Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, June 08, 2012

MASIH ADA YANG MATANG KAH? - updated


Bagaimana pun aku masih tunggu Dato Saifuddin bersuara. Dalam tweeternya @saifuddinabd pun senyap aje langsung takde cerita fasal hal nih. Kena ikat ke? di bawah adalah tweet dari Dato Saifuddin Abdullah, Timb Menteri Pengajian Tinggi sebentar tadi (12:30 PM)

Sy telah hubungi YB Menteri meminta agar pembekuan PTPTN ini ditarik balik.
Khairy Gesa Beri Semula PTPTN Kepada Unisel
PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka semula penyaluran pinjaman kepada pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel).
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pelajar universiti itu tidak seharusnya menjadi mangsa kepada sikap kerajaan pembangkang yang ternyata gagal menyediakan pendidikan percuma di universiti di bawah pentadbiran mereka.
"Memang sudah terbukti mereka (pembangkang) tidak mampu melaksanakan sistem pendidikan percuma.
"Oleh sebab itu janganlah jadikan pelajar-pelajar baru yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi ini menjadi mangsa keadaan...berilah PTPTN kepada mereka yang ingin mendapatkannya," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar Unisel buat sementara waktu bermula sesi kemasukan April lalu.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata: "Matlamat politik untuk beri pengajaran kepada pembangkang sudah kita buktikan iaitu mereka memang tak mampu beri pendidikan percuma...jadi cukuplah tu.
"Berilah semula pinjaman kepada pelajar-pelajar itu," katanya.

Thursday, June 07, 2012

POLITIK DENDAM KESUMAT - PELAJAR MANGSANYA


1. Tulisan yang aku merahkan kat bawah adalah bukti politik dendam kesumat. Jika pun kerajaan negeri Selangor nak beri pendidikan percuma, bukan PTPTN yang berhentikan tetapi kerajaan negeri yang maklumkan PTPTN tak perlu lagi kerana akan ditanggung oleh kerajaan negeri.
2. CHANCE! Aku faham kerajaan negeri menghadapi situasi dilema berkaitan kos dan hutang UNISEL dan KUIS akibat perdagangan pelajaran oleh rejim terdahulu tetapi bukankah ianya menjadi batu loncatan untuk membuktikan ianya boleh dilaksanakan? Setakat tayang duit banyak kat billboard buat hape. JUGA kerajaan negeri boleh memaklumkan kepada bakal graduan UNISEl\L dan KUIS untuk mengambil pinjaman pelajaran dari kerajaan negeri TANPA FAEDAH (Aku tahu skim ini memang ada cuma kurang diwar-warkan). Memekak kat PTPTN dan Kementerian Pelajaran Tinggi like shouting at deaf ears - buat hape.

PTPTN Tangguh Pinjaman Unisel Buat Sementara Waktu
PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) buat sementara waktu.
PTPTN dalam kenyataan media pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.
"PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandang berat cadangan serta desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai kerajaan negeri seperti Unisel dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) bersedia menyediakan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekali gus menolak pinjaman PTPTN.
"PTPTN percaya terhadap kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma. Oleh itu, pinjaman PTPTN di kalangan pelajar tidak diperlukan," kata kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sementara itu, PTPTN berpendapat, tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa peminjam supaya tidak menjelaskan bayaran balik akan menjejaskan keupayaan pembiayaan pinjaman kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di Unisel.
Kata kenyataan itu lagi, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membuat bayaran balik sehingga menjejaskan kemampuan memberi pinjaman kepada pelajar baru.
"Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan Unisel mengenai perkara ini," demikian menurut kenyataan itu.

Wednesday, June 06, 2012

DIMULAKAN OLEH TDM, DISAMBUNG OLEH TPM DAN MDN.


Rafizi: Mentaliti BN masih di takuk lama
NURUL AINI MOHAMED ALI
5 Jun 2012
Mohd Rafizi Ramli
Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa mentaliti Barisan Nasional (BN) masih di takuk lama apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam sanggup membuat andaian tidak masuk akal dengan mengatakan akan berlaku huru-hara sekiranya Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).


Hishammuddin semalam memberi kenyataan yang tidak menolak sebarang kemungkinan terjadi huru-hara apabila ada pihak yang  sanggup memperalat dan memperkuda pelajar bagi meraih undi.



"Tidak timbul isu memperalatkan atau menggunakan para pelajar kerana kita sedia maklum yang golongan pelajar kini sudah matang dan mampu membuat keputusan sendiri," katanya yang ditemui dalam program Gempur Kampus : Mansuh PTPTN dan Tuntut Pendidikan Percuma di sini, petang ini.



Beliau turut menggesa  menteri patut  turun padang bagi mendengar masalah dan luahan hati mahasiswa.



Program yang diadakan ini juga merupakan kemahuan mahasiswa sendiri untuk berjumpa sambil duduk semeja membincangkan isu pendidikan percuma ini.



"PKR sendiri sentiasa mengalu-alukan kedatangan mahasiswa dan tidak pernah timbul isu mempergunakan pelajar," tegasnya.



Turut menyertai program ini ialah Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) dan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi).



Tujuannya ialah untuk memberi penerangan secara meluas di peringkat akar umbi supaya mahasiswa dan golongan rakyat akar umbi faham mengenai polisi pemansuhan PTPTN dan dasar pendidikan percuma.

Sunday, June 03, 2012

KENYATAAN PALING TAK MASUK DEK AKAL


MB Terengganu: Letak jawatan jika sokong pembangkang
MB Terengganu faham tak maksud pengkhianat? Jual negara - tu pengkhianat. Pembangkang = pengkhianat? Patutlah buat ikut suka hati aje. Kalau polis dan tentera yang tak sokong 'pembangkang' apa akan jadi jika kerajaan bertukar? Mereka perlu berhenti pula? Bagaimana dengan yang pencen? Perlu berhenti ambil wang pencen? Sebab itu duit 'pembangkang' ke? Sekarang mereka dibayar dengan duit sapa? Duit BN? Penjawat awam yang dibayar oleh kerajaan negeri Selangor atau P.Pinang atau Kedah atau Kelantan (samada dibayar penuh atau separa bagaimana pula? Nak suruh mereka berhenti atau tidak?) Memang selayaknya MB Terengganu diganti...

WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Jun 2012
Datuk Seri Ahmad Said
$entry.content.caption.value
KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.

“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.

“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.

Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.

BUKANKAH PM SENDIRI YANG CABAR? WHERE WERE YOU?


Himpunan Hijau Tindak Balas Terhadap Gelombang Merah - Hishammuddin
JITRA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman dekat sini pada Jumaat malam, sebagai tindak balas terhadap 'gelombang merah' yang melanda Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei lepas.
"Ini adalah tindak balas kepada apa yang mereka lihat sebagai satu gelombang dan kesedaran orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Cara kaedah kempen mereka gunakan (iaitu tema) warna hijau, perhimpunan yang ada unsur-unsur program dengan yang muda, apa bezanya dengan program yang kita dah buat?" katanya kepada pemberita selepas program BN Pilihan Orang Muda di sini.
Perhimpunan 11 Mei lepas menyaksikan lebih 100,000 anggota Umno berpakaian merah berhimpun bagi sambutan ulang tahun ke-66 parti itu.
Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata PAS juga sudah tidak mempunyai modal kerana terpaksa mengikut kaedah serta ciri program anjuran B Nuntuk mendekati golongan muda.
"Kita tengoklah siapa yang sebenarnya ikhlas dan yang betul-betul berjuang untuk orang ramai," katanya.
Mengulas program BN di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman hari ini, beliau berkata semangat dan gelombang yang ditunjukkan golongan muda cukup membanggakan.
Beliau berkata semangat itu harus diteruskan dan diperluas bukan sekadar melibatkan anggota BN malah mendekati golongan muda lain.
Katanya, pendekatan itu sangat membina selain menyuntik nilai mulia dan murni dalam meniti arus perubahan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui program transformasi. BERNAMA

Cerita Dolu Dolu