Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, September 24, 2010

SURAT KHABAR MANA PULAK BUAT BERITA PALSU NI?

BERITA tu disini
Secara logiknya kalau kita nak cerita fasal kes rogol kita cerita fasal tusukan, kesan koyakan akibat paksaan dan  juga sample penjenayah atau suspek pada mangsa. Ni dah hancur lebur nak bukti macamana? Editor BH ni tak pikir common sense ke bila luluskan berita ni? Tak mintak reconfirm dulu ke? Atau sebab dah terdesak suratkhabAr tak laku nak letak berita jadi sensasi?
Polis Nafi Kenyataan Akhbar Mengatakan Sosilawati Dirogol
KUALA LUMPUR: Polis menafikan laporan media yang mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan mangsa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dirogol.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam satu kenyataan di sini menafikan laporan itu, yang disiarkan di muka depan sebuah harian berbahasa Melayu semalam bertajuk '8 suspek jalani ujian sperma: Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati dirogol'.
Mohd Bakri berkata, "Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan adalah bagi memastikan kesemua suspek dalam keadaan baik serta (untuk) mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan mahupun penyakit yang dialami semua suspek sebelum dibenarkan berjumpa dengan peguam mereka," katanya dalam kenyataan itu.
Bakri berkata selain itu, tiada sebarang pemeriksaan lain dipohon oleh PDRM kepada pihak hospital ke atas kesemua suspek berkenaan.
Laporan akhbar itu mendakwa kesemua suspek termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di HKL dua hari lepas.
Difahamkan juga sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol.
Dikatakan juga bahawa pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.
Sumber yang diperolehi oleh akhbar tersebut juga mengatakan bahawa proses itu sebahagian daripada prosedur standard Operasi PDRM khusus untuk melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.
Bakri juga mengulas laporan yang disiarkan di muka surat enam sebuah harian berbahasa Inggeris hari ini yang bertajuk 'Suspect Claims Abuse By Cops' mengenai dakwaan bahawa suspek dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dipukul dan dipaksa menandatangani beberapa dokumen oleh polis.
"Pihak polis ingin menasihatkan pihak berkenaan supaya membuat laporan polis dengan segera bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan," katanya.
'Datuk' itu dan adiknya yang juga seorang peguam adalah suspek pertama yang ditahan polis pada 9 September di Banting, manakala enam lagi ditahan pada 10 September.
Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan polis telah mendapat perintah tahanan reman sehingga 30 September ini bagi membantu siasatan berhubung kes itu. -BERNAMA

SYABAS RUGI KE? ATAU UNTUNG KURANG?

Kerajaan Selangor tidak akan layan tuntutan RM308 juta Syabas
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak akan melayan tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mahu kerajaan negeri itu membayar pampasan RM308 juta kerana enggan menaikkan tarif air.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, kerajaan negeri berpendapat Syabas tidak layak menaikkan tarif kerana rakyat Selangor masih berdepan dengan pelbagai masalah air.

"Antara masalah itu termasuklah bekalan air yang teruk, bekalan air yang tidak berkualiti dan peratusan air tidak berhasil yang tinggi disebabkan penyelenggaraan paip yang buruk dan telah mengakibatkan kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Berasaskan itu juga katanya, kerajaan negeri yakin mempunyai hak dan alasan kukuh untuk mengheret Syabas ke mahkamah kerana kegagalan mematuhi beberapa asas penting dalam perjanjian konsesi air yang ditandatangani.

Faekah berkata, kerajaan negeri juga tidak gentar dengan kenyataan Syabas untuk membawa kerajaan negeri ke mahkamah jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Syabas membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan bertarikh 15 Sept kerana mendakwa syarikat itu mengalami kerugian ekoran keputusan kerajaan negeri enggan membenarkan tarif air dinaikkan yang dikatakan terkandung di dalam perjanjian konsesi.

JEMPUTAN SAMBUTAN HARI RAYA DUN BATU 3

CORETAN DR MAZA - TAKKAN DAPAT TEMPAT DI BERITA PERDANA

Shanghai, Islam, Melayu Dan 1 Malaysia

SHANGHAI, ISLAM, MELAYU DAN 1 MALAYSIA
Dr Mohd Asri Zainul Abidin 
Ketika saya menulis rencana ini, saya sedang berada di Shanghai dan menuju ke Xian dan Beijing. Beberapa hari lepas, pada 21hb September 2010, saya menyertai satu rombongan VVIP melawat Shanghai World Expo 2010. Satu expo yang teramat besar bermula dari Mei sehingga Oktober 2010. Hampir 200 negara menyertainya. Kos keseluruhan expo ini mungkin puluhan billion ringgit. Setiap negara membina astaka atau pavilion mereka sendiri untuk memperkenalkan negara mereka kepada dunia. Setiap negara membelanjakan puluhan, bahkan ratusan juta untuk itu. Saya difahamkan, Malaysia sendiri membelanjakan tidak kurang dari RM 20 juta untuk membina Malaysia Pavilion di expo tersebut. Di sebabkan terlalu luas kawasan expo ini, jika anda melawatnya, dalam sehari anda mungkin hanya dapat melawat sekitar belasan astaka sahaja. Terlalu luas dan terlalu ramai pengunjungnya. Target 70 juta pelawat ke expo tersebut mungkin tercapai dengan mudahnya. Bayangkan 70 juta pengunjung, melebihi dua kali penduduk Malaysia.
Tinjauan
Terlebih dahulu, walaupun saya datang menyertai rombongan VVIP, tulisan saya ini hanya mewakili pemerhatian saya secara peribadi. Secara umumnya, saya rasa rakyat Malaysia tahu bahawa pandangan-pandangan sebelum –insya Allah- bebas dari unsur perkauman dan fanatik. Saya berusaha bersikap adil, itulah titah agama yang luhur. Maka saya harap rencana ini dibaca dengan semangat kenegaraan dan hakikat sebuah negara bernama Malaysia.
Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang teramat sangat kepada pihak Kementerian Pelancongan Malaysia yang menyambut kedatangan rombongan kami dengan penuh layanan mesra. Budi baik amat dikenang. Saya juga rasa patut berterima kasih atas usaha kementerian berkenaan memperkenalkan Malaysia di expo berprestij tersebut.
Atas usaha pihak kosulat Malaysia di Shanghai dan Kementerian Pelancongan, kami mendapat layanan istimewa di setiap pavilion negara-negara yang kami lawati. Alhamdulillah, dan terima kasih!
Islam
Namun, atas hak sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sedikit ingin memberikan pandangan peribadi di sini. Ada beberapa gambaran yang saya rasa kurang kemas dalam expo tersebut. Saya tidak pasti ia berlaku secara sengaja, atau tidak sengaja. Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia kita wajar mengakui beberapa hakikat negara kita. Antaranya, kita berbilang agama dan bangsa. Islam adalah agama rasmi dan mempunyai penganut yang paling besar. Agama-agama lain juga wujud secara aman. Orang melayu adalah majoriti terbesar. Kaum-kaum lain juga hidup secara aman. Kita semua sepatutnya berusaha ke arah kedamaian dan keharmonian. Jika kita ingin menceritakan negara kita ini kepada dunia, inilah hakikatnya. Ia bukan soal perkauman atau fanatik agama, tetapi itulah realiti negara kita. Tiada cacatnya menceritakan realiti itu kepada dunia.
Namun saya rasa, jika saya tidak tahu tentang Malaysia, saya datang ke Malaysia Pavilion di Shanghai World Expo 2010, saya mungkin akan mengagak bahawa agama Kristian adalah agama majoriti rakyat Malaysia. Tempat-tempat ibadat yang di paparkan hanyalah dua buah gereja. Itu pun bangunan binaan tinggalan penjajah Portugis, bukan binaan rakyat Malaysia. Ini seperti gambar yang saya sertakan. Entah berapa banyak masjid dan seni binanya yang cantik, namun tidak ditonjolkan. Lojiknya, tonjollah secara seimbang dengan menggambarkan kepelbagaian agama. Sudah pasti Islam sebagai agama rasmi, tidak boleh dinafikan kedudukannya, kerana itulah realiti kita.
 Hanya inilah dua pusat ibadat yang tertonjol di Malaysia Pavilion di Shanghai. Penulis berdiri di hadapan dua gambar tersebut yang terpapar ketika memasuki ke Malaysia Pavilion.

KIRA U HELP ME, I HELP U LAH NI?

I'Da World Batal Cadangan Projek RM313b Di Kelantan
PETALING JAYA: Syarikat I'Da World Group Sdn Bhd - yang dikatakan mahu menderma sebanyak RM4 bilion kepada Kerajaan PAS Kelantan - membatalkan hasrat mereka melaksanakan cadangan projek pembangunan bernilai RM313 bilion di negeri itu.
Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, tindakan dibuat ekoran keputusan kerajaan negeri itu menyenaraihitamkan syarikat itu.
"Jadi projek yang kita hendak buat di negeri Kelantan itu telah dibatalkanlah. Kita hendak tutup cerita ini. Saya pun dah malas dah. Kalau dia kata kita disenaraihitamkan, kita hendak tegakkan apa lagi.
"Kita tarik diri. Minta maaflah. Mereka kata tidak mahu, apa lagi kita boleh buat," katanya ketika ditemui media di pejabatnya di Kelana Jaya, Khamis, lapor Malaysiakini.
Abdul Rahim mendakwa, syarikatnya juga belum mempunyai wang RM4 bilion yang hendak didermakan kepada PAS Kelantan.
Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata, beliau akan meneruskan usaha untuk menjayakan projek di negeri-negeri lain.
Kontroversi mula melanda syarikat berkenaan ekoran tindakannya yang mengejutkan semua pihak kerana bermurah hati untuk menderma sebanyak RM4 bilion kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu.
Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.
Replika cek sumbangan itu diterima oleh adik Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat pada Ahad lalu.
PAS pula menafikan parti itu telah menerima cek sebenar atau sumbangan bernilai RM4 bilion daripada syarikat berkenaan.
Sementara itu, Abdul Rahim menjelaskan, sumbangan berkenaan merupakan satu bentuk bayaran pendahuluan daripada jumlah keuntungan projek yang bakal dilaksanakan.
"Tiap-tiap negeri, bila buat projek usahasama, 20 peratus akan diperoleh kerajaan negeri, 80 peratus kepada (rakan niaga). Jadi bila bercakap tentang RM300 bilion, 20 peratus itu lebih kurang RM60 bilion.
"Jadi dalam RM4 bilion tadi, sebenarnnya (replika cek) itu tidak ada haribulan. Duit ini kita hendak beri bila kita dapat buat kerja, dasar daripada 20 peratus tadi," tambahnya.
Dakwanya lagi, beliau telah berusaha untuk menjalankan projek tersebut sejak tahun 1998 lagi melalui sebuah syarikat dikenali Asas Naim Holdings.
"Pada masa itu Tuanku (Ismail Petra) masih sihat lagi," tambahnya.

KALAU DAH ADA YANG KENA HALAU ATAU MATI? CAMANA PAK DUTA?

'Abaikan Bendera, mereka tidak mungkin bertindak'

Antara 20 orang penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk mengutuk penganiayaan pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia, semasa mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) hanya pandai mengancam Malaysia tetapi tidak berani untuk melakukan tindakan yang dilaung-laungkan mereka.
Sehubungan itu, Konsul Penerangan Sosial dan Budaya Kedutaan Indonesia di sini, Widyarka Ryananta berharap rakyat Malaysia mengabaikan ancaman berkenaan kerana Bendera tahu mereka tidak akan terlepas daripada undang-undang jika benar-benar bertindak.
Katanya, rakyat negara ini boleh menyaksikan sendiri bahawa semua ancaman yang dibuat Bendera sebelum ini tidak pernah dizahirkan termasuklah rancangan untuk menawan Malaysia pada 8 Oktober tahun lalu.
"Abaikan Bendera, mereka hanya berani menyampaikan ancaman sahaja dan tidak mungkin bertindak.
"Polis Indonesia sendiri telah mengawal kediaman Duta dan Kedutaan Malaysia di Jakarta, sudah-sudahlah... mereka tidak mewakili aspirasi majoriti rakyat Indonesia," katanya kepadaUtusan Malaysia, di sini hari ini.
Kelmarin, kira-kira 500 rakyat Indonesia yang digerakkan oleh Bendera melancarkan protes bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta untuk mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah Indonesia oleh majikan di negara ini.
Berang dengan kes terbaru membabitkan rogol dan dera terhadap seorang pembantu rumah Indonesia, mereka mengepung kediaman Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan mendesak beliau meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari.
Mereka juga mengancam untuk merayau-rayau di sebuah gedung membeli-belah berdekatan dan mengarahkan mana-mana rakyat Malaysia yang dijumpai supaya pulang ke Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Widyarka menyeru rakyat Malaysia supaya memahami bahawa demonstrasi merupakan salah satu bentuk kebebasan bersuara yang dilindungi undang-undang Indonesia.
Katanya, di Indonesia demonstrasi adalah perkara biasa dan ia tidak perlu diberi perhatian yang berlebihan.
"Untuk pengetahuan saudara, hari ini sahaja ada lapan demonstrasi di Jakarta, tidak termasuk di wilayah-wilayah lain.
"Ada yang berdemonstrasi di hadapan Istana Presiden dan kementerian dengan pelbagai isu yang berbeza," katanya.
Ditanya adakah kebebasan bersuara turut menghalalkan perbuatan membakar Jalur Gemilang sebagaimana yang pernah dilakukan Bendera sebelum ini, beliau menegaskan ia bukannya bendera dalam erti kata sebenar sebaliknya hanya lukisan mirip bendera.
"Jika Jalur Gemilang dari Kedutaan Malaysia di sana yang diambil dan dibakar, pasti mereka akan dikenakan tindakan tegas," katanya.

NASIB TAK BAIK LEPAS GITU AJE.

Kalau polis tidak mengambil iktibar dengan kes yang lain dimana kes ini amat sensitif dan suspek merupakan peguam (bekas) yang mahir mencari loop holes dalam undang-undang Jika kenyataan suspek tidak dirakam samada melalui pita kaset mahupun video, memang boleh menimbulkan masalah kemudian hari. Dahlah laporan awal kena reject - ada sikit rasa gusar.

Suspek Kes Sosilawati Dakwa Ditumbuk, Mahu Buat Aduan Esok

KUALA LUMPUR 23 SEPT: Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, mendakwa polis menumbuk, menendang dan memaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaan.

Tiga peguam yang mewakili suspek dan adiknya, kedua-duanya juga peguam berjaya menemui klien mereka untuk pertama kali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur  Khamis lalu.

Mereka sampai pada jam 3 petang ditemani isteri suspek yang mendapat kebenaran bertemu suami mereka.

Peguam DP Vijandran dan Ravi Nekoo memberitahu media, suspek berusia 41 tahun itu mendakwa dikasari polis selepas mereka bertemu selama 30 minit.

"Suspek mendakwa dipukul dengan getah paip, ditumbuk di muka dan ditendang sehingga memudaratkan tulang belakang," kata Vijandran, menambah suspek belum menerima bantuan perubatan berikutan kecederaannya.

Suspek utama itu juga mendakwa dipaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaannya.

Vijandran berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai hal itu esok.

"Klien saya mendakwa mereka tidak terlibat langsung (dengan pembunuhan itu) mereka disiasat dan tidak bersalah.

"Bagaimanapun, mereka bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada polis tetapi berharap dilayan dengan lebih adil pada masa yang sama," kata Vijandran.

Sementara itu, isteri suspek menemui suami mereka selama 10 minit dalam pengawasan ketat pihak polis.

"Mereka tidak dibenarkan dekat dengan satu sama lain. Isteri-isteri mereka amat tenang sepanjang pertemuan," tambahnya.

Sosilawati, 47, tiga yang lain  — peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, Pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, and pemandu Kamarudin Shansudin, 44, dilaporkan hilang 30 Ogos lalu. 

Mayat mereka kemudian ditemui di Ladang Gadong berhampiran Banting.

Lapan suspek ditahan termasuk peguam dua beradik tersebut.

Thursday, September 23, 2010

JANGAN MALAYSIA DIPERSALAHKAN SUDAH

Tiga polis indonesia maut

SEORANG suspek perompak yang cedera diiringi kawalan ketat polis tiba di hospital polis di Jakarta, semalam. Lelaki itu ditangkap dalam beberapa siri serbuan terhadap kumpulan perompak yang dipercayai bertujuan membiayai dana militan di republik itu. - AFP


JAKARTA 22 Sept. - Sekumpulan 12 orang yang dipercayai anggota pengganas yang bermotosikal menyerang sebuah balai polis di Hamparan Perak, Daerah Deli Serdang, Sumatera Utara tengah malam tadi mengakibatkan tiga anggota polis terbunuh.
"Serangan ini merupakan kejadian pertama seumpamanya berlaku kerana sebelum ini kumpulan pengganas lebih menyasarkan warga asing menerusi serangan bom," kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Iskandar Hasan.
Dalam kejadian itu, para penyerang dikatakan menaiki enam buah motosikal serta memakai penutup muka, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mereka dipercayai menggunakan sekurang-kurangnya sepucuk pistol dan dua senjata automatik jenis AK, M16 dan ES1.
Penyerang dipercayai telah melepaskan tembakan bertubi-tubi ke atas anggota polis yang sedang berkawal sehingga mengorbankan tiga anggota, sementara yang berada di dalam balai dapat menyelamatkan diri.
Iskandar berkata, polis percaya serangan berupa balasan terhadap kematian tiga anggota pengganas dan tangkapan tiga yang lain dua hari lalu dalam kes rompakan bank CIMB Niaga di Medan baru-baru ini.
Sebahagian daripada mereka yang ditangkap itu mengaku pernah mengikuti latihan ketenteraan di kem Aceh yang diserbu polis beberapa bulan lalu.
"Ini mungkin semacam reaksi dari mereka, boleh juga dikatakan balas dendam," katanya.
Beliau berkata senjata api yang digunakan dalam serangan ke atas balai polis tersebut adalah sama dengan yang digunakan dalam rompakan itu.
"Setakat ini, kami baru menjumpai satu senjata laras panjang padahal dari bukti foto rompakan di bank itu, ada banyak senjata api yang mereka miliki," katanya.
Iskandar berkata, Balai Polis Hamparan Perak dipilih sebagai sasaran mungkin kerana ia dilihat sebagai sebuah balai kecil oleh itu mudah dijadikan sasaran.
Polis sedang memburu para penyerang termasuk saki baki anggota perompak bank CIMB Niaga di samping meningkatkan kawalan di beberapa daerah yang pernah menjadi tempat persembunyian dan tangkapan anggota pengganas seperti di Lampung, Jawa Barat, Jawa Tengah dan Aceh. - BERNAMA

AKU DAH KATA DAH.... MESTI JADIK ISU PUNYA

Entry sebelum ni

Duta Malaysia diberi kata dua



SEKUMPULAN anggota polis Indonesia mengawal keadaan di luar kediaman rasmi Duta Besar Malaysia di Jakarta semalam.




JAKARTA - Sekitar 500 warga Indonesia mengadakan demonstrasi bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di sini semalam kerana mengutuk penderaan seorang pembantu rumah Indonesia oleh majikannya di Malaysia.
Berang berhubung kes terbaru seorang pembantu rumah Indonesia dirogol dan diseksa di Malaysia, kumpulan penunjuk perasaan itu mengepung kediaman Duta, Syed Munshe Afdzaruddin dan menuntut beliau meninggalkan Indonesia dalam tempoh dua hari.
Pembantu rumah Indonesia yang dikenali sebagai Winfaedah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia pada 17 September lepas dan berumur 26 tahun itu dikatakan telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan oleh majikannya di Malaysia.
Ekoran itu, sepasang suami isteri telah ditahan polis pada 19 September lalu bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Mereka turut bergerak ke Kedutaan Malaysia dan mengancam menuju ke beberapa pusat membeli-belah dan hotel berdekatan untuk mengarahkan pelancong-pelancong Malaysia supaya meninggalkan negara itu.
Tunjuk perasaan tersebut berlangsung di bawah kawalan pihak polis.


SEJUMLAH penunjuk perasaan menunggang motosikal ke arah kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta semalam.





"Kami mahu Duta Malaysia meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari. Sekiranya beliau enggan, kami akan mengosongkan rumahnya," kata anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), Mustar Bonaventura.
Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Bendera yang merupakan sebuah kumpulan nasionalis Indonesia.
"Malaysia benar-benar melampaui batas. Sekali lagi mereka menyeksa dan merogol pekerja domestik kita. Kami telah hilang sabar. Mereka menjatuhkan maruah Indonesia dan rakyatnya," tambah lelaki itu.
Penunjuk-penunjuk perasaan melaungkan kata-kata 'Orang Malaysia biadab, menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia di samping membawa sepanduk yang tertera slogan Ganyang Malaysia.
"Kami akan meminta pelancong-pelancong Malaysia di pusat beli-belah di Senayan supaya keluar (dari Indonesia). Namun, kami akan memberitahu mereka dengan cara sopan kerana kami bukannya zalim dan perogol seperti beberapa warga Malaysia," ujar Mustar.
Seorang jurucakap polis di Jakarta, Boy Rafli bagaimanapun meminta semua pihak supaya tidak bimbang kerana polis akan memastikan kumpulan tersebut tidak bertindak di luar batasan. - Agensi

Wednesday, September 22, 2010

PERINGATAN - BAWAH UMUR KIRA ROGOL walau Suka Sama Suka

Kelakarnya nama pasangan kembar tu, tentu panggilan manjanya adalah EKIN dan AIN. Kat mana pernah dengar nama ni?

Pasangan kembar, rakan ditemui







Nurul Ain Kamarazmi (kanan) dan kembarnya Nurul Ashiqin bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak (dua, kanan) ditemui bersama dua remaja lelaki berusia 19 tahun dan 20 tahun di Pulau Pinang, semalam. – BERNAMA






PULAU PINANG 21 Sept. – Pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd. Razak yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pakaian di pekan Kampar, Perak 11 September lalu, akhirnya ditemui di sebuah rumah flat di sini hari ini.
Ketiga-tiga pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru, Kampar itu dikatakan bersembunyi di sebuah flat Green Garden kira-kira pada pukul 8.20 pagi.

Polis yang mendapat maklumat mengenai tiga remaja itu daripada orang awam turut menahan dua lelaki dipercayai teman kepada dua remaja perempuan terlibat, seorang dari Kampung Hujung Rintis, Kota Setia, Kampung Gajah sementara seorang lagi beralamat di Sungai Nibong, Kota Setia, Kampung Gajah.

Difahamkan, ketika serbuan, pasangan kembar dan rakan mereka sedang tidur di atas sofa di ruang tamu rumah, manakala dua lelaki terbabit sedang tidur di atas lantai di bilik hadapan kediaman itu.
Kelima-lima mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Ayer Itam untuk tindakan lanjut sebelum tiga remaja perempuan itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalani pemeriksaan, manakala dua lelaki itu pula ditahan di lokap balai tersebut.

Ketua Balai Polis Ayer Itam, Cif Inspektor Mohd. Fadzli Mohd. Napiah berkata, siasatan awal mendapati, kelima-lima remaja itu menaiki bas ekspres dari Batu Gajah, Perak ke Pulau Pinang 14 September lalu.
Setibanya di negeri ini, mereka menginap di sebuah hotel di Jalan Pintal Tali selama tiga malam sebelum menumpang rumah kenalan salah seorang lelaki berkenaan di Green Garden sejak Sabtu lalu, katanya.
Beliau berkata, difahamkan, pada hari mereka dilaporkan hilang, remaja terbabit bersembunyi di sebuah ladang sawit di Perak dan tidur di sebuah rumah kosong di situ sebelum ke negeri ini.
“Siasatan sedang dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Seksyen 376 Kanun Keseksaan - penjara minimum 15 tahun dan maksimum 30 tahun dengan sebatan)

Mohd. Fadzil berkata, hasil siasatan awal juga mendapati, remaja lelaki yang berusia 19 tahun itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan masih berada di bawah pengawasan Balai Polis Jejawi di Kampar, Perak.
Sehubungan itu, jelasnya, kedua-dua lelaki itu kini ditahan di lokap dan polis akan menjalankan ujian air kencing dan jika didapati positif mengambil dadah, mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, ibu kepada Suhaili, Che Norliah Che Mat, 48, pula memberitahu, dia terkejut selepas mendapat tahu anaknya ditemui di Pulau Pinang.
“Sebagai ibu, tentu saya rasa lega dan gembira sangat kerana anak saya ditemui dan kini selamat dalam jagaan polis,” katanya.

KES NI JADI MAKIN PELIK PULAK.

Tetap tarikh nikah sebelum ajal

Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my

keratan Kosmo! 20 September 2010.
--------------------------------------------------------------------------------
BUKIT MERTAJAM - Spekulasi mengatakan kematian pengusaha produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 45, yang ditemui mati tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya, di sini Sabtu lalu disebabkan tekanan berhubung majlis perkahwinan anak sulungnya yang bakal berlangsung Januari nanti adalah tidak tepat.
Anak sulung Sarina, Mohd. Azrul Affendi Jakaria, 24, berkata, spekulasi tersebut adalah tidak berasas kerana arwah ibunya merupakan seorang yang berterus-terang di samping mempunyai hubungan yang baik dengan bakal isterinya.
"Hubungan mama (Sarina) dengan bakal isteri saya memang baik, malah mama langsung tidak menunjukkan sikap atau mengeluarkan kenyataan yang dia tidak menyukai bakal isteri saya.
"Ibu juga merupakan orang yang beriya-iya hendak melakukan persiapan majlis perkahwinan saya Januari tahun depan," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Soal Mohd. Azrul, sekiranya benar spekulasi bahawa kematian ibunya itu disebabkan rasa tidak senang wanita itu dengan bakal isterinya, mengapa arwah ibunya sendiri yang bersungguh-sungguh mahu majlis perkahwinannya itu dilangsungkan secepat mungkin.

PALING PENTING - SAPA YANG MULA MENCIPTA SPEKULASI TERSEBUT? ENTRY SAYA SEBELUM INI ADA MENYENTUH PERKARA SAMA SEBAB ANAK-ANAK DIA BUKANNYA KECIL LAGI TAPI TIADA KENYATAAN DARI MEREKA.

Tuesday, September 21, 2010

YAHOO! TAHUN DEPAN NAK GI TOKYO DISNEYLAND

Okay... kira budget kejap... pi balik 10,000 yen lebih korang RM 400 X sekeluarga RM 2,000. Hotel amik affiliate bayar basic aje RM 500 semalam X 4 hari = RM 2,000. Tiket masuk Disneyland RM 800 sekeluarga. Belanja itu ini dan makan-makan RM 2,000 jadi semuanya berjumlah - RM 7,300 (RM 8,000). WOW! Tapi kalau tambah dalam RM3,000 lagi leh gi umrah dah kot dengan orang rumah?.... hmmm kensel lagi lar...

First budget airline to use Haneda airport

A Malaysian-based airline will become the first low-cost carrier to use Tokyo's Haneda Airport. AirAsia X made the announcement in Tokyo on Tuesday. It plans to operate 3 flights a week between Haneda and Kuala Lumpur starting December 9th. Next month with the completion of its 4th runway, Haneda will resume its full-fledged handling of regular international flights. The airline says it will set its lowest one-way fare at about 60 dollars, excluding fees for in-flight meals or baggage check-ins. The carrier says it will offer low fares by cutting the waiting time for aircraft at the airport and reducing ground and in-flight services. The company's CEO says his airline is also interested in flying to other areas in Japan, such as Fukuoka, Osaka and Sapporo.

Monday, September 20, 2010

MALAYSIA-INDONESIA: MASIH TERKIAL-KIAL

Kes terbaru melibatkan pembantu rumah yang kena dera akan meningkatkan lagi amarah dan menjadi isu oleh Bendera di Indo. Lepas lebaran, uang sudah abis pak - semua macet, demo ada uang? bisa aja pak. Boleh join.


Japan withdraws from Beijing tourism festival

Japan's delegation has withdrawn from an international tourism festival in Beijing following demonstrations against the arrest of a Chinese captain. The arrest came after collisions between a Chinese trawler and Japan Coast Guard patrol ships in Japanese territorial waters near the Senkaku Islands.
The 4 Japanese groups withdrew from the Beijing International Tourism Festival just before Sunday's opening. Twenty-one countries and regions are taking part in the 3-day festival to promote exchanges with China through the tourism industry. The groups made the decision after the Beijing authorities told them on Friday and Saturday that their security cannot be guaranteed under the circumstances. A member of a Japanese traditional dance group from Tokyo, Kazunari Azumi, said he wanted to perform, but was unable to do so. He added that he hopes to take part in next year's festival. Groups from Hokkaido and Okinawa are visiting China as part of the Japan-China youth exchange program sponsored by the Japanese government. They told a news conference in Beijing that they were sorry they couldn't participate in the festival but they think they will have another chance in the future.

MASALAH SELF-BROWSING SOFT dalam blog

TERKINI. Selepas mengeluarkan MANGGA ADs dari blog baru saya boleh masuk melalui GOOGLE CHROME tetapi ada link yang mengganggu juga. Sekarang terpaksa guna IE untuk masuk -

SILA LIHAT GAMBAR KAT BAWAH DAN KLIK UNTUK KASIK BESO.

SAPA YANG PANDEI (BUKAN PANDIR HA HA HA) tolong beri cadangan dan bantuan untuk

menyelesaikan masalah ini. Apakah ianya sama ngan Malaysiakini punya kes? Ntah....

PELIK? ANAK DIA BUKANNYA KECIL LAGI.

Harap polis membuat siasatan terperinci termasuk maklumat luaran. Anak-anak allahyarham bukannya masih kecil. Kenapa anak saudaranya yang keluarkan kenyataan dan amat tergesa-gesa seperti hendak mengesahkan kematian beliau tiada unsur jenayah? Kenapa tak tunggu dahulu atau tunggu kenyataan penuh dari polis?untuk elak spekulasi? Menambah spekulasi adalah. Anak saudara umur 32 disuruh uruskan hal perkahwinan anaknya yang akan kahwin tahun depan? Kita tunggu juga siasatan rakaman perbualan dazri syarikat Telco jika ada untuk mengesahkan cerita. 

Dua wasiat tauke kosmetik


AHLI keluarga Sarina berkumpul untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai kematiannya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM – Pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar (gambar) yang ditemui mati tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini kelmarin sempat meninggalkan dua wasiat kepada anak saudaranya sebelum menemui ajalnya.
Naimah Sahid, 32, memberitahu, dua wasiat itu ialah mengamanahkannya supaya menjaga keempat-empat anak Sarina dan menguruskan majlis perkahwinan anak sulungnya, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dijadualkan berlangsung Januari tahun depan.
Naimah mendakwa, perkara itu diucapkan sendiri oleh Sarina, 43, dalam perbualan telefon selama empat minit pada pukul 8.03 pagi kelmarin.
Katanya, selain wasiat tersebut, Sarina juga ada mengatakan yang dia tidak mampu lagi menanggung tekanan yang dihadapi ekoran masalah keluarga.
“Sebelum ini pun Mak Anjang (Sarina) kerap mengadu masalah itu kepada saya dan setiap kali mengadu dia akan mengatakan yang dia sudah berputus asa untuk menghadapi bebanan tersebut.
“Pada hari raya pertama, Mak Anjang ada datang rumah saya di Padang Serai, Kedah untuk mengadukan masalah itu kepada saya dan kelmarin dia datang lagi dengan tujuan yang sama,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

SIBUK NAK LGE BAGI KOMEN, SKRG NAK KATA APE PLAK?

Guan Eng nafi wang ihsan hasil judi 

PERAI - Kerajaan Negeri menafikan pemberian wang ihsan kepada rakyat Pulau Pinang adalah daripada hasil judi. 

Sambil menyifatkannya sebagai satu fitnah, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ia jelas menunjukkan UMNO dan ‘cybertroopers’nya sedang berganding bahu dengan niat mahu mensabotaj serta menjatuhkan imej Kerajaan Negeri dengan melemparkan tuduhan tidak berasas itu.: 

Beliau menegaskan bahawa wang yang diberikan kepada rakyat adalah hasil daripada penjimatan Kerajaan Negeri dan juga antirasuah yang diamalkan. 

“Saya tidak tahu sama ada antirasuah itu halal atau haram bagi UMNO. Mungkin mereka pro rasuah, sebab itulah mereka kata antirasuah ini haram. 

“Saya juga ingin bertanya siapa yang meluluskan lesen judi? Kerajaan Negeri atau Pusat? Jadi, janganlah menuding jari kepada orang lain kerana empat jari lagi akan terkena pada diri sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Pusat Khidmat Komuniti DAP Jalan Baru, dekat Taman Supreme di sini, semalam. 

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, P Ramasamy. 

Menurutnya, UMNO kini ketandusan idea menyebabkan mereka sentiasa mereka-reka cerita dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan nama Kerajaan Negeri. 

“Saya percaya rakyat di negeri ini tidak akan termakan dengan kata-kata UMNO dan berharap agar mereka dapat melihat sendiri keadaan UMNO yang sebenar,” katanya. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Pemuda UMNO yang mahu Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana untuk agihan wang ihsan RM100 kepada warga emas dan RM1,000 untuk kategori pengurusan jenazah yang dilaksanakan di negeri ini sejak beberapa bulan lalu adalah daripada sumber perjudian. 

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dakwaan yang disiarkan blog www.pisau.net itu menimbulkan keresahan terutama kepada warga emas dan waris si mati. 

"Kita bukan menuduh Kerajaan Negeri menggunakan wang daripada sumber hasil judi tetapi kita minta mereka beri penjelasan kerana perkara ini menjadi percakapan rakyat. 

"Penjelasan berkaitan sumber wang serta bukti amat dinantikan oleh rakyat dan jika didapati pendedahan itu tidak betul kita hendak lihat Kerajaan Negeri ambil tindakan terhadap penulis blog berkenaan," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas majlis rumah terbuka anjuran UMNO Bahagian Kepala Batas di Kompleks Budi Penyayang, Kepala Batas, kelmarin.

EK ELEH - NKO AMIK CERITA DARI BLOG PI BANTAI KERAJAAN NEGERI, NKO LAH PI AMIK TINDAKAN KAT PENULIS TU. APAHAL PLAK KERAJAAN NEGERI NAK MENYUSAHKAN DIRI? ADA BERANI?

BUKAN POLITIK, BUKAN PERKAUMAN - KES BUNUH SEMATA-MATA

HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN PEMBUNUHAN SOSILAWATI DAN 3 RAKAN.

Pertemuan dengan seorang pegawai bank CIMB keturunan India baru-baru atas urusan peribadi membawa satu dimensi baru kepada rakyat Malaysia jika kita fikirkan. Keuntungan paling ketara (samada dalam masa terdekat atau lambat lagi sukar dipastikan) mungkin kepada PAS dan tentunya sebagai rakan bersama, Pakatan Rakyat mendapat manafaat juga.

Latarbelakang kisah ini. 
Saya pergi bertemu dengan pegawai bank cawangan tempat pinjaman loan saya untuk urusan MRTA dan sementara menunggu borang di emailkan kepadanya, sedikit pertanyaan dilontarkan kerana saya paling musykil tentang kehadiran Norhisham, seorang pegawai bank dalam kes ini. Adalah sedia maklum bagi pegawai bank untuk bertemu ‘favourite client’ kadangkala lepas waktu pejabat untuk urusan perbankan. Pegawai yang saya temui juga kerap pulang selewat 11:00pm kerana temujanji dengan client diluar.

Secara  kebetulan pula pegawai yang saya temui tersebut berasal dari Kampung yang sama tempat ladang pembunuhan tersebut di Banting. Secara keseluruhan memang dia sendiri sukar menerima kenyataan kerana mengenali mangsa sebagi rakan sekerja – pernah pergi seminar bersama dan merupakan ‘jokers ‘ yang disenangi. Berkemungkinan Datok Sosilawati mengajak beliau menemaninya ke Banting dan sebagai favourite client beliau bersetuju yang berakhir dengan tragedy yang menyayat hati itu.

Dipenghujung perbualan pegawai tersebut berkata – “Kalaulah penjenayah-jenayah tersebut diikat ditiang dan dibiarkan dipukul oleh orang ramai yang lalu lalang dengan bat kriket seperti yang mereka buat kepada mangsa – baru padan muka – Setimpal dengan perlakuan mereka"

Walaupun tidak dimaksudkan oleh pegawai tersebut tetapi itulah ‘hudud’

Cuba kita teliti  hukuman Qisas (hukuman balas)
Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:  
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

Cuba kita merapati rakan-rakan yang bukan Muslim ataupun Muslim sendiri dan bertanya apakah mereka bersetuju jika mahkamah boleh menjatuhkan hukuman seperti yang pegawai bank itu katakan – saya rasa ramai bersetuju dari tidak (silap gaya 100% bersetuju). Bagaimana jika ianya dilontarkan kepada ramai penentang hudud itu sendiri. Karpal juga tidak terkecuali. Cuba kita selidiki reaksi rakyat Malaysia secara umumnya.
Walaupun pembunuhan tersebut yang sememangnya kejam, hikmah kejadian tersebut mungkin seperti berikut :
  1. 1.       Tertangkapnya penjenayah
  2. 2.       Polis dapat membuka semula kes orang hilang yang juga merungkai misteri lebih ramai lagi mangsa yang hilang – dimana sekurang-kurangnya memberi nafas baru dan harapan atas usaha pencarian oleh ahli keluarga mangsa yang lain walaupun bukan itu yang mereka harap akan dijumpai.
  3. 3.       MEMBUKA JALAN KEPADA PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD di MALAYSIA. Masih banyak lagi liku-liku yang harus dilalui tetapi tentu ianya menjadi lebih mudah dari sebelum ini.

Wallahua’lam – artikel ini hanya pendapat saya sahaja untuk direnung-renungkan. Semoga mendapat manafaat.

Cerita Dolu Dolu