Bayangkan ada pengumuman khas pada bulan Julai 2010 seperti berikut:
"Saya, Perdana Menteri Malaysia dengan ini memaklumkan bahawa Dewan Negara akan dibubarkan pada 10 Mac 2011 dan Pilihanraya Umum akan diadakan pada 10 Mei 2011.
Saya mengumumkan perkara ini sekarang supaya SPR dapat membuat persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum serta bagi warganegara Malaysia yang belum mendaftar sebagai pemilih dapat berbuat demikian sebelum ianya ditutup.
Sekian, Terima Kahsey...."
Agak-agak macam Pak Lah kot? "Tak, tak bubar"... keesokannya " Bubar"......
PM tentukan tarikh
GEORGETOWN - Tarikh bila pilihan raya umum akan diadakan hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, itu adalah hak mutlak Najib sebagai ketua kerajaan di negara ini.
“Terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukannya. Tetapi yang biasanya, soal pilihan raya adakan satu hak mutlak Perdana Menteri,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Pelajar Antarabangsa 2010 St Georges Girl School (SGGS) di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO diminta mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyebut tahap kepuasan rakyat terhadap prestasi Najib meningkat kepada 72 peratus mungkin boleh menjadi petunjuk kepada kerajaan mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam masa terdekat.
Muhyiddin berkata, Dr Mahathir mungkin mempunyai pandangan tersendiri berasaskan penilaiannya mengenai situasi pilitik negara pada masa sekarang ini.
“Itu adalah pandangannya. Tetapi apa pun, ia terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukannya,” katanya.
Bekas askar kena jel 6 bulan pukul isteri 36 tahun
7 minutes ago
No comments:
Post a Comment