Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 22, 2010

Judi haram biarpun berlesen

Judi haram biarpun berlesen SUMBER
Ekmal Yusof

KUALA KANGSAR, 22 Mei: Pejabat Agama Islam Perak difahamkan turut membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia yang kan berlangsung Jun ini.

Dalam satu risalah yang diedarkan kepada masyarakat di sini, merayu kepada masyarakat supaya tidak terkeliru dengan tindakan kerajaan kerajaan BN dan menegaskan bahawa judi tetap haram dalam apa juga keadaan.

Risalah bantahan tersebut telah pun diedarkan keseluruh masjid dinegeri ini yang menyatakan bahawa judi bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung Jun ini, itu adalah tetap hukumnya haram walaupun ianya diberi lesen oleh kerajaan BN.

Ianya turut dibaca oleh khatib, ketika menyampaikan khutbah Jumaat semalam
.

Apasal mimbar jumaat kat Selangor takde? Atau masjid aku pergi je yang takde?

”Umat Islam dinegara ini jangan terkeliru iaitu bahawa judi bola itu adalah tetap haram tiada alasan untuk meluluskanya walaupun diberi lesen oleh kerajaan.”

Menurut khatib, kerajaan digesa kembali kepada ajaran Al-quran dan Hadis jika hilang punca tentang menentukan sesuatu hukum.

”Bahawa jika kita tengelam punca tentang hukum maka berbaliklah kepada Al-quran dan hadis maka didalamnya dengan terang dan nyatakan menyatakan dengan apa alasan sekali pun judi bola sepak Piala Dunia dan judi-judi yang lain adalah tetap haram disisi hukum Allah.

Menurutnya, tiada satu pun hukum dunia atau manusia didunia ini yang boleh menghalalkan sebarang perjudian kerana ianya adalah dikutuk dan dilaknati Allah.”

“Kerajaan kita adalah dikatakan sebuah negara maju dan kaya dengan kewangannya maka tidak semestinya bergantong harap kepada wang judi.

"Ia sekaligus menjerumuskan ramai orang menjadi kaki judi bola sehingga kehidupan menjadi papa.

Khutbah itu semalam juga turut menasihatkan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akar menilai kembali kelulusan yang telah diberi kerajaan itu

Friday, May 21, 2010

Ezam dakwa siasatan Selcat tidak telus

Ezam dakwa siasatan Selcat tidak telus - SUMBER

SHAH ALAM – Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) menyiasat amalan rasuah dan penyelewengan isu pasir dianggap tidak telus kerana berniat melindungi pihak tertentu.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, tanpa persetujuan Dewan Undangan Negeri Selangor, Abdul Khalid tidak mempunyai kuasa mengarahkan Selcat menyiasat perkara itu.

“Hanya polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertanggungjawab terhadap kes seperti ini, bukannya Selcat yang seharus dipertanggungjawabkan menyiasat kes berkenaan.

“Mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan, hanya Polis dan SPRM diperuntukkan melaksanakan tugas itu di bawah seliaan pendakwaan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan media kepada Sinar Harian, semalam.

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Malaysia (PKR) itu berkata, Abdul Khalid, DUN dan Selcat tidak dibenarkan beroperasi secara selari dengan badan yang diberi kuasa mengikut perlembagaan.

“Ini membuktikan menteri Besar Selangor itu tidak menghormati perlembagaan dan institusi kehakiman negara ini.

“Selcat perlu menghentikan aktiviti itu buat sementara waktu kerana pembentukan dan bidang kuasa Selcat masih dalam proses Mahkamah Tinggi Shah Alam,” katanya

SENATOR WEH!!! SURUH JER MULAKAN DENGAN 6 KOTAK YANG DOK JAJA SANA-SININ DULU BARU SIBUK HAL ORANG.

Kenyataan saya dipolitikkan: Awang Adek

Kenyataan saya dipolitikkan: Awang Adek

BACHOK - Timbalan Menteri Kewangan, Senator Dr Awang Adek Hussein mendakwa kenyataannya berhubung dengan lesen judi bola sepak di Parlimen baru-baru ini, dijadikan modal berpolitik oleh pihak berkepentingan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Kelantan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung untuk membuat kenyataan berkaitan perkara itu.

“Adalah lebih baik Datuk Chor yang menjelaskan perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan watikah pelantikan guru-guru Kafa di sini, semalam.

Sebelum ini, Awang Adek berkata, kerajaan mempertimbangkan permohona meluluskan lesen judi bola bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Kenyataan tersebut secara langsung menimbulkan polemik dan bantahan di kalangan masyarakat termasuk dari ahli politik pembangkang dan kerajaan.

Dalam pada itu, beliau mengajak rakyat agar berfikir tindakan kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan penjualan arak kepada golongan orang bukan Islam yang disiarkan oleh sebuah akbar tempatan sebelum ini.

MAHAZA KATA: (Apa motif Awang Adek cakap macam ni? Dia nak cerita orang bukan Islam yang mintak jadi kalau Kelantan boleh benarkan orang bukan Islan minum arak apasal tak boleh bagi dorang berjudi ke? Walhal ramai dari golongan bukan Islam membantah judi bola ni termasuk dari MCA.)

Awang Adek berkata, Kelantan hanya berjaya menarik satu daripada 1,000 kilang yang disenaraikan antara terbesar di negara ini yang jelas menunjukkan pimpinan Kerajaan Negeri gagal menarik pelaburan untuk menjana ekonomi negeri dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat

“Keadaan ini menyebabkan Kelantan hanya mampu menyumbangkan hasil sebanyak RM34 juta setahun, iaitu antara kutipan paling rendah di negara ini.

“Ekonomi Kelantan lebih banyak disumbangkan oleh gaji dan elaun 85,000 kakitangan Kerajaan Pusat yang berkhidmat di negeri itu, termasuk guru, polis dan tentera yang berjumlah RM3 bilion setahun,” katanya

Dua Lagi Laporan Polis Dibuat Berhubung Kes Kematian Aminulrasyid

Jumaat Mei 21, 2010 - SUMBER

SHAH ALAM: Dua lagi laporan polis berhubung kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis di Seksyen 11 pada 26 April lepas, dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.

Laporan polis itu masing-masing dibuat oleh kakak Allahyarham Aminulrasyid, Nor Azura, 39, dan Muhamad Hafizzudin Omar iaitu abang kepada Azamuddin yang merupakan rakan remaja itu yang berada bersamanya dalam kereta yang dipandu remaja itu ketika kejadian.

Peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N. Surendran ketika ditemui pemberita berkata, Nor Azura dalam laporan itu meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seolah-olah bertujuan menutup kes itu.

Surendran yang mengiringi keluarga berkenaan membuat laporan polis itu berkata Muhamad Hafizzudin dalam laporannya mendakwa berlaku cubaan membunuh oleh pihak polis terhadap adiknya Azamuddin kerana melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki kedua-dua remaja itu.

(MAHAZA KATA: Disebabkan anggota polis terlibat sudah dibawa ke mahkamah, serahkanlah kepada keputusan mahkamah. Saya rasa ini kurang adil kepada polis - bayangkan ada penjenayah yang cedera menyaman polis atau membuat laporan polis dia ditembak - alasannya? Polis berniat untuk membunuhnya.

Saya teringat kisah yang sudah agak lama di US apabila seorang penjenayah menyaman pihak polis dan kerajaan negeri (tak pasti mana) kerana penjenayah itu lumpuh akibat ditembak polis. Polis bertindak menembaknya kerana dia bersenjata. Apakah kita perlu sehingga ke tahap tersebut dan polis tidak mengambil endah baru kita menyesal?

Ada orang kata "Tak kena pada batang hidung sendiri atau ahli keluarga sendiri bolehlah cerita" - saya kata, kalau kena kat ahli keluarga sendiri mungkin saya tetap ambil pendirian yang sama. Saya pernah bercerita kepada anak-anak saya - "Kalau korang terang terang buat salah, jangan harap papa akan jamin korang"
)

Muhamad Hafizzudin juga meminta KDN menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera, katanya. - BERNAMA

Thursday, May 20, 2010

KALAU LAH POLIS DIRAJA MALAYSIA BOLEH BUAT MACAM NI...

取り調べ中の問題行為 29件 SUMBER

Di bawah ni berita yang di tonton di ASTRO 963 jam 11:45 tadi. Ceritanya? sila pergi ke bawah untuk ringkasan.

5月20日 13時2分

警察官による不当な取り調べをチェックする監督制度について、開始から1年間で容疑者にたばこやジュースを提供する便宜供与など、
あわせて29件の問題行為があったことがわかりました
。警察庁は「抜き打ち的にチェックを行い、取り調べの適正化に努めたい」と話しています。

取り調べの監督制度は、捜査部門以外の監督官と呼ばれる警察官が取り調べの状況をチェックするもので、警察庁は、去年4月の導入から1年間の結果をまとめました。
それによりますと、監督官が取り調べの状況を確認したのはあわせておよそ220万回で、最終的に監督の対象となった問題行為は29件ありました。
具体的には、容疑者への便宜供与が21件と最も多く、正当な理由がないのに容疑者の身体に触れたケースが4件、責任者の承認を受けないで深夜から未明の取り調べや、一日に8時間を超える取り調べを行ったケースが2件などとなっています。
去年5月には大阪府警の巡査部長が容疑者の顔を殴ってけがをさせたほか、去年7月には神奈川県の鎌倉警察署の警部補が容疑者にたばこやジュースを与えていたなど、3件で取り調べに当たった警察官が懲戒処分を受けました。

警察庁は「抜き打ち的にチェックを行い、取り調べの適正化に努めたい」と話しています。

Di atas ni berita yang di tonton di ASTRO 963 jam 11:45 tadi.

Maklumat yang dikeluarkan oleh Polis Jepun berkaitan dengan siasatan dalaman terhadap kasilapan dalam kaedah yang polis lakukan semasa mengambil kenyataan saksi atau suspek.

Dari sejumlah 2,200,000 (dalam tempoh setahun bermula dari April 2009) kes siasatan terdapat 29 kes yang didapati tidak mematuhi kriteria atau cara siasatan yang seharusnya (tak ikut SOP lah ni)

1. 21 kes - Nego dengan suspek (kes nak dapat maklumat kot?)
2. 4 kes - Memegang badan pesalah(melakukan pemeriksaan badan) tanpa sebab (tiada keperluan)
3. 2 kes - Mengambil keterangan dari tengahmalam hingga pagi atau melebihi 8 jam sehari tanpa kebenaran.
4. 1 kes - Menyebabkan kecederaan kepada suspek.
5. 1 kes - Memberi jus dan rokok kepada suspek.

Matlamat : Untuk memeperkukuhkan sistem menyiasat suspek atau saksi.

Kalau PDRM dapat laksanakan sedikit sahaja (PCIMC?) atau IA? dan maklumkan seperti itu tentu tiada siapa akan kata PDRM bermasalah.

BANTUAN : Sekolah Agama Hendak Dilelong di Selangor?

Info di bawah dipetik dari KEDAH LANIE

Taman Bukit Indah ni memang familiar sangat.

Tadi telah telefon Hj Mohamed (No ada kat bawah) dan beberapa fakta perlu diperbetulkan.

1 - KAFA Integrasi ni menyewa dan tuan punya menawarkan kepada KAFA Integrasi untuk mengambil alih (membeli) bangunan tersebut pada harga RM550,000. Bukanlah KAFA ni tak bayar bank sampai nak kena lelong (buruk sangat bunyinyer).

2 - Dana memang belum mencukupi sebab tuan punya bagi tempoh 6 bulan.

Sumbangan tuan2 dan puan2 bolehlah di masukkan kedalam akaun bank seperti dibawah

Akaun : KAFA INTEGRASI AL WAHIDAH
Maybank :: 562209609000

Jadi kepada yang dapat maklumat atau cut and paste sila betulkan makjlumat anda - KAFA tu tak kena lelong ye!!!

BANTUAN : Sekolah Agama Hendak Dilelong di Selangor
Assalamualaikum para sahabat -sahabat,

Bantuan anda semua amatlah diperlukan bg menyelamatkan seramai 400 org pelajar Sekolah Agama Rakyat (KAFA INTEGRASI) AL WAHIDAH, Taman Bukit Indah Ampang kerana pada masa ini bangunan sekolah mereka sedang dilelong oleh pihak bank berkemungkinan daripada pemilik bangunan tidak mampu membayarnya.

Harga yang ditawarkan adalah RM 550,000 dimana pihak sekolah tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membelinya walaupun Pengetua sekolah tersebut sedang mencuba sedaya upaya untuk menyediakan wang yang dikehendaki.

Pihak sekolah diberikan masa selama 6 bulan oleh pihak bank bg menyediakan wang tersebut. Setakat email ini ditulis pada 09/05/2010 pihak sekolah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 20,000 dan mereka menpunyai masa lebih kurang 5 bulan lagi.

Oleh yang demikian, pihak sekolah sedang menjual saham sebanyak RM50 seunit bagi sesiapa sahaja yang ingin membeli bagi membantu pihak sekolah menyediakan wang yang secukupnya.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kepastian mengenai keadaan sebenar, tuan2 dan puan2 bolehlah menghubungi sendiri Pengerusi Sekolah tersebut seperti butir2 dibawah.

HJ MOHAMED BIN SAHARUDIN - 0162953756 / 0199476844

Sumbangan tuan2 dan puan2 bolehlah di masukkan kedalam akaun bank seperti dibawah

Akaun : KAFA INTEGRASI AL WAHIDAH
Maybank :: 562209609000

Tolong lah panjangkan email ini kepada sahabat handai yang lain yang boleh turut serta membantu pelajar-pelajar sekolah tersebut

PDRM Akan Perangi Habis-Habisan Judi Piala Dunia

Kalau anak-anak baca kat bawah nih macamana nak explain agaknya ya (seperti yang aku boldkan) PERJUDIAN HARAM (PAK POLISI - PERJUDIAN HALAL juga tiada pak. Judi semuanya haram). Bestnya siap explain modus operandi lagi camana nak buat pertaruhan tu.....

PDRM Akan Perangi Habis-Habisan Judi Piala Dunia - SUMBER

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pasukan khas akan memantau kegiatan seumpama itu.

"Memang sudah ada pasukan khas ini...cuma kejayaan atau kes yang dilaporkan tidak akan didedahkan kepada media supaya tidak menganggu siasatan kerana ianya berterusan.

"Sememangnya setiap kali Piala Dunia kita akan gerakkan anggota untuk mengesan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Katanya, PDRM telah mengesan suspek dan lokasi perjudian, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, walaupun kerajaan telah mengeluarkan lesen bagi membenarkan judi secara sah dilakukan, namun Bakri berkata pasti akan ada sindiket-sindiket yang masih berdegil dengan menganjurkan pertaruhan tidak sah bagi mengaut keuntungan.

"Mereka yang didapati bersalah ini sama ada pemain atau penganjur akan dibawa ke muka pengadilan," katanya yang enggan mendedahkan jumlah mereka yang pernah ditahan selama ini.

Beliau berkata, modus operandi bagi pertaruhan Piala Dunia ialah mereka akan mencari jaringan perjudian sama ada melalui rakan-rakan mereka atau laman web yang menawarkan akses kepada mereka untuk berjudi.

Menurutnya, keputusan sesuatu perlawanan akan menentukan nasib pertaruhan mereka sama ada berjaya atau sebaliknya dan mereka akan kembali bertaruh untuk perlawanan seterusnya sehinggalah tamat Piala Dunia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. - BERNAMA

Wednesday, May 19, 2010

JANGAN ADA YANG DOA MP ATAU ADUN MENINGGAL UDAH LER

8 KAMPUNG DI PUCHONG DITENGGELAMI AIR
SUMBER

PUCHONG – Enam kampung serta ratusan rumah ditenggelami air dalam kejadian banjir terburuk sekitar Puchong dan Seri Kembangan petang, semalam.
Ia bencana terburuk sejak 10 tahun lalu dan penduduk kerugian ratusan ribu ringgit apabila kebanyakan peralatan rumah rosak.
Kampung terlibat ialah Kampung Seri Aman, Kg Kuala Sungai Baru, Kampung Seri Andalas, Kampung Baru Batu 14, Kampung Tengah,Kg Kenangan,Kg Sri Puchong dan Kg Bukit Lanchong.
Beberapa kawasan perumahan di Taman Puncak Jalil dan Lestari Perdana turut terjejas akibat hujan lebat hampir tiga jam itu.

Kebanyakan jalan utama terpaksa ditutup bagi laluan kenderaan ringan dan usaha memindahkan mangsa dilakukan dengan menempatkan ke balairaya terdekat.
Rata-rata penduduk yang ditemui berkata, air yang naik dengan cepat menyebabkan mereka hanya mampu menyelamatkan dokumen penting dan hanya mampu melihat peralatan rumah ditenggalami air.

Penduduk, Salim Mohamad, 76, berkata, setiap kali hujan, rumahnya di Kampung Kuala Sungai Baru pasti akan ditenggelami air.
“Dalam kejadian petang tadi (semalam), hanya saya, isteri dan cucu berada di rumah menyebabkan kami tidak mampu membawa peralatan elektrik.
Salim bersama 19 anggota keluarganya termasuk seorang ibu yang masih di dalam pantang terpaksa dipindahkan dengan bantuan penduduk kampung.

Di Kampung Seri Aman, penduduk mendakwa benteng sungai Ayer Hitam yang pecah menyebabkan air melimpah.
Azlan Jaafar berkata, selain sistem perparitan yang tidak sempurna di kampung itu, kuantiti hujan yang luar biasa menjadi faktor banjir kilat berlaku.

Manakala di Kampung Baru Batu 14 pula, penduduk memaklumkan pembangunan dijalankan pemaju di kawasan berhampiran menyebabkan limpahan air ke rumah penduduk kampung
Penduduk, Omar Ali Rashid, 68, berkata, sejak tinggal di kawasan itu, kejadian banjir sering berlaku selepas pembangunan taman perumahan di atas bukit dijalankan.
“Masalahnya kami difahamkan ia akibat kolam empangan perumahan itu tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.

Ahli Majlis MPSJ, Norhesni Ismail berkata, semua balai raya dibuka untuk menempatkan mangsa banjir yang terlibat.bantuan bersesuaian akan dihulurkan daripada pihak Majlis.
Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Teresa Kok Suh Sim memaklumkan pihaknya akan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir

KES PENGAWAL PEMANGKU SULTAN DITEMBAK

INNALILLAH. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

BERITA TERBARU
Pengawal istana Kelantan ditembak meninggal dunia awal pagi ini - SUMBER

Oleh G. Manimaran May 19, 2010

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Pengawal istana Kelantan Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 Mei lalu meninggal dunia awal pagi.
The Malaysian Insider difahamkan Allahyarham Ramli meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi tadi.
“Pengawal istana Kelantan telah meninggal dunia pagi ini, kira-kira 3 pagi tadi,” kata sumber istana Kelantan ketika dihubungi sebentar tadi.

Pemangku Sultan Kelantan sumbang RM100,000 kepada pengawalnya kritikal ditembak

KOTA BAHARU - Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra hari ini, menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM100,000 kepada pengawal istana Kelantan, Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 Mei lalu.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, sumbangan peribadi itu bertujuan meringankan bebanan keluarga Ramli, 50, yang mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.
"Pemangku Raja Kelantan amat mengambil berat terhadap Ramli yang telah ditembak baru-baru ini dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini. SUMBER

Judi: Ekonomi negara amat terdesak?

Sumber : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Malaysia dilihat seolah-olah terlalu terdesak dalam masalah ekonomi sehingga terpaksa berharap kepada perjudian sebagai sumber ekonomi negara, kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Mohd Idris Mohd Yussoff.
Sehubungan itu, tegasnya, Gamis mendesak kerajaan menarik balik lesen pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan bermula bulan hadapan.
Beliau juga berharap agar Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam untuk campur tangan dalam tindakan tidak bertanggungjawab itu yang telah mencemarkan kesucian agama Islam.
"Dalam perbincangan tidak rasmi bersama Presiden Karisma, Abdullah Omar, kita merancang untuk mengajak rakan-rakan gerakan mahasiswa Islam dan front-front mahasiswa lain untuk bersama dalam bantahan ini.

“Kemungkinan kita akan membuat kutipan tandatangan mahasiswa bersama dengan memorandum yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyuarakan isi hati mahasiswa yang cukup kecewa dengan keputusan kerajaan ini," katanya lagi.

Gamis juga, katanya menyeru para agamawan, mufti-mufti, rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan termasuk di kalangan mereka bukan Islam yang cintakan kesejahteraan negara untuk berani bangkit menyatakan bantahan ini agar kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut.
Bagi mahasiswa Islam, tegasnya membantah pemberian lesen pertaruhan judi itu kepada Kumpulan Berjaya Corporation kerana judi secara jelas sesuatu yang haram di sisi Islam.

"Dalam perkara yang sudah qat'ie (diputuskan) haram tanpa khilaf (perbezaan pandangan ulama) ini, tidak perlu lagi melihat kepada maslahah (kebaikan) yang cuba direka-reka untuk menghalalkannya,” ujarnya.

Menurutnya, hujah Timbalan Menteri Kewangan bahawa tindakan sedemikian untuk mengurangkan masalah pertaruhan haram daripada merebak tidak boleh diterima akal yang waras.
“Takkan kalau selepas ini kerajaan hendak mengelakkan pelacuran haram secara berleluasa, kerajaan wujudkan pula tempat pelacuran 'halal'?" katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tegasnya, Gamis berpendirian, pertaruhan itu bukan sahaja dibantah oleh mereka yang beragama Islam tetapi juga di kalangan bukan Islam yang bimbang akan menyebabkan masalah sosial di Malaysia semakin parah.
Menurutnya lagi, dalam demonstrasi aman di Masjid Kampung Baru pada minggu lepas misalnya, terdapat wakil bukan beragama Islam yang berucap untuk menyampaikan bantahan walaupun demonstrasi Jumaat lalu dihalang oleh pihak polis.
Sebelum ini, katanya kajian pernah dibuat berkaitan masalah 'ah long' di mana hasil kajian membuktikan, kebanyakan mereka yang terlibat meminjam wang daripada 'ah long' adalah kaki judi.

“Gamis memandang, pemberian lesen pertaruhan ini akan menambahkan lagi penyakit sosial di kalangan masyarakat Malaysia,’ ujarnya lagi.

Tambahnya, Gamis juga memandang, tindakan itu akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia terutamanya negara-negara Islam.
Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan agama, parti-parti politik serta orang perseorangan membantah selepas Menteri Kewangan secara rasminya pada 11 Mei lalu memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.
Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula pada 11 Jun in

Tuesday, May 18, 2010

ULANGTAHUN UMNO 64 TAHUN?

Semalam pergi rumah mak aku dan belek-belek buku UMNO 64 TAHUN.

Maklumat yang tertulis di dalam itu termasuklah

1 - Presiden UMNO
2 - Sejarah UMNO termasuk pembatalan UMNO pada 1988 dan penubuhan UMNO Baru.
3 - Kisah pemecatan Anwar Ibrahim.
4 - Pengurangan majoriti pada Pilihanraya Umum 2008.
5 - Kemenangan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.
(Sorry, aku tak perasan ada maklumat fasal kekalahan pun?)

Hmmm...... HANTAMLAH LABU......

Jaga Hutan Lebih Rumit Daripada Tadbir Negeri

Jaga Hutan Lebih Rumit Daripada Tadbir Negeri
Oleh YUSOF HARUN SUMBER

ANTARA aset semula jadi milik negeri Perak yang terpenting adalah hutan hujan tropikanya yang dikenali umum di seluruh dunia sebagai Royal Belum. Hutan ini adalah ibarat rumah kepada spesis Panthera tigris jacksoni iaitu nama saintifik kepada Harimau Malaya atau disebut dengan panggilan harimau belang sahaja.

Hari ini cara paling mudah untuk melihat dan merakamkan foto harimau belang ini ialah dengan berkunjung ke zoo. Pilih sahaja posing yang hati anda berkenan, rakamlah sebanyak mana anda mahu dan habiskanlah masa anda di zoo selama mana ia menghiburkan anda.

Jurufoto terkemuka dari pertubuhan bersabit alam sekitar tersohor dunia sekalipun sering melahirkan kekecewaan kerana kesukaran mengesan harimau Malaya di Royal Belum untuk dirakamkan menerusi lensa kamera.

Ada yang mendakwa terpaksa menunggu di dalam hutan selama berbulan-bulan tetapi, jangan katakan dapat melihat seekor harimau, malah tapaknya juga tidak dapat dikesan.

MANGSA PEMBURU HARAM

Namun begitu, ini bukanlah senarionya 50 tahun yang lampau. Waktu itu orang tidak masuk ke Hutan Belum, nama lama bagi Royal Belum, untuk menangkap foto harimau dalam habitat asalnya. Sekiranya itulah yang mahu dilakukan, maka ia bukanlah menjadi masalah yang besar.

Agak malang bagi National Geographic atau krewnya kerana tidak mengetahui kedudukan Hutan Belum ketika itu. Dan jika hutan hujan tropika ini sudah popular seperti sekarang, pastinya wajah dan aksi pak belang sudah menjelajah ke seantero dunia melalui cover story majalah berkenaan.

Baca lagi

Tetapi di kawasan Ampang Hulu Langat dan Hulu Kelang? Ada cita-cita untuk mengurangkan hutan simpan. Aku tahu bagaimana pengurangan hutan ini telah jelas dan nyata. Hutan dan lombong berhampiran rumah mak telah togel. Lombong dah di tutup. Ungka dan siamang tiada lagi menyanyi di waktu pagi bermakna dah lari jauh atau dah mati kesemuanya. Berok dan kera turun ke jalanraya di Hutan Rimba Ampang menunjukkan makanan dah berkurangan dan binatang binatang ini mengharapkan ehsan pembuang sampah di tempat berkelah.

Bayangkan semas kecil kadangkala tenggiling masuk dalam baldi, mak ku bercerita kisah harimau akar yang merayap di belakang rumah, semasa aku kecil burung hantu mati terlanggar wayar elektrik. Kesuburan hutan kadangkala menyebabkan minyak masak beku apabila bangun pagi.

SELAMATKAN ALAM SEKITAR DEMI GENERASI AKAN DATANG.

Monday, May 17, 2010

Kenyataan Media (16 Mei 2010)

Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia terutamanya di Perak. Kenyataan Media pertama dari Sekretariat boleh dibaca dibawah.

Kenyataan Media (16Mei 2010)
JANGAN BERMAIN DENGAN API

Sekretariat Bloggers PAS Perak telah menerima aduan tentang gangguan politik terhadap kakitangan awam khususnya di negeri Perak. Pihak Sekretariat beranggapan bahawa gangguan dan campurtangan politik terhadap kakitangan awam adalah sesuatu yang melanggar etika profesionalisma. Bacul dan hina. Sehubungan dengan itu, pihak Sekretariat mengingatkan agar pihak-pihak yang terlibat khususnya majikan mestilah mengamalkan profesionalisma kerja dan telus.

Aduan yang diterima kini menyatakan bahawa ada kakitangan kerajaan Kementerian Pelajaran khususnya di Perak telah diganggu dengan ugutan dan tekanan. Laporan yang diterima juga menyatakan bahawa seorang guru Kementerian Pelajaran telah ditukar ke luar negeri dengan tempoh arahan pertukaran 24 jam.

Tiada tuduhan disiplin selain dikaitkan dengan tuduhan terlibat dengan politik pembangkang. Beberapa orang guru juga dilaporkan sedang diugut dan ditekan untuk mengaku keterlibatan aktif mereka dengan politik pembangkang.

Sayugia dimaklumi bahawan sebarang gangguan politik akan menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam. Kami sangat yakin pendokong PAS dan Pakatan Rakyat yang menjawat jawatan sebagai kakitangan awam bersifat professional dan tidak mencampuradukkan antara politik dan tugas rasmi mereka.

Adalah diharapkan agar pihak Kementerian tidak terikut-ikut dengan rentak politik sempit beberapa individu yang terdesak untuk mempopularkan diri mereka. Beberapa individu yang disyaki terlibat di Perak yang menganggu kakitangan Kementerian Pelajaran telah dikenalpasti. Maklumat dan perincian agenda individu-individu itu juga telah lengkap diperolehi. Pihak Seketeriat amat kesal dengan campurtangan tersebut.

Adalah diingatkan kepada mana mana individu yang terdesak, agar tidak memangsakan kakitangan awam untuk mempopularkan politik mereka. Jika agenda ini berterusan digunapakai oleh individu itu dengan menggunakan kuasa politik menganggu kakitangan awam, demi keadilan dan pembelaan, Sekretariat akan mengarahkan seluruh gabungan Bloggers PAS dan Pakatan Rakyat Perak menggunakan kuasa media baru sepenuhnya untuk menghalang cita cita jahat tersebut. Jangan bermain api.

Sehingga kini pihak Sekretariat Bloggers PAS Perak telah dan berterusan mengumpul maklumat-maklumat kepincangan serta salahguna yang dilakukan oleh individu-individu yang terbabit. Ia juga termasuk masalah moral dan akhlak. Segala maklumat sedang diteliti dan terus diperkemaskan untuk tindakan jika gangguan jahat kepada kakitangan awam masih berterusan.

Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang pendedahan dari maklumat awam untuk kami teliti. (sila emailkan aduan terus kepada Albanjari Online di alamat email, albanjari_online@yahoo.com)

Adalah menjadi disiplin dan akhlak Bloggers PAS untuk tidak menyerang individu dalam mencapai matlamat politik. Namun sekiranya gangguan politik terus digunakan untuk menganggu kakitangan awam yang boleh menjejaskan prestasi kerja dan khidmat mereka terhadap rakyat, disiplin dan akhlak tersebut dikecualikan, biar wajah politik jahat yang terlindung selama ini terdedah dan diburaikan ke pengetahuan rakyat.

Sekali lagi Sekretariat Bloggers PAS Perak mengingatkan ahli politik UMNO agar jangan menggunakan kuasa politik untuk menganggu tugas kakitangan awam. Kuasa media adalah jauh lebih kuat dari kuasa politik. Kami akan menggunakan sepenuhnya kekuatan kuasa media bagi memperbetulkan kepincangan dan sebarang salah gunakuasa dan campurtangan di luar batasan.

Pihak kami akan terus memantau perkembangan ini dan akan bertindak jika sebarang gangguan dan campurtangan tidak dihentikan segera. Kami telah bersedia untuk melaksanakannya khususnya kepada seorang exco Perak yang cukup aktif melakukan kerja-kerja kotor lagi jahat ini. Kita memiliki banyak akses dari sumber dalaman UMNO sendiri yang benci dengan janji kosong serta sikap sombong beliau.

Albanjari
Presiden Sekretariat Bloggers PAS Perak.
2 Jamadilakhir/16 Mei 2010
_______
(*) Mohon semua bloggers PAS dan Pakatan Rakyat dibawah gabungan Sekretariat memasukkan Kenyataan Media ini di blog masing-masing. Terima kasih.

Gaji minima: Kerajaan tunggu kajian selesai

IPOH - Kerajaan akan memutuskan pelaksanaan skim gaji minimum terutama di sektor industri yang dilihat masih terlalu rendah sebaik sahaja kajian terhadap kesannya selesai.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, pada masa sekarang pihaknya masih membuat pertimbangan pelbagai pandangan terhadap kesan yang timbul apabila ia dilaksanakan.

“Kita masih membuat kajian dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai segi untuk menetapkan bagaimana kita akan menghadapi isu itu serta mendapatkan penyelesaian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan cermin mata oleh MIC Bahagian Ipoh Barat kepada 200 murid miskin di sini, semalam.

Ketika ditanya mengapa kajian terhadap pelaksanaan skim gaji minimum mengambil masa lama, beliau berkata, skim gaji minimum adalah satu isu besar dan ia mesti dikaji secara mendalam sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan. SUMBER

“Tindakan ini penting kerana kita mesti mengambil kira kesan-kesan dan implikasi akibat pelaksanaannya. Untuk memberitahu satu masa yang tepat (bila ia dilaksanakan) itu susah sedikit, tetapi memang kita akan melaksanakannya seberapa cepat yang boleh,” katanya.

Tak pasti apakah kajian tersebut cukup menyeluruh atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Apakah kajian tersebut diambil kira melalui data atau survey yang diberikan oleh majikan kepada Kementerian atau data tewrsebut diambil dari sumber yang lain.

1 - Sumber paling boleh dipercayai dan pantas adalah dari KWSP. Kenapa? Borang A KWSP semenjak 2009 mewajibkan majikan mencatatkan gaji/upah yang diterima oleh pekerja.

2 - Pengurangan penggantungan kepada pekerja asing. sebenarnya tiada masalah langsung penggunaan pekerja asing dalam situasi sukar mendapat pekerja TETAPI apakah langkah Kementerian dalam menangani masalah majikan yang KELENTONG? Sesetengah Negara menetapkan gaji minima. Apakah Kementerian mengambil langkah menyiasat dan mendapat maklumat tepat tentang gaji yang pekerja asing tersebut dapat?

3 - Apakah kemudahan yang WAJIB disediakan oleh majikan kepada pekerja asing seperti pengangkutan, tempat tinggal insuran dan sebagainya tiada tolakan terhadap gaji pekerja tersebut? Seperti juga Levi yang tidak dibenarkan tolakan dari gaji pekerja adakah ianya benar-benar dipatuhi?

4 - Kementerian tahu atau tidak ada majikan yang membayar gaji minima seperti yang dipersetujui antara kerajaan (sila betulkan fakta ini) termasuk bayaran kerja lebih masa?
Contoh : Gaji pekerja Vietnam - minima RM750 sebulan. Gaji pokok dibayar RM450 (untuk kerja 48 jam seminggu) kerja lebihmasa setiap hari 4 jam (pekerja bekerja 12 jam sehari. Bayaran kerja lebihmasa sebulan adalah bernilai lebihkurang RM350 tidak termasuk kerja Cuti Rehat atau Cuti Umum. Jumlah gaji di bayar sebelum tolakan adalah sebanyak RM450 + RM350 = RM 800 sebulan. Lebih dari gaji minima yang diperuntukkan - alasan kepada pekerja asing tersebut.

5 - Pekerja tempatan nak kerja dengan gaji tersebut? (RM450 sebulan?). Tempat tinggal - sendiri, Transport - sendiri. Cukupkah? Silap gaya kerja lebihmasa disekat (untuk beri peluang kepada pekerja asing).

Tidak dinafikan pekerja tempatan juga memberi pelbagai masalah kepada majikan tetapi adakah ianya munasabah? Adakah majikan mengambil inisiatif untuk memperbaiki kelemahan tersebut? Gaji memang sesuatu yang amat sensitif kepada pekerja. Walaupun kesilapan kiraan melibatkan SATU SEN harus diteliti dan di bayar - itulah PESANAN saya kepada anak buah apabila pengiraan gaji dibuat setiap bulan.

Harapan saya maklumat tersebut di atas diambil kira dengan betul sebelum sebarang perlaksanaan gaji minima kerana akhirnya yang bakal menjadi mangsa adalah anak bangsa.

59.86 Peratus Mengundi Di Sibu?

SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencatatkan seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 52,158 pengundi telah mengundi di Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu selepas proses pengundian berakhir pada pukul 5 petang semalam.

Proses mengundi itu bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi semalam.

Sejumlah 52,158 pengundi dijangka mengundi bagi memilih Anggota Parlimen baru di 45 pusat mengundi dengan 110 saluran di 39 sekolah, dua taman didikan kanak-kanak, sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Seramai 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis telah mengundi pada Khamis dan Jumaat.

Maap lah aku tengah kompius sesangat.

P 212

Jumlah pengundi berdaftar - 54,695
Jumlah keluar mengundi (ni aku campurkan jumlah undi DAP, BN, Bebas sekalik ) - 37,624
Peratusan keluar mengundi - 69%

PRU 2008

Jumlah pengundi berdaftar 53,679
Jumlah keluar mengundi - 36,379
Peratusan keluar mengundi - 68%

Tolong bantu aku kat mana PERATUSAN KELUAR MEROSOT NIH?

Sunday, May 16, 2010

Tahniah Pakatan Rakyat, Tahniah Pengundi Sibu

UPDATE : 11:25 PM. Keputusan rasmi pun dah ada - aku nak tidur. Ngantok dah weh. Malam ni boleh tidur lebih nyenyak dari Hulu Selangor. Kah Kah Kah

Utamanya, ucapan tahniah kepada calon DAP, YB Wong Ho Leng yang memenangi PRK SIBU kali ini. Tahniah juga kepada pengundi SIBU kerana berani berubah.

Analisa mudah..... masih ramai pengundi Melayu yang tak sedar-sedar bagaimana telah diperlecehkan.

Kalau tak silap baru-baru ni kat Batu 9, Hulu Langat - Kajang banjir kilat sebab air sungai naik. Jangan ada yang buat solat hajat doa MP atau ADUN meninggal dunia dah lah. Kalau Sibu dapat ratusan juta untuk projek tebatan banjir. PRK kat Hulu Langat atau Kajang boleh ada can kawasan yang banjir tu dapat projek tebatan banjir jugak kot?

Kalau JKR ker tak datang dan harapkan MPKj atau Kerajaan Negeri aje buat, sahlah kena tunggu MP atau ADUN 'PERGI' baru dapat projek.

Kesimpulan - pilihanraya kecil harus dicuci dari korupsi tebar duit. Harus berterusan bukan tunggu PRK.

KEPUTUSAN PRK SIBU P.212

Keputusan sedang diumumkan di ASTRO AWANI.

BN - 18,447
DAP - 18,845
BEBAS - 232

Undi Majoriti - 398 (1.7%)

Ni kes undi pos yang tak di pulangkan 190 nih. DAP dapat undi pos 70 sahaja.

ANALISIS AWANI

Komen sang komentar. Pengundi terutama pengundi middle class tidak termakan umpan pembangunan dan wang ringgit. Errr..... Hulu Selangor? Pengundi tak termakan ker ada sebab lain? Sebab Zaid Ibrahim orang luar bukan anak tempatan kot?
Kesimpulan mudah terutama dari kawan-kawan aku yang pergi berkempen di Hulu Selangor - Melayu hampeh.

Analisis Awani - oleh Dr Ibrahim Junid - Jangan memandang rendah Politik Baru - Politik Baru sesudah 2008. Politik pembangunan perlu di analisa dan di buat pembaharuan bukan menyogok dengan pembaharuan - don't underestimate pengundi dengan sogokan. Banyak isu besar yang lebih perlu diambil kira seperti Isu ISA, Kehakiman dan sebagainya.

Sambung selepas komersil dan Buletin Awani - kalau aku rajin menaip lagi

Undi POS sejumlah 2,500 lebih sedikit belum habis di kira.

Maklumat berkaitan - TPM Muhyiddin kata PKR Parti Kian Runtuh ? Sibu menyaksikan BN yang runtuh. Sah mulut cabul nih!!!
Ada kiraan semula undi? Hanya undi pos belum di umumkan. Tak rasmi DAP mendapat 2,940 undi majoriti tak masuk undi pos lagi yang berjumlah 2,500 lebih. Sedang menanti keputusan adalah pemimpin DAP di dalam dewan dan penyokoing Pakatan di luar.
Mana penyokong BN pegi weh? Calon BN pun hilang gak ke?

Sambung lepas komersil.

Malas nak Sambung. Aku dah ngantok, tiada pengumuman rasmi lagi!!! SPR hampeh!!

Apa cerita Sibu?

Apa cerita Sibu? Bila nak buat pengumuman rasmi. Ni dok tengah tengok Astro Awani sedang buat analisa PRK Sibu - dengan keputusan agak-agak atau tidak rasmi.

"GEMPAR!! Cubaan SPR Menipu."

1. SPR sebelum ini mengumumkan jumlah pemilih di Sibu termasuk undi pos adalah 32742 pengundi. Sekarang daripada pengiraan tidak rasmi SPR, jumlah pemilih adalah 34550 pengundi!! SPR Sibu jangan main tipu!

Sepatutnya jumlah semua pengundi + undi pos = 32742+2537=35279.
Sekarang jumlah undi tidak termasuk undi POS + 1 peti undi kubu kuat mereka BN,sudah dapat 34550 undi?

2. 2 peti undi dilaporkan hilang!!. SPR kata pengumuman rasmi pada 10.00 mlm.

Maklumat dari Pulakdah Blogspot.

Selamat Hari Guru

Hari ini 16 May 2010. Seperti biasa 16 May merupakan hari guru dan saya mengucapkan selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru, cikgu, cikgi, ustaz, ustazah dan seumpamanya.

Semalam jumpa biras di Ampang, semalam 15 May sekolah sibuk buat gotong royong tapi cikgu yang buat gotong royong - gotong royong sempena Hari Guru lah tu.

Guru, pendidik. apakah kenangan paling anda ingati dengan guru-guru anda? Kalau tanya saya? Saya memang tak ingat sangat. Nama guru pun tak berapa ingat dah tapi nasib baik rangkaian network rakan persekolah dapat membawa kembali sebahagian memori yang hilang.

SELAMAT HARI GURU

Cerita Dolu Dolu