Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 22, 2005

Farewell Colleagues

Entry ni sepatutnya dah di masukkan lama dah tetapi sebab komputer buat hal di rumah, saya memerlukan sedikit masa untuk updating gambar-gambar yang berkaitan. Sesiapa nak tengok gambar yang lain sila klik kat gambar beramai-ramai tu ye.

Pada 11 November 2005, telah di adakan Majlis Makan Malam Perpisahan di West Lake Garden, Sunway Lagoon Resort Hotel.
Majlis sepatutnya berlangsung pada jam 19:00 telah terlewat hingga ke pukul 19:30 akibat kesesakan jalan yang teramat sangat. Jadual asalnya hendak di adakan di Ocean Seafood Village, Kuala Lumpur. Oleh kerana pertukaran pentadbiran, bulan Disember baru bukak balik. Sekarang tengah renovation....kecewa tak dapat makan lobster sashimi dan elephant nose clam....
Jadual asalnya, bergambar dan dimulakan dengan ucapan. MD kata sebab dah terlewat sangat, takyahlah speech, terus je mulakan. Maka MD pun mulakan 'kampai' dan alamak! 4 Season kena fresh made jadi kena tunggu, okay, Mari pergi bergambar dulu!

Makanan di mulakan dengan 4 Seasons, sotong tu sedap beb!!

Sesudah pembuka selera, di ikuti dengan shark fin soup with crab meat. Aku confirm lain kali kalau gi makan aku tak nak order benda ni dah. Satu, masalah kepupusan jerung - SELAMATKAN ALAM SEKITAR KITA!!!. Kedua, tengoklah tu, untuk sorang, punya lah banyak dan langsung tak larat nak makan dah lepas tu....

Di ikuti oleh udang masak teochow spicy dan cold steam. Sedap tapi seperti biasa, spicy tu dgn kulit, macamana nak makan? bos tanya, aku cakap, belasah dengan kulit sekali sebab kalau isi saja takde rasa dah. Kulit dia cukup rangup untuk di kunyah....errr....tambah kalsium.

Menu sesudah itu, dah tak larat dah.... basically macam-macam ada. Taufu dengan seaweed, Ikan kerapu goreng isi dan tulang rangup ada, Ketam softshell goreng (ni berminyak sikit), egg noodle with eggplant. Di akhiri dengan desert mango sago ada aiskrim lagi. Dah hujung tu dah tak larat nak isi dah.

Majlis diteruskan lagi dengan cabutan bertuah 1 - hadiah mesin basuh. Dapat auto (aku nak semi-auto....) dan cabutan bertuah kedua dengan hadiah-hadiah seperti televisyen dan peti ais. Habuk pun tarak. Majlis di akhiri dengan pemberian tandahati berupa photo frame dan pen bertulis nama syarikat.

Satu meja untuk 10 orang dengan harga RM988.00 tidak termasuk minuman dan cukai tu kira reasonable lah.

Monday, November 21, 2005

Diary Mingguan

Okay, Lets move on!

Minggu lepas banyak perkara berlaku dan ada yang sudah saya postkan termasuk keputusan UPSR. Beberapa isu menarik untuk pandangan.
Seekers @ NTV7.
Dulu pernah dengar fasal rancangan ini tetapi tidak pernah berpeluang untuk menontonnya. Teringat terjahan abang rambut ketak a.k.a Nas Ahmad mewawancara the seekers dalam Melodi tempohari. Saya ada letak post saya berkenaan perkara tersebut. Seekers baru-baru ini memaparkan pencarian 'lembaga' di rumah pilot yang pernah hilang secara misteri. Actually, antara ingat tak ingat pulak isu ni. Seekers memberi peluang kepada orang awam untuk mencuba - try test tengok - bersendirian di tempat yang dikatakan menyeramkan. Saya sempat tengok masa seorang remaja perempuan, dan selepas memadamkan lilin, dia menjerit memanggil seekers untuk keluar. Takut sebab gelap agaknya.
Volunteer ke dua adalah rakyat Iran. Dia ni berlagak sikitlah.... mengaku benda ghaib itu ujud tapi mana boleh nampak, itu semua tahyul dan macam-macam lagi lah. Mamat Iran ni selepas duduk sebentar dalam gelap, pandang ke hadapan, bingkas bangun dan terjerit-jerit hingga keluar. Di katakan dia nampak lembaga hitam bermata merah.
Okay, paling menarik sebelum mamat tu menjerit lari, panggil mak, nak balik Iran lah....saya dah perasan benda itu lalu dan kemudian disahkan dengan video gerak perlahan Seekers. Apa dia? Cahaya dan bayang yang lalu.
Kenapa saya kata ianya benar, kerana saya pernah menonton pencarian misteri ini lebih 10 tahun lalu dan menjadi kemestian untuk acara TV swasta Jepun di musim panas setiap tahun. Cahaya yang lalu adalah satu petanda kehadiran lembaga selain kerosakan alat-alat perakam (dan selalunya yang canggih). Penggunaan kamera polaroid juga boleh menunjukkan laluan cahaya yang selalunya boleh dimanipulasikan (camera trick) dengan kamera yang lebih baik canggih dengan bukaan rendah.
Aneh apabila teringatkan Melodi tempohari. Abang Nas tu tak nak cuba ke?
Rumah Terbuka Lagi dan Lagi
Minggu ini banyak menghadiri rumah terbuka tetapi jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya agak menurun. Apakah kerana keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan? Atau kerana anak-anak yang sedang sibuk SPM dan STPM. Kemeriahan rumah terbuka bermula terutamanya pada hujung abad ke 20 apabila Kongsi Raya bermula. Mungkin masa itu ramai yang telah lega, anak-anak sudah mula sekolah dan ramai yang dapat bonus. Dengan Syawal, seperti kita ketahui akan berganjak kedepan, ramai yang hanya akan menikmati bonus seawal Hujung November. . . Raya dah nak abih dah. . . Saya merasakan, situasi ekonomi mungkin punca utama memandangkan harga barangan yang semakin meningkat akibat dari kenaikan harga petroleum.
NatGeoAsia
Semasa cuti hujung minggu berkesempatan menonton NatGeo bertajuk Top5. Rakaman mengenai kemusnahan alam berkaitan dengan gempabumi, hurricane dan gunung berapi. Sudah tentu ianya dirakamkan pada seawal bulan Mei. Kenapa? Ianya menceritakan berkenaan tsunami Asia yang melanda pada bulan Disember 2004 dan turutan gempa 3 bulan sesudah itu. Pergerakan plate bumi yang menyebabkan tsunami tersebut akan menjadi rentetan kepada pergerakan yang lain untuk menstabilkan bumi dimana antara kawasan yang dijangka bakal menghadapi ancaman adalah di Istanbul. Tentu semua ingat lagi gempabumi di Pakistan baru-baru ini. Ianya adalah rentetan dari punca tersebut. Minggu lepas gempabumi berukuran 6.5 berlaku sekali lagi di Nias yang berpotensi mengujudkan tsunami lagi. Paling menarik adalah kajian berkenaan hurricane yang dikatakan New Orleans sedang mengira waktu (atau dikatakan berada dalam waktu tambahan) untuk dilanda hurricane dan kita tau bagaimana dahsyatnya Katrina melanda New Orleans. Sudah tentu paling digusarkan gunung berapi di barat Afrika yang jika meletup, boleh menyebabkan tsunami yang setinggi 1,000 kaki.
Suratkhabar lama
Hujung minggu di penuhi oleh berita kekecewaan Maestro terhadap bekas AJK MawiFC yang bertindak meletak jawatan pada majlis pelancaran Album Mawi Yang Tercinta. Saya hanya boleh tersenyum apabila membaca coretan-coretan wartawan-wartawan hiburan berkaitan isu ini. Rata-rata tidak bersetuju dengan sikap X-AJK yang mengganggu majlis D'Reka dan pelancaran Album. Siti Jarum dalam ruangan pojoknya di Mingguan Malaysia juga memberi komen yang agak panjang berkaitan isu tersebut. Lain-lain sumber. Apakah ianya memberi impak kepada penjualan album Mawi? Kalau ikut sumber itu, 75,000 telah terjual dalam masa yang singkat. Semasa pelancaran Terengganu FM yang disiarkan secara langsung oleh TV1, Mawi yang merupakan salah seorang artis jemputan telah diperkenalkan oleh DJ sebagai artis yang telah menjual albumnya sebanyak 85,000 dalam masa 2 hari. Apakah target asal sahabat-sahabat a.k.a peminat Mawi untuk merealisasikan penjualan album penyanyi lelaki terunggul bakal tercapai mengalahkan Awie (Tragedi Oktober) atau M. Nasir (Canggung Mendonan) ? Sama-sama kita tunggu..

Cerita Dolu Dolu