Oleh Shazwan Mustafa Kamal June 16, 2010
Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR, 16 Jun — Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang memulakan tirai dengan menjadi tuan rumah sidang kemuncak Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) tujuh tahun lalu kemungkinan dinaik taraf sebagai bangunan Parlimen baru.
Perkara itu sedang diteliti pentabdiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas idea memindahkan lokasi Parlimen dari ibu negara ke Putrajaya dengan kos awal RM800 juta tidak menerima reaksi positif.
Bayangkan kalau BN ada majoriti 2/3 kerusi... bawak ke Parlimen untuk luluskan perpindahan dengan berbagai alasan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata Kabinet sedang mengkaji kemungkinan menggunakan bangunan yang tidak digunakan sepenuhnya itu ekoran bantahan pelbagai pihak.
“Ini merupakan situasi yang agak kompleks... kebanyakan anggota Kabinet tidak setuju dengan idea membina bangunan baru (melibatkan RM800 juta).
“Jadi, PICC ditimbangkan sebagai bangunan kekal Parlimen kerana kini tidak digunakan dengan optimum,” kata Nazri dalam temu bual dengan The Malaysian Insider.
PICC merupakan antara mercu tanda pusat pentadbiran baru persekutuan.
Nazri juga berkata kira-kira RM150 juta akan digunakan untuk memperbaiki kemudahan bangunan Parlimen sedia ada di sini.
Ia telah pun melalui proses pengubahsuaian melibatkan dana RM100 juta lima tahun lalu.
“Peruntukan RM150 juta diperlukan untuk memperbaiki kemudahan bangunan Parlimen sekarang.
“Ketika kerja-kerja memperbaiki sedang dijalankan, kita perlu meninggalkan bangunan ini, dan Parlimen perlu bersidang di tempat lain. Sekurang-kurangnya RM150 juta diperlukan untuk mengubah suai bangunan sementara,” katanya.
Nazri juga berkata lokasi bangunan baru Parlimen diperlukan bagi memenuhi keperluan masa depan apabila kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ditambah kelak.
Kini Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi manakala Dewan Negara pula 70 anggota.
“Kita perlu melihat perkara ini dengan mendalam. Daripada membuang duit terhadap sesuatu yang buat sementara, mengapa tidak kita memiliki sesuatu yang kekal?” soal beliau.
Ahli Parlimen Padang Rengas ini menambah, Kabinet sedang menunggu maklum balas Kementerian Kerja Raya mengenai kemungkinan memindahkan bangunan Parlimen ke PICC.
“PICC merupakan tempat yang ideal kerana ia terletak di Putrajaya, berhampiran Eksekutif dan Kehakiman. Ia (langkah) baik kerana kita boleh menjimatkan RM800 juta,” katanya.
PICC siap dibina dengan kos RM600 juta pada 2003 ketika era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bangunan Parlimen semasa yang mempunyai menara 17 tingkat dan sayap utama tiga tingkat dibina pada 1962, selepas idea pembinaannya dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dua tahun selepas negara merdeka.
Nota : Berbelit-belit Dato Nazri ni bercakap...
Bekas askar kena jel 6 bulan pukul isteri 36 tahun
8 minutes ago
No comments:
Post a Comment