Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, June 19, 2010

Chua: Umno-BN akan dilayangkan kad merah

Dipetik dari : MALAYSIAKINI

Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng.

“Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara.

“Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara hari ini.

Justeru, katanya dia sebenarnya amat bertuah.

"Saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk menggangu saya. Sebaik sahaja pengumuman penarikkan tersebut, sokongan rakyat terhadap saya datang mencurah-curah terhadap saya dan Keadilan.”

Muflis idea

Sokongan itu menurut Chua membuktikan bahawa rakyat juga menolak politik kebencian yang selama ini menjadi sebahagian daripada kerajaan Umno.

“Mereka (rakyat) juga menzahirkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang terbukti muflis idea untuk memacu negara ini ke hadapan,” katanya.

Sehubungan itu, kata Chua, beliau akan memulang ketiga-tiga pingat yang dikurniakan oleh Almarhum Sultan Iskandar.

Ketiga-tiga pingat tersebut adalah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ), Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Pingat Sultan Ismail (PIS).

Katanya, surat rasmi mengesahkan bahawa darjah kebesarannya (DPMJ dan SPMJ) itu ditarik balik diterimanya pada 15 Jun lalu dan tiada alasan berhubung penarikan berkenaan diberikan.

Kata Chua, beliau juga akan menghantar kembali pingat ketiga - PIS - ke Istana selepas memaklumkan kepada Setiausaha Jemaah Majlis Di Raja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli yang menghubunginya pada 10 Jun lalu.

"Saya dengan berlapang dada akan menghantar balik (pingat itu) kepada istana. Ketiga-tiga pingat itu saya akan pulangkan kepada Istana Johor," katanya.

Chua berkata tindakan berkenaan haanya memperkukuhkan iltizamnya untuk bersama Pakatan Rakyat dan berjuang untuk memastikan negara terus maju dan diselamatkan daripada gejala rasuah yang berleluasa sekarang ini.

“Sepertimana dalam permainan bolasepak, rakyat tahu siapa di antara pemain yang bermain secara jujur atau tidak. Manakala pada tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning, saya pasti pada tahun 2012, rakyat akan melayangkan kad merah kepada Umno-BN,” katanya.

"Terima dengan hati yang terbuka"

Ditanya perasaan beliau susulan penarikan pingat tersebut Chua berkata beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Saya tidak marah dan saya akan serahkan (kepada Istana). Perjuangan rakyat lebih besar daripada martabat yang saya dapat.

"Saya akan serah pingat itu tapi saya tidak akan menyerah (kalah) untuk membuat reformasi," katanya sambil menambah tidak perlu tergesa-gesa untuk menyerahkan pingat tersebut.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan barisan kepimpinan Wanita PKR yang turut memberi sokongan kepada Chua berhubung isu terbabit.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan pada awal bulan ini dihubungi setiausaha Istana Johor supaya memulangkah semua darjah kebesaran negeri itu.
Beliau juga adalah bekas ahli parlimen Bakri selama empat penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Chua bagaimanapun masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.

Jepun Akan Bantu Kecelakaan Nuklear Di Luar - NHK


JEPUN dengan kepakaran yang meyakinkan juga menghadapi insiden pada tahun 1999 di Ibaraki ditempat pemprosesan uranium. Kenapa perlu IAEA melantik pakar seperti JAEA ni untuk membantu jika berlaku masalah insiden di mana mana logi reaktor nuklear di dunia? Risiko yang amat tinggi adalah sebabnya. Kenapa MALAYSIA harus bercadang untuk membuat reaktor nuklear pula? Lagi bagus bagi pula kepada kontraktor PALING PAKAR di Malaysia yang membina stadium di Gong Badak Terengganu.

Japan bodies to assist in nuclear accidents abroad

Japanese institutions have been registered at the International Atomic Energy Agency to provide assistance to other countries in case of nuclear accidents.

With more and more countries turning to nuclear energy, the UN agency has been building a network of institutions to prepare for possible accidents. The bodies need to be able to measure radiation and treat people exposed to it.

On Friday, Hiroshima University, the National Institute of Radiological Sciences in Chiba Prefecture, and the Japan Atomic Energy Agency in Ibaraki Prefecture were added to the IAEA's list.

The 3 institutions have conducted surveys on the damage caused by the 1945 atomic bombing of Hiroshima. They also treated the victims of the 1999 accident at a uranium reprocessing plant in the village of Tokai in Ibaraki prefecture.

The institutions will use their experience to advise countries in case of nuclear accidents and send workers to accident sites if necessary.

The Japan Atomic Energy Agency says Japan's knowledge and efforts in these fields are among the world's best and should be used to limit damage in case of nuclear accidents outside Japan.

Satu berita - makna berbeda (Satu BERNAMA Satu lagi REUTERS)

Tahanan Di Malaysia Diberi Layanan Baik - Kumpulan Hak Asasi Manusia PBB

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa dari Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, tahanan di Malaysia diberi layanan baik dan memuji bilangan mereka yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semakin berkurangan.

Kumpulan Kerja mengenai Timbang Tara Penahanan berada di Malaysia selama seminggu dan memeriksa lima pusat tahanan termasuk Pusat Tahanan Kamunting di mana tahanan ISA ditempatkan.

Ia mengesyorkan supaya Malaysia memansuhkan atau meminda empat undang-undang pencegahan termasuk ISA untuk disesuaikan dengan Pengisytiharan Universal mengenai Hak Asasi Manusia.

Tiga lagi adalah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) dan Akta Kediaman Terhad. "Undang-undang ini menafikan hak tahanan kepada perbicaraan awam yang adil oleh tribunal yang adil dan saksama dan bebas, seperti yang termaktub di dalam Pengisytiharan Universal mengenai Hak Asasi Manusia dan prinsip undang-undang adat antarabangsa yang lain," kata El Hadji Malick Sow yang mengetuai lima anggota kumpulan yang tiba di sini pada 7 Jun atas jemputan kerajaan Malaysia.

"Kenyataannya bahawa kerajaan menjemput kami di sini menunjukkan kesediaannya untuk memperbaiki. Kami akan mengemukakan laporan kepada Majlis Hak Asasi Mansia pada Mac tahun depan dan kami juga akan membuat susulan mengenai keadaan itu dalam tempoh dua tahun," katanya.

Laporan awal juga diberi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong hari ini, katanya.

Sow berkata, kumpulan kerja itu juga menerima kerjasama yang baik dari kerajaan Malaysia dan agensi-agensi berkaitan termasuk dalam menyediakan maklumat yang perlu dan mengatur semua perjumpaan seperti yang diminta.

Beliau juga menyebut mengenai perkembangan positif dengan berkata para tahanan berada dalam keadaan baik, hubungan yang baik antara tahanan dan warden dan tiada layanan buruk seperti didakwa.

Penurunan bilangan tahanan ISA kepada 15 orang patut dipuji, katanya.

Kumpulan Kerja itu telah melawat Penjara Kajang, Penjara Puncak Borneo, Penjara Pengkalan Chepa, Pusat Tahanan Kamunting dan Pusat Tahanan Simpang Renggam.

Dalam tempoh lawatan itu, ia telah menjalankan temubual dengan para tahanan termasuk kesemua 15 tahanan ISA, berjumpa dengan wakil-akil kerajaan dan banadn bukan kerajaan (NGO) selain membuat lawatan mengejut ke balai polis Simpang Renggam.

Sow berkata, kebanyakan para tahanan memilih untuk berada di penjara daripada diletakkan di pusat-pusat tahanan atau di bawah tahanan polis.

Katanya mereka juga tidak dimaklumkan mengenai hak-hak mereka semasa dalam tahanan polis terutama hak-hak untuk menghubungi kaum keluarga atau berunding dengan peguam. - BERNAMA

UN slams Malaysia’s detention-without-trial laws

(Reuters) - Malaysia needs to repeal or amend draconian laws that allow imprisonment without trial and have been used against opposition politicians, journalists and bloggers, a UN body said today.

The UN working group was invited by the government and has been in Malaysia for two weeks to look into arbitrary detentions. It gave a critical assessment on four preventive laws including the Internal Security Act (ISA).

“These preventive laws are exclusively administrative and do not allow intervention by the judiciary,” the group’s chairman, Malick Sow, told reporters. “It is a classic case of arbitrary detention.”

The ISA, which dates back to British colonial rule, permits detention without trial with detainees usually held incommunicado and rarely charged in court.

Its use has been justified on the grounds of maintaining national security although many of its high-profile victims have been opposition politicians.

Former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, who now leads the opposition, was imprisoned under the ISA when he was the leader of a Muslim youth movement.

He is currently on trial on sodomy charges in what he says is a repeat of a politically motivated prosecution that saw him dismissed from office in 1998, put on trial and imprisoned.

The government had pledged to review the ISA before Prime Minister Datuk Seri Najib Razak took office in April last year but no changes have taken place yet.

The ISA and other laws are used against people suspected of criminal activity and against terror suspects.

Sow said the group privately interviewed detainees held under preventive laws and found no complaints about treatment by guards in prisons and detention centres.

However, the group found these detainees were likely to be tortured or mistreated in order to obtain confessions or evidence in police detention.

“It is not necessarily physical violence but also the external conditions and the withholding of food. There were few who said any particular tool was used to beat them but it was more to do with punching and kicking,” Sow said.

“They prefer prisons than police stations. They feel safer in prisons.”

The group will present a full report to the United Nations Human Rights Council in March next year and will follow up again two years after the report is presented.

Malaysia was re-elected to the UN Human Rights Council last month.

Anwar diminta ikhlas mengenai bukti bekas wakil rakyat PKR ditawar RM2 juta

1. Kalau tunjuk bukti dan sahih - ada tindakan? Doubt it.
2. Kalau tak betul, awat yang cuak semacam je.... takut ke? Kalau tak betul: "Lantaklah... aku taulah Anwar bohong... memang takde apa..." Sekarang, suruh sumpahlah, cepat tunjuk lah.... Selayaknya ditunjuk apabila selepas Parlimen bubar.....
3. Konsesus Bebas meminta rakyat MENILAI TINDAK TANDUK DAN CARA DATUK SERI ANWAR......

KAH KAH KAH KAH - Macamlah yang bercakap tu tak patut dinilai kembali tindak tanduk dan cara keluar parti tu.....

inilah dia kenyataan dari KONSESUS BEBAS (MESRA BN) - KONSESUS EX-PKR; Kesian Pak Him....

KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta bersikap ikhlas dan berani untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau kononnya beberapa Anggota Parlimen daripada parti itu ditawarkan RM2 juta untuk meninggalkan parti itu.

Ketika membuat desakan itu, kumpulan Anggota Parlimen berkenaan yang kini membentuk Konsensus Bebas, berkata, Anwar tidak harus menjadikan fitnah dan pembohongan sebagai asas politik bagi mengalih tumpuan umum daripada permasalahan yang dihadapinya.

"Oleh itu, Konsensus Bebas mendesak Anwar bersikap ikhlas dan berani kerana benar untuk mendedahkan bukti, jika ada, seperti yang beliau dakwa," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata, beliau akan mendedahkan bukti itu "pada masa dan tempat yang sesuai".

Konsensus Bebas, yang ditubuhkan baru-baru ini oleh lima orang wakil rakyat yang dahulunya daripada PKR, berkata mereka bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh Anwar.

"Konsensus Bebas meminta rakyat untuk menilai semula tindak-tanduk dan cara Datuk Seri Anwar Ibrahim berpolitik," kata mereka dalam kenyataan itu.

MALAM HAPUSKAN AIRMATA GAZA 18 Jun 2010



Program MALAM HAPUSKAN AIRMATA GAZA di DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM tadi sayangnya kurang diwarwarkan . Aku cuma tahu melalui pengumuman sebelum solat Jumaat tadi dan oleh kerana kurang maklumat aku pun tak war-warkan. Menurut penganjur, ramai berbanding setahun lepas TAPI rasanya boleh lebih ramai jika banner di gantung di kawasan belah sini (kawasan seksyen 15 dan keatas) sebab ramai tak tahu.
Tetamu utama Hj Jamiluddin Elias (sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal yang diserang komando Israel tempohari dan Ustaz Riduan Mohamad Nor.
Program ini anjuran Yayasan Amal Malaysia, MPP Shah Alam Zon 1 dan juga nasyeed.com.

Friday, June 18, 2010

“Judi Budaya Menjahanamkan Ummah” KHUTBAH 18 JUN 2010

Soalan cepumas dari anak aku sesudah solat Jumaat tadi:
"Awang Adek tu pegi solat Jumaat ke?"
Aku takleh jawab sebab dia bukan ahli kariah sini... he he he....


Akhirnya seperti yang diharap-harapkan JAIS mengeluarkan juga khutbah Jumaat fasal judi.

Khutbah penuh boleh baca DI SINI

Antara itipati penting dan mungkin memanaskan telinga.

"Sidang Jumaat sekalian,
Judi adalah perbuatan yang dipandang hina dan keji oIeh agama Islam. Judi adalah dosa besar yang diharamkan oIeh Allah kerana ia merupakan perbuatan syaitan yang menyesatkan dan amat terkutuk. Kita merasa hairan ada pihak yang menyatakan tidak terdapat ayat Al-Quran yang melarang keras
perbuatan berjudi"

"Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Sesungguhnya sudah jelas larangan berjudi sebagaimana diterangkan dalam ayat-ayat Allah Subhanahu Wata’ala namun masih terdapat umat Islam yang menidakkan larangan tersebut kerana keangkuhannya. Mereka menjadikan judi sebagai simbol kemegahan dan keangkuhan mereka, dengan memperkenalkan pelbagai jenama seperti judi bola, lumba kuda dan lain-lain.

Jika mereka yang bukan Islam boleh berfikir, judi hanya mengundang kerosakan dan kemusnahan dalam kehidupan manusia sepatutnya umat Islam berfikir jauh lebih baik dan lebih dalam daripada itu. Maka adalah wajar bagi semua pihak khususnya pihak yang berwajib berusaha agar aspirasi ummah untuk bebas judi dapat direalisasikan. Jika tidak, maka kita akan melihat generasi akan datang akan bergelap dengan dosa dan maksiat, kepapaan, kucar-kacir, kemiskinan dan kehancuran di dunia dan di akhirat.

Pelajar hilang dipercayai ikut kawan wanita

Selalu kita dengar pelajar perempuan ikut lelaki, ada yang kena rogollah, dan macam-macam. Ni lagi ngeri..... bila fikir anak-anak aku semua lelaki..... Semoga anak ini, Azrul Alias dilindungi Allah hendaknya.

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa merayu orang ramai dan pihak berkuasa membantu mengesan kehilangan anak lelakinya yang dipercayai mengikut seorang kawan perempuan sejak 14 Mei lalu.

Alias Awang Kechek, 46, dari Kampung Sungai Derhaka berkata, anaknya Azrul Alias, 18, penuntut tahun pertama di Kolej Masterskill, Ipoh, Perak dan dipercayai mengikut kawan perempuannya sebelum meninggalkan asrama tanpa sebarang pesan.

“Apa merisaukan ialah ibunya, Siti Aishah Abdullah, 45, sentiasa menangis setiap hari kerana teringatkan Azrul sehingga menjejaskan kesihatannya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menceritakan detik kehilangan anak lelaki sulungnya, Alias berkata, selepas menghilangkan diri pada 14 Mei lalu, Azrul ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 24 Mei dengan meminta memasukkan wang ke dalam akaunnya.

Memikirkan keadaan itu, Alias membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada hari sama dan sehingga kini tiada maklumat terkini mengenai Azrul.

Kartel gula macam lanun - PPIM


Kartel tu apa? Berasal dari perkataan CARTEL. Organisasi besar - selalu digunakan kepada pengedar dadah antarabangsa yang besar - DRUG CARTEL.

Makna KARTEL - Kartel adalah kelompok pengusaha yang bertujuan menetapkan harga, untuk menghadkan keluaran (supply) dan saingan. KARTEL dilarang dibanyak negara (ANTI MONOPOLI).

SOALAN MAHAZA : Berapa ramai faham MAKSUD KARTEL apabila berita dihasilkan sebegitu? Berita pun nak manipulasi pengisian supaya orang tak paham.

SUMBER

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap ada segelintir kumpulan kartel di negara ini yang bersikap seperti lanun dengan menyalahgunakan subsidi.

Penasihat PPIM, Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, sikap sesetengah kumpulan kartel itu hanya akan membankrapkan negara pada masa depan.

"Negara bukannya bankrap kerana rakyat mendapat subsidi, tetapi kerana tindakan peniaga-peniaga ini yang memperalatkan subsidi kerajaan untuk mengaut keuntungan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

MIC Mahu Perjudian Haram Dihapuskan - Palanivel

Menonton OPRAH di ASTRO 702 baru-baru ini.... 3 perkara yang memberi masalah dan mereka yang bermasalah ke pusat pemulihan INTERVENTION - 1. Mabuk 2. Dadah 3. Judi - 1. dan 2. di Malaysia melibatkan kaum India dan Melayu yang memporakperandakan keluarga nak tambah NO 3 pula?
USA sebagai contoh ni dorang lekas sikit nak terima.........

KUALA LUMPUR: MIC hari ini meminta kerajaan supaya melihat dengan serius berhubung cara menghapuskan perjudian haram demi manfaat negara.

Timbalan Presidennya, Datuk G. Palanivel, berkata perjudian haram menggalakkan pendapatan haram dan "kita tidak tahu bagaimana atau untuk tujuan apa pendapatan ini akan digunakan". Perjudian haram juga akan menyebabkan negara kehilangan hasil dari cukai dan akan menggalakkan kegiatan pengubahan wang haram, katanya.

Mereka yang terbabit dalam kegiatan itu juga akan menanggung hutang dengan Ah Long dan oleh itu adalah penting bagi kerajaan untuk mengkaji kebaikan dan keburukan keadaan itu, katanya kepada Bernama.

MAHAZA kata: Tak kira samada berlesen atau tidak, kalau yang gila judi tu dia cari Ah Long jugak.


Beliau berkata adalah sukar untuk menghapuskan perjudian haram tetapi orang ramai mempunyai pilihan jika ia dibenarkan dan dikawal.

"Apapun, demokrasi adalah mengenai pilihan terutama di Malaysia di mana kita bergerak ke arah demokrasi yang matang," katanya.

Katanya dengan Malaysia yang mempunyai bilangan penduduk bukan Islam yang ramai dan walaupun tidak semua terbabit dalam perjudian sekurang-kurangnya golongan yang berbuat demikian akan mempunyai pilihan.
MAHAZA kata: Palanivel setuju judi yang 'halal' sebagai pilihan?

Palanivel yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata beliau memerhatikan bahawa ramai Anggota Parlimen beragama Islam menyokong perjudian sukan dilesenkan semasa perbahasan di Parlimen. - BERNAMA

Thursday, June 17, 2010

ARGENTINA VS KOREA SELATAN 4 -1

Nasib baik nampak kelibat Messi tadi - porfavor BYOND tak sampai lagi.

BELILAH BARANGAN TEMPATAN.


KESIAN KUCING JALANAN

TOYOTA VIOS yang hampir 100% buat di MALAYSIA kalau nak bandingkan dengan NAZA rasanya lebih banyak barang tempatan dari IMPORT dikategori sebagai apa? TEMPATAN atau BUKAN TEMPATAN - Cuba pi tanya dealer....

Kempen Beli Barangan Malaysia Dorong Syarikat Tempatan Lebih Kompetitif

KUALA LUMPUR: Kempen Beli Barangan Malaysia bukan sekadar usaha kerajaan melindungi industri tempatan malah lebih kepada memupuk satu proses agar syarikat tempatan lebih berani bersaing, membuat inovasi dan meningkatkan produktiviti barangan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Secara khusus Kempen Beli Barangan Malaysia ini tidaklah boleh dilihat sebagai satu usaha pelindungan tetapi sebagai pengiktirafan untuk melancarkan lagi peranan sektor swasta menjadi lebih kompetitif di peringkat dunia.

"Di sinilah antara peranan yang kita tekankan melalui Kempen Beli Barangan Malaysia iaitu bukan sahaja untuk memprojekkan barangan buatan Malaysia yang semakin setanding dengan produk daripada negara luar tetapi untuk memupuk satu proses di mana syarikat-syarikat tempatan semakin hari semakin tinggi produktivitinya, semakin berani membuat inovasi, semakin berdaya saing di peringkat global," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

BERITA BANJIR SANA SINI -GLOBAL WARMING?

SILA LIHAT BERITA 5 : NASIB TAK BANJIR JUGAK YA......

BERITA 1 : Tuan rumah Piala Dunia dilanda bencana.

CAPE TOWN 17 Jun - Bandar raya Cape Town yang menempatkan pasukan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 dilanda bencana teruk semalam selepas banjir dan kebakaran memusnahkan lebih 2,100 buah rumah kediaman penduduk sekitarnya.

BERITA 2 : Korban banjir di Perancis menjadi 18 orang

DRAGUIGNAN, Perancis 17 Jun - Jumlah kematian akibat banjir kilat yang melanda persisiran pantai Laut Mediterranean di Perancis meningkat kepada 18 orang dan sekurang-kurangnya 10 lagi hilang semalam, dalam kejadian banjir terburuk yang pernah melanda daerah itu sejak tahun 1827, kata para pegawai.

“Bandar Draguignan mengalami kesan paling buruk dengan ratusan buah kenderaan dihanyutkan air,” kata penduduk tempatan, Hugues Parant.

Lebih 1,000 orang didapati berlindung di sekolah-sekolah serta beberapa bangunan lain selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras.

BERITA 3 : Banjir buruk di Bangladesh korbankan 55 orang

COX’S BAZAAR, Bangladesh 17 Jun - Pasukan penyelamat Bangladesh mengharungi jalan raya yang terhalang dan banjir untuk mengedarkan bantuan kecemasan ke kawasan pedalaman yang dilanda tanah runtuh mengorbankan 55 orang.

Para pegawai berkata, bekalan makanan kering dan alat pembersihan air diedarkan kepada beribu-ribu mangsa yang kehilangan tempat tinggal ekoran hujan lebat terburuk dalam tempoh sedekad yang melanda tenggara negara Bangladesh yang bersempadankan dengan Myanmar itu.

“Setakat ini, di daerah Cox’s Bazaar sahaja seramai 50 orang mati dan sekurang-kurangnya 34 yang lain cedera, kebanyakannya parah,” kata pentadbir daerah, Giasuddin Ahmed kepada AFP.

BERITA 4 : Singapura Tenggelam

SINGAPURA: Banjir kilat ekoran hujan lebat selama dua jam di tengah-tengah bandar raya negara ini mengakibatkan keadaan kelam-kabut apabila kawasan letak kereta bawah tanah dan banyak kedai dinaiki air hari ini bermula pukul 9 pagi tadi.

The Straits Time Online melaporkan, kawasan yang paling teruk dinaiki air ialah Orchard Road dan persimpangan Scotts Road, bermula dari Paterson Road - kawasan lokasi Ion Orchard dan Menara Wheelock - sehingga kawasan Ngee Ann ditenggelami banjir setinggi hampir dua meter.

Bahagian bawah tanah Menara Liat dipenuhi air sehingga menjejaskan dan memusnahkan barangan di premis-premis seperti Starbucks dan Hermes.

BERITA 5 : NASIB TAK BANJIR JUGAK Hujan iringi PM terbang awal

Malam tadi asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam tadi, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.

Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.

Kemuncaknya malam tadi, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.

Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang

PRO DATANG DARI MANA NI? PETANDA EKONOMI TAK BAIK.....

Mesin ATM Lesap, Polis Kesal Lambat Terima Laporan

KUALA LUMPUR: Sebuah mesin pengeluaran wang ATM yang ditempatkan di luar sebuah pasaraya di Taman Dagang dekat sini didapati lesap dipercayai dilarikan penjenayah tanpa menjejaskan pintu dan dinding kaca yang menempatkan mesin itu.

Namun insiden itu menimbulkan rasa kesal pihak polis kerana kehilangan mesin ATM tersebut yang dipercayai berlaku antara pukul 10 malam semalam dan pukul 7 pagi hari ini hanya dilaporkan kepada mereka kira-kira pukul 7 petang.

Bercakap kepada pemberita di sini, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata pihaknya percaya kejadian dilakukan oleh mereka yang profesional berasaskan kepada bukti di tempat berkenaan.

Selain tidak menjejaskan dinding dan pintu yang diperbuat daripada kaca, alat penggera yang dipasang di situ juga dimatikan, malah wayar elektrik mesin ATM itu juga dipotong menunjukkan kejadian dilakukan oleh profesional, katanya.

Beliau berkata kejadian juga melibatkan lebih daripada seorang suspek kerana terdapat kesan calar pada lantai di luar bilik kaca tersebut dipercayai kesan mesin itu diseret.

"Orang awam yang menyedari tentang kehilangan mesin itu kira-kira 7 pagi tadi sebelum memaklumkan kepada seorang juruteknik syarikat keselamatan berhampiran namun juruteknik terbabit lambat membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata nilai kerugian masih dalam siasatan dan meminta orang awam yang melihat kejadian itu tampil bagi membantu siasatan kes yang pertama kali berlaku di daerah berkenaan.

Tinjauan mendapati jarak tempat kejadian dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hanya kira-kira 500 meter. -BERNAMA

Wednesday, June 16, 2010

OPOCOT ! ! ! TUUUT. . . . . ! ! !

ADAKAH SEPERTI INI?

Tarikh pilihan raya umum merupakan satu kejutan - PM

16/06/2010 7:28pm

TUMPAT 16 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan “mengejutkan semua pihak”.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di sini hari ini, beliau berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semangat 1Malaysia,” kata Najib ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya beliau mengadakan pilihan raya memandangkan tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas.

Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri. – Bernama

KALAU TETIBA PRU13 PR KALAH AGAK-AGAK APA JADI?

S'gor Tawar Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah Tapi Hanya Untuk IPT Negeri

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan bahawa mereka menawarkan pinjaman pendidikan tanpa faedah kepada pelajar di negeri itu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan demikian berkata, pinjaman itu diberikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A dan melanjutkan pengajian di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pinjaman maksimum sehingga RM25,000 setiap seorang ditawarkan kepada mereka yang layak bagi kursus pengajian yang terpilih.

"Pinjaman itu akan secara automatik ditukar kepada biasiswa sekiranya pelajar mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.75 ke atas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Khalid menambah, maklumat lanjut bagi tawaran itu boleh didapati di laman web kerajaan negeri mulai esok.

"Keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Selangor dan memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM," katanya lagi.

Ditanya sama ada tawaran pinjaman itu dibuat bertujuan mengatasi masalah kekurangan bilangan pelajar di UNISEL, beliau berkata ia tiada kena mengena dengan isu itu kerana kerajaan negeri turut menawarkan pengajian di KUIS.

Khalid juga berkata, kerajaan negeri akan mengadakan program Hari Ilmu Selangor pada 26 Jun ini, bermula dengan pelancaran Gerakan Membaca Perdana bertempat di Tasik Shah Alam.

Kini Hanya Satu Lesen Untuk Barang Kawalan; Boikot Dibatalkan

KAH KAH KAH - Senang aje selesai - satu lesen, ONE FOR ALL, ALL FOR ONE!? Suka merumitkan keadaan.


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju untuk mengeluarkan hanya satu lesen bagi menjual barang kawalan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak bagi meringankan beban peruncit dan peniaga menjual barangan berkenaan.

Lesen itu juga membolehkan mereka menjual tiga lagi barangan kawalan iaitu petrol, diesel dan gas memasak.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkembangan terbaru ini berkata, lesen menjual barang kawalan itu akan berkuat kuasa 1 Julai ini.

"Semua lesen menjual barang kawalan akan diseragamkan menjadi satu lesen, maka peniaga hanya perlu memohon satu lesen saja menjual barang kawalan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Turut hadir sama ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia Lean Hing Chuan.

Mereka sebelum itu mengadakan perbincangan berhubung isu penjualan bekalan gula bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama kira-kira 40 minit.

Selaras dengan itu, Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia bersetuju membatalkan boikot menjual barangan kawalan selepas mereka bersetuju dengan keputusan kerajaan melonggarkan syarat lesen menjual barang kawalan berkenaan.

Minggu lepas, persekutuan itu mahu melancarkan boikot penjualan gula bermula semalam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mengenakan lesen bagi menjual gula dengan alasan dibebani pelbagai syarat lesen bagi menjual barang kawalan lain.

Sebelum ini lesen menjual tiga barang kawalan terbabit perlu diperoleh daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan manakala lesen untuk menjual beras daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata beliau bersama Liow, yang juga Menteri Kesihatan, akan membangkitkan keputusan itu dalam mesyuarat Kabinet untuk membolehkan semua lesen penjualan barang kawalan diseragamkan.

BAYANGKAN BEGINI..... SAH PR BERISIKO TINGGI KALAH

Bayangkan ada pengumuman khas pada bulan Julai 2010 seperti berikut:

"Saya, Perdana Menteri Malaysia dengan ini memaklumkan bahawa Dewan Negara akan dibubarkan pada 10 Mac 2011 dan Pilihanraya Umum akan diadakan pada 10 Mei 2011.

Saya mengumumkan perkara ini sekarang supaya SPR dapat membuat persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum serta bagi warganegara Malaysia yang belum mendaftar sebagai pemilih dapat berbuat demikian sebelum ianya ditutup.

Sekian, Terima Kahsey...."


Agak-agak macam Pak Lah kot? "Tak, tak bubar"... keesokannya " Bubar"......

PM tentukan tarikh

GEORGETOWN - Tarikh bila pilihan raya umum akan diadakan hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, itu adalah hak mutlak Najib sebagai ketua kerajaan di negara ini.

“Terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukannya. Tetapi yang biasanya, soal pilihan raya adakan satu hak mutlak Perdana Menteri,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Pelajar Antarabangsa 2010 St Georges Girl School (SGGS) di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO diminta mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyebut tahap kepuasan rakyat terhadap prestasi Najib meningkat kepada 72 peratus mungkin boleh menjadi petunjuk kepada kerajaan mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata, Dr Mahathir mungkin mempunyai pandangan tersendiri berasaskan penilaiannya mengenai situasi pilitik negara pada masa sekarang ini.

“Itu adalah pandangannya. Tetapi apa pun, ia terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukannya,” katanya.

Nazri: PICC ditimbang bangunan baru Parlimen

Oleh Shazwan Mustafa Kamal June 16, 2010

Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang memulakan tirai dengan menjadi tuan rumah sidang kemuncak Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) tujuh tahun lalu kemungkinan dinaik taraf sebagai bangunan Parlimen baru.

Perkara itu sedang diteliti pentabdiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas idea memindahkan lokasi Parlimen dari ibu negara ke Putrajaya dengan kos awal RM800 juta tidak menerima reaksi positif.
Bayangkan kalau BN ada majoriti 2/3 kerusi... bawak ke Parlimen untuk luluskan perpindahan dengan berbagai alasan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata Kabinet sedang mengkaji kemungkinan menggunakan bangunan yang tidak digunakan sepenuhnya itu ekoran bantahan pelbagai pihak.

“Ini merupakan situasi yang agak kompleks... kebanyakan anggota Kabinet tidak setuju dengan idea membina bangunan baru (melibatkan RM800 juta).

“Jadi, PICC ditimbangkan sebagai bangunan kekal Parlimen kerana kini tidak digunakan dengan optimum,” kata Nazri dalam temu bual dengan The Malaysian Insider.

PICC merupakan antara mercu tanda pusat pentadbiran baru persekutuan.

Nazri juga berkata kira-kira RM150 juta akan digunakan untuk memperbaiki kemudahan bangunan Parlimen sedia ada di sini.

Ia telah pun melalui proses pengubahsuaian melibatkan dana RM100 juta lima tahun lalu.

“Peruntukan RM150 juta diperlukan untuk memperbaiki kemudahan bangunan Parlimen sekarang.

“Ketika kerja-kerja memperbaiki sedang dijalankan, kita perlu meninggalkan bangunan ini, dan Parlimen perlu bersidang di tempat lain. Sekurang-kurangnya RM150 juta diperlukan untuk mengubah suai bangunan sementara,” katanya.

Nazri juga berkata lokasi bangunan baru Parlimen diperlukan bagi memenuhi keperluan masa depan apabila kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ditambah kelak.

Kini Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi manakala Dewan Negara pula 70 anggota.

“Kita perlu melihat perkara ini dengan mendalam. Daripada membuang duit terhadap sesuatu yang buat sementara, mengapa tidak kita memiliki sesuatu yang kekal?” soal beliau.

Ahli Parlimen Padang Rengas ini menambah, Kabinet sedang menunggu maklum balas Kementerian Kerja Raya mengenai kemungkinan memindahkan bangunan Parlimen ke PICC.

“PICC merupakan tempat yang ideal kerana ia terletak di Putrajaya, berhampiran Eksekutif dan Kehakiman. Ia (langkah) baik kerana kita boleh menjimatkan RM800 juta,” katanya.

PICC siap dibina dengan kos RM600 juta pada 2003 ketika era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bangunan Parlimen semasa yang mempunyai menara 17 tingkat dan sayap utama tiga tingkat dibina pada 1962, selepas idea pembinaannya dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dua tahun selepas negara merdeka.

Nota : Berbelit-belit Dato Nazri ni bercakap...

Dua hari tak update Blog

Semenjak Ahad tengahari tidak update dan tidak menjenguk bukan sahaja blog. juga FB sebab pergi berlibur bersama ahli keluarga dan adik beradik di Sungai Congkak. Semua sekali adalah 25 orang.
Dengan chalet 2 bilik yang sederhana berhampiran Sungai Congkak, malam diserikan dengan bunyi unggas serta deruan sungai. 3 khemah memuatkan 4 orang dan 1 khemah untuk 2 orang. Memang lebih dari selesa jugalah.....

Malam berBBQ di tempat BBQ yang tersedia - hamik kao.... ikan siakap, kembung, pari, udang, sotong, kambing, kepak ayam serta nasi biryani. Chalet 2 bilik menjadi tempat rehat kaum ibu.

Anak anak bujang serta bapak-bapak kecuali aku.... tidur dalam khemah. Awal malam hujan turun rintik-rintik memberi keselesaan kepada yang tidur di dalam khemah.
Kami enjoy sakan lah kiranya. Gambar belum ada sorang pun upload lagi.... penat weh.....

Bayangkan suasana penuh kehijauan ini terhapus akibat kerakusan tangan-tangan manusia. Paling best, kawasan ini kera dan beruk belum turun ketempat perkelahan lagi.... alhamdulillah..... walaupun kami bertolak dari Ampang (yang dekat dengan Bukit Belacan) rasa lebih menyeronokkan kerana kurang gangguan.

Next olan, dengan keluarga orang rumah atau kengkawan lah pulak....

Sunday, June 13, 2010

Wakil Temerloh Dakwa PAS Ciplak Perlembagaan Umno

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK SUMBER

KOTA BARU: Gara-gara terlalu lantang mengkritik parti, perwakilan PAS Temerloh, Amirruslan Manaf terpaksa menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perlembagaan PAS yang ada semalam diciplak daripada Perlembagaan Umno.

Dakwaannya bahawa PAS hanya melakukan penambahbaikan daripada apa yang dilakukan Umno mengikut kesesuaian parti tidak disenangi para perwakilan.

Bagaimanapun, dia menarik balik kenyataannya itu apabila diminta oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail kerana wujudnya gesaan daripada para perwakilan yang mempersoalkan kesahihan dakwaan yang dianggap tidak berasas.
BN yang tiru PAS - parti Islam Se Malaysia (Satu Malaysia)

Ketika membahaskan usul memperkasakan parti yang dikemukakan Dewan Ulama PAS, Amirruslan berkata, asas kepada dakwaannya itu dapat dilihat apabila beberapa dasar yang diamalkan PAS seperti memberi sepenuh kuasa kepada Presiden parti sama seperti apa yang diamalkan Umno.

"Konsep ini diciplak, maka tidak dinafikan Perlembagaan PAS kita diciplak dari Umno, cuma kita tambah perkataan 'Islam'," katanya di sini hari semalam.

Malah beliau yang tidak bersetuju dengan cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar agar jumlah jawatan Naib Presiden ditambah kepada lima dengan memberi kuasa kepada Presiden untuk melantik dua kerusi bagi jawatan itu dengan berkata, PAS adalah sebuah parti yang tidak mengikut perubahan rakyat.

Sebaliknya beliau menyifatkan Umno lebih kehadapan dalam soal perubahan apabila memberi peluang kepada kira-kira 380,000 ahlinya untuk memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti.
UMNO? Bukan PKR ke? Macam salah aje....

"Idea Datuk Mahfuz seolah-olah memberikan kuasa penuh kepada Presiden dan jawatankuasa PAS Pusat, ini sesuatu yang tidak mengikut perubahan rakyat.
Ni aku setuju - serah pada Presiden, ikut plak cakap SU - UG jugak yang didulukan....

"Kita mestilah menerima perubahan yang berlaku supaya parti bergerak dengan kehendak ahli, bukannya dengan kuasa 'orang-orang Presiden'," katanya.

PAS = PARTI ISLAM SATU MALAYSIA (SEMALAYSIA)

Apa cadangan dari UTUSAN? sorry incek incek - takada.

Pas perlu ganti nama baru SUMBER

KUALA LUMPUR 12 Jun – Pas harus menggugurkan perkataan Islam dari singkatan nama parti itu yang digunakan sejak penubuhannya berikutan keputusan membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berkata, keputusan itu berbeza dengan ideologinya yang mengutamakan prinsip Islam termasuk tidak melantik pemimpin dari kalangan bukan Islam.

“Tiada gunanya jika wakil mereka bukan Islam. Lebih baik bertukar kepada nama yang lebih nasional dan mudah diterima kaum lain,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan parti itu dalam Muktamar Tahunannya ke-56 di Kota Bharu semalam di mana calon bukan Islam akan dipilih dari ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang ditubuhkan parti itu kepada bukan Islam tetapi menyokongnya.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kebenaran itu diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas iaitu badan tertinggi dalam parti itu.

Gempa bumi kuat landa Lautan Hindi

Kepada anda yang hendak pergi berehat di pantai, sila bersiap siaga dengan sebarang tanda-tanda demi keselamatan semua terutama sekarang musim cuti sekolah. Nasib baik aku nak pegi ke sungai aje.

Gempa bumi kuat landa Lautan Hindi

13/06/2010 6:15am

PORT BLAIR, India 13 Jun - Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.5 melanda Lautan Hindi berhampiran Kepulauan Nicobar hari ini, mencetuskan amaran tsunami, kata pegawai Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Tidak ada laporan awal mengenai kematian atau kerosakan, bagaimanapun orang ramai lari ketakutan dari rumah mereka, kata saksi.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami di semua kawasan Lautan Hindi termasuk India, Indonesia, Sri Lanka, Myanmar, Thailand dan Malaysia.

- REUTERS

Cerita Dolu Dolu