Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 05, 2011

MESTI ADA PARANG, MOLOTOF COCKTAIL - MCM MEMALI?

Dengan rampasan demi rampasan baju-baju T BERSIH, tidakkah hanya menimbulkan keraguan kepada rakyat bahawa berkemungkinan polis sendiri yang terlibat meletakkan parang serta bom petrol tersebut (atau tak letak tapi pamer). Kenapa setiap kali ada sesuatu kes mesti ada parang, seperti kes adik Aminulrasyid, apa berlaku pada parang yang dikatakan ada dalam bonet kereta? Saya rasa cara sebeigini dah terlalu klise dan dapat dijangka. Seperti juga ramai mengesyaki polis atau individu tertentu akan memakai baju BERSIH yang dirampas untuk menimbulkan huru-hara dalam perhimpunan BERSIH 9 Julai nanti. Adakah dengan kebarangkalian BERSIH akan bertemu DYMM AGONG dan mungkin perhimpunan BERSIH dibatalkan taktik baru pula dilaksanakan? Kenapa sebelum ini tidak pernah ditemui di dalam kereta atau premis baju T dirampas? Apabila ditemui dibelakang tokong, adakah tidak pelik kerana ianya juga bermakna ada anasir yang cuba melaga-lagakan dua kaum utama dalam negara kerana kita boleh nampak kemana arah tokong tersebut hendak dikaitkan.

Polis Rampas 36 Bom Petrol Dipercayai Ada Kaitan Dengan Bersih
SHAH ALAM: Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini, malam Isnin.
Ia disyaki berkaitan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu ini.
Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang Bersih 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang kesemuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

No comments:

Cerita Dolu Dolu