lembu di kepala.”

“Mereka ini pemimpin-pemimpin tidak berguna. Mereka ini ada tahi lembu di kepala. Mereka tidak tahu langsung apa itu (Ketuanan Melayu),” katanya.

“Bagaimana anda boleh mengatakan hanya kerana anda orang Melayu di negara ini, bermakna anda (lebih) unggul. Apa maksudnya?

Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismai berkata, konsep Ketuanan Melayu harus 'ditinggalkan' kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.

Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.

“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.

“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai.

“Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu,” katanya.


RAIS, NOH, REEZAL MERICAN (dia ni Melayu ke?) BILA NAK BANTAI TDM PULAK?

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputera ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.- Malaysiakini - MAHATHIR SURUH TINGGALKAN KETUANAN MELAYU.


Cuba baca berita kat UTUSAN bila Datin Seri Wan Azizah kata kena TINGGALKAN KETUANAN MELAYU.

Tak utamakan pribumi, orang Melayu perlu tinggalkan PKR

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Orang Melayu harus meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu kini tidak lagi mengutamakan kaum pribumi itu setelah menolak terang-terangan ketuanan Melayu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sepatutnya PKR tidak lari daripada tanggungjawab memperjuangkan kuasa politik teratas dan terkuat menerusi formula politik ikut bilangan.
Malah, tegas beliau, apatah lagi orang Melayu mewakili 60 peratus komposisi penduduk negara ini sekali gus bermakna keutamaan dan keteguhan politiknya semestinya menjadi idaman setiap orang.
"Jadi, apabila mana-mana individu seperti Presiden PKR (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) tidak lagi berminat dengan kuasa Melayu menerusi politik, maka orang Melayu perlu segera tinggalkan parti itu.
"Dengan PKR tidak lagi berminat dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu serta kuasa raja-raja Melayu yang mempunyai kedaulatan dan keteguhan di bawah Perlembagaan Persekutuan, jadi apa perlu lagi ditunggu oleh orang Melayu dalam PKR," kata beliau kepadaUtusan Malaysia hari ini.
Rais berkata, dengan perakuan dan ketegasan kedua-dua pemimpin PKR itu yang memperlekehkan ketuanan Melayu, ia sekali gus bermakna PKR tidak lagi relevan untuk orang Melayu.
Sementara itu, Timba-lan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, hasrat PKR untuk menghapuskan konsep ketuanan Melayu hanya menunjukkan parti itu juga tidak mampu mempertahankan hak-hak kaum itu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Katanya, kebanyakan perkara yang termaktub dalam perlembagaan adalah untuk menjaga, melindungi kepentingan serta masa depan orang Melayu termasuk kuasa-kuasa raja Melayu.
''PKR faham perkara itu tetapi buat-buat tak faham. Ini kerana ketuanan Melayu bukan bermaksud Melayu menjadi tuan sebaliknya ia merujuk kepada raja-raja Melayu iaitu sampai bila-bila mengikut Perlembagaan, kedudukan sultan tidak boleh ditukar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan kenyataan Wan Azizah adalah sangat jahil tentang kedudukan 'ketuanan Melayu' di dalam landskap perlembagaan negara.
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, hanya kerana terlalu 'kemaruk politik', Presiden PKR itu sanggup melancarkan propaganda politik yang menolak sama sekali teras perlembagaan negara selama ini.
''Kita tidaklah terlalu terperanjat, kerana dengan kedudukan PKR yang menjadi 'punca kelemahan' Pakatan Rakyat; parti tersebut memerlukan suatu propaganda yang lebih berkesan dan mampu menarik perhatian masyarakat,'' katanya.
Sehubungan itu, Reezal Merican mengingatkan Azmin bahawa 'perang' yang bakal Timbalan Presiden PKR tersebut jayakan bagi menentang 'ketuanan Melayu' akan disambut oleh Pemuda UMNO seluruh Negara.

NAK KATA CAMNE - IKUT PASARAN DUNIA. MINYAK TENGAH NAIK.

Mula-mula kita baca berita ini : Harga Petrol RON97 Naik 15 Sen

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam ini, menurut sumber hari ini. Lepas itu kita tengok graf ini.

Graf menunjukkan bahawa harga minyak memang dianggarkan (forecasted) akan tinggi pada December 2010. TETAPI akan turun keparas yang sama dengan MAY 2010 pada MAR 2011. Adakah kita akan menikmati harga minyak RON 97 pada paras harga RM1.80 atau RM 1.90 kembali? Itulah kata PAK MENTERI berkaitan boleh baca kat sini.
MALAS NAK BACA? 
Petikan : Awang Adek berkata rakyat sebaliknya perlu menerima kenyataan harga minyak RON97 yang dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM2.15 seliter baru-baru ini adalah tidak menentu kerana ia akan mengikut harga pasaran dunia.


JADI - Kita tunggu ajerlah MAR 2011. Kalau tak turun (seperti rega July 2010) kita tengoklah pulak apa alasannya.

Cerita Dolu Dolu