Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 22, 2005

Isu Air di Lembah Kelang

Merujuk kepada berita-berita dalam akhbar hari ini

Utusan Malaysia
Air di Lembah Klang cukup 15 hari sahaja
Oleh:  ISMAIL DAUD
SHAH ALAM 21 Sept. - Kawasan Lembah Klang bakal mengalami gangguan bekalan air yang serius termasuk kemungkinan menghadapi catuan.
Ia ekoran paras air di Empangan Hulu Selangor yang membekalkan air kepada 65 peratus daripada 7.3 juta penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya semakin kritikal dan hanya mampu bertahan untuk tempoh 15 hari saja jika hujan tidak turun di kawasan tersebut.
Jika keadaan itu berlaku, ia mengulangi krisis air pada 1997 dengan sebahagian besar penduduk Lembah Klang terpaksa mengalami catuan air. . .
lagi di sini.
The Star
Water level at Sungai Selangor dam still dropping
SHAH ALAM: Despite the rains over the past few days, the level at the Sungai Selangor dam dropped another 1% in just one week, creeping ominously closer to the critical 30% mark.
“Yes, the situation is worrying. The dam level was at 40% last week. Then it became 39% a day ago. We must start to save water,” Datuk Dr Mohd Khir Toyo said yesterday.
Lagi berita di sini.
Masalah air paling kritikal pernah berlaku pada tahun 1997 di mana ada syarikat yang terpaksa di tutup sementara akibat kekurangan air terutama syarikat yang menggunakan air yang banyak seperti pengeluaran wafer untuk industri cip dan elektronik. Begitu juga dengan industri pemakanan. Pada tahun 1997, keadaan yang amat kritikal tersebut menyebabkan ada suara-suara yang mengatakan industri akan meninggalkan Malaysia.
Kenapa masalah ini berlaku merupakan igauan kepada semua. Dalam keadaan hutan hujan yang semakin berkurangan, aliran air yang tiada tapisan, cuaca bumi yang berubah-ubah di mana keadaan panas melampau ataupun sejuk melampau sebenarnya bukanlah perkara yang pelik kerana sesungguhnya plate bumi bergerak sebanyak 15cm setahun. Bayangkan jika 100 tahun atau 1,000 tahun. Pergerakan ini juga punca gempabumi. Aktiviti manusia mempercepatkan senario tersebut sahaja. Kemarau berlaku bukan sahaja di Malaysia tapi di kebanyakan tempat di dunia di mana suhu meningkat tinggi. Gurun semakin meluas, kebakaran dan jerebu memburukkan lagi keadaan.
Tindakan pro-aktif. Sebagai rakyat, kita harus cuba berjimat cermat dalam penggunaan air. Cara yang mudah seperti mengurangkan basuhan baju jika menggunakan mesin basuh di mana secara tidak langsung menjimatkan elektrik. Pengurangan tersebut bermakna basuh dalam kuantiti yang banyak serentak bukan sedikit-sedikit. Kita juga boleh berjimat dengan cara membasuh kereta menggunakan baldi dan bukan air terus dari paip.
Jika diambil kira 1997, masalah air di rumah saya mungkin kurang berbanding rumah ibu saya. Tahun 1997 amat kritikal tetapi alhamdulillah air di rumah saya tiada banyak catuan. Mungkin laluan paip yang sama dengan hospital dan industri membantu. Dalam pada itu, persiapan bekas-bekas tadahan sudah mula di atur untuk persediaan walaupun pada 1997, air yang saya tadah tidak pernah diguna kerana tiada catuan.

Monday, September 19, 2005

Kisah Hujung Minggu

Malam Penutup Bulan Kemerdekaan

16 September 2005, malam penutup bulan kemerdekaan. Konpius sikitlah pasal malam penutup bulan kemerdekaan ni. Apa motifnya? Malaysia (merangkumi Sabah & Sarawak) pada 16 September 1963 sebab itu jadi penutup keujudan Malaysia ke? Di RTM2 ditunjukkan perarakan dan persembahan oleh gajah, raminya orang. . . sebab ada Mawi?
Anugerah AE05
17 September 2005, Anugerah ERA 2005. Berbagai anugerah di beri kepada artis penurut populariti - pemenang kecuali Anugerah Khas ERA (dimenangi oleh M.Nasir) dan Anugerah Carta ERA (Peterpan) semuanya ditentukan oleh pengundi SMS, Internet melalui ERA Radio. Habis tu Anugerah Artis Pilihan DIGI (dimenangi oleh semestinya - Mawi) tu pulak apa? Bukan ke yang lain pun Anugerah Pilihan SMS juga? Musykil aku - yang pasti Farah yang di calonkan dalam 4 kategori tidak menang (sorry yek Ilham) sebab aku tak berapa suka dia ni - suka menjerit.
Malaysian Idol Spectacular
Lawak antarabangsa - itulah, suka sangat kutuk AF (sebab Mawi lah sebenarnya) aku rasa MI kali ni memang kelakar. Aku bukan musician jadi tang teknikal tu aku pun tak tahu tapi kalau Daniel yang mengunyah lirik, aku pun boleh faham kelemahannya. At least, Mawi nampak improvement dari mula from zero. Ni yang masuk final MI macam pertandingan karaoke biase aje. Imagine, JAC tak boleh pergi untuk World Idol dan di gantikan oleh Daniel (aku rasa dia menang instead of Nita) . And talk about MI have better selection. Pleaze lah. Kalau pilihan terletak pada tangan pengundi (SMS & Fixed line) tak boleh nak predict keputusan dan minat orang ramai dan selalu nya pilihan mereka lebih tepat kot sebab diorang (peminat) yang nak beli album bukan so called 'Judges'.
Menyambut Ramadan
Tahun ini kami menyambut Ramadan berlainan sedikit. Weekends sibuk dengan kehulu kehilir membeli barangan untuk jualan. Harap ianya akan berterusan bukan untuk Ramadan sahaja. Harap berkat Syaaban berterusan.
Nisfu Syaaban
18 September 2005 bersamaan 14 Syaaban 1426. malam tersebut adalah Malam Nisfu Syaaban. Malam itu dimeriahkan oleh bacaan yassin di surau-surau dan masjid-masjid. Qiamullail juga ada dilaksanakan. Kali ini aku tak join, cuma baca yassin di rumah dan qiamullail sendirian sahaja. Di surau, majlis membaca yassin sebanyak 3 kali di adakan. Aku konpius sikit tentang amalan ini. Ustaz Ismail Kamus pun pernah hilite kan fasal amalan ini yang tergolong dalam bidaah. Aku tak boleh la nak bangkang kan? Sapa lah aku ni. . . Teringat cerita adik ipar semasa di London, pak-pak Arab ni siap berdebat pasal isu amalan Nisfu Syaaban sebab diorang tak jumpa dalil. Sapo nak jawab?
Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa
Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa telah pun berakhir pada 17 September 2005. Qariah Malaysia berjaya menjadi johan. Sudah lama Qari lelaki tidak menjadi Johan. Rasanya tak penting lah Johan tu. Cuma aku konpius apasal pada masa yang sama kerajaan boleh mengadakan perayaan penutup bulan kemerdekaan. Rasanya tak sesuai langsung. Tapi mungkin juga sebab biasa di adakan pada bulan Syaaban dan kita tahu bulan Hijriyah berganjak 10 hari setahun jadi kebarangkalian untuk berselisih memang ada cuma kecewa sikit lah sebab dah tentu Pak pak menteri takde kat PWTC kan? Tak berani nak komen bebanyak lah tang ni. . kenapa tak jemput Mawi ke sebagai Qari jemputan?
Isu Ketua Pengarah Kastam - Tan Sri Halil
Kesian pulak aku baca kes ni. Ye lah, yang nak buat majlis perpisahan bukan Tan Sri Halil tu bukan dia tapi pegawai-pegawai kastam. Apasal nak timbul isu dia yang guna sampai 5 juta? Betul ke? Kesian Tan Sri Halil. Tak patut betul sesiapa yang timbulkan isu ini dan dia dilaporkan akan membuat laporan polis - sumber. Apa kaitan dengan aku? Tak de kaitan kecuali sama-sama Ex-SASsians dan ditambah pulak dia Pengerusi ASAS. tu aje.

Perkahwinan Hor Hishamuddin & Dayana

Selamat Pengantin baru Nor Hisham & Dayana

18 September 2005, Nor Hishamuddin Datuk Nordin telah melangsungkan perkahwinannya dengan Dayana.
Selepas solat Zohor, saya bertolak ke rumah beliau dalam keadaan hujan yang turun lebat. Nasib baik cuma renyai-renyai di rumah beliau di KGSAAS. Bersama isteri saya kami tiba pada jam 14:00. Rakan-rakan seperti MJ, Bob, Tajul, Bahrom, Arab dan Lanun sudah tiba. Bertembung dengan Nizam dan Wak Melan bersama keluarga. Sesudah mengucap tahniah kepada kedua mempelai, kami pun menjamu selera. Azahir dan isteri, Rose tiba. Hidangan seperti Nasi Minyak, Rendang Ayam, Kambing Kuzi, Kerabu Paru, Ikan Masak Merah, Rendang Daging seta buah-buahan serta pudding menambat selera sambil di hiburkan oleh band pengiring Polis. Sesudah itu, kami masuk ke dalam rumah untuk bergambar lagi bersama pengantin. Klik gambar untuk gambar yang lainnya atau di sini gambar-gambar oleh Azahir.

Cerita Dolu Dolu