Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 07, 2012

POLITIK DENDAM KESUMAT - PELAJAR MANGSANYA


1. Tulisan yang aku merahkan kat bawah adalah bukti politik dendam kesumat. Jika pun kerajaan negeri Selangor nak beri pendidikan percuma, bukan PTPTN yang berhentikan tetapi kerajaan negeri yang maklumkan PTPTN tak perlu lagi kerana akan ditanggung oleh kerajaan negeri.
2. CHANCE! Aku faham kerajaan negeri menghadapi situasi dilema berkaitan kos dan hutang UNISEL dan KUIS akibat perdagangan pelajaran oleh rejim terdahulu tetapi bukankah ianya menjadi batu loncatan untuk membuktikan ianya boleh dilaksanakan? Setakat tayang duit banyak kat billboard buat hape. JUGA kerajaan negeri boleh memaklumkan kepada bakal graduan UNISEl\L dan KUIS untuk mengambil pinjaman pelajaran dari kerajaan negeri TANPA FAEDAH (Aku tahu skim ini memang ada cuma kurang diwar-warkan). Memekak kat PTPTN dan Kementerian Pelajaran Tinggi like shouting at deaf ears - buat hape.

PTPTN Tangguh Pinjaman Unisel Buat Sementara Waktu
PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) buat sementara waktu.
PTPTN dalam kenyataan media pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.
"PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandang berat cadangan serta desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai kerajaan negeri seperti Unisel dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) bersedia menyediakan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekali gus menolak pinjaman PTPTN.
"PTPTN percaya terhadap kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma. Oleh itu, pinjaman PTPTN di kalangan pelajar tidak diperlukan," kata kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sementara itu, PTPTN berpendapat, tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa peminjam supaya tidak menjelaskan bayaran balik akan menjejaskan keupayaan pembiayaan pinjaman kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di Unisel.
Kata kenyataan itu lagi, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membuat bayaran balik sehingga menjejaskan kemampuan memberi pinjaman kepada pelajar baru.
"Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan Unisel mengenai perkara ini," demikian menurut kenyataan itu.

No comments:

Cerita Dolu Dolu