Jaga Hutan Lebih Rumit Daripada Tadbir Negeri
Oleh YUSOF HARUN SUMBER
ANTARA aset semula jadi milik negeri Perak yang terpenting adalah hutan hujan tropikanya yang dikenali umum di seluruh dunia sebagai Royal Belum. Hutan ini adalah ibarat rumah kepada spesis Panthera tigris jacksoni iaitu nama saintifik kepada Harimau Malaya atau disebut dengan panggilan harimau belang sahaja.
Hari ini cara paling mudah untuk melihat dan merakamkan foto harimau belang ini ialah dengan berkunjung ke zoo. Pilih sahaja posing yang hati anda berkenan, rakamlah sebanyak mana anda mahu dan habiskanlah masa anda di zoo selama mana ia menghiburkan anda.
Jurufoto terkemuka dari pertubuhan bersabit alam sekitar tersohor dunia sekalipun sering melahirkan kekecewaan kerana kesukaran mengesan harimau Malaya di Royal Belum untuk dirakamkan menerusi lensa kamera.
Ada yang mendakwa terpaksa menunggu di dalam hutan selama berbulan-bulan tetapi, jangan katakan dapat melihat seekor harimau, malah tapaknya juga tidak dapat dikesan.
MANGSA PEMBURU HARAM
Namun begitu, ini bukanlah senarionya 50 tahun yang lampau. Waktu itu orang tidak masuk ke Hutan Belum, nama lama bagi Royal Belum, untuk menangkap foto harimau dalam habitat asalnya. Sekiranya itulah yang mahu dilakukan, maka ia bukanlah menjadi masalah yang besar.
Agak malang bagi National Geographic atau krewnya kerana tidak mengetahui kedudukan Hutan Belum ketika itu. Dan jika hutan hujan tropika ini sudah popular seperti sekarang, pastinya wajah dan aksi pak belang sudah menjelajah ke seantero dunia melalui cover story majalah berkenaan.
Baca lagi
Tetapi di kawasan Ampang Hulu Langat dan Hulu Kelang? Ada cita-cita untuk mengurangkan hutan simpan. Aku tahu bagaimana pengurangan hutan ini telah jelas dan nyata. Hutan dan lombong berhampiran rumah mak telah togel. Lombong dah di tutup. Ungka dan siamang tiada lagi menyanyi di waktu pagi bermakna dah lari jauh atau dah mati kesemuanya. Berok dan kera turun ke jalanraya di Hutan Rimba Ampang menunjukkan makanan dah berkurangan dan binatang binatang ini mengharapkan ehsan pembuang sampah di tempat berkelah.
Bayangkan semas kecil kadangkala tenggiling masuk dalam baldi, mak ku bercerita kisah harimau akar yang merayap di belakang rumah, semasa aku kecil burung hantu mati terlanggar wayar elektrik. Kesuburan hutan kadangkala menyebabkan minyak masak beku apabila bangun pagi.
SELAMATKAN ALAM SEKITAR DEMI GENERASI AKAN DATANG.
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
4 hours ago
No comments:
Post a Comment