Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 07, 2011

CONFIRM! BERSIH 2.0 TIDAK AKAN MENDAPAT SAMBUTAN


Bersih 2.0: Permit sementara bas seluruh negara dibeku

July 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Permit sementara bagi bas untuk membawa penumpang dari pelbagai kawasan di seluruh Semenanjung ke Lembah Klang khususnya ibu negara hujung minggu ini sudah dibekukan, dipercayai langkah terbaru bagi mengehadkan peserta Himpunan Bersih, Sabtu ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan permit sementara bagi bas kilang dan sekolah membawa penumpang ke ibu negara hujung minggu ini, tetapi menekankan langkah itu semata-mata bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.
Langkah itu akan dikuatkuasakan mulai tengah malam esok, kata beliau.
Keputusan SPAD itu telah dimaklumkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan ketika dihubungi The Malaysian Insidermengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu.
Sebelum ini permit sementara yang dikenali sebagai lesen perubahan sementara bagi bas sekolah dan kilang dikeluarkan oleh JPJ. Tetapi kini ia terletak di bawah SPAD.
Menurut Syed Hamid, SPAD mengambil tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang masalah lalu lintas di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur.
“Kami tidak mencadangkan bahawa akan ada perhimpunan (Sabtu ini), cuma tidak mahu menambah masalah lalu lintas,” katanya kepada The Malaysian Insider pagi ini.
“Lagi pun SPAD tidak nampak ada keperluan untuk mengeluarkan permit sementara sebab sekarang ini bukan cuti sekolah ataupun musim perayaan yang akan menambah pergerakan orang ramai,” katanya.
Bagaimanapun Syed Hamid (gambar)berkata, operasi pengangkutan awam lain khususnya transit aliran ringan di ibu negara akan berjalan seperti biasa.
“Perkhidmatan LRT akan berjalan seperti tanpa gangguan, begitu juga perkhidmatan bas normal (antara ke dan dari Lembah Klang)... tiada perubahan, akan dikendalikan seperti biasa. Saya tidak menjangkakan sebarang masalah,” katanya lagi.
Mengenai tindakan akan diambil jika ada pihak melanggar keputusan SPAD, Syed Hamid memberitahu, “rakyat kita ini adalah mereka yang bertanggungjawab, begitu juga operator bas... saya yakin mereka akan patuh (kepada keputusan dibuat).”
Perkhidmatan transit aliran ringan dan bas mengalami gangguan ketika perhimpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan pada Ogos 2009.
“Oleh kerana SPAD sudah membuat keputusan, maka JPJ dan polis boleh mengambil tindakan, jika ada mana-mana bas yang membawa penumpang tanpa permit sementara, kita boleh menahan dan menyita bas-bas terbabit,” jelas Solah.
Lazimnya permit sementara, untuk kegunaan hujung minggu, akan dikeluarkan seminggu sebelum perjalanan.
“Jadi, permit hujung minggu ini adalah bagi perjalanan 7 dan 8 Julai, hingga hujung minggu... keputusan ini membabitkan seluruh negara,” kata Solah lagi.
Perkembangan terbaru ini, yang dilihat meneruskan suasana tegang, muncul selepas Kabinet yang bermesyuarat semalam memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Negara atau Stadium Merdeka.
Malah semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bersih 2.0 masih merupakan sebuah badan yang telah diharamkan.
Bersih 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan hanya di stadium ekoran pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa gabungan itu boleh berhimpun di stadium jika mahu.
Pihak polis pula telah memulakan sekatan jalan di pelbagai kawasan di Lembah Klang sejak pagi semalam.
Meskipun Bersih 2.0 menerima tawaran Najib tetapi pihak berkuasa menegaskan bahawa penganjur perlu memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

Wednesday, July 06, 2011

TAPI MACAMANA BOLEH KUAR SURAT REJECT? RENOVATION? TETIBA AJE?

"We write in reference to your letter dated 6 July 2011" - case of chicken and egg - mana dulu? Surat reject dulu atau berita dulu? 

National Stadiums Board: No bookings from Bersih yet

Written by  Malaysia Chronicle
National Stadiums Board: No bookings from Bersih yet
KUALA LUMPUR - Any events to be organised at stadiums managed by the National Stadium Board (NSB) must follow proper procedures, including placing bookings early.


A representative from the NSB when contacted by Bernama said the event organiser must also pay for any damages caused."For the time being, there is no 'black and white' from anyone to organise a gathering at stadiums under NSB. We will wait for a decision from the cabinet, if any," said the representative when contacted to find out if the organisers of an intended rally had booked stadiums that belonged to NSB."Personally we in NSB hope the organisers of the rally would not pick our stadiums as the venue for the rally because we are worried that the place will be vandalized.


"The NSB manages the National Sports Complex in Bukit Jalil, Bukit Kiara Sports Complex, Jalan Duta Sports Complex and Matsushita Sports Complex in Shah Alam."It is not that we want to accuse anyone as vandals but we have heard that there could be violence during the rally," said the NSB staff who did not want to be named.Chair person of the illegal rally Datuk S. Ambiga had after an audience with Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin at Istana Negara yesterday, said the street rally would be cancelled an replaced by a rally held in a stadium.Today, Ambiga said the rally has been proposed to be held at the Merdeka Stadium from 2pm to 4pm on Saturday (July 9).Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) president Datuk Ibrahim Ali had said that Perkasa would also hold a rally at a stadium while Umno Youth and Kelab Putra 1Malaysia had decided to cancel their planned Patriot Rally as a mark of respect to Yang di-Pertuan Agong.




AKU DAH KATA, BAIK AMIK STADIUM SHAH ALAM AJE.

Dari pada nak bertegang leher dengan puak-puak ketegaq baik terima offer dari MB Sgor aje. Selesai semua masalah. Sebab kita pun dah kendurkan situasi dengan menerima saranan YDP Agong dan PM. Dalam keadaan polis serta Menteri KDN dok masih kata Bersih tetap haram, pusing kot mana pun menyusahkan ajer. Tinggal 3 hari je lagi.

Dan paling penting, dekat sket. ha ha ha.

Perhimpunan Haram Hanya Dibenarkan Di Luar Lembah Klang - Kabinet

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan supaya penganjur perhimpunan haram tidak boleh diadakan di stadium sekitar Lembah Kelang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. - BERNAMA

Tuesday, July 05, 2011

STADIUM BUKIT JALIL BOLEH TAK? PARKING SENANG.


BERSIH 2.0 setuju berdemo di stadium

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium. Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.
NONE
Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.  


Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya".Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.

NONE Sejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.NONE Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.

MESTI ADA PARANG, MOLOTOF COCKTAIL - MCM MEMALI?

Dengan rampasan demi rampasan baju-baju T BERSIH, tidakkah hanya menimbulkan keraguan kepada rakyat bahawa berkemungkinan polis sendiri yang terlibat meletakkan parang serta bom petrol tersebut (atau tak letak tapi pamer). Kenapa setiap kali ada sesuatu kes mesti ada parang, seperti kes adik Aminulrasyid, apa berlaku pada parang yang dikatakan ada dalam bonet kereta? Saya rasa cara sebeigini dah terlalu klise dan dapat dijangka. Seperti juga ramai mengesyaki polis atau individu tertentu akan memakai baju BERSIH yang dirampas untuk menimbulkan huru-hara dalam perhimpunan BERSIH 9 Julai nanti. Adakah dengan kebarangkalian BERSIH akan bertemu DYMM AGONG dan mungkin perhimpunan BERSIH dibatalkan taktik baru pula dilaksanakan? Kenapa sebelum ini tidak pernah ditemui di dalam kereta atau premis baju T dirampas? Apabila ditemui dibelakang tokong, adakah tidak pelik kerana ianya juga bermakna ada anasir yang cuba melaga-lagakan dua kaum utama dalam negara kerana kita boleh nampak kemana arah tokong tersebut hendak dikaitkan.

Polis Rampas 36 Bom Petrol Dipercayai Ada Kaitan Dengan Bersih
SHAH ALAM: Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini, malam Isnin.
Ia disyaki berkaitan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu ini.
Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang Bersih 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang kesemuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

Cerita Dolu Dolu