Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, September 28, 2012

FIRST THING FIRST - SAY NO TO LANGAT 2


Isu Air: Muhyiddin Sedia Berbincang Dengan Kerajaan Selangor
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan kerajaan negeri Selangor berhubung isu air.
"Jika perlu kita akan duduk berbincang, tidak ada masalah, yang pentingnya nak menyelesaikan isu itu (isu air)," katanya mengulas laporan mengenai keputusan mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor baru-baru ini, yang mahu menjemput beliau membincangkan isu itu. 
(Isu tersebut termasuk tujuh isu yang perlu SYABAS jawab seperti lampiran dibawah sekali)
Bercakap kepada pemberita selepas menutup Festival Bahasa dan Sastera 2012 di sini hari ini, Muhyiddin berkata surat yang dikatakan akan dihantar kepada beliau berhubung perkara itu belum diterima dan beliau hanya mengetahuinya melalui media.
Katanya sebelum ini beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa sekiranya beliau berhajat untuk berbincang, sudah ada jawatankuasa di peringkat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan negeri yang telah ditubuhkan.
"Beliau boleh proceed dengan itu, dan mereka boleh laporkan kepada saya, pendirian kerajaan Pusat telah jelas," katanya. Muhyiddin berkata yang penting ialah isu pembinaan Loji Rawatan Air (LRA)Sungai Langat atau Langat 2, yang jika projek itu tidak diteruskan dalam tempoh sekarang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menghadapi krisis bekalan air yang teruk.
Katanya kerajaan Pusat tidak menyekat cadangan pihak kerajaan negeri untuk mengambialih semua syarikat konsesi atas pendekatan yang dikatakan holistik.
Bagaimanapun, katanya, projek Langat 2 tidak boleh diketepikan dan perkara itu telah disampaikan oleh beliau kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
"Saya kata kepada beliau, dia adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, patut dia memberikan nasihat yang betul dan saya meminta kerajaan Negeri Selangor bertindak secara positif iaitu projek itu hendaklah diteruskan, kebenaran dari segi pembangunan iaitu 'development order' mesti dikeluarkan, supaya kerjanya dapat dilaksanakan.
"Saya sebutkan ini bukan soal politik tetapi soal kepentingan rakyat dan jika kita tak buat perkara itu, rakyat akan marah...yang penting kita selesaikan masalah itu," katanya.
Ditanya mengenai maklum balas Anwar berhubung perkara itu, Muhyiddin berkata penasihat PKR itu memberitahu akan memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar Selangor. -BERNAMA
SURUH SYABAS KASIK SETTLE TUJUH ISU INI DULU LAA
Ketujuh-tujuh isu itu ialah :
1) pengaliran air mentah dari empangan dan stesen pengepaman ke dalam loji rawatan,
2) bacaan meter aliran keluar air yang telah dirawat ke loji rawatan masing-masing bagi tempoh yang sama,
3) bacaan meter aliran keluar air yang telah dirawat ke sistem pengagihan kepada pengguna melalui Syabas,
4) buku log dan meter tentukur yang disahkan,
5) bil-bil elektrik dari 1 Januari hingga 15 Julai tahun ini,
6) penggunaan kimia bagi tempoh yang sama dan
7) bil pembayaran Puncak Niaga Sdn Bhd kepada Syabas untuk air yang dijual bagi tempoh yang sama.


Thursday, September 27, 2012

ENTRY KOPIPES DARI BLOG GENDANGPERANG


Tuduh "Melayu Tak Bersyukur"- Dr M Pasti Terkincit Baca Jawapan Ni

Melayu Tak Tahu Bersyukur Akan Hilang Kuasa- Satu statement yang berbau rasa sayang terhadap bangsa melayu keseluruhannya. Dengar bunyi memang cantik... syahdu kalau makhluk melayu yang ngok ngek dengar. Sayu jika didengar oleh betina melayu bahlol.

Saya rasa sedih melihat bangsa sendiri tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri,” kata Dr Mahathir dalam Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno. 

Memang melayu umno terutama pemimpin umno memang buruk. Kalau tidak buruk masakan sanggup memperhamba bangsa sendiri. Majoriti rakyat Malaysia adalah melayu. Justeru itu majoriti pengguna di Malaysia adalah melayu. Apa yang parti melayu buat untuk bela melayu yang menjadi pengguna utama di Malaysia ini?

Kereta tempatan yang dijual kepada melayu adalah dua kali ganda lebih mahal daripada harga jual kepada pak arab dan orang british. Kereta luar negara pula dikenakan cukai melampau sampai orang melayu tak mampu beli.

Gula semasa dikuasai oleh cina tak berharga seperti sekarang. Cina mintak naik harga 20 sen kerajaan melayu tak approve. Bila kerajaan melayu ambil alih syarikat gula, gula naik sampai RM2.50. Nak lagiiiiiiii????

Minyak sebagai bahan api adalah punca segala kenaikan harga barang di Malaysia. Setiap kali harga minyak naik, harga barang akan turut naik. Kerajaan melayu gagal mengawal harga barang. Tidak ada kuasa atau tidak mahu, itu gua tak mau tau. Pokoknya kerajaan melayu gagal.

Sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia adalah negara pengeluar minyak yang menjual minyak dengan harga paling mahal kepada rakyatnya. Negara OIC lain mengenakan antara RM0.35 -RM1.10 seliter. (berdasarkan maklumat King Jason di sebelah)

Rakyat Malaysia yang berpendapatan RM 3000 sebulan kena cukai tetapi rakyat asing yang berpendapatan RM8.8 billion setahun tak kena cukai selama 12 tahun. Sayang melayu palerr wotak lu... Wajarkah kalau gua p**ikan pemimpin-pemimpin kerajaan melayu ni?

Begitukah tanda kerajaan melayu membela melayu? Tak perlu dipertahankan. Kenyataan telah didedah. Kerajaan melayu tak pernah mahu berubah. Mendera rakyat Malaysia secara halus hingga mengakibatkan kehidupan rakyat terhimpit dan tersepit.

Dalam artikelnya lagi, Dr Mahathir memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa diri hingga mereka dihina lagi seperti zaman British dahulu. 

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu." 


Apa bezanya melayu hari ini? Bukankah melayu hari ini juga hina.... hina dimata pemimpin melayu. melayu sering dilabel sebagai bangsa subsidi. Kepala hotak luorang. Sialllll!!!! Pemimpin melayu yang bedal 'subsidi'. Berbillion RM hilang kerana 'subsidi' terlarang.


“ Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui kerajaan-kerajaan Malaysia merdeka,” katanya.

Wakaka. Siapa peneraju kerajan-kerajaan Malaysia Merdeka? Adakah Pemimpin melayu yang dimaksudkan? Kalau ditujukan kepada rakyat Malaysia. Kenyataan itu silap besar.

Memang kami tidak bersyukur pada BN kerana...

Nikmat yang kami terima adalah kurnia Allah kepada hambanya bukan daripada umno atau BN. Maka kami bersyukur kepada Allah bukan kepada umno atau BN. Memang banyak nikmat yang dinikmati tetapi nikmat itu hanya sebahagian kecil daripada yang sepatutnya. Nikmat selebihnya diseleweng oleh pemimpin-pemimpin kecil dan besar dalam kerajaan melayu. Itu adalah hak rakyat.Menurut Islam menmpertahankan hak adalah wajib dan jika mati kerana mempertahankan hak hakiki yang diceroboh adalah mati syahid.. Insya Allah. Dan cara terbaik adalah melalui pilihanraya.

Kemerdekaan negara dikecapi menurut Mahathir adalah hasil kekuatan orang Melayu yang menyokong Umno dan rakannya dalam Perikatan. 

Fakta 1. Kerana dulu orang-orang melayu percaya kepada umno dan perikatan. Melayu dulu bergantung harap kepada umno dan perikatan kerana melayu dulu banyak yang tidak bersekolah. Tidak banyak mengetahui akan kepincangan yang wujud dalam kerajaan dan sistem pemerintahan kecuali para bangsawan.

Fakta 2- Umno dulu juga adalah umno yang mementingkan melayu sehinggga wujudnya tanah-tanah rancangan felda untuk membela nasib melayu. Tidak lupa juga terbinanya rumah-rumah setinggan di pinggir bandar kuala lumpur untuk memberi peluang kepada melayu bertapak di ibukota. Pemimpin melayu dahulu sedar melayu hanya menduduki kampung-kampung yang jauh dari bandar. Keturunan cina menguasai bandar kerana setiap tapak perlombongan menjadi bandar besar. Dan 100% pelombong adalah keturunan cina.

Umno sekarang runtuhkan rumah setinggan dan paksa melayu daif termasuk yang tidak berpendapatan tetap untuk membeli rumah pangsa melalui pinjaman bank. Bank mana nak bagi loan??? Ini menunjukkan kerajaan melayu sekarang zalim dan jika mereka tidak zalim bermakna mereka bodoh.

Felda yang diusahakan oleh pemimpin melayu terdulu sedang terumbang ambing nasibnya. Tak mau komen banyak. Tak berapa tahu urusan FGV. Tapi sila tengok kat bawah ni....


Dr Mahathir juga berkata perpecahan dikalangan orang Melayu ketika ini sangat membimbangkan.

Gua sikit pun tidak bimbang kerana sejak sekian lama itulah modal BN untuk kekal berkuasa dengan menakut-nakutkan melayu kononnya jika umno kalah cina akan memerintah. Melayu bangang akan mempercayai dakyah ini bulat-bulat. Bukankah PM perlu mendapat restu daripada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong? Adakah Agong itu bodoh untuk merestui PM bukan melayu? low kelass punya statement.


Sekarang orang Melayu berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain. 

Hanya umno yang mengemis ketika ini. PAS dan PKR tidak perlu mengemis kerana kesedaran yang diberikan kepada melayu dan bukan melayu adalah mencukupi untuk mendapat sokongan. Sebaliknya umno perlu mengemis sokongan dengan memberi RM dan saguhati lain kepada rakyat terutama dalam program-program yang melibatkan kehadiran pemimpin besar melayu. Apabila tidak cukup rakyat Malaysia yang sanggup umno telah menggunakan warga asing untuk menghadirinya supaya kelihatan masih ramai memberi sokongan kepada parti melayu itu.

Beliau juga tidak menolak suatu hari nanti orang Melayu terpaksa mengikut telunjuk orang lain jika keadaan ini berterusan. 

Perkara ini tidak mungkin berlaku. Ini adalah semata-mata pandangan daripada orang yang kekalutan dan ketakutan. Mereka khuatir macam-macam perkara akan terdedah sekiranya PR memerintah. Segala bentuk penyelewengan, rasuah dan jenayah akan terbongkar. Itulah yang membuat mereka takut sekarang ini.

Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan kerajaan, tak dapat tidak kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. 

Umno terpaksa mengikut telunjuk MCA sehingga negara kerugian berbilion RM dalam beberapa skandal yang besar. Kes akhirnya ditunda sehingga tarikh yang tidak pasti . Melayu PR tentu tidak akan mengulangi kesilapan BN. Melayu PR tidak akan jadi dayus.


“Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain,” tambah Dr Mahathir lagi. 


Sekarang kerajaan melayu berkongsi pemerintahan negara dengan yahudi yang menjadi penasihat kerajaan.Ingat resident????? Dulu resident Tanah Melayu ialah British. Sekarang resident Malaysia ialah YAHUDI. Mereka mendapat habuan lebih banyak berbanding rakyat Malaysia sendiri. Berapa upah mereka??? lu sendiri tahu Dr M.

MCA dan MIC juga rakan kongsi pemerintahan melayu sekarang. So ! apa ada hal. Selagi kita memegang tampok dan jujur dalam pemerintahan. Rakan kongsi tidak akan mampu berbuat apa-apa. Sebaliknya apabila kita culas dan korup....itulah yang memberi ruang kepada MCA dan MIC berbuat onar dalam pemerintahan BN.

Dr Mahathir mendakwa negara tidak akan mencapai kemerdekaan pada 1957 jika parti serpihan daripada ulama dalam Umno menang pilihanraya pertama semasa zaman Tunku Abdul Rahman. 

Yang ini gua setuju kerana British tidak mahu kewujudan Islam di tanah melayu menjadi kuat dan subur.. bukan begitu?


Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam Umno yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini. 
“Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957,” kata Mahathir lagi.

Kata-kata ini membuktikan seolah-olah ada perjanjian tertentu antara umno dengan british tentang Islam. Mengapa British tidak mahu parti islam lebih daripada 1 kerusi? Adakah wujud perjanjian dajjal  di sebalik perjanjian London?

Dr Mahathir berharap nasihat yang diberikannya menjadi panduan dan iktibar kepada orang Melayu agar perkara sama tidak berulang semasa zaman penjajahan. 

Perkara apa? kemiskinan melayu, kedaifan melayu, pelajaran orang-orang melayu? Pandangan kolot seorang tua yang ketakutan akibat masa lampaunya.

Siapa nak jajah? Orang-orang cina di Malaysia? Don Tok Shit (dont talk Shit versi Ibrahim Ali) la... Kalau negara luar nak jajah Malaysia memang senang sangat kerana kekuatan tentera diabaikan oleh pemerintah melayu dari dulu hingga kini. Semua kelengkapan tentera adalah daripada yang terpakai walau harga yang dibayar adalah terlalu tinggi daripada yang sepatutnya. Hingga mengakibatkan banyak kehilangan nyawa anggota tentera sebelum berperang. Duit punya pasal nyawa tentera pun tidak dihargai. Salah siapa? Lihat kekuatan tentera Singapura berbanding  tentera Malaysia

“Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. 

Sori bro. Tidak ada kena mengena dengan melayu. Lu kata dalam dalam buku Malay Dilema bahawa dalam darah lu tidak ada satu titis pun darah melayu. Bermakna lu bukan melayu. Oleh itu yang jelas bangsa lu ialah mamak atau india muslim.So lu memang tak ada kena mengena dengan melayu. Ini juga bermakna ayat di atas ditujukan kepada mamak/india muslim.

Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain,” katanya.

Wakaka..Bangsa lu ke bangsa gua? kalau bangsa gua. kat mana bangsa gua tu bro Mahathir? Adakah lu maksudkan Singapura? Sorry bro... harap dapat hentikan perbuatan menakut-nakutkan melayu dan memburukkan Singapura. Melayu Singapura hidup mewah. Setiap 5 tahun tukar kereta.. mereka beli banyak tanah di semenanjung untuk anak cucu. Cuma Islam terpinggir di sana. Apa kurangnya di Malaysia. Islam dipersenda saban tahun dari masa ke semasa.http://wasukalu.blogspot.com

Cerita Dolu Dolu